No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 9 Januari 2014

Round Pointed Lemon Grafted Tree

 Pada cuti am Tahun Baru 2014, tukang kebun ada tanam beberapa pokok tut round pointed lemon yang sama batch dengan yang ditawarkan pada minggu ini (limited stock). Pokok lemon baka ini menghasilkan banyak buah serumpun kalau bunganya well-pollinated boleh ada setakat ni yang dikira paling banyak 8 buah dalam satu tangkai/rumpun. Ikut musim juga kalau musim panas 1 tangkai tak banyak kalau cuaca biasa-biasa boleh dapat beberapa buah dalam satu tangkai. Semuanya bergantung on how well is the flower kena pollinated. Masa banyak bunganya pada pagi yang nyaman dingin, banyak lebah buzzing di pokok lemon. Itu sebab bila banyak sangat buahnya jadi berat kekadang rebah ke arah tanah sebab tangkai pokok yang panjang tu tak boleh menampung. Selalunya kalau tengah lumayan buahnya kami terpaksa bagi support untuk naikkan  tangkai-tangkai kayu supaya buahnya mendapat cahaya matahari. Pokok baka ini juga cepat merimbun rasanya dalam setahun ada sekurang-kurangnya 2 kali nak trim sikit.
 Mula-mulanya tukang kebun tiada niat nak graft pokok lemon ini. Tetapi pada suatu hari, lepas dear hubby angkat tangkai-tangkai pokok lemon baka ini yang rebah ke tanah pada waktu pagi, petang masa menuai cari-cari buah lemon yang masak, tukang kebun terkejut ada akar pula kat bahagian hujung pokok lemon. Jadi tukang kebun yang lazy ini pun ambillah peluang cepat-cepat check bahagian tangkai yang dah tumbuh akar dan potong kemudian tanam di dalam pot jadi pokok-pokok lemon yang baru. Nampak tak dalam gambar bawah batang kemboja yang dicantas pun main pakai je buat support Si Hubby punya kerja.
 Rezeki dari kebun beranak-pinak sendiri. Yang gambar di bawah pun secara semula jadi beberapa batang matang pokok lemon ini pun berpisah menjadi pokok-pokok yang berasingan sebab tangkainya pada masa dahulu terbenam dalam tanah dengan sendirinya. Kadang-kadang akibat hujan yang lebat tertimbus batangnya ke dalam tanah. Kadang-kadang si ayam yang suka berkelah dan cakar-cakar tanah di bawah pokok lemon menimbunkan tanah. 
 Baru beberapa bulan trim dah naik bushy cepat pokok lemon baka round pointed ini.
 Jadi pada cuti tahun baru 2014 lalu, big boss cantas pokok rambutan gading dan kitar semula batangnya untuk menaikkan rimbunan tangkai-tangkai pokok lemon. 
 ~ Round Pointed Lemon Grafted Tree ~
1 Bekas RM25.00 .
Kos penghantaran RM15.00 .

8 ulasan:

Unknown berkata...

salam,
kalau tanam dalam pasu bole ke, ada tgk dlm intenet sepasu pokok lemon..hehe

Ur3shii_H@nA berkata...

salam diana, saya nak booking dulu 1 pokok boleh? janatul

sud@is berkata...

wauu cantiknya bunga kuning lemon ginger, byk pokok dan bunga kat sini yg blum tengok maklum amatur g dlm bab tanam menanam ni

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia muka petak petak.
Boleh sahaja nak cuba tanam pokok lemon dalam pasu. Tapi elok pasu besar.

TukangKebun berkata...

Salam Janatul.
Boleh reserved tapi jangan lama sangat takut tak boleh keep track nanti kena tunggu next batch. Sebab first batch very limited.

TukangKebun berkata...

Dunia tumbuhan memang banyak spesis Sudais. Tukang kebun pun baru peratus yang kecil sahaja tahu. Ilmu masih banyak nak belajar.

Unknown berkata...

Salam tukang kebun...ada ke stok pkk lemon ni? Nak beli bole x

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aziz Said.

Masih ada stock pokok lemon. Boleh email ke (kebunkmg@gmail.com) for further details.