No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Petak C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petak C. Papar semua catatan

Khamis, 10 September 2015

Kebun Kinrara Sara

  Hari ini mari kita jalan-jalan ke kebun Sara di Kinrara, Puchong. Terima kasih kepada gardener Sara cerita progress anak-anak pokok yang diambil di Sungai Buloh awal bulan Mac tahun ini. Dapatlah kami berjumpa berkenalan sekejap. Yang menarik perhatian kami ialah dalam bekas anak pokok canistel ada satu anak pokok, tukang kebun tak cabut (yang dalam segitiga). Gardener Sara amat prihatin dan hantar gambar dekat Tukang Kebun bertanyakan anak pokok apa yang ada sekali dalam bekas ini. Sengaja ditinggalkan dalam bekas ialah anak pokok terung pipit. Keprihatinan gardener Sara memberikan rezeki kepadanya sekarang, dah besar pokok terung pipit mula memberikan hasil buat yang memberi kasih kepadanya. 
  Pokok-pokok kapas pun dah tinggi melampai di kebun Sara. Gardener Sara di tempatnya panas dan kemarau sekarang. InsyaAllah bila tiba musim rezeki hujan banyak, bermulalah musim bunga kapas nanti.
  Anak-anak pokok pisang nangka juga sudah mula membesar dari sulur-sulur yang dibekalkan. Pecah beling pun sudah bangun semula.
    Terima kasih kepada Awin gardener di My Petak Hijau, membantu promosi pisang nangka organik dari Kebun Bahagia Bersama. Bukan sahaja untuk dapur Gardener Awin, untuk jiran tetangga sekali sehingga Awin sudi borong 2 tandan pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama bulan lepas dengan fresh produce yang lain.

   Hampir setiap hari Tukang Kebun akan intai pokok-pokok pisang nangka atau pisang abu yang buahnya sedang membesar dan tak lama lagi dah boleh tuai bulan ini. Lebih-lebih untuk pisang nangka, Tukang Kebun ada beberapa reservation belum selesai lagi pengeposannya. Terima kasih kerana bersabar menunggu. Tukang Kebun tengah tunggu masa sesuai nak tuai tandan pisang nangka di atas ini sebenarnya. Rasanya hujung minggu ini dah boleh nak tuai dah. Yang self-collect hujung minggu ini boleh selit pesanan sesisir pisang nangka juga for RM5.00. Lepas tuai tandan ini tinggal lagi setandan tengah tunggu masak, kemudian nak kena tunggu bulan depan baru ada bekalan buah pisang nangka dari Kebun Bahagia Bersama semula.
  Izinkan Tukang Kebun buat catatan ringkas projek mengemas kebun Ahad lepas. Petak C dan Petak D dikemaskan dengan mencabut rumpai-rumpai yang always unwelcome again. Sebab ayam-ayam batch remaja pun dah gemar masuk kawasan ini mencari makanan. Maka pokok yang gardener Awin hadiahkan ini, Tukang kebun ada pindahkan bersebelahan tembok menghadap pokok jambu mawar. Nasib baik masa terima pokok ini dari gardener Awin, ada pisah-pisahkan beberapa tempat. Yang dalam Petak 5 dan Petak 6 masa awal tumbuh naik cantik sungguh, bila unggas-unggas yang dah membesar area di situ dibebaskan habis wipe out pokoknya. Bila naik balik tunas pun sekejap dah hilang semua. Nanti nak kena gali semula keluarkan ubinya pindah tempat lain. Jangan sudah kena ngap sudah.
  Lepas dah selesai my dearest husband menanam keratan-keratan ubi kayu di Petak C dan Petak D, pruning pula pokok jambu air ini jadi renek. Sedang berputik pun pokoknya. Saiz asal pokoknya tinggi macam pokok-pokok nangka dan jambu di background. Sekarang dah lebih cerah kawasan lebih banyak benda boleh tanam. Pokok tinggi pun jika berbuah tak ambil pun buah yang bahagian atas.
  Tukang Kebun pula lepas tanam keratan ubi kayu di Petak 1 dan Petak 4 (tak taulah unggas tu nak kasi chance ke tidak tapi dari terbiar kosong pun rasa geram mata memandang), hard-pruning pokok rambutan yang dah mula buat kurang cahaya dekat pokok-pokok limau lain dekatnya. Tukang Kebun tinggalkan 1 tangkai halus je yang ada daun.
 Sabtu pagi kami tuai ubi kayu yang ditanam keratannya pada awal bulan Disember lepas (related posting klik sini). Untuk Tukang Kebun cukup puas hati dengan hasil ubinya setelah nak masuk 9 bulan ditanam. Bila potong-potong sungguh lembut isi ubi kayu setanding macam potong ubi kentang baru dituai juga. Anak-anak cukup suka makan digoreng setakat lumur ubi kayu yang dipotong macam French Fries dengan sedikit garam dan serbuk kunyit untuk Dinner Ahad lepas. Isi empuk dan lemak manis.

  Lepas stok batch ubi kayu ini dalam kebun dah habis digali, next batch yang ditanam bulan February lalu (related posting klik sini) giliran nak dituai. Ikut kiraan nice season nak harvest antara bulan November-December akan datang ini.

~ 7 keratan batang ubi kayu baka dari Sabah RM5.00 ~
   Sempat jugalah mencapai apa yang dapat dituai dari kebun seperti lemoney limau kapas, ceri barbados untuk Abby, telur itik dan ayam yang keluar lewat hari bukan awal pagi punya bahagian. Ambil beberapa tangkai daun kari nak masak lauk untuk makan malam udang goreng salut tepong bersama telur itik masin.

Self-Collect Schedule:

~ 12hb September 2015, Sabtu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di Petronas stesyen minyak Seksyen 13 berhampiran D'Kayangan, Shah Alam.

~ 13hb September 2015, Ahad pagi/petang antara pukul 9:30AM~10:00AM/5:00PM~5:30PM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 16hb September 2015, Rabu pagi antara pukul 9:30AM~10:00AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Jumaat, 8 Mei 2015

Keladi Mawar ubi 6 bulan

   Salam Bahagia pada Jumaat yang mulia ini sempat juga sebelum azan Zohor hari ini, Tukang Kebun curi-curi masa pergi tuai ubi keladi mawar. Ubi keladi mawar yang digali keluar ini dari Petak C ditanam pada Oktober 2014 lepas. Baru ditanam 6 bulan, tak sabar nak tengok ubinya dan buat masak lemak untuk malam ni. Biasanya ubi mawar dalam purata 7 bulan lepas ditanam mula dah boleh nak cuba cari rezeki harta karun yang diberikan dalam tanah. Sebelum Ilhan bising memanggil driver @ Tukang Kebun bonceng motor ke sekolah sempatlah petik-petik limau kapas, mulberry dan asparagus on the way exit kebun.
  Bila tengok dah membesar merimbun petak Keladi Mawar hari ini tangan rasa gatal pula nak menggali. Keladi mawar ini bukan jenis keladi gatal ya (tak de tangan rasa gatal). Sulur keladi mawar pun boleh dimasak untuk dimakan. Nasib baik bila gali keluar adalah juga ubi walaupun kecil baru 6 bulan dan batch ini tak pernah pun Tukang Kebun baja atau siram sejak tanam (Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ni rezeki hujan banyak). Sebab tak baja: rumpai dekat situ tumbuh subur, InsyaAllah tanahnya ada nutrient yang mencukupi. Kalau bagi baja nanti rumput pun gemok-gemok tak larat nak mencabut. Buang baja je, bukannya nak bela rumput sekali (in the case of organic farming, no meracun-racun). Tips: Kalau rumput tumbuh subur merimbun, biasanya tanah subur dah tu.

  Sesudah cabut-cabut pokok-pokok keladi, Tukang Kebun buat batas baru di Petak D pula lebih kurang 1 meter persegi untuk batch Keladi Mawar tanam hari ini (crop rotation).

  Ini ada website untuk Panduan Penanaman Keladi, gardeners yang nak cuba tanam keladi (klik sini).

 Pokok keladi mudah dibela sesuai untuk mereka yang busy sokmo dan beginners dalam dunia gardening. Cuaca Tanah Rendah Malaysia memang favourite keladi. Kalau pandai susun nampak cantik pokoknya seperti pokok hiasan bila campur-campur dengan pokok bunga. 
  Bagi keladi mawar, ubi yang muda baru segar dituai isinya berwarna ke arah creamy yellow dan ubi yang makin tua warnanya creamy white apa yang Tukang Kebun perhatikan bila tuai-tuai ubinya hari ini. Sebab hari ini tuai ubi keladi bukan untuk buat kerepek tetapi niat nak buat masak gulai/lemak jadi Tukang Kebun prefer ubi yang muda. Lembut sikit tak perlu nak rebus lama. Itu yang seronok bila berkebun ini, untuk masak kita boleh pilih sendiri nak ubi usia yang mana untuk sesuaikan masakan kita.
  Minggu ini kami announce officially yang Kebun Bahagia Bersama dah mula membekalkan bibit untuk pokok keladi mawar bagi yang berminat. Akan dibekalkan anak-anak pokok sulur pokok keladi mawar dalam bentuk moist bare-rooted.

~ Keladi Mawar ~
5 sulur RM5.00 (kebunkmg@gmail.com).

Atau boleh campur dengan promosi '3 plants mix for RM10' (klik sini).

  Lauk makan malam ini, masak lemak ubi keladi mawar dengan rencah ikan bilis makan dengan nasi panas serta lauk ikan masin (1st serving)+ ikan bawal goreng (2nd serving). Tambah nasi 2 kali. Ubi direbus dahulu sebelum masak lemak.



Ahad, 21 Disember 2014

Giliran tanam Giant Jersey Asparagus

  Dah lama tak berdating dengan dearest husband di belakang backyard, semalam dapatlah dating beberapa jam mengemas 4 petak iaitu Petak 5, Petak 6, Petak 7 dan Petak C. Tujuan utama ialah untuk menanam asparagus crown jenis Jersey Giant sambil buat spring cleaning. 

Catatan Petak 7: Lepas dikemaskan, keratan-keratan ubi kayu ditanam. Ranting-ranting pokok jambu air yang di bahagian bawah sudah dipotong kesemuanya. Sedang berbuah lebat.

Catatan Petak 6: Hard-pruning pokok-pokok sayur manis sambil menuai daunnya untuk dibuat lauk. Selepas dikemaskan dipindahkan anak-anak pokok terung dan sunroot. Pokok ceri terengganu yang bersebelahan Petak 6 dan Petak 7 dipotong beberapa dahan untuk memberikan lebih cahaya kepada kawasan ini.

Catatan Petak 5: Projek menanam 3 Giant Jersey Asparagus Crown.
  Dalam petak 3 yang sedang tumbuh dan tidak diusik selepas dikemaskan ialah pokok lemon, 3 pokok nanas madu Sabah, ubi kayu dan pokok betik. Tanah digembur-gemburkan dulu dengan tahi kambing sebelum digali parit kecil sedalam lebih kurang 20cm untuk menanam asparagus crown. Sebelum asparagus crown diletakkan, sprinkle sprinkle juga lapisan tahi kambing. Sungguh terkejut kali ini tengok akar asparagus Jersey Giant sangatlah panjang berbanding dengan jenis yang pernah ditanam dulu.

 Biasanya tukang kebun yang tanam asparagus crown, kali ini beri peluang kepada dearest husband pula mencuba rasa keseronokkan tanam asparagus sendiri. Tactic lain kali senang nak request penambahan asparagus crown lagi. Ini salah satu cara nak menarik minat ahli keluarga anda bersama-sama rasa keseronokkan dunia gardening. Siapa tak seronok dan ketagih apabila dapat menuai dari hasil tangan sendiri berbudi pada tanah. Ehem dear not that way letak crown tu but macam dalam gambar No. 3 di bawah ini.
 Spread it out nampak macam spider. Lepas tu kambus dengan tanah. Akar crown asparagus Jersey Giant tu panjang-panjang sungguh. Kami pun terfikir ini bukan easy task nak lift out asparagus keluar dari tanah dibekalkan secara begini. Tanah pun mesti jenis gembur betul tak keras nak gali akar-akar yang berselirat tumbuh dalam tanah. Feeling very grateful for all the hard work from the real supplier so we can get super express asparagus spears. Selain dari itu ada juga dipindahkan sunchoke, cekur manis, dan anak-anak pokok terung di Petak 5 setelah selesai menanam Giant Jersey asparagus crown.

Catatan Petak C: Nampak sangat perbezaan pertumbuhan yang ketara antara nanas madu Sabah di Petak 5 dan Petak C kerana penerimaan cahaya yang diterima. Di Petak C kurang menerima cahaya menyebabkan pokoknya lebih kecil. Nanas madu Sabah boleh tumbuh dalam pencahayaan sebegini cuma mengambil masa untuk matang jika dibandingkan dengan yang menerima lebih banyak cahaya walaupun masa menanam batch ini adalah pada minggu yang sama.
  Keladi Mawar yang disusun semula pada bulan Oktober lepas sudah nampak meriah semula (related posting klik sini). Jika ada rezeki tahun depan kami akan officially supply pokok ubi keladi mawar. Pokok-pokok sayur manis yang dibuat hard-pruning juga sudah meriah berdaun balik untuk future food supply.
 Di Petak C yang berdekatan jaring dan bersebelahan pokok mulberry ditanam pokok buah markisa saiz giant. Kemudian sebaris dengan pokok mulberry di Petak C ditanam juga 3 Giant Jersey asparagus crown selepas tanah digemburkan dengan tahi kambing.
  Selain itu dipindahkan juga hari ini anak pokok bidara dan pink lemonade citrus. Sementara dearest hubby temankan tukang kebun basahkan tanah, hubby memetik buah mulberry dan menuai asparagus Mary Washington.

  ~ Asparagus Giant Jersey Crown (SOLD OUT) ~

~ Asparagus Mary Washington Crown (SOLD OUT)~

 Ada kemungkinan hari Isnin/Rabu ini boleh buat self-collect di Putra Medical Centre, Sungai Buloh pada sebelah siang lebih kurang masa tengahari. Yang berminat nak buat self-collect pada Isnin/Rabu akan datang ini (22hb Disember 2014) bolehlah hantar email ke (kebunkmg@gmail.com).

 Yang ada membuat pesanan untuk DayLily, Hippeastrum, Lycoris dan Asparagus Crown sudah tukang kebun email invoice 3 hari lepas. Please check your email and confirm. Ada kemungkinan pesanan akan automatically cancelled selepas 24hb Disember 2014. Tukang kebun nak buka buka buku baru untuk kemaskini, any pending orders will be cancelled.

  Kebun Bahagia Bersama team members akan berehat dari membuat penghantaran antara 25hb Disember 2014 hingga 5hb Januari 2015. Hanya pesanan sahaja yang akan diterima. Penghantaran akan dihantar lepas 5hb Januari 2015.

Isnin, 20 Oktober 2014

Keladi Mawar Kak Ros Jasin

 Al-kisah pada hari Sabtu lepas, seperti biasa tukang kebun dan dearest husband keluar dating pada sebelah pagi. Biasalah ke mana lagi kalau bukan ke kebunlah tengok mood nak buat projek apa pula. Memandangkan Sabtu sebelum tu kami dah kemas Petak A dan Petak B, maka kami sambunglah projek mengemas Petak C dan Petak D pula. Petak C ni lagi lah lama tak dikemaskan rasanya tahun ini ada sekali dua je merumput.
  Sementara tukang kebun hard pruning pokok mulberry di Petak F, dearest husband tolong cabut rumput di Petak C dan Petak D. Suburnya rumput kalau ada lembu memang dia kenyang makan bak kata hubby. Gambar di atas tu setelah merumput baru nampak tanah. Pokok-pokok sayur manis di Petak C kesemuanya tukang kebun dah bagi hard pruning. Dalam Petak C ini juga pada asalnya ditanam ada 3 pokok keladi mawar pemberian Kak Ros yang menetap di Jasin, Melaka. Tukang kebun pun lupa nak tuai cepat-cepat ubinya jadi ada yang dah reput. Sulur-sulur anak-anak pokok keladi baru semua dikeluarkan dan disusun berbaris di Petak C ini semula sama tapak seperti di gambar.
  Sementara tukang kebun mengemas dan aturkan semula tumbuhan di Petak C, dearest husband buat pruning pokok asam jawa yang dah merimbun dahannya menghadap Petak D menjadikan kawasan keliling makin teduh. Musim-musim hujan ni nak kena kasi cerah sikit kawasan tempat menanam. Kalau musim kemarau tidak mengapa jadi natural shade diberikan oleh pokok asam jawa. Tukang kebun ada pindahkan batang-batang serai wangi dari rumpunan dahulunya dihadiahkan oleh Eila (Sepang) ke Petak D dan Petak F.
 Dahan-dahan pokok asam jawa sekarang dipenuhi dengan buah-buah asam jawa muda. Rayyan dan Papa Rayyan suka meratah buah-buah asam jawa yang muda. Biasanya musim buah asam jawa di Kebun Bahagia Bersama macam bulan February tapi sebab fenomena cuaca El-Nino pokoknya tiba-tiba teruja berbunga lagi sekali beberapa bulan lalu. Tengok gayanya musim buah asam jawa (dah masak) lagi sekali bulan November~December akan datang ni.
 Yang tumbuhan utama di Petak C adalah sebahagiannya dipenuhi oleh pokok-pokok ubi kayu. Pokok-pokok ubi kayu ni bila tukang kebun semak nota semula ditanam pada Disember 2013 lepas (klik sini). Jadi usianya dah cukup elok untuk mula dituai. Ubi Kayu dalam Petak C ini tukang kebun panggil Ubi Kayu El-Nino sebab masa kitaran pertumbuhannya tak banyak hujan kemarau memanjang dan tidak disiram langsung.  Kemudian diambil kira yang ianya tumbuh dalam keadaan awal-awal full sun kemudian jadi partial shade sebab pokok-pokok besar dikeliling menjadi lebih teduh. Berdebar-debar juga nak tarik tadi tengok ada isi ke tidak sebab tak hiraukan dia dan kurang pencahayaan yang didedahkan. Syukur Alhamdulillah ada juga ubinya dan nampaknya slim dan panjang sebab akarnya cuba bergerak jauh ke dalam tanah mencari air untuk batch ubi kayu El-Nino.
   Sakitnya mata tengok bila potong rumput tak sampai 2 minggu dah naik meriah semula, jadi bincang dengan dearest hubby dari terbiar kosong antara pokok rambutan gading dan pokok pisang tu lebih baik kita tanam ubi kayu di situ stock for next year pula. Jarak-jarakkan agak-agak mesin rumput boleh lalu in between. Hujung tahun ini dengan cuaca Lembah Klang banyak hujan dah elok nak tanam ubi kayu by the time masuk musim kemarau tahun depan dah tak perlu siram pun tak pe kalau tak de masa.  Bukan susah nak tanam batang ubi kayu hanya perlukan parang sahaja pun dah cukup nak buat lubang selitkan batang ubi kayu. Sekali kala boleh tuai pucuk muda untuk buat sayur.
 Syukur Alhamdulillah walaupun tak banyak habiskan masa di Petak C tahun ini tak rugi berbudi pada tanah jika invest masa dan tenaga setiap pagi Sabtu mencari harta karun sambil-sambil mengemas. Dapatlah juga nak rasa ubi keladi mawar dan ubi kayu yang ditanam sendiri Ahad lalu. Buah mulberry pula courtesy pokok dari Petak B lagi. Kemudian tampaka (bawang serai) pula tuaian dari Petak F. Tampaka dan Sunroot yang dituai minggu lepas bolehlah masukkan sekali di dalam sup tulang untuk lauk hujung minggu.
 Antara tuaian pada Sabtu lepas seperti gambar atas dan bawah. Pokok ciku juga dah mula ada buah-buah yang boleh dituai. Jambu kampung baka dari Sabah pun yang mana dah pegang je boleh terpetik dituai kalau tak banyak habuan ke tupai banyak dah kena gigit atau bila hujan bertaburan di tanah. Nasib baik kemas Petak D kalau tidak tak perasan yang ada buah betiknya dah ranum, itu pun sebiji dah hampir habis dimakan di sebelah buah betik yang dituai ada rezeki untuk anak-anak.
  Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama yang sudah confirm semalam dan tinggal tunggu tukang kebun pos, hari ini akan dipos walaupun slot dikatakan untuk 27hb November 2014. Available next slot for reservation ialah 3rd November 2014. Jika ada rezeki kebarangkalian shipment untuk Pasar Online pada 27hb November dan 3rd November 2014 jadi Pasar Online Canistel & Ciku (2C) Kebun Bahgaia Bersama.