No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Semporna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Semporna. Papar semua catatan

Isnin, 21 Disember 2020

Hiking Bukit Tengkorak Tapak Warisan Arkeologi

Perjalanan ke Semporna pada tahun 2019 adalah dalam hampir sama kewujudan virus Covid-19 muncul dikesan bermula di Wuhan seperti yang dilaporkan. Pada ketika itu, komuniti di kawasan lain di seluruh dunia masih belum ada kesedaran betapa kewujudan Covid-19 ini akan memberikan impak seperti yang kita hadapi sekarang. Cuti hujung tahun lepas 2019 semasa Covid-19 belum lagi sampai ke Semporna kami sekeluarga berkesempatan melawat Tapak Warisan Arkeologi, Bukit Tengkorak. Selain dari melawat muzium, kita juga boleh hiking naik ke puncak Bukit Tengkorak untuk melihat dengan mata sendiri tapak warisan arkeologi ini.
Sepanjang perjalanan hiking menaiki tangga ke atas puncak Bukit Tengkorak, cuba lihat di kawasan tanah beberapa tempat. Tanpa disedari kita sebenarnya memijak artifak serpihan tembikar zaman dahulu kala. Bukit Tengkorak ini dilaporkan adalah tempat pembuatan tembikar terbesar di Asia Tenggara sejak zaman Neolitik lagi. Malahan dikatakan tempat ini telah dihuni oleh manusia sejak zaman Paleolitik lagi.  Mula-mula anak-anak yang lebih ringan badan dan berstamina dah mara laju ke atas meninggalkan Tukang Kebun yang tercungap-cungap (salah sendiri tak stay fit). Kemudian Tukang Kebun kata tengok apa yang bertaburan di tanah. Barulah mereka seronok mula beroperasi mencari serpihan tembikar dan cengkerang binatang laut yang juga bersepah di sekitar Bukit Tengkorak ini dari sumber makanan orang dahulu kala. Bolehlah perasan sekejap jadi ahli arkeologi dalam setting semulajadi.
Mustahil cangkerang hidupan laut yang berada di sekitar puncak ini ada secara semulajadi kecuali ada fenomena tsunami yang hanyutkan cangkerang sampai ke tempat tinggi. Jadi ini ternyata orang-orang zaman purba mereka turun di persisiran pantai dan membawa makanan seperti hidupan laut bercangkerang naik ke tempat perlindungan mereka. Ini jadi sebab kukuh kenapa dikatakan Bukit Tengkorak ini suatu masa dahulu memang manufacturer terbesar tembikar di kawasan Asia Tenggara . Malahan memang serpihan tembikar ni merata-rata atas tanah. Kita boleh kutip sendiri bawa balik sebagai cendermata pernah hiking di Bukit Tengkorak ini.
Tiada bayaran masuk dikenakan untuk ke Tapak Warisan Arkeologi Bukit Tengkorak. Cuma tulis daftar nama je di buku log pintu masuk galeri muzium. Malahan masa kami sampai di muzium tiada seorang staf rasmi muzium ada di sana kerana semua ada tugasan rasmi di tempat lain. Mereka memberikan kepercayaan kepada orang tempatan untuk membantu tengok-tengokkan muzium. Ada kanak-kanak yang menjaja di gerai kecil depan muzium panggil wakil tersebut maklum ada pelancong datang. Wakil tersebut pun boleh kita ambil sebagai guide untuk hiking di Bukit Tengkorak (tiada paksaan bagi tips atau honorium, bergantung kepada keihklasan hati kita).
Sepanjang trail hiking official tersebut ada beberapa pondok rehat dan pemandangan indah sekitar Bukit Tengkorak menjamu mata. Tidaklah susah trail tersebut cuma jangan lupa bawa air botol masing-masing. Mungkin boleh pakai topi atau payung untuk teduh kepala dari terlalu panas terik. Tukang Kebun dan anak-anak pun pakai slippers je hiking Bukit Tengkorak ni. 
Ada juga kami terserempak seekor ular kecil bergayut di ranting pokok masa naik tangga. Ular tu nampak kami nak skodeng. Ular dia pun jadi malu terus menyusur pergi sorok. Tapi pelancong dinasihatkan jangan ganggu atau memukul binatang-binatang liar. Monyet pun kekadang ada tapi masa kami di sana tak terserempak. Jika dengar perkongsian cerita bersama guide, dia bercerita hidupan liar di kawasan Bukit Tengkorak ini elok jangan dianiaya sebab ada yang memukul ular terserempak semasa hiking menemui kecelakaan selepas balik. Begitu juga kisah-kisah kecelakaan lain yang dihadapi oleh pelawat yang dikatakan buat aniaya dengan hidupan liar yang mereka terserempak semasa hiking di sekitar Bukit Tengkorak.
Apa yang uniknya kawasan sekitar Bukit Tengkorak ini adalah ianya bekas gunung berapi. Disebabkan itu bagi Tukang Kebun formasi landskapnya sangat indah sekali seperti kita rasa bukan berada di Malaysia. Ini kita dapat lihat di mana kesan tinggalan jenis-jenis batu yang terdapat di atas kawasan lapang di puncak Bukit Tengkorak menunjukkan ianya adalah jenis mineral batuan gunung berapi. Mimic seperti kawasan Gunung Berapi di Jepun yang terletak di persisiran pantai. Cuma yang uniknya di Jepun tiada paya bakau. Tapi di Bukit Tengkorak kita boleh lihat di sekitar kawasan rendah bersebelahan pantai terdapat hutan paya bakau.
Dari puncak Bukit Tengkorak ini kita boleh lihat banyak pulau berdekatannya. Bentuk mukabumi pulau ini pun macam dalam cerita animasi Disney Moana. Bahkan kita boleh lihat juga fenomena semulajadi perubahan iklim dunia iaitu peningkatan paras air laut. Seperti gambar di bawah kita boleh lihat sebuah kawasan dah jadi terpisah macam pulau dengan daratan tanah besar. Beberapa dekad lepas, kampung seberang telah terpisah tersebut masih lagi bercantum dengan kampung yang bersama daratan tanah besar boleh naik pengangkutan darat sahaja. Sekarang peningkatan paras air laut yang berlaku di bumi ini menjadikan pengangkutan air digunakan sebagai kaedah perhubungan.
Bila ada bersama guide di tempat yang kita tak berapa kenal, kami berkesempatan juga mencuba off-trail hiking, selain dari hiking menggunakan kayu platform yang telah disediakan untuk mengelakkan dari sesat. Agak menarik juga bila tengok jenis tumbuhan (vegetation) yang ada di sini, agak berlainan dari tempat lain disebabkan jenis mineral batuan gunung berapi yang membentukkan tanah di sini.
Ada sebuah pokok tinggi di sini yang boleh jadi tempat berehat teduh sambil hiking yang buahnya guide kata ada nilai perubatan. Katanya ada orang Cina kekadang ambil buah ini untuk dibuat ubat. Kapsul buah macam bentuk jering dan biji di dalamnya besar macam buah kurma.
Dari tempat abang Ilhan berdiri tu kami turun dari canopy walk dan mula hiking off-trail. Pokok buah gambar di atas pun jelas kelihatan dari situ sebagai landmark. Ada kawasan jenis pokok lalang ni tinggi dari ketinggian Abby ketika itu. 
Cantik pemandangan di puncak Bukit Tengkorak ini. Mesti keadaan di sini agak berbeza zaman purba dahulu semasa zaman gemilang komuniti sini menjadi pembuat tembikar terbesar di Asia Tenggara. Jika ikut imaginasi Tukang Kebun pasti banyak juga penempatan rumah dibuat atas ini. Tapak yang ditinggalkan mesti ada sebab musnah tiada peninggalan. Apatah lagi dah jadi macam grassland, di mana kebiasaannya kalau di tempat kawasan lembap tropika ini tanah terbiar boleh menjadi hutan sekunder dengan begitu pantas sekali. Tambahan pula tanah asal dari bahan gunung berapi biasanya lebih subur kerana mempunyai lebih nutrient dari tanah merah di Malaysia. Malangnya tidak banyak kajian dijalankan untuk mengetahui kisah komuniti zaman purba di puncak Bukit Tengkorak ini. 
Kalau kita lihat peninggalan tamadun bandar lama di kawasan tinggi di Amerika latin pun yang dikelilingi hutan tebal macam di Malaysia juga, kawasan penempatan tamadun lama ni tumbuhan tak berapa tumbuh atas tapak lama bandar utama dia. Ada yang kekal macam grassland juga. Andaiannya yang boleh Tukang Kebun buat hypothesis memang gah juga komuniti zaman purba buka penempatan di sini dahulu sehinggakan ianya masih kekal tapaknya walaupun pembinaan struktur pembangunan penempatan tersebut tidak sudah kelihatan kerana tumbuhan belum mampu ambil alih lagi kawasan tersebut secara bermaharajalela. Sejarah begini patut dikaji supaya rakyat dapat berbangga dengan warisan tanahair kita dan memupuk sifat patriotik yang mendalam. Ini kita asyik tengok tamadun purba rantau lain. Walhal tamadun purba di nusantara pun tidak tertinggal amat hebat sekali. Faktor utama kebiasaannya kajian tidak dapat dilakukan adalah kerana kekangan kewangan untuk penyelidikan seperti ini.
Jangan lupa kalau di Semporna bila pergi island hoppings untuk menikmati kecantikan lautnya singgahlah juga sokong Tapak Warisan Arkeologi, Batu Tengkorak yang kurang dilawati pelancong. Kenalilah warisan semulajadi kita. Sayang Malaysia. 

Ahad, 8 November 2020

Restoran Warisan dan Pulau Pom Pom, Semporna

     Selepas check out dari Kawag Rainforest Lodge di Kawag, Lembah Danum (Posting Related -Klik Sini), kami bergerak ke Semporna. Malam pertama di Semporna, suami Tukang Kebun berikan cadangan untuk cuba sajian di restoran yang belum pernah pergi. Maka setelah check reviews kami bergerak ke Restoran Warisan. Restoran Warisan ini tidak terletak di dalam pekan Semporna tetapi pinggiran pekan Semporna dan jalanraya agak gelap. Restoran Warisan ini terapung di atas air laut dan bersambung dengan chalet yang baru sahaja siap dibangunkan ketika itu. Ada masjid berhampiran untuk menunaikan solat. Tetapi tempat letak kenderaan agak terhad, jadi ada juga penduduk kampung akan beri isyarat untuk masuk ke laman kawasan mereka dengan mengenakan yuran sewa parking.
Di tempat masuk restoran warisan ada sangkar-sangkar ikan. Tetapi pilihan makanan laut di sini tidak banyak berbanding tempat lain. Pada masa itu hanya ada 2 jenis pilihan ikan dan tidak ada pilihan untuk jenis makanan laut bercengkarang kecuali udang. Agak terkejut juga dengar pilihan ikan tak banyak bila memandangkan ikan-ikan yang berenang di depan restoran. Kami cuma buat pesanan 4 jenis juadah seperti di bawah ini. Kalau ikut tekak kami mungkin rasanya below average. Anak-anak ni tak laju makan walaupun ada juadah kegemaran mereka.
Hari berikutnya, kami buat aktiviti islands hopping, Pulau pertama yang dibawa oleh guide ialah di Pulau Pom Pom.
Anak-anak memang dah tak sabar nak mandi air laut. Pelancong-pelancong lain sibuk ambil gambar. Rayyan dan Abby dah masuk air dan explore marin life. Pelancong-pelancong dibawa ke Pulau Pom Pom untuk ambil gambar-gambar sebelum persalinan baju mandi untuk aktiviti seterusnya iaitu snorkelling.
Berapa kali nak kenq panggil Rayyan dan Abby masuk balik ke dalam bot untuk pergi snorkelling berdekatan Pulau Pom Pom ini juga. Di Pulau Pom Pom pun banyak penyu berenang berdekatan pantainya. Selepas selesai snorkelling, pelancong dibawa semula ke daratan Pulau Pom Pom untuk makan tengahari.
Selepas mengisi perut, kami dibawa snorkelling ke Pulau Mataking Kecil (Posting Related-Klik Sini) dan Pulau Timba-Timba (Posting Related-Klik Sini).
Kebiasaannya ada beberapa set pakej islands hopping di Semporna, biasanya pakej islands hopping Pulau Pom Pom, Pulau Timba Timba dan Pulau Mataking jadi set pakej sama sebab kedudukan pulau ini berdekatan jaraknya antara satu sama lain. Pulau Mataking dia arah berbeza dengan Pulau Sipadan dan Pulau Mabul.

Jumaat, 30 Oktober 2020

Snorkelling Small Mataking Island

Salah satu impian tahun lepas Syukur Alhamdulillah termakbul dapat melihat pemandangan dasar laut di kawasan sekitar Pulau Mataking, Semporna, Sabah. Walaupun secara snorkelling sahaja, jika ada rezeki nak juga menyelam dengan scuba diving. Pulau Mataking tidak dapat jejak kaki lagi sebab ianya dikirakan berada di dalam pengendalian resort penginapan di situ.
Kami dapatkan pakej island hopping 1 hari yang termasuk Pulau Pom Pom, Pulau Timba Timba (related posting klik sini) dan Pulan Mataking di Tourism Malaysia Travel Fair yang dianjurkan oleh Tourism Board Malaysia di Sabah Suria. Terfikir nak ke Semporna sebab alang-alang sebelum itu, kami ada dapatkan pakej ke Kawag Danum, Lahad Datu (related posting klik sini) di MATTA FAIR yang lebih awal diadakan di ITCC, Penampang beberapa bulan sebelum itu. Jadi bolehlah kami rancang cuti sekolah hujung tahun 2019, pergi trip Kawag Danum kemudian bergerak ke Semporna untuk island hopping. Di atas ini Tukang Kebun kebetulan jumpa resit pembayaran island hopping tahun lepas di mana COVID-19 belum muncul lagi dalam human population. Ketika itu harganya 1 pax promotion price pun dewasa RM180, sekarang separuh harga boleh dapat lepas PKP.
Di Travel Fair tersebut kami juga beli pakaj snorkelling ke Pulau Pandan Pandan (related posting klik sini). Kali ini bolehlah redeem untuk masuk acara cabutan bertuah dengan dua ticket. Biasanya Tukang Kebun tak pernah bernasib baik dalam cabutan bertuah ni. Sekali dapat jugalah salah satunya menang satu cabutan bertuah yang pelbagai jugalah set hadiahnya seperti large luggage beg warna biru (belum sempat nak guna), powerbank, keychain, t-shirt, voucher penginapan dan lain-lain. Macam berbaloi jugalah kalau menang cabutan bertuah jadi makin diskaun pula pakej kami beli dengan barangan yang dapat. Acara ini ada jemputan artis iaitu Misha, dapatlah bersalaman dengan Misha.
Sementara nak tunggu bot siap sedia untuk bertolak di jeti dari operator pengurusan sempatlah papa Abby beli cermin mata hitam untuk Ilhan pakai dari penjaja tepi jalan dan makanan untuk isi perut. Papa Abby kata takpe nanti boleh guna untuk potong rumput kesian pula anak mata silau.
Menarik juga snorkelling di kawasan air berdekatan Pulan Kecil Mataking ini, ada kekadang rasa kawasan aliran air panas, ada kawasan aliran air sejuk. Penyu memang mudah nak jumpa di Pulau Kecil Mataking ini.
Yang buat makin seronok ialah tak perlu menyelam scuba diving pun kita akan terjumpa kumpulan ikan baracuda yang besar tu dan muka garang. Papa Abby seronok tengok kumpulan beribu ikan lalu macam tornado dalam air gerakannya.
Group pelancong dalam bot yang membawa kami adalah cuma kami sekeluarga dan dua pelancong wanita dari Australia. Anak-anak ni pun tak risau sangat sebab ada guide teman sekali semasa snorkelling memastikan keselamatan pelancong-pelancong yang dibawa. Kekadang guide kena ingatkan jangan pergi jauh-jauh bila ralit berenang mengekor penyu kita di belah atas.
Pada sebelah malamnya kami ke kedai Fat Mom's Restaurant untuk mengisi perut. Ini kali kedua kami singgah makan di sini memang tidak menghampakan rasa makanannya. Biasanya di Fat Mom's Restaurant lepas makan ada complimentary dessert manggo puding. Di Fat Mom's Restaurant ini memang mereka hanya menghidangkan makanan laut yang segar sahaja ada tank akuarium mereka di kedai. Cuma kali ini ada aksi tak senonoh dari pelancong negara China, tak sempat nak buat apa-apa dan pelayan-pelayan restoran pun semua terkejut tengok tingkah laku pelancong tersebut. Di belakang kami tu ada meja yang ayahnya sedang duduk berbaju hitam kan. Keluarga dari negara China, pasangan ibubapa dan dua anak-anak kecil. Ada ke dia suruh anaknya kencing di bawah lantai papan kayu tersebut di bawah meja makan mereka di khalayak orang ramai. Anak perempuannya pun tak jauh beza dengan linkungan umur Abby. Sedangkan restoran ni pun ada tandas elok. Memang sebelum tu Tukang Kebun perhatikan maknya asyik main smartphone tak berapa melayan anak-anaknya dibiarkan sahaja. Budaya begini memang amat kurang menyenangkan sebab datang tempat orang tidak jaga adab. Sekurang-kurangnya pakai kan je la lampin pakai buang.


Kali ini kami pilih makanan laut di atas untuk isi perut, udang lipan saiz besar masak salt and pepper, scallop masak stim garlic dan lain tu dah lupa masakan apa. Ketam order 1 kilogram, tak sangka banyak pula jenuh nak habiskan.
Sebenarnya kalau tiada masalah angka Covid-19 ni meningkat seperti sekarang, Tukang Kebun ingat nak pergi diving di Semporna bulan ini masa awal bulan hari tu, tengah nak fikir-fikir pergi Pulau Mataking sebab harga promosi mereka sekarang jauh beza dengan harga sebelum PKP. 

Happy Weekend with your love ones!

Isnin, 5 Oktober 2020

Pulau Timba Timba


Pada cuti sekolah hujung tahun 2019 berkesempatan bawa anak-anak Island hopping trip di Semporna. Kali ini kami pilih Island hopping trip yang biasanya dalam set Pulau Pom Pom, Pulau Timba Timba dan Pulau Mataking. Tiga Pulau ini terletak sesama berhampiran. Selepas snorkeling di Pulau Pom Pom, kami dibawa pula ke spot yang berlainan untuk snorkeling iaitu di Pulau Timba Timba. 

Jika anak-anak antara 3 pulau yang kami pergi snorkeling day trip kali ini, mereka paling suka di Pulau Timba Timba. Kemungkinan di Pulau Timba Timba air nya kurang dalam berbanding tempat lain yang dibawa. Di Pulau Timba Timba semasa snorkeling juga ada kami berkesempatan peluang dapat berenang bersama-sama Penyu. Kalau Tukang Kebun dan papa Abby seronok snorkeling di Pulau Mataking. 

Selepas snorkeling di Pulau Timba Timba, bot dibawa mendarat ke kawasan yang berpasir di mana tiada termasuk dalam zon resort. 
Abby dah lama teringin nak naik pelampung besar, kali ni jenis pelampung besar yang dibawa oleh bot ialah pink flamingo. Tiada kanak-kanak kecil lain maka puaslah Abby sorang sorang conquer pelampung besar flamingo. 
Abang-Abang Abby lebih berminat nak berkayak. Paddle kayak tour operator lupa bawa tetapi anak-anak kreatif diorang belasah guna slipper Jepun masing-masing buat dayung. Di Pulau Timba Timba ni tiada kawasan berteduh dan sepanjang pasir putih cantik untuk diambil spot bergambar. 
Anak-anak yang tak penat bermain, pelancong-pelancong lain pula yang takut sunburn semua stay dalam bot memerhatikan anak-anak riang ria ni. Hairan tengok bot lain penuh pelancong dari China tapi semua duduk diam-diam dalam bot takut nak berjemur di Pulau ni. 

Sabtu, 27 Januari 2018

Persisiran Pantai Pulau Mabul Penuh Sampah

 Akhirnya dapat buat entry terakhir untuk trip ke Semporna minggu raya Aildilfitri tahun lepas. Dah lebih setengah tahun terperap. Antara sebab yang ni kisahnya tak seronok sikit dengan pencemaran yang ketara tapi perlu kita ambil perhatian dengan apa yang terjadi dengan khazanah semulajadi negara kita. Dari Semporna (related posting klik sini) mengambil masa dalam sejam lebih dengan menaiki bot ke Pulau Mabul. Kami sampai di Pulau Mabul, air laut sedang pasang. Kelihatan dari jauh, dekat dengan perkampungan masih ada projek baru membina rumah tumpangan atas air yang berwarna orange menunjukkan masih makin ramai pelancong melawat Pulau Mabul setiap masa. Manakala masa air surut, Tukang Kebun perhatikan ramai nelayan terutamanya golongan perempuan mencari hasil laut berdekatan dengan projek pembinaan resort tema orange tu.
 Tempat penginapan semalam kami di Pulau Mabul memang dekat dengan kawasan kampung, banyak rumah-rumah nelayan terapung di sini. Pada waktu malam cantik banyak bintang-bintang berkelipan di atas kepala sambil kami beriadah main UNO di luar sekeluarga. Bukan sahaja kami pelancong yang menikmati pandangan bintang-bintang, tetapi anak-anak di Pulau Mabul ini juga kelihatan bersantai di luar sambil menikmati pandangan bintang-bintang yang penuh di atas kepala kita ni.
 Tukang Kebun ulang semula ya masa kami sampai di Pulau Mabul dah nak dekat tengahari dan air sedang pasang. Jadi kami sampai terus bot dekat je kat tempat penginapan jadi tak perlu redah air. Kami sampai dipesan makan tengahari dahulu. Kemudian dalam pukul 1 lebih keluar semula untuk aktiviti snorkeling di Pulau Kapalai. Kebetulan masa kami keluar aktiviti snorkeling yang terlibat adalah pelancong dari negara China dan Australia. Kumpulan kami sahaja pelancong tempatan.
 Kembali dari aktiviti snorkeling di Pulau Kapalai, air dah sangat surut boleh kelihatan jelas rumpai-rumpai laut dan beberapa Tapak Sulaiman. Pada waktu ini juga kelihatan ramai nelayan-nelayan di sekitar tempat surut sedang mencari rezeki mengambil kesempatan air laut sedang surut. Masa kami tiba pun ada sudah nelayan tunggu di tepi pantai sekiranya ada pelancong ingin membeli ketam atau udang lipan. Saiz ketam dan udang lipan yang dijual di sini adalah amat besar jika dibandingkan di tamu sekitar berdekatan Kota Kinabalu. Tapi harga boleh tahan jugalah berlipat ganda. Sebenarnya bukan harganya yang membuat Tukang Kebun terbantut dan membeli hasil laut sekitar Pulau Mabul ini. Tetapi habitat persekitarannya buat Tukang Kebun tak selera nak makan.
 Bila air laut sudah surut, ini adalah pemandangan terkejut dan sedih terpampang di mata kami apabila kembali di Pulau Mabul. Penuh sampah di persisiran pantai Pulau Mabul. Tetapi orang tempatan sedang mencari-cari rezeki di pantai dalam keadaan begini. This is the price we pay for rapid development for tourism and manufacturing goods for our convenience. Ini adalah pengalaman pertama Tukang Kebun kena redah sampah sarap penuh di pantai. Amat menghampakan apabila berpuluh tahun tunggu ada rezeki kesihatan, masa dan kewangan baru dapat lawat wishlist island to visit. Hancur image Pulau Mabul. Malu kita dengan pelancong-pelancong luar negara. 
 Kita didik anak-anak kita untuk menjaga kebersihan kan. Abby simply refuse to walk on her own kenalah papa Abby dukung mengharung sampah sarah dah macam kawasan pengumpulan sampah dah. Of course as a mother I worry if the kids step on sharp things. Tengoklah pelbagai sampah sarap tutup pantai pasir yang cantik di Pulau Mabul ni. Ini sebab utama Tukang Kebun tak sanggup nak beli ketam di Pulau Mabul ini. Because we are what we eat. Bukan tak ada rasa belas kasihan, nak membantu menambahkan pendapatan orang tempatan. Nasib baik pelancong negara China tu beli kesemua hasil laut nelayan tersebut lepas bargain. Tempat lodging ni boleh tolong rebuskan ketam tersebut. Bila dah selesai rebus tu, Tukang Kebun rasa baunya hanyir juga walaupun meja ada jarak dari group pelancong negara China tu. Berpandanganlah kami sekeluarga, nasib tak beli baunya tak selera. Sebab ketam tu masih hidup tau masa mereka jual dalam botol plastik dan terus rebus begitu sahaja. Fresh seafood. But berbau.
 Pakej yang kami dapat untuk trip di Semporna ni tempah di MATTA fair di PWTC lalu dengan harga dewasa dalam RM900 dan lepas negotiation kanak-kanak 3 orang kami ni kira harga bersamaan seorang dewasa sahaja untuk 3 hari 2 malam. Tempat masa tu tak confirm lagi tidur di mana sebab ikut kekosongan dan tarikh yang kami pilih. Kami ditempatkan di SDC Mabul (Sipadan Dive Centre Mabul). Tempat tinggal tu we don't really mind much sebab budget price. I don't think the accomodation is to blame. Cuma hopeless je dengan keadaan persekitaran Pulau Mabul jadi sampai tahap begini. Salah Tukang kebun juga tak check betul-betul keadaan lodgings. Sebab bila google tempat lodging mana keluar gambar begini kan.

  Bekalan freshwater pun masalah juga di Pulau Mabul ni. Sebab mandi air paip terasa sangat masin lagi berbanding dengan pengalaman-pengalaman lepas menginap di pulau pelancongan.
  Bandar Semporna dan persekitarannya memang bermasalah dengan isu sampah sarap. Tukang Kebun siap tanya lagi dalam kelas kursus yang diajar, siapa sini dari Semporna. Belum lagi Tukang Kebun share gambar-gambar di Pulau Mabul ini, Students dari Semporna dah tahu apa masalah utama di tempat mereka. Ya masalah "pembuangan sampah sarap". Education is the most important thing to reduce this problem. Kita tak boleh salahkan mereka sebab berbeza dengan tahap pendidikan dan socioekonomi tempat kita membesar. Jabatan-jabatan yang terlibat perlu bagi informasi yang berkesan dan solution mudah untuk mereka elakkan pembuangan sampah sarah di laut ni. Tidak perlu kita asyik tunjuk tangan sini sana salah siapa, kerana penduduk-penduduk Pulau Mabul juga adalah mangsa masalah pencemaran ini dan habitat hidupan lain. Pencemaran sebegini impact kepada pendapatan rezeki mereka dan keadaan kehidupan sekeliling yang dapat membawa kesan tidak baik terhadap kesihatan mereka. Pelancong adalah sekadar penumpang sahaja untuk amati semulajadi di sini dan industri pelancongan ini tidak membawa banyak bantuan besar pun terhadap penduduk asal. It only benefits the tourist operators and pemilik lodgings yang rata-ratanya bukan penduduk tempatan. But dengan keadaan kotor sebegini one day akan effect juga the big stakeholders. Who wants to visit pulau yang sekotor begini? Everyone have to cooperate.
 Tengok kanak-kanak tempatan seusia sama anak sendiri rasa belas kasihan dengan nasib mereka dengan persekitaran sebegini. Ke sana sini mereka mendayung mencari kawan dan melawat kawan yang ada masa lapang. May Tukang Kebun suggest if you planning for a company trip this year, mungkin boleh buat company trip sambil bantu kemas sampah di persisiran pantai ini as 'Community Service'. I think this will later jadi highlight kepada masalah pencemaran air di Pulau Mabul ini. Please email us if you are organizing this event, jika ada rezeki mungkin boleh join sama.
 Memandangkan masa air laut surut tak indah untuk dipandang walaupun backgroundnya dah menarik sebenarnya, jadi kita tutuplah dengan tuala-tuala dahulu. Walapun persisiran pantainya banyak sampah sarap tetapi masih banyak cangkerang-cangkerang hidupan laut yang saiz besar boleh dikutip oleh anak-anak. Cuma tak dapat je lah main dengan air, tak selera tengok. Itulah hampa besar lawat Pulau Mabul ini. Sebab ingatkan at least anak-anak ni sambil parents dia berehat di balcony bolehlah mereka mandi-manda.
 Posisi tempat penginapan dah okay dah right in front of the sea. Cuma sampah sarap di persisiran pantai yang buatkan tak ngam la. Nasib masa air laut pasang dia cecah sampai kaki tempat rumah penginapan cover semula nampak indah balik mata while watching sunset. Walaupun at the back of your head, terbayang lagi di bawah air laut tu sebenarnya penuh sampah. 
 Tetapi kalau tempat penginapan kategori mewah di mana semalaman harga 4 digit, tak lah sampah sarap banyak. However, sama sahaja impak dia benda-benda bertoksik tu bergerak juga dengan aliran air walaupun tak nampak secara fizikal. Seperti tempat yang kami pergi snorkeling di sebelah petang kemudian. Adik-adik Tukang Kebun rajinlah sebelah petang berjalan-jalan explore di Pulau Mabul ini dapatlah tangkap gambar sunset.
 Gambar di bawah ini sebelah petang, air dah pasang tak nampaklah dah sampah-sarap yang bertimbun dalam air tu. Bila the next day masa kami selesai breakfast, ada pelancong tempatan baru sampai masa air pasang. Pelancong tempatan tu pun macam tak menyempat dengan anak-anaknya nak mandi air laut dah berendam mandi di dalam air laut depan resort tu. Kami sekeluarga dalam hati masing-masing terkejut kang mereka ni tengok pemandangan persisiran air pantai masa surut nanti.
 Kawasan pemandangan di sekitar Pulau Mabul amat indah sekali tetapi pencemaran dari hasil-hasil produk perusahaan menjadi masalah besar sekarang. Sebab hidup kita ni zaman sekarang apabila membeli barang banyak menggunakan packaging yang ambil masa lama untuk degrade atau reput. Sebab tu kalau di dapur je sehari boleh penuh tong sampah kan. Tapi sistem pembuangan sampah sarap membangun lebih lambat dari perusahaan membuat barangan. Banyak barangan kita develop untuk memudahkan kehidupan kita tapi bila sudah tidak dipakai bahagian-bahagiannya, mana kita nak buang semua ni dengan cara yang tak mencemarkan alam?
 Antara kesimpulan aktiviti-aktiviti 3 hari dua malam di kawasan Semporna:

Hari pertama: Jeti Semporna (Klik Sini)
Hari pertama: Pulau Mabul (Posting Ini)
Hari pertama: Pulau Kapalai (Klik Sini)
Hari Kedua : Pulau Tatagan (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Bohey Dulang (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Mantabuan (Klik Sini)
Hari Kedua: Pulau Sibuan (Klik Sini)

 Sesiapa yang berminat untuk dapatkan stok pokok-pokok pinang yang dah tinggi ada stok ya (Hujung minggu ini dan hujung minggu depan boleh self-collect).

Jika saiz yang untuk dipos juga ada ya.

Info pokok pinang boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok pinang RM10.00 ~

~ 3 biji buah pinang masak RM2.00 ~

~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 ~