No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Carrot. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Carrot. Papar semua catatan

Sabtu, 2 Februari 2019

Borneo Highland Mesilou Marathon 2018

 Event larian yang terakhir Tukang Kebun dan suami sertai bagi tahun 2018 ialah di kawasan kampung yang terletak di paras tinggi berdekatan dengan Gunung Kinabalu iaitu Kampung Mesilou. Terasa macam dekat je dengan Si Kinabalu bila dongak ke atas. 
 Pada waktu pagi terasa macam berada di atas kayangan dengan kabus menebal di bawah seperti diliputi awan. Terdapat banyak juga homestay di kawasan ini bagi yang bakal merancang untuk Cuti cuti Sabah. Kali ni pergi acara larian macam dating berkepit macam orang muda sebab berdua tak bawa anak-anak. Anak-anak masih tidur di homestay lagi dan Abang Ilhan kali ini tolong tengok-tengokkan adik-adik lepas bangun. 
 Sangat nyaman dan sejuk pada waktu pagi. Kalau orang yang tiada lemak macam suami Tukang Kebun memang sepanjang trail larian pakai light sweater je. Kalau berlari sentiasa tak pelah ni sebab meneman bini yang pace slow macam kura-kura sambil menikmati pemandangan yang indah, peluh si suami pun tak keluar jadi sejuk je badan.
 Tukang Kebun suka kawasan trail larian di gambar atas ni setanding macam tengok gambar dekat South America yang ala-ala Machu Pichu walaupun tak pernah pergi. Bukit-bukit bersebelahan tersusun macam piramid. Di kawasan ini dipanggil Sosodikon Hill atau Pyramid Hill. Ada ecoutourism community based management di sini di mana tempat ini dijaga oleh penduduk kampung. Ada admission fee (murah sahaja) untuk mendaki Sosodikon Hill ini. Yang rasa tak kesampaian puncak Kinabalu, boleh cuba daki Sosodikon Hill di Kundasang pada awal-awal pagi untuk menikmati pemandangan matahari terbit yang memukau.
 Borneo Highland Mesilou Marathon ni trail dia memang pemandangan sangat cantik, just enjoy walking and the marvellous view. Tapi kali ni ada progress la tak de la berjalan ja memanjang, ada bahagian yang rata Tukang Kebun berlari anak-anak juga la. Trail dia tak susah untuk beginner. Jika dibandingkan dengan Ultra Trail lain yang Tukang Kebun join untuk 2018, rasa second paling senang selepas dengan Kiulu Adventure Challenge 2018.
 Cuma ini kali jarak yang paling jauh Tukang Kebun pernah cuba untuk Ultra Trail yang ini 15km. Sebab yang Borneo Highland Mesilou Marathon cuma ada 3 jarak kategori iaitu 15km, 25km dan 50km. Moga tahun 2019 ini kalau Tukang Kebun tak malas-malas build up stamina dan training kononnya hujung tahun ini nak join lagi Borneo Highland Mesilou Marathon yang jarak 25km. Kali ini kalau ada rezeki nak bawa mak juga join sekali sebab mak tak pernah sampai ke Kampung Mesilou yang aras dari permukaan laut yang perkampungan tinggi ni. Mungkin Ilhan lari teman nenek jarak paling dekat yang dalam 15km.
 Yang suka berkebun, memang trail laluannya menariklah sebab lalu kebun-kebun sayur-sayuran orang pun ada. Gambar di atas ni kebun tomato, manakala di bawah ini kebun kubis.
 Cuma bila lalu kebun-kebun kubis ni Tukang Kebun dah mula rasa pening-pening kepala penangan semburan racun untuk serangga perosok. Kerap betul disemburnya nampak kelibat pekerja-pekerja yang dari raut muka bukan orang tempatan. Sampai lupa terus nak beli sayur-sayuran bawa balik untuk mak. Bila balik KK, mak yang juga baru balik dari Kiulu tanya kenapa dalam peti ais takde stok sayur langsung bukan kamu orang baru balik dari Kundasang ka. Tak pe lah mak bikin takut nak makan, ntah berapa kali kena spray tu. Tengok semua macam baru kena spray racun. Makan apa yang ada ja. Kalau pernah berpengalaman tanam kubis banyak-banyak memang kita tahu bukan senang nak kasi nampak cantik macam di kedai tu. Teringat zaman Tukang Kebun sayur kubis ni secara organik selalu kena manually check buang ulat pakai tangan.
 Jika lobak merahTukang Kebun berani beli lagilah sebab serangga perosak dia tak banyak. Seronok tengok batas-batas carrot ni. Sekarang Tukang Kebun faham kenapa carrot tempatan yang dijual bentuknya memang tak pernah lurus. Sebab tanah di sini memang berbatu-batu menjadi cabaran untuk tanaman yang jenis berakar seperti lobak untuk tumbuh secara lurus ke bawah. Tetapi lobak merah tempatan yang rupanya tak cantik ini lah rasanya lebih ada flavour dan manis berbanding lobak merah yang kebanyakkan di import dari Australia.

Biji benih lobak merah yang ada stok sekarang ialah baka dari kawasan sub-tropika Jepun iaitu "Yellow Okinawa Island Carrot". Warnanya bukan orange pekat tapi ke arah kekuningan.

~ 100 biji benih Yellow Okinawa Island Carrot RM3.00 ~
 Seronok jalan hiking macam ini sambil lalu kebun sayur-sayuran menjamu mata dengan Gunung Kinabalu tersergam indah di depan mata. Syukur Alhamdulillah cuaca amat baik semasa larian pada hari tersebut sepanjang larian Gunung Kinabalu ternampak jelas tidak diliputi awan. Jalan berbatu-batu jika masa gempa bumi kuat amat bahaya jika batu-batu ni berguling jatuh ke bawah. 
Batas anak-anak pokok beetroot. Ya Kundasang juga sekarang dapat membekalkan beetroot hasil tempatan kepada orang Sabah tidak perlu import. 

~ 1 pek biji benih Benih Beetroot Detroit RM3.00 (anggaran 30 biji benih 1 pek) ~
 Gambar di bawah ini sama ada batas sayur pokok cauliflower atau broccoli. Cantik dengan hiasan bersebelahan ada pokok-pokok bunga cosmos.
 Suami kesayangan beri target kita kena sampai sebelum pukul 10:30pagi, kesian nanti anak-anak tunggu lama sangat katanya. Syukur Alhamdulillah sebelum pukul 10:30 pagi dah sampai ke garisan penamat. Rasa macam jelly dah kaki, kekadang turun bukit, kaki sendiri bergerak lari anak-anak tanpa fikir apa-apa dah tak sabar nak habiskan cepat-cepat agaknya. Ada banyak gerai-gerai menjual makanan berdekatan garisan penamat. Bolehlah tapau untuk makan bersama anak-anak yang setia menunggu di tempat homestay. 
 Sebenarnya untuk tahun 2018 mula-mula takde pasang resolusi nak bergiat dalam acara larian pun. Entah tak tau angin apa saja-saja nak cuba masuk yang Borneo Ultra Trail Marathon sebab kat kampung mak sendiri tiba-tiba jadi ketagih pula. Pastu pasang hajat kononnya sebulan sekali lah cuba masuk acara larian yang bermula dari March hingga December patutnya Tukang Kebun ada total 9 larianlah kan untuk 2018. Ngam ngam 9 larian, patutnya 10 larian. Tapi 1 acara larian tu kena tunda ke 2019 pula eventnya. Mmmmm... harap-haraplah dapat berterusan untuk tahun 2019 ni sebulan sekali untuk jadikan 12 acara larian bagi tahun 2019 jika rezeki masa, kewangan dan kesihatan mengizinkan.

2018 Run Event:

11th March 2018 ~ Borneo Ultra Trail Marathon 2018 (link)
7th April 2018 ~ BADI Ultra Trail Challenge (link)
8th April 2018 ~ Seri Mengasih Spectacular Heroes Run (link)
29th April 2018 ~ Rail Run Papar 2018 (link)
12th May 2018 ~ Quodtro Run Chapter 1: Sensation of Colour (link)
30th June 2018 ~ Nexus Beach Run 2018 (link)
8th July 2018 ~ Martial League Run 2.0 (link)
15th July 2018 ~ 30th PJ Half Marathon 2018 (link)
29th July 2018 ~ Kids Obstacle Run 2018 (link)
4th August 2018 ~ Shah Alam Breakfast Run 2018 (link)
11th August 2018 ~ Brooks KL City Run 2018 (link)
1st September 2018 ~ The Most Beautiful Trail 2018 (link)
6th October 2018 ~ UCSF Turtle Run 2018 (link)
13th October 2018 ~ Hari Sukan Negara 2018 (link)
2nd December 2018 ~ Kiulu Adventure Challenge 2018 (link)
16th December 2018 ~ Borneo Highland Mesilou Marathon 2018 (link)

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Jumaat, 22 November 2013

Sowing Seed Suggestion and Pasar KBB End November

 Bagi part-time gardeners tibanya hari Jumaat dan esoknya dah free dari tugasan kerja mesti dah melayang-layang memikir rancangan activity yang boleh dibuat di kebun masing-masing. Cuma sebagai cadangan untuk cuaca yang mirip dengan Kebun Bahagia Bersama di lembah Klang ini ialah semailah biji benih carrot secepat mungkin bulan ini. Carrot akan mengambil sekurang-kurangnya 16 minggu dari mula semai hinggalah ready untuk dituai. Musim hujan InsyaAllah hingga March ada lagi jadi mudah untuk pertumbuhan carrot. Gambar di atas rasanya carrot Paris Top Market yang disemai biji benihnya bulan ini sedalam anggaran 0.3~0.5cm dalam tanah. Untuk tanaman yang ditanam akarnya dituai lebih baik tanam dalam tanah daripada ditabur. Bulan ini stok baru carrot Kuroda kembali dalam list. Tengok moon phase hujung minggu ini, memang molek untuk menanam biji benih carrot.
 Hampir terlupa yang ada semai lettuce bersebelahan jarak ada sikit dengan ruang carrot. Kali ini carrot bercambah dulu berbanding dengan lettuce disemai pada hari yang sama. Bulan yang sesuai untuk tanam sayur lettuce.
 Minggu ini dah officially masuk musim buah-buahan peak dekat Kebun Bahagia Bersama sampai tak perasan banyak pokok-pokok terutamanya manggis dan pelbagai jenis rambutan dah ranum buahnya. Adik bongsu tukang kebun setiap kali pulang dari peperiksaan SPM masuk pagar kutip manggis banyak jatuh di bawah pokoknya berdekatan pagar rumah sambil hilangkan stress agaknya. Tukang kebun pun tangan dah lenguh berkilo manggis dan rambutan dok kopek untuk anak-anak kalau dilayan tiap hari. Setiap pagi Syukur Alhamdulillah minggu ini ada satu mangkuk penuh buah mulberry untuk sarapan 15 months old Abby minggu ini. Agaknya mama Abby asyik pulun bagi banyak natural vitamin untuk Abby, hilang batuknya cepat tanpa perlu beri ubat. Sejak cuti sekolah ni tiada masa nak pusing-pusing kebun, semalam baru perasaan buah katak puru dah banyak yang masak dan ada kena santap sudah. Buah-buah lemon pun sejak kebelakangan ni sampai jatuh-jatuh tergolek dekat tanah baru nak kutip ketiadaan masa. Rasanya limau kasturi dekat belakang nun sana pun mesti banyak buahnya. Asam jawa pun tengah lebat berbuah. Ubi kayu yang tukang kebun tanam lebih kurang 9~10 bulan pun masa yang sesuai untuk tuai, hari tu ada tuai memang masa paling ngam. Adik-beradik keluarga pelbagai jenis kacang pun meriah memberikan rezeki. Nangka pun memanggil-manggil untuk dituai.  Ciku pun macam meriah sahaja lagi buahnya. Tukang kebun buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama Goodies Mixed untuk yang berminat delivery minggu depan boleh merisik (kebunkmg@gmailcom). More than 5 different goodies mixed in a box, ada 2 jenis pakej offer ; Goodies mixed hampir 2 kilogram guna prepaid box pos laju Small Size (RM20) or Goodies mixed yang boleh isi hampir 5 kilogram guna prepaid box pos laju Medium Size (RM30.00).  Err...biasanya buah katak puru dan lemon adalah antara hot item Pasar Kebun Bahagia Bersama, jadi kalau ada hasilnya untuk shipment Monday/Tuesday will be divided equally if ramai yang letak that hot item as priority.

Menguji mata: Ada berapa angsa dalam gambar?

Jumaat, 31 Mei 2013

Heirloom Carrot Cosmic Purple

 Carrot Cosmic Purple adalah salah satu heirloom carrot yang kulitnya berwarna ungu dengan isinya berwarna orange. Warna ungu kulitnya tidak bertukar walaupun setelah masak. Jika kita yang tanam diri sendiri ketahui keselamatan dan kebersihan carrot yang tanam sendiri, hanya cuci bersih tak perlu nak kupas kulitnya sangat. Daun carrot ini tumbuh dengan anggaran purata hingga 30cm lebih. Daun pokok carrot boleh makan tapi lagi tua daunnya lagi kuat rasanya. Tapi kalau nak tuai akarnya elakkan dari mengusik daunnya.  Zaman tamadun lama dulu biji benih carrot dibuat sebagai ubat sebelum akar carrot popular menjadi sayuran macam zaman sekarang.

~Biji Benih Heirloom Carrot Cosmic Purple~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan June boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email.

Khamis, 23 Mei 2013

Heirloom Atomic Red Carrot (untuk bulan Jun)

 Bila dituai akar carrot Atomic Red sejurus lepas digali keluar dari tanah warnanya sebenarnya lebih ke arah 'pink-ish'. Tapi bila dimasak akar carrot jenis ini, seperti silap mata warnanya bertukar ke arah kemerah-merahan. Average pertumbuhan akar carrot Atomic Red yang cukup keperluannya ialah di antara 20~28 cm panjang. Carrot Atomic Red mempunyai kandungan lycopene sebagai anti-oxidant untuk mencegah kanser atau masalah jantung lebih kaya berbanding dengan carrot jenis warna lain. Semai biji benihnya agak dalam 5mm dengan tanah jenis ringan. Biji benih carrot Atomic Red bercambah dalam 10-21 hari dengan tanah yang tidak kering. Kebelakangan ni tukang kebun banyak mencabut anak-anak bayam yang tumbuh suka-suka hati mencerobohi tanaman lain.


~Biji Benih Organik Heirloom Carrot Atomic Red ~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

June Special limited quantity available.


Pesanan untuk bulan Jun boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email pertengahan bulan Jun nanti.

Khamis, 16 Mei 2013

Stok kembali di bulan Mei~ Heirloom Purple Dragon Carrot

 Biji benih heirloom purple dragon carrot kembali di dalam stok penghujung bulan Mei ini. Gardeners yang berminat untuk mencuba menanam carrot esotik ini boleh buat reservation di ruang komen. Sementara menunggu mari kita enjoy bunga purple dragon carrot yang juga ada sejenis kumbang juga berminat pada bunganya.


~Biji Benih Purple Dragon Carrot ~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan Mei boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan Mei 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Rabu, 3 April 2013

Topweight Carrot Re-Stock

 Ada gardeners yang praktik berkebun cara 'Crop Rotation'? Tidak menanam jenis sayuran yang sama di satu tempat berterusan dengan menggantikan tanaman jenis lain setelah habis dituai. Carrot adalah jenis tanaman yang tidak memerlukan tanah yang kaya dengan zat. Sekiranya diberi banyak baja terutama baja ayam, maka suburlah daunnya cepat tapi akar carrot tidak mahu berubi sangat. 
 Kebiasaannya dengan kaedah crop rotation, bila tanah yang disediakan adalah sangat subur lebih-lebih lagi kaya dengan nitrogen, elok tanam tanaman yang perlukan banyak nitrogen untuk pertumbuhan terutama sayur berdaun atau celery dahulu. Selepas itu, tanpa dibajakan kembali tanah, bolehlah tanam tanaman seperti carrot dan parsnip. 


~Biji Benih Topweight Carrot ~


Anggaran 200 seeds satu pek (RM3.00).



Pesanan untuk bulan April boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Tukang kebun tengah berehat, jadi bila kembali akan tengok kotak komen dahulu sebelum di email untuk mengelakkan kekeliruan.

Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.


Untuk bulan April 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.

Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Isnin, 18 Mac 2013

Re-stock Carrot Paris Market

 Carrot jenis Paris Market ialah jenis bulat macam gasing. Bagi gardeners yang tidak mempunyai banyak ruang untuk tanam atau kebanyakkannya menggunakan bekas untuk menanam, inilah carrot yang sesuai untuk dicuba. Berbanding dengan carrot jenis lain yang akarnya memanjang, Carrot Paris Market diameter akarnya lebih kurang 2 inchi. Jadi tak perlu pening nak cari bekas yang dalam sangat. Percambahan biji benihnya adalah dalam 14~21 hari dengan tanah yang bermoist. Cuma hati-hati anak carrot Paris Market yang baru bercambah sangat halus berbanding dengan carrot jenis lain. Jangan ingat weed pula yang keluar.


~Biji Benih Carrot 'Paris Market' ~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).

Pesanan untuk bulan March boleh ditinggalkan dalam kotak komen.
Jangan lupa tinggalkan nama dan email address sekali ya.
Apabila biji benih sudah ready shipping akan tukang kebun hantarkan email hujung bulan nanti.

Untuk bulan March 2013, kos penghantaran bagi pembelian biji benih di bawah RM20 adalah flat RM2.00 dengan Pos biasa.
Kos penghantaran lebih RM20 adalah RM6 dan melalui pos laju.
Pembayaran adalah melalui bank RHB, CIMB atau Maybank.

Selasa, 5 Mac 2013

Kemas Kawasan Karot

 Posting lepas ada diberi beberapa tips untuk sukses pertumbuhan lobak merah. Salah satunya mengenai weeds yang tumbuh bersama-sama carrot di kawasan lobak merah perlu kerap dikemaskan untuk mengelakkan gangguan pertumbuhan anak pokok muda lobak merah pada peringkat awal. Elakkan carrot dari bersaing dengan weeds untuk cahaya dan nutrients. Pertumbuhan akar lobak merah yang lambat terbantut kerana akar weeds yang berhampiran dengannya lebih cepat membesar. Akar muda lobak merah amat sensitif jika semasa menarik weeds yang sangat hampir dengannya secara kasar mengganggu akar lobak merah.
 Setelah seminggu lebih tukang kebun buang weeds di kawasan ini yang ada anak-anak pokok lobak merah muda 'Kuroda' kelihatan pertumbuhan pokok-pokok lobak merah itu mempunyai nafas baru. Gambar di atas adalah gambar selepas dikemaskan after 1 week dan gambar di bawah baru sahaja dari weeding yang menunjukkan perbezaan dalam seminggu lebih.
 Musim hujan ni cepat je weed naik tinggi balik.

Sabtu, 2 Mac 2013

Western Red Carrot Stock Up

 Biji benih organik lobak merah Western Red kembali lagi di dalam stok list bulan March ini. 

Tip sukses pertumbuhan lobak merah:
(1) Pada awal permulaan pertumbuhan lobak merah pastikan tiada weed competition antara anak-anak pokok carrot supaya tiada akarnya tersenget keluar sebab berebut cahaya matahari. Sekiranya anak-anak pokok carrot tumbuh sangat rapat dengan weed, bila mencabut weed akan mudah tercabut sekali anak-anak pokok carrot disebelahnya kena berhati-hati. Oleh itu, selalu cabut weed semasa ianya masih muda lagi sebab akarnya tidak kuat dan tidak mengganggu anak pokok carrot.

(2) Jika tanah yang dimiliki sangat subur dengan nitrogen. Tanam dahulu kawasan tersebut dengan tanaman yang serap banyak baja seperti jagung atau sayuran berdaun. Kemudian tanpa memberikan baja kembali ke tanah boleh terus semai carrot di tapak tersebut. Ini juga boleh dipraktikkan sebagai 'Crop Rotation'.

(3) Pertumbuhan carrot memerlukan cahaya sekurang-kurangnya 6 jam.
Nampak semangat percambahan baru Western Red Carrot.

~Biji Benih Organik Lobak Merah Western Red ~

Anggaran 100 seeds satu pek (RM3.00).


Jumaat, 22 Februari 2013

Asian Carrot ~ ‘Kuroda’ Carrot


 Carrot Kuroda lebih dikenali sebagai Asian carrot mungkin sebab kesesuaian carrot ini tumbuh di kawasan Asia yang berkelembapan tinggi dan cuaca panas. Carrot ini sesuai ditanam dengan cuaca di negara kita. Tukang kebun pernah cuba semai biji benih carrot Kuroda di pertengahan musim panas dan kering di Adelaide kiranya musim paling peak panaslah. Syukur alhamdulillah berbanding dengan carrot jenis lain carrot kuroda peratusan percambahannya paling baik walaupun mengambil masa 3 minggu untuk menunggu dengan siraman 2 kali sehari di waktu pagi dan lewat petang pada musim panas dan kering. Selalunya bila semai biji carrot dengan cara biasa direct sowing dan timbus dengan tanah di mana-mana bulan tidak kira panas atau sejuk di kebun lama Adelaide, purata menunggu biji benih carrot bercambah adalah 2~3minggu. Tidak semestinya cuaca sejuk senang carrot nak tumbuh, bagi pengalaman tukang kebun hasil carrot musim panas dan musim sejuk sama sahaja ikut jenis-jenis carrot yang ditanam. Yang penting cukup air dan tanah tidak kering serta nak kena hati-hati dengan nisbah nutrient baja.
 Tukang kebun terkejut sejak balik ni pula, dari bulan December dan February bila semai biji benih carrot new kuroda rasa luar biasa pula tengok percambahannya dalam anggaran seminggu dah bercambah  speeding percambahan carrot Kuroda di sini. Tambahan pula tukang kebun tidak siram pun cuma harapkan hujan, kalau hari tiada hujan pun ku biarkan sahaja sampai hujan turun. Bila tukang kebun fikirkan sebab negara kita kelembapan tinggi jadi moisture tanah tidak cepat kering dan tanah cukup basah untuk biji benih carrot tersebut bercambah ketika masih ada musim hujan di lembah Klang ini. Dekat tanahair kita ni bila hujan lebat turun satu baldi pun cepat sahaja penuh. Dekat Adelaide kalau hujan turun dapat 5mm dalam tanah basah pun dah kira untung.
Ini percambahan biji benih sama batch yang ditawarkan kali ini secara kaedah direct sowing di atas raised bed yang dikelilingi jaring besi. Ini baru pertama kali tukang kebun tengok ada berapa yang bercambah sebab ‘weed’ pun dah tinggi sampai melindungi anak-anak pokok carrot yang berjaya tumbuh sendiri hingga hari ambil gambar ni baru siap weeding raised bed ini cepat-cepat sementara Baby Abby in good mood lagi.
New Kuroda carrot seedlings

Sebenarnya atas raise bed yang carrot Kuroda sedang tumbuh ini, tukang kebun ada semai long scarlet radish juga. Kalau baca buku gardening banyak yang syorkan tanam radish jenis kecil antara carrot untuk menjimatkan ruang memandangkan radish jenis-jenis ini pertumbuhannya cepat untuk dituai. Tapi ada satu sebab kenapa tukang kebun tanam radish pada raise bed ini juga setelah kerap menerima banyak pertanyaan:  Kenapa radish ataupun carrot yang ditanam lama tapi tidak berisi?
Raise bed ini baru mula ditanam atau dipindahkan anak-anak pokok dalam masa 3 minggu. Minggu ini tukang kebun dah nampak beberapa long scarlet radish akarnya mula berisi dan telah tukang kebun cabut 2 akar radish keluar dan bersyukur ada sudah pertumbuhan akarnya setengah saiz dari besar average walaupun muda lagi. Ini dapat melegakan diri sedikit dan meyakinkan kandungan nisbah nutrient tanah adalah bersesuaian untuk jenis tanaman yang dituai akarnya seperti radish dan carrot. Tanaman jenis ini juga memerlukan pancaran matahari yang cukup. Sekiranya nisbah nitrogen terlampau banyak, tanaman radish dan carrot akan nampaklah subur sebab daunnya banyak tapi proses pertumbuhan akarnya akan terbantut sebab pokoknya banyak fokus bagi daun sahaja. Atas raise bed tersebut digemburkan dengan tahi kambing dan baja kompos organik.
Carrot Watermelom

Tukang kebun dulu pernah juga tanam carrot kuroda dan pokok tembikai seperti di atas bila belek-belek gambar archives lama.
~ Biji benih New Kuroda Carrot ~
RM3.00 satu pek dengan anggaran 100 biji benih.
STOK ADA.

Ahad, 4 November 2012

Heirloom Purple Dragon Carrot

 Masa pertama kali tukang kebun tuai akar pokok heirloom dragon carrot dan tunjukkan dekat tukang kebun Ilhan, Ilhan kata ini bukan carrot sebab dalam buku atau pasar kebanyakkannya yang biasa kita nampak ialah orange. Tetapi sebenarnya asal usul carrot adalah berwarna purple (klik sini untuk kisah asal-usuk carrot). Tukang kebun Rayyan pula beruntung sebab dari lahir memang kami sudah bercucuk tanam untuk bekalan sayur sendiri jadi dia sudah biasa melihat pelbagai warna akar pokok carrot. Masa tukang kebun Rayyan baby/toddler dia kuat hisap jari jadi jadi kami kasi dia pegang gigit carrot yang akarnya bantut buat macam puting sambil temankan masak di dapur. Kalau Rayyan mengekor tuai hasil di kebun tak sabar-sabar minta nak makan carrot yang ada di dalam bakul. Kulit dragon carrot berwarna purple tetapi apabila dibelah berwarna orange isi dalamnya. Ada setengah orang kata ada rasa pedas-pedas sikit carrot ni bercampur manis.
 Tukang kebun lupa yang ada campakkan benih dragon carrot di depan rumah dan lupa nak tuai sehingga akhirnya ada beberapa yang berbunga baru teringat. Ini generasi kedua benih dragon carrot yang kami kumpul semenjak tanam carrot jenis ini. Di belakang pokok bunga dragon carrot itu pula tumbuh meninggi pokok rainbow chard yang sedang berbunga. Kalau orang datang ketuk rumah, pokok-pokok inilah yang sambut tetamu. Silap-silap orang ingat itu bunga agaphantus warna putih.

 Biji Benih organik open-pollinated heirloom purple dragon untuk dispatch pertengahan bulan November tawaran stok dari Tukang kebun dah habis reserve. Mengambil masa nak proses yang sedang mula berbunga sekarang dan mungkin bulan Januari baru masuk stok lagi. 

Gardener yang berminat untuk cuba-cuba tanam purple dragon carrot boleh tinggalkan mesej di komen box.

RM3.00 satu pek anggaran 100 biji benih.

Tukang kebun ada simpankan untuk Sasha Tan. Terima kasih kerana menunggu.

Rabu, 17 Oktober 2012

Topweight Carrot

 Tukang kebun dah pernah tanam lebih 10 jenis carrot. Antara pengalaman menanam lebih 10 jenis carrot, tukang kebun dapati carrot topweight adalah yang paling versatile sekali dengan ciri-ciri adaptasinya dari segi dalam perubahan cuaca yang mendadak, jenis tanah dan keperluan cahaya mataharinya. Topweight carrot adalah carrot yang sesuai ditanam sepanjang tahun kecuali kalau cuaca lebih 36 degree tak digalakkan semai biji benihnya. Percambahan biji benih boleh mengambil masa antara 14~21hari dengan tanah yang moist. Kalau cuaca 20~27 degree Celsius percambahannya cepat sedikit dan kalau lebih 27 degree Celsius mengambil masa sedikit untuk bercambah. Pastikan tanah tidak kering untuk percambahan biji benih carrot yang baik. Salah satu ciri yang tukang kebun suka dengan topweight carrot ialah ianya juga boleh ditanam dalam tanah jenis clay yang agak keras. Akarnya kuat menembusi tanah jenis clay. Carrot kebiasaannya memerlukan tanah yang tidak keras supaya mudah bagi pertumbuhan akarnya. Begitu juga memerlukan banyak matahari supaya pertumbuhannya tidak terbantut. Tetapi carrot topweight masih dapat menghasilkan pertumbuhan akar di kawasan yang mendapat separa cahaya matahari (5-6jam cahaya matahari dalam sehari) /partial shade walaupun agak perlahan pertumbuhannya berbanding dengan yang menerima cahaya matahari penuh. Bagi gardener yang tidak mempunyai banyak ruang yang menerima cahaya matahari penuh, ini adalah carrot yang sesuai untuk anda. Gambar di atas daun carrot yang dituai nampak kekuningan disebabkan cuaca ketika itu kerap mengalami 'heat wave' lebih 40 degree Celsius beberapa kali , our summer carrot. Gambar carrot dalam bakul yang ditanam dalam jenis tanah keras clay. Dalam bekas tanah untuk tanam carrot lebih 30cm sebab carrot ini jenis panjang.

 Permulaan berjinak dalam alam berkebun mungkin pada masa itu ingat carrot adalah sayur yang tak tahan panas. Tapi tidak lagi setelah tukang kebun selidik pencarian heirloom carrot yang heat-tolerant telah berakhir dengan results yang memberangsangkan. Dugaan setiap kali musim panas di sini dengan kunjungan kerap heat wave 45 degree Celsius setiap hari lebih seminggu masih gagah lagi carrot topweight memberi bekalan kepada anak-anak. Bila musim panas dan kering, tukang kebun selalunya hanya tanam carrot di lokasi yang menerima cahaya penuh matahari di sebelah pagi sahaja, itulah rahsia tukang kebun tanam carrot tiada rahsia lain. Carrot yang ditanam sebelah pokok Italian heirloom pepper di atas adalah carrot yang survive heat wave beberapa kali dan tumbuh di atas tanah jenis clay, dapat siraman air selang 2 hari terbiar di belakang pagar rumah awal tahun ini. Tak disangka ia survive dan tumbuh memanjang akarnya. Mungkin dahagakan air sangat dan instinct untuk survive mencari air yang masih ada di paras dalam memandangkan yang belah atas habis kering tersejat. Syukur alhamdulillah boleh semai dan tuai carrot sepanjang tahun. 

~Biji Benih Topweight Carrot~

Stok ada .
RM3.00-satu pek (anggaran 200biji benih).


Pembayaran melalui bank RHB, Maybank atau CIMB.
Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Khamis, 4 Oktober 2012

Carrot Organik Western Red

 Lobak merah @ carrot adalah antara sayur yang paling digemari dan sekali seminggu mesti makan carrot. Tukang kebun setiap bulan kena simpan ruang dan semai carrot untuk anak-anak. Tukang kebun Rayyan kalau mamanya baru cabut carrot tak sabar-sabar nak makan, mamanya habis kena harassment dalam kebun. Cepat-cepat cuci tak buka kulit pun terus si Rayyan makan. Pastu minta lagi sampai tinggal beberapa batang sahaja kalau tak kata stop. Carrot Western Red adalah antara variety yang termasuk dalam jenis carrot yang heat-tolerant berasal dari Western Australia ianya sesuai disemai sepanjang tahun, tapi dielakkan pada musim mid-summer yang kebiasaannya cuaca sebelah siang mencecah lebih 40 degree Celsius. Carrot Western Red adalah jenis yang besar dan purata panjangnya 25cm. Kalau nak tanam dalam bekas elok lebih 30cm. Elakkan dari beri baja tahi ayam kepada carrot sebab baja ini mempunyai kandungan nitrogen yang tinggi dan tak sesuai untuk carrot. Nanti nampak daun carrot subur menghijau tapi isi tak seberapa. Carrot sedia untuk dituai antara 4~5 bulan.
Anak-anak pokok carrot dari benih baru bercambah tumbuh rapat-rapat menunjukkan percambahan yang baik. Kalau nak carrot batang yang besar perlu cabut dan beri ruang antara anak pokok. Tukang kebun biarkan sebab selalunya ada je yang makan bila baru bercambah (kegemaran siput) atau pun tukang kebun Rayyan suka hati sahaja cabut ingat dah ada akar. Kalau ini berlaku, sekurang-kurangnya ada lagi spare anak carrot nak tumbuh. Kalau pokok-pokok carrot tumbuh rapat sangat and rubbing shoulders, inilah yang berlaku....
Tukang kebun mula-mula ingin nak tuai carrot Western Red ini saiz baby carrot untuk Rayyan sebab selalu tak cukup untuk bahagian dia nanti ahli keluuarga lain tak dapat rasa tapi si tukang kebun kecil dah tinggal dengan nenek di Sabah sejak bulan lepas buat sementara waktu. Jadi over supply carrot pula sekarang dan carrot pun dah tak baby lagi. Sebab tukang kebun semai dalam bekas kedalamanan tanah 15cm , akarnya dah tumbuh lebih 15cm dan mencecah dasar bekas tersimpul-simpul akar carrot dan senget.

 Banyak juga boleh dapat carrot tanam dalam satu bekas. Yang di bawah itu pun cuma setengah hasil dari bekas sama, setengah lagi dah selamat kami makan. Carrot Western Red sangat produktif di dalam kebun dan pertumbuhannya sangat bagus dalam pelbagai cuaca tak de terganggu pertumbuhannya dengan perubahan cuaca.


~Biji Benih Organik Lobak Merah Western Red (RM3.00-anggaran 100 seeds satu pek)~

Stok Habis. Tukang kebun tengah tunggu pokoknya berbunga.

Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Pembayaran melalui bank RHB atau CIMB.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya (kebunkmg@gmail.com).

Ahad, 29 Julai 2012

Heirloom Carrot ~ White Belgian

carrot white belgian

Carrot Heirloom 'White Belgian' mempunyai akar berwarna putih dan tumbuh sangat panjang serta besar. Carrot ini tidak sesuai tanam di dalam container. Perlu tanah yang tidak keras untuk pertumbuhan akar yang baik. Oleh kerana carrot jenis ini sangat productive, pada kurun ke-18, penternak binatang suka tanam carrot heirloom ini untuk makanan binatang perternakan mereka. Tanam carrot ini selain musim panas dan kering dengan kaedah 'direct-sowing'. Pastikan tanah moist semasa percambahan carrot. Carrot yang berakar putih jarang dijual di pasar sekarang. Bolehlah buat carrot soup yang berwarna putih dengan carrot White Belgian. Bagi pertumbuhan akar yang baik, rajin-rajin siram pokok carrot ini ya.

~Pre-Order Biji Benih Organik Carrot Heirloom ‘White Belgian’ (RM3.00-anggaran 70 seeds satu pek)~

Stok Habis <Siapa cepat dia dapat>.

Boleh pre-order (reserve) dahulu sebab bulan August 2012 baru dipos ke miliknya.
Kos penghantaran bagi pembelian apa jenis benih yang berharga RM3.00 satu pek dengan jumlah bilangan kurang 15pek adalah RM5.00.
Kos penghantaran bagi jumlah pembelian lebih dari 15pek untuk apa sahaja jenis benih satu pek berharga RM3.00 adalah percuma.
Sekiranya, ada pembelian yang berlainan harga, saya akan cuba kurangkan kos penghantaran.
Pembayaran melalui bank CIMB atau RHB.
Nota: Benih akan dipos di bulan August dan boleh pre-order dengan tinggalkan comment atau mesej saya dengan email.

Sebarang kemusykilan, jangan segan bertanya.

Rabu, 30 Mei 2012

Percubaan Pertama Karot Hybrid (Purple Haze F1) & Salah gabungan

Ini pertama kali hasil percubaan menanam carrot jenis hybrid di kebun saya. Gara-gara sebab seronok menanam carrot heirloom dragon dan afghanistan musim sebelumnya, saya beli benih carrot 'Purple Haze F1' (keluaran dari syarikat Johnson) yang sepatutnya menghasilkan carrot yang berwarna ungu gelap mirip kepada carrot heirloom 'dragon' dari nursery berdekatan tempat saya. Saya mencari juga benih heirloom dragon carrot tapi nursery tempatan tiada menjualnya, hanya boleh diperoleh dengan tempahan dari syarikat yang menjual benih heirloom secara online. Sebelum itu, saya perolehi benih carrot heirloom Afghanistan dan dragon dari ahli komuniti seed-saver group.  Sebab kesuntukan masa jadi saya cubalah tanam carrot hybrid buat pertama kalinya. Waktu saya menanam benih carrot Purple Haze F1, carrot dragon saya baru nak berbunga dan masih memerlukan masa untuk tunggu kutip benihnya. Lebih 7 bulan selepas menyemai benih carrot F1 ini, saya pun tuailah habis carrot ini. Tetapi hasilnya agak menghampakan sebab nampaknya benih hybrid ini macam tak menjadi sebab carrot pun bukanlah warna ungu semuanya tapi masih banyak yang akarnya berwarna oren dan pertumbuhan dia teramatlah perlahan berbanding dengan jenis-jenis carrot yang pernah saya tanam sebelum ini. Tidak beberapa produktif carrot hybrid ini, memang bukan rezeki saya. 

Di sini pula saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan 'companion planting'.
Apa yang sepatutnya ada dalam 2 container di atas adalah kombinasi pokok-pokok peria, carrot dan tomato. Peria adalah sama keluarga dengan timun, tembikai dan melon juga diklasifasikan sebagai "cucurbit".  Pada tahun lepas, saya telah cuba sendiri kombinasi timun/tembikai/peria dan carrot. Kombinasi tersebut memberi hasil tuai yang elok dari carrot dan dari keluarga "cucurbit". Saya ada juga tanam tomato dengan timun tapi tidak beberapa produktif dari kedua-duanya. Kemudian secara tidak sengaja kali ni saya biarkan peria, carrot dan tomato tumbuh bersama-sama. Pokok-pokok cherry tomato itu sebenarnya tumbuh sendiri mungkin dari tanah compost dan disebabkan ianya besar dengan cepat dan kuat saya biarkan. Peria pula tumbuh lambat kali ini berbanding dengan musim dulu. Saya ada baca bawa tomato suka dengan carrot tapi awas pokok tomato boleh menyebabkan pertumbuhan akar carrot terencat. Beberapa kali percubaan gabungan tomato dan carrot saya dapati tomato tumbuh bahagia tapi carrot tidak ada banyak pertumbahan di akarnya (dalam wikipedia juga ada note).
Rumusan:
Keluarga 'Cucurbit' dan Carrot = pasangan bahagia
Tomato dan Carrot = Hanya tomato yang bahagia, pertumbuhan akar carrot seperti terbantut
Keluarga 'Cucurbit' dan Tomato = pasangan tidak sesuai.

Isnin, 14 Mei 2012

Bunga Carrot

Sehari lambat...tapi nak ucapkan semua Selamat Hari Ibu.
Bunga Afghanistan Carrot

Bunga carrot sangat cantik dan bersaiz sangat kecil. Ianya juga menarik serangga-serangga yang baik untuk menjadi penghuni di kebun anda. Bunga Afghanistan sebelum ia berkembang penuh sebenarnya berwarna pink. Selain dari warna pink, ada juga jenis carrot lain yang bunganya sebelum berkembang penuh berwarna biru. Jika berminat untuk lihat gambar proses bunga afghanistan carrot sebelum kembang hingga menghasilkan benih lihat di laman ini.

Bunga heirloom dragon carrot kembang dalam pasu

Sesiapa yang berminat untuk kumpul benih dragon carrot atau berminat dengan kitaran hidup dragon carrot kunjungi laman ini.

Yang mencari benih carrot bukan hybrid klik sini...

Rabu, 9 Mei 2012

Carrot Companion Planting

Cucumber 'green gem' dengan 'topweight' carrot.

Memandangkan bulan Mei ni tema blog Kebun Bahagia Bersama ialah carrot jadi tukang kebun nak berkongsi pengalaman macam mana nak tambah produktivi ruang laman kita dengan beberapa cadangan tumbuhan yang sesuai ditanam bersama carrot. Kebun kami pun kecil saja ruang untuk menanam tumbuh-tumbuhan. Tukang kebun paling kecil pula suka sangat makan carrot sebab mama dia cakap kalau nak kawan dengan "Miffy" kena banyak makan carrot boleh lompat macam sweet little bunny. Kami amalkan 'succession sowing' bagi sayur carrot dengan menyemai benih-benih carrot setiap sebulan sekali. Jadi perkara yang paling sukar bagi kami ialah mencari ruang kerana carrot mengambil masa untuk tumbuh akar yang panjang. Saiz baby carrot pun boleh mengambil masa lebih dari 12 minggu untuk menanti. Kami dapati hubungan keluarga timun dan carrot sangat sesuai ditanam bersama-sama dan ini menjimatkan ruang. Pokok timun memanjat ke atas dan ruangan berdekatan di bawahnya bolehlah tanam carrot. Semai benih-benih carrot dan timun pada hari yang sama supaya mereka membesar sama-sama sebelum pokok daun timun yang lebar menutupi carrot. Selain dari timun, boleh juga tanam carrot dengan peria atau tembikai.

 Pokok tembikai dan 'Red Kuroda' carrot.

Afghanistan carrot bersebelahan dengan daikon (lobak putih) dan parsnip.

Dragon carrot bersama bawang merah.
Boleh juga ditanam bersebelahan dengan bawang putih atau leek.

Pokok cili bersama dengan 'topweight' carrot.

Carrot ini saya semai bulan Oktober tahun lepas dan biarkan sahaja masa musim panas dan kering tempoh lalu di belakang pagar rumah kawasan terbiar reserve pihak bandaraya yang bertanah jenis 'clay'. Hidup juga walaupun lambat tumbuh tapi sekarang bila dah banyak hujan balik dia mula membesar dengan cepat. Perlu moisture atau tanah yang lembap kalau nak akar carrot cepat besar.


Disebabkan carrot tu dah mula membesar dan rapat sangat di antara satu sama lain, saya tarik keluar carrot yang dah terhimpit 'rubbing shoulder' antara sama lain (thinning proses) dan biarkan yang lain membesar lagi semalam. Terkejut juga saya sebab saya ingat saiz baby carrot je atau panjang jari saya tapi panjang pula carrot ini. Bila tengok diameter saiz akar ni dari atas macam kecil sahaja.  Mungkin terlampau sangat dahagakan air carrot ni tumbuh memanjang ke dalam mencari air. Tukang kebun pun sebelum ni pemalas sebab tak bajakan tanah dengan kompos organik sebelum semai sebab kesuntukan masa. Sebelum tu, parsnip yang tumbuh di sana (kawasan sama dengan photo No.3 ) dan tanah ketika itu dah bagi tahi kuda. Kali ini lurus pula carrot ni walaupun tanah tu di dalam ada batu, adalah yang bentuk "S" sikit sebab mengelakkan batu tapi kali ni tak ketara sangat. 
Tukang kebun dah agak sebabnya...kenapa ya? tak baja pun tanah tu kali ini.
Carrot tak perlu banyak baja organik sebenarnya, banyak baja cuma akan hasilkan akar carrot yang bercabang-cabang 'forky' walaupun tak de batu di dalamnya. Kalau bagi baja yang mengandungi kandungan nitrogen tinggi masa pertumbuhan carrot pula akan cuma bagi banyak daun yang meriah tapi tak ada sangat pertumbuhan akarnya. Kandungan nitrogen yang tinggi akan membuat carrot fokus tumbuh daun lebat dan bukan akarnya. Jadi hati-hati dengan baja jenis apa bila nak tumbuh carrot. Tukang kebun tak pernah lagi pakai baja tahi ayam sebab mahal. Kami selalunya buat kompos sendiri dari bahan buangan dapur atau kebun dan pakai tahi kuda sebab percuma kami perolehi dari kandang-kandang kuda berdekatan dengan tempat lumba kuda. Kalau sayur yang kita tanam adalah bahagian daunnya dimakan ia akan perlu banyak baja nitrogen. Tanah yang segar dengan baja tidak beberapa sesuai untuk ditanam terus dengan carrot lebih baik si carrot tunggu giliran dengan menanam sayur daun kemudian carrot untuk "crop rotation".
Carrot mudah dijaga cuma kena jaga keperluan airnya dengan pastikan tanahnya tidak kering adalah lembap supaya ianya membesar dengan cepat. Jimat sikit baja tanam si carrot. Masa awal dulu tukang kebun tanam carrot, gembira juga tengok daun yang lebat tu tapi banyak kali kena tipu. Cuba observe gambar No.4 daun tak banyak tapi boleh nampak ada isi kan?