Bagi penggemar bau refreshing lemon, pasti akan gemar dengan herba lemon balm. Daun herba lemon balm sesuai digandingkan dengan masakan ikan. Mama tukang kebun dulu guna daun herba lemon balm bersama masakan Assam pedas. Daunnya juga boleh disediakan untuk minuman teh. Lemon Balm mempunyai potensi untuk menjadikan minda tenang, mengurangkan masalah sukar tidur atau 'anxiety' rasa gelisah. Sebagai therapy penyakit Alzheimer, lemon balm dipraktikkan dengan cara aromatherapy. Semasa pokok lemon balm berbunga, si lebah sangat tertarik dengan bau dan madu bunga dari pokok lemon balm.
~Biji Benih Herba Lemon Balm ~
Anggaran 50 seeds satu pek (RM3.00).
Pembayaran adalah melalui
bank RHB, CIMB atau Maybank.