No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Allamanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Allamanda. Papar semua catatan

Rabu, 7 Jun 2017

Raya Sale: Almond Allamanda

  Pejam celik mata, rupa-rupanya dah hampir 2 bulan tak update blog. Cepat sahaja masa berlalu. Syukur Alhamdulillah walaupun macam hilang penulis Kebun Bahagia Bersama ini, masih lagi ada yang ingat dan rindu. Terima kasih banyak-banyak atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Pokok bunga almond allamanda yang dipangkas cuti sekolah pada bulan Mac lalu, kini cuti sekolah pertengahan tahun ini kembali merimbun dan berbunga meriah lagi.
 Hari ini ingin Tukang Kebun ingin kongsikan cara paling cepat menghasilkan pokok-pokok bunga almond allamanda ini. Ini pun hasil cuba-cuba. Tak rugi mencubakan and dare to fail at first attempt. Kalau kita sentiasa harapkan perfect results serta merta we actually don't learn anything what life is all about and plant is also a living thing like us. Semasa Tukang Kebun kemaskan mini nursery kami, sekali hairan ada pucuk-pucuk keluar dari tanah. Tengok bentuk pucuknya macam pucuk pokok allamanda. Memang pernah di situ lokasi tempat semaian allamanda yang dulunya ada pokok-pokok sudah besar sehingga akar dah keluar dari bekas sehingga masuk ke dalam tanah. Tak sangka mungkin ada sisa-sisa akar yang terputus tak dikeluarkan sekali agaknya. Lalu perlahan-lahan Tukang Kebun korek keluar pucuk-pucuk yang muncul tersebut untuk jejak akar yang berselirat di dalamnya. Panjang-panjang dan gemuk-gemuk akarnya, walhal pucuk masih size halus je lagi.
 Setelah Tukang Kebun keluarkan semua akar-akar yang ada pucuk dipindahkan dalam bekas masing-masing. Jangan fikir complicated sangat yang ada bahagian pucuk dibiarkan timbul atas tanah, manakala akar yang panjangnya di tanam sebanyak mungkin dalam tanah. Lebih bagus kalau akarnya itu ditegakkan kerana ini akan menjadikan pokok yang mempunyai akar dalam yang dapat serap air berbanding dengan akar yang dikumpulkan berdekatan dengan permukaan tanah. Beginilah contoh-contoh akar-akar pokok almond allamanda yang bertunas ditanam menjadikan pokok yang baru seperti gambar di bawah. Tanah yang digunakan adalah campuran tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama sendiri.

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~
 Jika ditanam dari akar bertunas lebih mudah berbanding dengan keratan batang kerana ianya memang sudah berakar. Akar adalah bahagian sangat penting untuk tumbuh-tumbuhan kerana di situlah makanan dan minuman diserap dari tanah. Patutlah pokok allamanda yang banyak akar setelah dipindahkan dah selesa tempat baru setelah beberapa minggu lepas tu tak perlu siram pun takpe walaupun ditempat yang terik. Pokok almond allamanda sukakan kawasan yang memperolehi cahaya matahari sepanjang hari siang. Hasil tanam dari akar bertunas, contohnya selepas beberapa minggu adalah seperti gambar di bawah. Syukur Alhamdulillah cara propagation lain kali ini, first attempt tak fail. Big success. Pokok almond allamanda yang dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama memang dah berakar kuat jadi mudah untuk dijaga dan tak perlu siram tiap-tiap hari.
 Sempena bulan puasa dan raya Jun 2017 ini, untuk pokok almond allamanda kami buat Raya Sale while stock last.

~ 1 bekas pokok almond allamanda RM10 (harga asal RM15.00).
 Pokok almond allamanda ini sesuai juga ditanam dalam pasu. Mudah dijaga dan sesuai untuk novice gardener. Cantik di letak di pagar rumah atau balcony rail. Tahan panas dan kemarau. InsyaAllah jika cukup makan dan minum, ada rezeki tanam bulan ini by raya haji dah berbunga.
Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Jumaat, 27 Januari 2017

Udang Galah Sandakan

 Teringat malam ini kawan-kawan berbangsa Cina akan mula menyambut Tahun Baru Cina dengan makan besar bersama orang-orang tersayang. Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada yang menyambutnya semoga tahun ayam jantan ini kali, may your garden prosper more and bring you good health for your body, mental, emotion and spritually. 

  Bila teringat makan besar terimbas kenangan pertama kali kami makan seafood pesan udang galah sendiri. Bukan tak pernah makan udang galah cuma tak pernahlah kalau kami sendiri yang buat pesanan biasanya kena belanja hehehe....Teringin nak rasa udang galah Sandakan punya pasal, out of pocket sendirilah pertama kali ini untuk yang tersayang.
  Setelah selesai kami melancong di Abai, Sungai Kinabatangan (related posting klik sini), sampai jeti dekat Bandar Sandakan kami terus menuju ke Gua Gamantong. Dari bandar Sandakan ke Gua Gamantong, dengan kereta mengambil masa agak 1 jam. Selepas kami selesai melawat Gua Gamantong (related posting klik sini), kami kembali semula ke Bandar Sandakan untuk mencari tempat tinggal. Semasa kami sampai di Bandar Sandakan sudah mula hujan dan gelap. Setelah berjaya mendapatkan bilik di Guest House setelah survey bertanya beberapa tempat penginapan dapatlah bilik yang ada 2 katil deluxe dengan harga dalam RM120. Banyak juga Guest House tapi ketika itu kami risau dengan tempat letak kereta sebab ianya terletak di kawasan deretan kedai-kedai dalam bandar Sandakan bukan khas dan sunyi. Yang kami pilih sebab kebetulan, ada kawasan letak kereta berdekatan dengan tempat penginapan dan nampak waktu malam tempat itu masih hidup dengan bar berdekatan. Nak duduk hotel pula macam tak berbaloi sebab awal pagi esok dah nak check out beransur balik ke Kota Kinabalu.

  Kami pergi mencari tempat penginapan dahulu kerana nak pergi makan dahulu pun tak lalu kalau tak bersihkan diri dahulu. Yalah baru masuk gua masih rasa meremang-remang badan kalau tak dibersihkan dahulu. Setelah bersihkan diri dan selesaikan yang wajib kami bergeraklah keluar untuk penuhkan satu hasrat lagi iaitu makan seafood di bandar Sandakan. Sebab dah lama dengar review seafood di Sandakan lebih murah berbanding dengan Kota Kinabalu dan sedap. Sunyi juga bandar Sandakan pada waktu malam memang kelihatan ramai bergesa-gesa nak balik. Kami agak-agak mungkin di persisiran pantai pun mesti ada kedai Seafood jadi kami pandu kereta berdekatan dengan kawasan pandai main agak-agak sahaja. Ternampak ada macam lampu neon beberapa deretan kedai di sepanjang pantai dekat-dekat. Tapi hairan mana jalan masuk nak ke deretan kedai tersebut. Sampai beberapa kali kami pusing-pusing di kawasan tersebut yang sedang hujan dalam gelap tak beberapa nampak.

 Kemudian terdetik, adakah nak ke restoran ini memang kena berhenti di depan deretan kawasan perkampungan atas air dan masuk di celah-celah rumah orang. Kami pun beranikan diri intai celah-celah rumah orang, nampak ada bayang lampu-lampu neon memang itulah restoran seafood. Rupa-rupanya memang tiada jalan raya terus ke restoran-restoran seafood yang berdekatan dengan Masjid Daerah Sandakan ini, kena jalan kaki beberapa puluh meter masuk ke dalam kawasan perkampungan air ini. Memang kawasan restoran-restoran seafood yang kami pilih ini di atas air dalam penjuru tepi perkampungan atas air. 

 Sambil-sambil tunggu kawan yang bekerja di Fakulti Pertanian, UMS kami pun membuat pesanan makanan laut. Pertama kalilah Tukang Kebun pesan seekor udang galah. Punyalah anak-anak suka sungguh makan udang galah rasa pertama kali. Sampai lepas tu kami makan makanan laut di Kota Kinabalu, Rayyan sempat tanya Mama tak pesan udang galah lagi ke hehehe...Yang kami terkejut sebenarnya restoran laut yang kami pergi ini, restoran di sebelahnyalah yang kejadian orang-orang diculik terjadi. Penculik naik ke restoran dari laut, kemudian terus dibawa lari melalui laut. Restoran di sebelah itu pun sudah tutup terus cerita kawan kami. Masa awal-awal kejadian memang sehingga dikatakan untuk menjamin keselamatan pelanggan security atau polis ada jaga di hujung kaki restoran yang bersebelahan laut. Patutlah memang baru waktu 9:30 malam ramai pekerja dah mula bersiap-siap nak tutup kedai dah nak balik. Penduduk yang duduk di atas air pun semua macam tak berpenghuni pintu dan tingkap tutup rapat-rapat semua masih phobia dengan kejadian penculikan yang tidak diingini walaupun di dalam rumah banyak cahaya lampu. Tapi restoran makanan laut di sini memang antara yang paling sedap di bandar Sandakan.
 Pokok bunga allamanda ini adalah antara pokok bunga yang tak putus-putus berbunga sepanjang tahun. Lagi banyak cahaya matahari lebih meriah ianya berbunga. Suka betul dengan cuaca sepanjang tahun 2016 kerana sepanjang tahun tersebut tak putus-putus berbunga. Bila pruning cepat sahaja ianya naik semula merimbun. Tahun Baru Cina ini pun dialah yang menceriakan Kebun Bahagia Bersama.

 Selagi stok masih ada kami buat sales pokok allamanda berwarna almond ini sehingga 28hb February 2017 dengan harga 1 pot RM8.00 (normal price RM15.00). Stok terkini kalau yang rajin self-collect ada juga tangkainya lebih tinggi dari Tukang Kebun. Pokok Allamanda Almond ini sesuai juga ditanam dalam pasu. Sesuai untuk novice gardener. Easy to care plant.

Khamis, 21 April 2016

Alluring Almond Allamanda

  Yang makin rancak-rancak berbunga di kala musim panas bahang ini ialah si Almond Allamanda. Pokok bunga allamanda ini adalah pokok tropikal yang amat gemar menerima cahaya matahari yang banyak.  Penjagaannya juga amat mudah. Recommended for novice gardener. Janganlah kawan sayang sangat padanya biarkan ianya terperap di tempat teduh. Pokok allamanda ini kalau nak ianya bunga with glory kenalah letak di tempat yang menerima pancaran cahaya matahari yang banyak. Pertumbuhannya pun amat pesat. Boleh juga nak tanam dalam pasu untuk balcony gardeners. Tersembul-sembulkan keluar tangkainya dari railing balcony macam air terjun. 
  Jika nak merimbun pokoknya, kena rajin juga pruning masa musim hujan. Kalau akarnya dah banyak ianya dah lebih mudah nak hidup berdikari. Kekadang bila pindahkan mungkin akan nampak moyok beberapa hari, kalau daunnya kecut jangan risau trimming je. Bila akar pokoknya dah settle in dekat rumah baru, sekejap je dia naik semula pokoknya keluarkan tunas-tunas baru. 
   Stok yang ada minggu ini dah besar, rupa-rupanya Tukang Kebun lupa nak masukkan dalam senarai dari bulan lepas. Stok yang ada sekarang biasanya kalau di nursery Sungai Buloh diletakkan harga RM40 gitu pun ada. Kalau self-collect yang booking awal dulu ambil hujung minggu ini ada pokok almond allamanda ini dah tinggi lebih 1 meter.

~ 1 pot Almond Allamanda RM15.00 ~

Self-Collect Schedule This April Month:

~ 23rd/24th/30th April 2016 Saturday/Sunday Morning 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan dengan exit Paya Jaras/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).

Selasa, 5 Mei 2015

Adorable Almond Allamanda

   Kerap juga terima pertanyaan Kebun Bahagia Bersama tak bekalkan pokok-pokok allamanda ke. Maka tahun ini Tukang Kebun rajin-rajinkan diri adalah announcement limited ready stock pokok allamanda berwarna ala-ala adorable almond ni untuk peminat bunga allamanda. Bunganya berwarna ada coklat almond gitu. Saiz bunga jenis allamanda ini lebih besar dari bunga allamanda kuning yang lebih kerap kelihatan digunakan oleh Majlis Bandaran untuk landskap. Kebetulan pokok allamanda ini si ulam raja suka selit-selit tumbuh bahagia bersama dengan dia (Gambar No.2), bolehlah bayangkan saiz bunganya. Nak dekat raya ni tinggal beberapa bulan lagi teringat dekat biskut raya popular london chocolate almond.
  Pokok allamanda ini ada sifat separa memanjat. Ianya juga boleh ditanam dalam pasu. Sukakan kawasan yang banyak menerima sinaran cahaya matahari secara langsung. Rajin banyak kali berbunga dalam setahun. 
~ Adorable Almond Allamanda ~
1 bekas RM15.00 (kebunkmg@gmail.com).

SELF-COLLECT SCHEDULE minggu ini:

~6hb Mei 2015 Rabu di Sungai Buloh antara pukul 9:00PM~9:30PM.

~9hb Mei 2015 Sabtu di Sungai Buloh antara pukul 5:30PM~6:00PM