No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 21 Januari 2014

January Weeding sebelah Jering


 Dah lama planning, akhirnya bulan ini pokok jering dan pokok rambutan yang juga tinggi di sebelahnya sudah di pruning oleh dear hubby last weekend. Sambil dear hubby pruning tukang kebun merumputlah di tapak lokasi shade di sebelahnya. Kawasan ini tukang kebun tak suka buat kerja lone ranger sebab kekadang ada biawak melepak di sini lagipun rakan-rakan si penyibuk ternakan di belakang tak dapat teman masuk sebab berpagar. Kalau angsa dan rakan-rakan masuk memang boleh togel pokok-pokok nanas dibuatnya menunjukkan betapa tajam gigi angsa tu. Sudah lama kami berdua tak kemas kawasan ini bersama-sama, bila tukang kebun check sejak kami tanam anak-anak pokok salak pada hari ke-empat Ramadhan tahun lepas. Cepat sahaja masa berlalu, dah dikemaskan kawasan ini bulan ini teranglah sikit kawasan ini berbanding dulu. Apa yang ditanam di sini memang survivor, semua anak pokok salak yang dipindahkan di sini tahun lepas syukur alhamdulillah bila dicari-cari dalam rimbunan weed sihat walfiat dan dah besar sekurang-kurangnya 3 kali ganda. Pokok herba yang jarang dijumpai yang tukang kebun sayang pun dalam gambar di atas syukur alhamdulillah masih bahagia bersebelahan pokok baka nanas madu Sabah.
 Pemberian bibit keladi Mawar dari Kak Ros, Jasin juga sihat walfiat di sini. Disebabkan kekurangan cahaya matahari pokoknya kecil berbanding dengan tukang kebun tanam di kawasan yang menerima penerimaan cahaya matahari yang banyak. Tetapi lebih banyak menghasilkan anak-anak pokok (sulur?).
 Tukang kebun juga seronok tengok ada beberapa anak pokok lempoyang juga sudah menonjolkan diri dari rizom lempoyang yang Eila, Sepang kongsikan bersama tukang kebun.
 Beberapa kacang tanah yang tumbuh sendiri dari hasil kacang tanah yang tidak dituai oleh tukang kebun juga dijumpai dalam semak, saja testing lokasi, nampaknya ianya boleh juga dibuat kawasan menanam kacang tanah. Tetapi kawasan ini disebabkan dalam shade pokok-pokok ubi kayu harap je batang besar tapi isinya tak seberapa sebab kekurangan penerimaan cahaya matahari. Lepas dikemas-kemas kawasan ini, tukang kebun tanam anak pokok lemon, dokong dan baka pecah beling jenis memanjat. Tukang kebun tanam pokok pecah beling yang Dr. Ghani dari Langkawi bulan ini kongsikan untuk kami perluaskan distribution jenis pokok pecah beling yang jenis memanjat diperolehinya dari Borneo. Bahagia-nya rasa di hati walaupun nervous juga diberi amanah untuk conservation pokok baka memanjat pecah beling yang diberikan. Terima kasih kepada Dr. Ghani sebab 2 jenis baka pecah beling telah ada di dalam Kebun Bahagia Bersama. Pokok baka pertama pecah beling yang dipos oleh Dr. Ghani kepada kami tahun lepas sudah 1 meter lebih ketinggiannya kami report. Pokok pecah beling memanjat yang dihadiahkan oleh Dr. Ghani sangat unik bentuknya, tukang kebun pun tak sabar tengok bagaimana pokoknya membesar dan memanjat kemudian mencari cahaya matahari yang banyak.
 Hari Ahad juga biasanya, hari tuaian di Kebun Bahagia Bersama untuk pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama. Ini adalah gambaran antara goodies yang telah dipos semalam semoga hari ini sudah sampai ke destinasinya.
 Sedang mengintip-intip buah markisa yang berselirat atas pergola, terserempak pula dengan buah anggur.
 Pokok-pokok buah yang dapat dituai di Kebun Bahagia Bersama bulan January ini yang utama ialah lemon, ciku dan kuning telor. 

13 ulasan:

sud@is berkata...

buah nam nam tu sedap aiii dicicah garamm...

Awin berkata...

tak boleh tengok nam nam...pasti terliur

hijau berkata...

Sedang intai intai biji benih apa nak beli lagi... Heheheh

Julie22 berkata...

bestnye tgk hasil tuaian tu kak, mintak sikit buah lemon tu bole? hehe (gurau je :)

Normala Saad berkata...

Diana, Dr Ghani tu my ex boss.Kami tinggal berdekatan.

Tanpa Nama berkata...

Salam diana, buah nam2 walau rupanya buruk,rasanye ttp sedap! Pokok lempoyang tu ada gaya nk menguasai area :)

Tanpa Nama berkata...

Salam diana, buah nam2 walau rupanya buruk,rasanye ttp sedap! Pokok lempoyang tu ada gaya nk menguasai area :)

TukangKebun berkata...

Saya duduk sebelah pokok makan gitu je sudais.

TukangKebun berkata...

Sengaja tunjuk bagi terliur Awin he he he. ..

TukangKebun berkata...

Ima pun macam terliur tengok buah namnam ya.

TukangKebun berkata...

Ramai peminat lemon Julie. Tapi ternakkan di belakang tak pernah kacau buah lemon.

TukangKebun berkata...

Oh ya ke KakMala. Lain kali tau jalan ke rumahlah.

TukangKebun berkata...

Salam Eila.
Lempoyang tu kurang dapat cahaya jadi mungkin terkawal lambat pertumbuhannya.