No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 30 Mei 2012

Percubaan Pertama Karot Hybrid (Purple Haze F1) & Salah gabungan

Ini pertama kali hasil percubaan menanam carrot jenis hybrid di kebun saya. Gara-gara sebab seronok menanam carrot heirloom dragon dan afghanistan musim sebelumnya, saya beli benih carrot 'Purple Haze F1' (keluaran dari syarikat Johnson) yang sepatutnya menghasilkan carrot yang berwarna ungu gelap mirip kepada carrot heirloom 'dragon' dari nursery berdekatan tempat saya. Saya mencari juga benih heirloom dragon carrot tapi nursery tempatan tiada menjualnya, hanya boleh diperoleh dengan tempahan dari syarikat yang menjual benih heirloom secara online. Sebelum itu, saya perolehi benih carrot heirloom Afghanistan dan dragon dari ahli komuniti seed-saver group.  Sebab kesuntukan masa jadi saya cubalah tanam carrot hybrid buat pertama kalinya. Waktu saya menanam benih carrot Purple Haze F1, carrot dragon saya baru nak berbunga dan masih memerlukan masa untuk tunggu kutip benihnya. Lebih 7 bulan selepas menyemai benih carrot F1 ini, saya pun tuailah habis carrot ini. Tetapi hasilnya agak menghampakan sebab nampaknya benih hybrid ini macam tak menjadi sebab carrot pun bukanlah warna ungu semuanya tapi masih banyak yang akarnya berwarna oren dan pertumbuhan dia teramatlah perlahan berbanding dengan jenis-jenis carrot yang pernah saya tanam sebelum ini. Tidak beberapa produktif carrot hybrid ini, memang bukan rezeki saya. 

Di sini pula saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan 'companion planting'.
Apa yang sepatutnya ada dalam 2 container di atas adalah kombinasi pokok-pokok peria, carrot dan tomato. Peria adalah sama keluarga dengan timun, tembikai dan melon juga diklasifasikan sebagai "cucurbit".  Pada tahun lepas, saya telah cuba sendiri kombinasi timun/tembikai/peria dan carrot. Kombinasi tersebut memberi hasil tuai yang elok dari carrot dan dari keluarga "cucurbit". Saya ada juga tanam tomato dengan timun tapi tidak beberapa produktif dari kedua-duanya. Kemudian secara tidak sengaja kali ni saya biarkan peria, carrot dan tomato tumbuh bersama-sama. Pokok-pokok cherry tomato itu sebenarnya tumbuh sendiri mungkin dari tanah compost dan disebabkan ianya besar dengan cepat dan kuat saya biarkan. Peria pula tumbuh lambat kali ini berbanding dengan musim dulu. Saya ada baca bawa tomato suka dengan carrot tapi awas pokok tomato boleh menyebabkan pertumbuhan akar carrot terencat. Beberapa kali percubaan gabungan tomato dan carrot saya dapati tomato tumbuh bahagia tapi carrot tidak ada banyak pertumbahan di akarnya (dalam wikipedia juga ada note).
Rumusan:
Keluarga 'Cucurbit' dan Carrot = pasangan bahagia
Tomato dan Carrot = Hanya tomato yang bahagia, pertumbuhan akar carrot seperti terbantut
Keluarga 'Cucurbit' dan Tomato = pasangan tidak sesuai.

12 ulasan:

Mama Pongkey berkata...

Terima kasih di atas posting kali ni, kebetulan saya pun baru sahaja menyemai benih carrot Paris Market di dalam gutter saya. Gutter saya kecil aje, takut kalau letak carrot yang lain tak cukup ruang untuk carrot tu nak memmanjang.
Nak letak peria sekalilah.. tapi kena fikir cara buat sokongan untuk peria tu pulak.

GO GREEN berkata...

Hi Diana... topweight carrot dr u yg i received last Friday dah bercambah..sgt excited! Paling cepat ialah Red Romaine, Sabtu ptg tanam, Isnin dah nampak..cuma a bit dissapointed dgn tomato dr Bodyshop.. sumer mcm nak mati dah..nasib baik FOC..he he..

TukangKebun berkata...

Mama Pongkey~Moga dapat idea macam mana nak buat sokongan untuk trellis tu.Kalau ada at least 25cm soil depth untuk carrot-carrot yang lain tu boleh tumbuh juga.

Lynnheelite~Wow tempat you memang sesuai berkebunlah semua benih cepat bercambah. Saya pun tak pernah ada luck cambah carrot less than seminggu lepas semai. You must have very good soil. If you buy the soil, make sure you remember which nursery you get the soil from. I think tomato is a bit challenging to grow in very humid area. Kena make sure ada good air flow and spacing untuk tomato supaya tak mudah kena penyakit.

TukangKebun berkata...

Tak tahu saya kelamkabut apa, tak sengaja ter-delete my topweight carrot posting...sobsobsob.

Sean L berkata...

Wah, despite your 'hasil tak berapa jadi' it still looks like a lot of carrots, and comel-comel belaka.

TukangKebun berkata...

Sean~Ada juga yang tak tumbuh akar langsung. Must be something wrong with the hybrid tak menjadi kut kacukan dia. Sikit je kuantiti yang ungu.

GO GREEN berkata...

most benih yg i beli dr u sumer dah cambah..tapi yg beli kat kedai not so good, maybe benih lama.. yup i beli complete package,soil,bunga,pasu,alat b'kebun with the same nursery..my neighbour also commented that soil i beli tu its a gd soil,14kg for RM8 shj..very gd deal

TukangKebun berkata...

Lynnhelite~14kg for RM8 sounds like a good deal. Nanti you have to introduce me to the nursery when I go back for good.

mat jon berkata...

emmm...saya ada email pada TukangKebun tentang request saya. harap dapat feedback request saya tu.

TukangKebun berkata...

Mat Jon, email tak sampailah. Boleh email lagi sekali? (kebunkmg@gmail.com)

mat jon berkata...

dah resend jap tadi..;)

TukangKebun berkata...

Saya tak terima email. Saya ada juga cuba hantar ke email matjon ada terima?
mmmm... kalau ada masalah juga boleh cuba hantar ke diana.demiyah@gmail.com