No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label burung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label burung. Papar semua catatan

Isnin, 14 Disember 2020

Reptiles Watching Bilit Kinabatangan

Ini entry akhir untuk pengalaman hendap hidupan liar semasa berada di Bilit, Kinabatangan pada tahun 2018 dan menginap di Nature Lodge Kinabatangan, Kampung Bilit (Posting Berkaitan - Klik Sini). Minggu lepas pengalaman hendap hidupan liar mammalia (Posting Berkaitan - Klik Sini). Hari ini curi masa nak kongsi hendapan hidupan liar reptilia pula sambil naik bot menyusuri Sungai Kinabatangan. Gambar pertama tu kasi tunjuk ekor sahaja dulu risau nanti ada yang terkejut pula. 

Warning : Mungkin ada yang geli tengok hidupan berdarah sejuk bila scroll di bawah ya.
Kali ini terdapat 2 jenis ular yang dapat diperhatikan. Ular biasanya kalau dah makan, kenyang beberapa hari tak bergerak dari spot dia rasa selesa. Esok pun mungkin dia masih berada di situ. Jenis ular yang di atas ini boleh nampak jelas besar dan bergulung panjang ni. Tukang Kebun lupa dah nama umum jenis ular ini.
Ular hitam berjalur kuning besar dan panjang ini memang bukan pertama kali Tukang Kebun nampak di Sungai Kinabatangan. Cuma kali ini sudahlah bot tu berhenti betul-betul bawah ranting pokok yang ular tu berada. Kemudian ular ni tak duduk diam tiba-tiba mula memanjang buka lingkaran dia dan aktif bergerak seperti nak ke tempat lain. Tersangatlah suspense jangan ular ini jatuh ke bawah betul-betul landing atas bot sudah, memang terus di pangkuan Tukang Kebun nanti.
Yang species reptilia ni pun cekap panjat pokok juga dengan laju. Yang ni cukup tak suka bila masuk kebun dulu habis telur ayam dimakannya begitu juga berapa kali ibu ayam menangis sebab anaknya ada yang jadi mangsa biawak. Kalau angsa-angsa riuh kat belakang, biasanya angsa panggil Tukang Kebun dulu bagitau ada biawak dalam kebun.
Kawasan Bilit Kinabatangan ini memang tempat buaya melepak dan berdating. Buaya yang berlainan warna kulit ini , buaya jantan dan buaya betina sedang berdating.
Berdebar-debar juga tengok buaya ini bersebelahan dengan bot kita naik. Mana taknya panjang buaya ni pun lebih dari panjang bot. Tapi nampak dah macam biasa je buaya jantan tengok telatah pelancong-pelancong kacau waktu dia tengah mengorat buaya betina. Buaya jantan ni tak kisah kongsi cara mengorat buaya betina.
Kekadang sedang menyusuri Sungai Kinabatangan ini nampak juga kelibat buaya yang remaja walaupun panjang pun ada 2 meter. Kalau gambar pertama atas yang tunjuk ekor tu lagi yang kira usia toddler lah masih muda suka kekadang main di tebing sungai ada je terserempak kadang-kadang.
Nasib baik masa kami pergi Bilit, Kinabatangan ini sebelum video viral keluar tunjuk video yang drone ambil dari atas ada kawasan di Bilit lagilah penuh satu aliran cabang sungai dengan buaya. Macam diorang buat pesta berkumpul membolehkan si Kancil naik atas konon mengira bilangan mereka tapi kena tertipu dengan si Kancil yang ingin menyeberang sungai. Siapa ingat kisah rakyat tu. Kalau guide kami masa bot trip ni cerita masa zaman kanak-kanak di Kampung Bilit dia membesar kekadang lepas balik sekolah sebab lama nak tunggu bot untuk melintas sungai balik rumah, dia berenang je. Tapi kena libaslah dengan parents lepas tu sebab habis basah pakaian seragam sekolah. Cuma sekarang dia dah tak berani lagi nak seberang berenang macam dulu, katanya bilangan buaya yang nampak di Bilit tak seperti sekarang.
Siapa ada teropong besar boleh zoom jauh bolehlah lihat pelbagai jenis burung yang jarang-jarang jumpa. Burung pun termasuk dalam kumpulan reptilia berdarah sejuk juga dan binatang bertelur.
Jenis burung raja udang ini kecil sahaja saiz dia, tapi ibarat artis atas pentas. Semua pelancong-pelancong berpusu-pusu nak ambil gambar si kecil cantik ni. Layan sahaja lah agaknya dalam isi hati kingfisher ini sambil tenung ke camera. Terdapat beberapa jenis species burung raja udang, yang di atas ini antara jenis burung raja udang yang kecil saiznya.
Terdapat pelbagai species burung helang hidup berdekatan Sungai Kinabatangan ini. Ular pun jadi mangsa dalam pyramid makanan. Burung helang ni berada di atas tangga hierachy tinggi dari si ular.
Ada satu aliran cabang Sungai Kinabatangan di kawasan bilit yang jenis pokoknya amat menarik yang akarnya telah adaptasi dengan keadaan persekitaran. Biasanya pokok hutan kayu bakau akarnya terangkat dari air kita boleh lihat satu persatu akar yang timbul tu dan tak seberapa berselirat seperti jenis pokok dalam gambar di atas. Deretan jenis pokok-pokok ini terkenang pula macam sesuai jadi karakter seperti dalam kisah dongeng atau wayang Lord of the Ring. Akarnya berselirat membuatkan pokok-pokok ni pakai skirt jenis kembang pula.
Pelangi timbul atas awan besar di Sungai Kinabatangan juga satu fenomena yang boleh dinikmati di Sungai Kinabatangan sambil mencari burung-burung berterbangan. Selain dari kita tengok apa ada timbul atas air, duduk di tepi tebing sungai atau atas pokok, pemandangan langit di Kinabatangan juga indah seperti yang dikongsikan dalam Posting Berkaitan lepas - Klik Sini
 

Sabtu, 28 November 2020

Bilit Kinabatangan River Sunrise and Sky View

      Sudah 2 minggu lebih tak terkeluar dari laman Teratak Kiulu Lodge ini dengan mengejar tugasan secara online lain yang perlu dilangsaikan sehingga hampir 3 hari kehabisan data internet langganan postpaid. Tidak pernah jadi sehingga habis penggunaan langganan postpaid dah bertahun-tahun. Nasib baik hari ini dah mula balik bulan baru langganan internet postpaid. Tambahan pula cuaca sekarang hampir setiap hari hujan sehingga tak dapat berehat keluar ambil ketenangan di tepi sungai kerana air sungai besar dan deras tak selamat untuk bermandi manda. Hujan kadangkala waktu baru masuk tengahari sudah mula turun membataskan pergerakkan di luar. Tiba-tiba teringat kenangan 2 tahun lalu bercuti bersama keluarga di Sungai Kinabatangan dalam kawasan Bilit. Cuaca dan pergerakkan awan di Kinabatangan pun menjadikan pemandangan langit berubah-ubah dalam satu hari. Pertama kali kami bercuti di Kinabatangan adalah pada tahun 2016 (Posting Berkaitan - Baca Klik Sini) iaitu di kawasan Abai, Kinabatangan yang lebih ke arah hilir sungai Kinabatangan. Kemudian pada tahun 2018, kami bercuti di kawasan Bilit, yang lebih masuk ke hulu sungai Kinabatangan berbanding di kawasan Abai.
    Kali ini guide yang ditugaskan menjaga kami dari Nature Lodge Kinabatangan, Kg Bilit ialah dari kalangan orang tempatan iaitu dari kumpulan etnik Orang Sungai. Etnik Orang Sungai memang salah satu penempatan asal mereka ialah di sekitar Sungai Kinabatangan sejak zaman dahulu lagi. Etnik Orang Sungai adalah salah satu sub-etnik kaum Kadazan di Sabah. Selain keluarga Tukang Kebun, guide Orang Sungai ditugaskan untuk menjaga 3 orang pelancong wanita Peranchis. Hebat juga bila difikirkan semula rombongan keluarga Tukang Kebun sahaja dah 9 orang dan termasuk pelancong-pelancong Peranchis dah 12 orang, guide tempatan Orang Sungai ini kena jaga. Bukan sekadar guide sahaja yang kena jaga keselamatan pelancong, dia juga seorang kena bawa bot dan mencari haiwan-haiwan liar sepanjang trip menaiki bot kecil menyusur Sungai Kinabatangan - so multi-tasking. Namun, tugasan yang diberikan ini dilakukan dengan sangat cekap dan banyak bintang-binatang liar yang dapat kami tengok sepanjang bersama guide etnik Orang Sungai ini. Mohon maaf dah lama sangat kakak ni lupa dah nama adik guide. Adik guide memang hebat, belajar sendiri je untuk fasih berbahasa Inggeris setelah lama terjebak dalam industri pelancongan. Kebiasaannya kalau bot trip sebegini ada sekurang-kurangnya 2 guide bersama, yang seorang memang khusus kemudi bot dan lagi seorang guide yang akan scout haiwan liar. Memang berbeza kalau dapat guide dari golongan orang tempatan yang membesar di situ kita pun dapat belajar banyak dari pengetahuan tradisional penduduk asal.
     Hari pertama kami check in, sebelah petang ada boat trip untuk tengok haiwan-haiwan keluar di tepi sungai mencari makanan. Pada mulanya cuaca biasa-biasa cerah dan tenang. Lepas tu guide kata dia tengok keadaan awan bergerak kemungkinan hujan lebat ni kejap lagi. Guide syorkan kita patah balik cepat sebelum hujan lebat turun habis basah nanti. Betul guide kata bila patah balik tiba-tiba masuk satu kawasan hujan selebat-lebatnya turun habis kuyup kami semua. Nak elak hujan pun tak dapat sebab menyusur sungai kan jadi redah sahajalah dengan harapan nanti sampai kawasan yang hujan tak turun. Itu penting dengar nasihat bila naik bot bawa baju hujan dan jacket sekali. Waktu senja bila kawasan hutan tebal ni menyusuri sungai memang suhu boleh turun mendadak rasa sejuk, elok bawa jacket kalis air dan angin. Bila dah gelap nak kemudi bot pun kena berhati-hati takut terlanggar kayu balak hanyut pun satu hal pula kan. Itu mereka sentiasa kena beringat bawa lampu suluh juga. 
Kami di Nature Lodge Kinabatangan, Kg Bilit selama 3 hari 2 malam. Kebiasaannya mesti awal pagi akan ada satu bot trip untuk scout binatang sebab waktu awal-awal pagi mula cerah lah masa binatang-binatang sibuk keluar cari makan. Di Kinabatangan memang ada rezeki nampak burung enggang bertenggek di pokok tepi sungai. Kadangkala nampak burung enggang terbang tinggi atas kepala. Jika Tukang Kebun tak silap di kawasan Kinabatangan ada sekurang-kurangnya 7 jenis species burung enggang. Burung enggang biasanya setia dengan pasangannya dan semasa pasangannya burung betina mengeram telur atau menjaga anak-anak baru menetas, burung jantan akan mencari makanan dan hulurkan makanan dalam lubang sarang untuk isteri dan anak-anaknya.
Semasa musim hujan di sekitar hulu Kinabatangan, walaupun awal-awal pagi cuaca tenang kita boleh nampak kabus naik atas air sungai Kinabatangan macam gerimis.
Semasa di kawasan Abai, hilir kawasan Sungai Kinabatangan kami berpeluang setiap hari di sana menikmati suasana matahari terbenam semasa menyusuri Sungai Kinabatangan waktu lewat petang.
Di kawasan Bilit di mana Sungai Kinabatangan lebih hulu berbanding kawasan Abai di sini kami dapat menikmati pemandangan matahari terbit semasa menaiki bot.
Salah satu pengalaman menarik juga menikmati panorama langit semasa menyusuri Sungai Kinabatangan ketika matahari sedang terbit pada awal pagi. Kedua-dua gambar berdekatan ini, anak-anak kata macam movie black panther rupa bentuk awannya. Anak-anak jadi seronok menikmati aktiviti mencari haiwan-haiwan liar di hutan menyusuri Sungai Kinabatangan. Seharusnya kita patut bangga kerana hutan dara di Sungai Kinabatangan, Sabah usianya adalah lebih tua dari hutan dara di Sungai Amazon, Brazil.
Dengan kelembapan tinggi bila suhu cuaca masih rendah di awal pagi atau suhu turun di lewat petang kita boleh lihat phenomena kejadian pelangi bersama-sama gumpulan awan di sekitar Sungai Kinabatangan.
Terasa rindu pula nak menikmati pemandangan matahari terbit sambil naik bot menyusuri sungai sebab bila ikut aliran sungai pemandangan matahari naik dan background akan jadi berubah-ubah.
Jika di kawasan Sungai Kinabatangan ini memang mudah je nak terserempak dengan kumpulan species monyet belanda atau Probiscus Monkey di awal pagi dan lewat petang. Kebiasannya species monyet jenis ini akan keluar mencari makanan di tepi sungai pada waktu itu. Probiscus Monkey liar atau Abby suka lagi panggil Monyet London ini memang antara guarantee dapat dilihat semasa bot trip di Sungai Kinabatangan.
Tukang Kebun perhatikan tiang-tiang elektrik yang kelihatan berdekatan kawasan kampung di Sungai Bilit ini dijadikan strategy burung-burung pemangsa/predator untuk monitor kawasan kelilingnya mencari mangsa. 
Syukur Alhamdulillah kali ini nampak juga kelibat burung species Storm's Stork (Ciconia stormi) macam adik beradik bangau ini yang jumlah bilangannya dah hampir nak pupus sedang bertenggek atas wayar elektrik.
Crested Serpent Eagle sejenis species burung helang yang menjadikan ular sebagai mangsanya untuk sumber makanan juga bertenggek atas wayar elektrik memerhati kawasan sekelilingnya. Perbezaan jenis burung helang crested serpent eagle ini ialah jambulnya yang tegak di atas kepalanya memudahkan untuk mengenalpasti dirinya dengan burung helang jenis lain.
Sejenis species burung helang lain berterbangan di atas Sungai Kinabatangan nampaknya telah berjaya mendapat sarapan pada awal pagi. Kelihatan burung helang tersebut memegang seekor ikan besar dengan kuku kakinya terbang ke dahan pokok untuk menu pagi tersebut.
Haiwan liar ini pun biasanya memang ada rezeki untuk dijumpai ketika menaiki bot menyusuri sungai Kinabatangan ialah Orang Utan. Saiz orang utan dewasa kan besar biasanya dari jauh boleh nampak dirinya. 

Challenge gambar di atas, boleh nampak kah mana orang utan tersebut berada?
Bila dah pulih keadaan pandemik di Malaysia, mari kita sokong industri pelancongan tempatan kita.
 

Isnin, 6 Julai 2020

Pertemuan anak burung wak wak bila sedia roti tirai biru ke roti tirai hijau

Bulan Syawal lalu setiap minggu anak-anak buat permintaan roti tirai. 

Mula-mula cuba guna pewarna asli untuk roti tirai warna biru gunakan Bunga Telang.

ROTI TIRAI BIRU IN THE MAKING (LINK)
https://youtu.be/bS1_RreDSyc

Kemudian anak-anak nak challenge roti tirai warna lain pula.

Kita masak pula Roti tirai warna hijau gunakan bahan pewarna asli iaitu daun suji atau pandan serani. 

Bila kita gunakan pewarna asli dapat manfaat lebih juga dari ektrak bunga telang dan daun suji. 


Pokok Daun Suji mudah dijaga dan boleh dijadikan perhiasaan indoors dalam pasu atau kawasan kurang bercahaya kerana ia boleh hidup dengan bahagia di tempat tidak mendapat cahaya secara langsung yang banyak. 

Tips Penjagaan Pokok Daun Suji dan the making of roti tirai hijau boleh tonton video di bawah (LINK) 

https://youtu.be/3iofcy6I3T0

Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan pokok daun suji/pandan serani untuk satu bekas pokok RM10.

Yang berminat boleh self-collect pesanan di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh pada pukul 9.00pagi hari Ahad ini (info lanjut boleh wassup Contact Nizam 0192931340). 

Ada satu hari ingat nak buat roti tirai biru dan pesan kepada Rayyan untuk sediakan air extract Bunga telang. 

Sebab asyik bermain sampai air rebusan kering dan tak nak Tukang Kebun membebel dalam diam si Rayyan buat strategy sediakan air extract daun suji pula sebelum maknya perasan. Dah diajar cara nak buat dengan initiative sendiri Rayyan dan Abby pun pergi lah senyap-senyap kebun belakang ambil daun suji. Masa ambil berdekatan dengan kawasan pokok daun suji mereka berdua terserempak dengan anak burung hitam. Tak jumpa sarangnya lalu diangkut la anak burung hitam bersama daun suji masuk rumah. Dah selesai sedia air extract daun suji, seronok bergegas lah naik atas bilik tunjuk Tukang Kebun anak burung yang di bawa baliknya. Terkebil-kebil mata maknya tengok ni jenis burung apa ni macam anak ayam warna hitam je (pandai si Rayyan distract fokus maknya tak kena marah harimau).

Nak tahu anak burung apa boleh tonton video ini (LINK)

https://youtu.be/mU7LK5chJes

Siapa pernah makan jenis burung di atas dan di bawah ini? 

Selang sehari pula tetamu burung lain pula datang melawat dengan ketuk yang kuat di tingkap kaca(LINK) 

https://youtu.be/1QQPf6IwCY8


Tak lama lagi anak-anak pun sudah kembali pergi ke sekolah.