No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 9 Mei 2012

Carrot Companion Planting

Cucumber 'green gem' dengan 'topweight' carrot.

Memandangkan bulan Mei ni tema blog Kebun Bahagia Bersama ialah carrot jadi tukang kebun nak berkongsi pengalaman macam mana nak tambah produktivi ruang laman kita dengan beberapa cadangan tumbuhan yang sesuai ditanam bersama carrot. Kebun kami pun kecil saja ruang untuk menanam tumbuh-tumbuhan. Tukang kebun paling kecil pula suka sangat makan carrot sebab mama dia cakap kalau nak kawan dengan "Miffy" kena banyak makan carrot boleh lompat macam sweet little bunny. Kami amalkan 'succession sowing' bagi sayur carrot dengan menyemai benih-benih carrot setiap sebulan sekali. Jadi perkara yang paling sukar bagi kami ialah mencari ruang kerana carrot mengambil masa untuk tumbuh akar yang panjang. Saiz baby carrot pun boleh mengambil masa lebih dari 12 minggu untuk menanti. Kami dapati hubungan keluarga timun dan carrot sangat sesuai ditanam bersama-sama dan ini menjimatkan ruang. Pokok timun memanjat ke atas dan ruangan berdekatan di bawahnya bolehlah tanam carrot. Semai benih-benih carrot dan timun pada hari yang sama supaya mereka membesar sama-sama sebelum pokok daun timun yang lebar menutupi carrot. Selain dari timun, boleh juga tanam carrot dengan peria atau tembikai.

 Pokok tembikai dan 'Red Kuroda' carrot.

Afghanistan carrot bersebelahan dengan daikon (lobak putih) dan parsnip.

Dragon carrot bersama bawang merah.
Boleh juga ditanam bersebelahan dengan bawang putih atau leek.

Pokok cili bersama dengan 'topweight' carrot.

Carrot ini saya semai bulan Oktober tahun lepas dan biarkan sahaja masa musim panas dan kering tempoh lalu di belakang pagar rumah kawasan terbiar reserve pihak bandaraya yang bertanah jenis 'clay'. Hidup juga walaupun lambat tumbuh tapi sekarang bila dah banyak hujan balik dia mula membesar dengan cepat. Perlu moisture atau tanah yang lembap kalau nak akar carrot cepat besar.


Disebabkan carrot tu dah mula membesar dan rapat sangat di antara satu sama lain, saya tarik keluar carrot yang dah terhimpit 'rubbing shoulder' antara sama lain (thinning proses) dan biarkan yang lain membesar lagi semalam. Terkejut juga saya sebab saya ingat saiz baby carrot je atau panjang jari saya tapi panjang pula carrot ini. Bila tengok diameter saiz akar ni dari atas macam kecil sahaja.  Mungkin terlampau sangat dahagakan air carrot ni tumbuh memanjang ke dalam mencari air. Tukang kebun pun sebelum ni pemalas sebab tak bajakan tanah dengan kompos organik sebelum semai sebab kesuntukan masa. Sebelum tu, parsnip yang tumbuh di sana (kawasan sama dengan photo No.3 ) dan tanah ketika itu dah bagi tahi kuda. Kali ini lurus pula carrot ni walaupun tanah tu di dalam ada batu, adalah yang bentuk "S" sikit sebab mengelakkan batu tapi kali ni tak ketara sangat. 
Tukang kebun dah agak sebabnya...kenapa ya? tak baja pun tanah tu kali ini.
Carrot tak perlu banyak baja organik sebenarnya, banyak baja cuma akan hasilkan akar carrot yang bercabang-cabang 'forky' walaupun tak de batu di dalamnya. Kalau bagi baja yang mengandungi kandungan nitrogen tinggi masa pertumbuhan carrot pula akan cuma bagi banyak daun yang meriah tapi tak ada sangat pertumbuhan akarnya. Kandungan nitrogen yang tinggi akan membuat carrot fokus tumbuh daun lebat dan bukan akarnya. Jadi hati-hati dengan baja jenis apa bila nak tumbuh carrot. Tukang kebun tak pernah lagi pakai baja tahi ayam sebab mahal. Kami selalunya buat kompos sendiri dari bahan buangan dapur atau kebun dan pakai tahi kuda sebab percuma kami perolehi dari kandang-kandang kuda berdekatan dengan tempat lumba kuda. Kalau sayur yang kita tanam adalah bahagian daunnya dimakan ia akan perlu banyak baja nitrogen. Tanah yang segar dengan baja tidak beberapa sesuai untuk ditanam terus dengan carrot lebih baik si carrot tunggu giliran dengan menanam sayur daun kemudian carrot untuk "crop rotation".
Carrot mudah dijaga cuma kena jaga keperluan airnya dengan pastikan tanahnya tidak kering adalah lembap supaya ianya membesar dengan cepat. Jimat sikit baja tanam si carrot. Masa awal dulu tukang kebun tanam carrot, gembira juga tengok daun yang lebat tu tapi banyak kali kena tipu. Cuba observe gambar No.4 daun tak banyak tapi boleh nampak ada isi kan?


7 ulasan:

hijaudaun berkata...

batul la diana. daun tak banyak tapi ada isi kan. tanam carrot nak kena tahan diri supaya tak cepat sangat nak tarik keluar..:> macam saya ni memang jenis tak sabar nak tengok.

TukangKebun berkata...

Hijaudaun~ Ujian carrot tahan kesabaran tinggi. Yang paling tak sabar kat sini tukang kebun paling kecil selamba dia je tarik carrot yang baru 1-2 bulan umur. Daun cantiklah lebat tapi tak de isi awal sangat. Saya kena warning dia cabutlah carot tu nanti saya bagi makan daikon je sebab tu yang cepat tumbuh.

ejaMaria berkata...

ha... saya baru cuba tanam... baru semai benih... terima kasih atas info... ;p

TukangKebun berkata...

EjaMaria~Moga murah rezeki carrot beberapa bulan nanti :). Sama-sama.

wani sc berkata...

saya nak tau lah macam mana nak tentukan masa carrot ni dah boleh dituai ye? saya tak berani nak korek tengok ubinya, takut dia mati :p

TukangKebun berkata...

Wani SC~Dah berapa lama tanam? Carrot ni susah nak jangka sikit. Saya kadang-kadang tarik-tarik sikit daun dia tengok rasa macam berat atau tidak. Kalau tak pun agak dari diameter atas top carrot besar mana kuis-kuis sikit tanahnya.

wani sc berkata...

tq untuk tips. dah korek sikit tengok, mcm belum besar top dia.

http://maharani-kecik.blogspot.com/2012/07/yok-skodeng-carrot.html#more