Pokok bunga alyssum di kebun lama dulu hidup sepanjang tahun. Bila cuaca yang extreme ianya nampak macam nyawa-nyawa ikan nak mati tapi apabila cuaca yang normal kembali dan dipangkas ,pulih semangat pokok bunga alyssum. Tukang kebun dulu semai biji benihnya sekali sahaja dan semenjak itu tak perlu lagi semai biji benihnya lagi. Tumbuh dengan mudah dari biji-biji benih yang berguguran sendiri. Pokok bunga alyssum ini average tingginya lebih kurang 12~20cm. Cantik dalam rock garden ataupun dijadikan sebagai 'border'. Di dalam hanging basket dan digandingkan dengan tanaman kecil yang lain juga nampak menarik. Biji benih alyssum sangat halus jadi kalau taburkan sahaja benihnya di tapak semaian pun boleh. Cuma berhati-hati tak hanyut biji benihnya dibawa air. Pokoknya sukakan si Matahari. Selalu dibuang bunga yang sudah layu supaya pokoknya rajin berbunga.
RM3.00 satu pek (Approximate 50 seeds).
Tinggalkan komen untuk pesanan bulan Februari 2013.
Kos penghantaran bagi pesanan di bawah RM15 pada bulan ini adalah RM2 dan pesanan lebih RM15 adalah RM5 (bagi pesanan biji benih sahaja).
Pembayaran adalah melalui bank deposit CIMB/Maybank/RHB.
Penghantaran adalah pada hari Isnin dan Khamis sahaja.

