No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 5 Ogos 2014

Rare Fresh Kacang Panjang Batik seeds back in stock

 Musim kemarau ke-2 tahun 2014 ini pula kacang panjang batik baka dari Sabah yang banyak membantu bekalkan sayur ke dapur Kebun Bahagia Bersama. Musim kemarau yang pertama tahun 2014 kacang panjang merah yang bekalkan sayur berterusan ke dapur kami (info kacang panjang merah klik sini). Kini giliran si Kacang Panjang batik pula yang tak banyak kerenah tumbuh masa musim kemarau, yang digambar atas terbiar ketika musim kemarau. Further Info asal usul kacang panjang batik klik sini. Tukang kebun ada email yang buat reservation lepas, kalau ada yang tak sampai email dari tukang kebun bolehlah hubungi tukang kebun  semula ya (kebunkmg@gmail.com).
 Di atas lauk simple ayam masak kunyit campur kacang panjang. Anak panah berwarna hijau, kacang panjang batik, manakala anak panah merah kacang panjang merah. Kacang panjang batik warna lebih hijau muda berbanding dengan kacang panjang hijau biasa jual di pasar. Boleh nampak beza warna hijaunya dengan cili burung di gambar atas. Kalau juadah yang ringkas goreng-goreng sekejap elok pakai kacang panjang batik. Kalau jenis yang mendidih lama macam masak lodeh, kari atau gulai elok pakai kacang panjang merah. Kacang panjang merah texture dia lagi firm dan kenyal jadi sesuai untuk yang masak lama. Kacang panjang batik pula lebih ranggup jadi sesuai yang ringkas-ringkas serta tak perlu masak lama.
 Biji benih kacang panjang batik cantik berwarna hitam dan kadang-kala ada freckles seakan warna merah jambu. Sungguhlah sibuk kekadang tukang kebun tak perasan kacang panjang batik ini berbuah sampai dah tua-tua kering bergayut dekat pokoknya. Lalu tukang kebun sorting terus dekat kebun masa musim kemarau Ramadhan lepas ini dan mana yang tukang kebun reject benihnya terus tanam ke tanah. Eloklah pula muncul tumbuh dengan hujan yang seminggu sekali nak bertandang pun susah sekarang bila tukang kebun intai minggu ini.

~ Kacang Panjang Batik ~

1 pek anggaran 10 biji benih RM3.00 .
  
Yang bersilang arah dengannya pula anak-anak peria pula muncul. Biji benihnya pun sama batch dengan yang offer kali ini. Tukang kebun gunakan kaedah semai biji benihnya terus tanpa proses pemindahan. Gambar jenis peria tersebut klik sini

~ Biji benih peria besar ~

Anggaran dalam 1 pek 5 biji benih (RM1.00).

 Semalam sibuk buat kuah kacang pula. Buat 1 kilogram je kali ini dulu. Teringat masa zaman-zaman kecik dulu selalu disuruh kupas kulit kacang tanah lepas big boss roast dalam kuali. Resepi kami tak goreng kacang tanah dalam minyak untuk buat kuah kacang. Goreng tanpa minyak di atas kuali. Paling tukang kebun tak gemar kena suruh buka kulit-kulit kacang masa kecik dulu. Sepatutnya dearest hubby yang kena kupas kulit kacang tapi entah mana pula perginya lepas 3 budak kecil ini ambil alih, missing in action.
 Bila mereka yang ambil alih, habislah satu dapur bertaburan dengan kulit kacang. Abang Ilhan buat dengan tekun dan kemas dia buang kulit kacang. Adik Rayyan cakap je banyak, tukang mengajar Abby buat sepah dan kulit kacang masih ada melekat di kacang lagi tak terbuka semua. Membebellah Abang Ilhan. Abby pula mula-mula kupas kulit kacang asyik masuk ke dalam mulut sendiri sampai kenyang, lepas tu baru masuk dalam bekas yang telah dikupas. Jadinya kacang tanah tak sampailah sekilo bila nak masak. Kenangan yang baik juga untuk mereka bertiga ada pengalaman tolong kupas kulit kacang tanah untuk juadah raya. Papa bertiga budak-budak kecil ini kenalah tolong kemaskan dapur lepas itu. 
 Semalam for dinner kuah kacang dan nasi impit berserta ayam goreng rempah lebihan marinade untuk ayam barbeque. Sebenarnya tengah standby untuk saudara mara dan kawan-kawan yang akan berkunjung nanti. Itu yang perlahan-lahan sediakan juadah dan buat stock frozen untuk Syawal ini. Nanti tak menang tangan dengan nak layan kerenah budak bertiga tu kalau tiba-tiba kena terjah. Sekurang-kurangnya rasa rilek sikit dah sebab ada stock dalam peti beku tinggal nak panas-panaskan je nanti.
  Lepas selesai buat kuah kacang, kami cucuk sate ayam pula. 7 fillet isi ayam tu dapatlah dalam 50 cucuk. Ingatkan nanti nak rasmikan salah satu set barbecue yang duduk dalam storage dah setahun lebih tu.  Abbiyana pun Sabtu ini dah masuk 2 tahun, bila lagi papa nak rasmikan set barbecue tu, at least one? Ingatkan minggu ini nak buat kuah mee rebus, ada sesiapa boleh recommend stock apa yang paling syok untuk kuahnya atau resepi yang best?
 Lepas dah selesai di dapur, tukang kebun pukul 10 malam duduk luar packing goodies sampai tengah malam untuk dipos pagi ini sambil diteman oleh dearest hubby yang dah tersenguk-senguk dalam buaian. Hubby suruh buat esok jer lah tapi tukang kebun kata nanti tukang kebun walaupun penat tak boleh pejam mata sebab asyik fikir macam ada kerja tak selesai lagi. Jadi pesanan-pesanan yang dah confirm cukup maklumat sehingga petang semalam, sudah dipos pagi ini. Kecuali yang penghantaran ke Borneo tukang kebun tak sempat buat malam semalam. Sorry badan tukang kebun dah sampai limit semalam sebab asyik berdiri, tak boleh nak buat kerja duduk sakit pinggang (dah tua agaknya kut)

12 ulasan:

Neny berkata...

Comelnya Abbiyana tu...rambut kerinting!

Shasrine berkata...

Nak 1 pek benih kacang panjang batik. The other day shas ada booked benih petunia kampung, diana tolong simpan dua-dua dulu ye.

Nanti minta tolong emailkan senarai benih yg terkini, nak tambah-tambah order, boleh sekali pos nanti. Thanks.

Btw, rajinnya masak-masak. Shas still holiday mood so masak simple simple je.

Tanpa Nama berkata...

Badan one only no spare. Take extra care.

suka suka berkata...

amboi abby happy nya gelak.. rambut dia macam anak akak yg kecil tu.. krinting penuh he he.. bila dah besar ni sibuk nak luruskan... biras akak kalau buat kuah kacang dia tak buang kulit tu.. terus blend je.. dia kata vitamin ada pada kulitnya dan bukannya isinya.. betul ke?

suka suka berkata...

lupa ... nak book peria besar tu.. 1 pek..

@na berkata...

seronok nyer tengok budak2 buat kerja...comei sungguh...happy je...ia akan menjadi kenangan indah nanti

Normala Saad berkata...

Ni nak menyampuk pasal kulit kacang. Ada kawan bagitau,bila blender kacang tanah, kulit nipisnya tu jangan dibuang. Blend sekali nanti warna kuah kacang cantik...

lite n easy berkata...

Salam kakD,
Terima kasih kak sebab dah poskan pesanan saya :D

TukangKebun berkata...

Neny~ Kerinting gulung-gulung besar, bila keluar dari perut lurus pula sekarang jadi kerinting.

Shas~ Noted tukang kebun ada reserved kacang panjang batik dan petunia.
Dah email latest catalogue.
Lepas balik kampung dari beraya baru dapur berasap untuk masak-masak ni.

Kak Mar ~ Rasanya memang betul kut kulitnya lebih banyak khasiat. Macam kulit manggis yang lebih bagus untuk cancer ialah kulitnya bukan isinya. Padahal kulitnya manggis tu kita buangkan aja. Ok tukang kebun reserve biji benih peria untuk Kak Mar.

@na ~ Bila dah besar nanti bolehlah mengimbas kenangan menyepahkan dapur dengan kulit kacang hehehe....

Kak Mala ~ Kekadang rasa nak campur juga kulit kacang. Tapi ada sesetengah orang sensitive diorang tak suka ada rasa kulit-kulit tu. Untuk no complain senang buka jelah kulitnya. Kulitnya simpan buat compost.

Atie ~ Baru pos pagi tadi dear. Sama-sama.

TukangKebun berkata...

Thank you dear. must know one own limitation nanti parah badan.

Tanpa Nama berkata...

OMG. So cute Si Abby tu. She can masuk iklan lah. Shud bring to an agent for casting la... earn some pocket money for future education.

Choi Min

TukangKebun berkata...

Dear Choi Min.

Aiyo the father very protective with the daughter. Daddy princess....hehehe...