Tahun lepas semasa di Tamu Kiulu, tukang kebun bertemu lagi dengan baka kacang panjang kampung (rare heirloom) yang unik coraknya berwarna hijau tetapi berjalur-jalur warna merah pekat. Asal biji benih kacang panjang merah (Brown and White Ying Yang seeds) yang diperolehi dahulu adalah sama juga dari petani veteran tersebut. Ada jodoh juga dengan kacang panjang batik ini pada minggu terakhir tukang kebun pulang ke Sungai Buloh sebab sebelum ini tiada pun tukang kebun nampak di tamu mana-mana. Hati seorang Seed-Savers mestilah melonjak kegirangan.
Kebiasaannya kacang panjang hijau (snake bean/yard-long bean) yang jual di pasar biji benihnya berwarna coklat seperti dalam plastik ziplock. Kacang panjang merah dalam stok Kebun Bahagia Bersama ialah dwi-warna coklat dan putih. Kacang Panjang Batik pula biji benihnya berwarna hitam.
Kacang Panjang Batik adalah jenis pokok kacang panjang yang memanjat.
Bunganya pula adalah berwarna lilac.
~ Pre-Orders Fresh Rare Kacang Panjang Batik seeds from Kebun Bahagia Bersama BackYard ~
Anggaran 10 biji benih dalam satu pek (RM3.00).
Stok adalah limited, boleh tinggal pesanan di kotak komen mudah bagi tukang kebun untuk follow gardeners yang buat reservation dahulu.
12 ulasan:
assalam diana, nak 1 pek . .tq. fahizah
Salam Diana,
Rasa kcg pjg batik ni berbeza dari kcg pjg biasa?
Petang, diana, tolong simpan 1 pek...tq.mier.
K Mar book 1 pack
Salam Diana...simpan 1 pek...
azali84@gmail.com
Terima kasih.. :-)
Salam diana, eila pun nk jugak 1 bungkus yerk.tq
Hi Diana,
Pls reserve 1 pkt for me plz ...
TQ.
Choi Min, PJ
one for me please ^_^
Salam, kalau masih ada simpankan 1 pek.. afiqahliyana90 @ yahoo.com... Tq...
mahu reserve 1 pek... fatinfarhanamasud@yahoo.com
Waalaikumsalam dan Salam Bahagia.
Tukang kebun sudah buat notification fresh stock untuk Fahizah, Mier, Kak Mar, Azali dan Eila.
Seri7ujuh,
Setakat ini kalau masak cara yang sama tekstur Kacang panjang biasa, merah dan batik ada rasa perbezaannya.
Catat Ulasan