No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Homestay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homestay. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Mei 2020

Krup Krap Krup Krap Jeruk Kedondong Asam Boi

Hari akhir bulan Ramadhan tahun ni tak berapa sibuk nak siapkan juadah. Maklumlah Aidilfitri kali ni berbeza dari yang kebiasaannya. Tak perlu masak banyak sebab rumah tak open house dan tetamu tiada dijemput hanya ahli keluarga sahaja. Lagipun hari Jumaat dah hampir semua hidangan utama selesai buat dan testing masa berbuka puasa. Sehari sebelum Syawal tiba kali ni agak santai, boleh meronda-ronda di kebun tuan Teratak Kiulu Lodge. 

 Tahun ni kami beraya di Sabah sebab PKP kan bermula masa cuti sekolah. Kebetulan semasa last weekend sebelum partial lockdown di Malaysia bermula pada 18hb Mac 2020, ahli-ahli Kebun Bahagia Bersama sertai kali ketiga acara larian Borneo Ultra Trail Marathon 2020 yang bermula di Kiulu. Papa Abby dan Ilhan Mikhail tahun ni join larian 30km dan yang lain2 cuma 9km sahaja. 

Yang tak disangka Nenek Abby masuk top 3 untuk kategori wanita veteran 9 km...hehehe... Yang anak dan cucu pun tak pernah merasa. Nenek Abby pun dah lebih 60 tahun. Tukang Kebun pun sebenarnya tak terkejar dengan pace Nenek Abby. Walaupun banyak acara larian tahun ni terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan tapi yang Borneo Ultra Trail Marathon 2020 sempat dilangsungkan sebelum ada arahan jelas  yang acara ramai tidak boleh dilangsungkan. Walaupun begitu organiser dah standby dengan SOP ada hand sanitizer dan lain-lain. Sebab penganjur BUTM ni pun kebanyakkannya ada dari background asalnya ahli perubatan. Semasa PKP ni ada 2 larian yang sudah kami daftar telah ditangguhkan. 
Sehari sebelum Syawal ronda-ronda Kebun di Teratak Kiulu Lodge nampak meriah buah kedondong. Kebetulan ada bawa stok asam boi boleh lah buat jeruk kedondong asam boi. Sambil berborak dengan sanak saudara menerusi lawatan raya wassup video sedap snacking makan jeruk kedondong asam boi. 

Nampaknya tak boleh selalu Tukang Kebun buat stok jeruk kedondong asam boi ni sebab atuk Abby asyik menghirup air jeruk nya . Atuk Abby berebut air jeruk kedondong asam boi dengan cucunya Abby, siap tuang air jeruk masuk dalam cawan minum gitu. Bersilih ganti nenek Abby dan Tukang Kebun tegur jangan makan banyak sangat jeruk ni lebih-lebih lagi minum air jeruk. Dua bekas air jeruk atuk minum lepas isi jeruk dah habis.

VIDEO YouTube link di bawah berkenaan dari proses petik buah kedondong hingga selesai buat jeruk kedondong asam boi yang rakamannya di Teratak Kiulu Lodge :

https://youtu.be/JUcLx7ZJbp0





SELAMAT HARI KAAMATAN - HAPPY HARVEST FESTIVAL. 

KOTOBIAN TADAU TAGAZO KAAMATAN. 

Isnin, 9 April 2018

Tebu Muda Merah Tukar Kuning

 Beberapa minggu ni ada puzzling tengok jenis tebu merah yang Tukang Kebun tanam bawa balik dari Sabah. Kalau tak silap masa Tukang Kebun tanam keratannya semua merah-merah. Kenapa rumpunan yang ditanam ada tebu yang kulit luarnya warna merah dan ada yang warna kuning. rasanya di petak ni hanya satu jenis tebu je Tukang Kebun tanam. Jenis tebu ni yang masa muda merah kemudian bila bertambah usia tukar ke warna kekuningan. Biasanya kalau di Malaysia ni kita kategorikan tebu mengikut warna macam tebu kuning, tebu merah atau tebu hitam. 

 Bila Tukang Kebun cari gambar lama-lama rasanya tak tercampur aduk ni, lagipun datang dalam rumpun pokok yang sama. Gambar masa baru tumbuh tunas dari keratannya pun tampak ada warna merah pudar-pudar keratannya. Rasanya dalam bulan Mac 2017, Tukang Kebun tanam keratan tebu-tebu ni dan sekarang dah boleh sudah tuai hasilnya.
 Rasanya tak aman pula bila fikirkan kenapa jenis tebu merah yang Tukang Kebun tanam ni bertukar warna kulitnya pula. Sebab biasa kalau tebu merah masa baby merah dan tua kekal merah. Kemudian lepas puas cari sumber baka-baka tebu, rasa kecilnya lah diri ini. Itulah lain kali jangan kategorikan tebu semua ikut warna kulitnya. Walhal jenis-jenis tebu dalam dunia ni ada pelbagai jenis dan cara-cara membezakan jenis tebu bagaimana. Ilmu pengetahuan itu yang perlu ditambah. Akhirnya dengan bantuan Mak Google berjaya jugalah jumpa website International Society of Sugarcane Technologies yang membantu merekodkan pelbagai jenis tebu ikut negara (CLICK HERE). Malangnya negara kita takde, tapi negara-negara jiran lain ada. Website yang Malaysia punya Tukang Kebun tak jumpa tapi negara Jiran Phillipine ada kategory jenis tebu mereka (Rujuk Sini). Bila tanya mak, katanya masa dia kecil memang ada tebu yang muda merah, bila tua kuning. So there is nothing abnormal tebu yang Tukang Kebun tanam cuma jenis yang kebetulan jatuh ke tangan Tukang Kebun untuk ditanam. Mungkin ada hikmahnya kenapa dia hidup subur terbiar di belakang bersama rumput-rumput yang meriah. 

 Sesiapa yang berminat nak tanam jenis tebu ini kami mula bekalkan ya. Untuk memudahkan kami gelarkan je la Tebu Muda Merah Kuning Tua. Jika dipos satu batang yang panjang tu la kami kerat-kerat ya, ikut kepada tuannya nak makan atau tanam semula. Tapi jangan risau ianya memang ditanam secara organik. Rumput-rumput tu tengok meriah sangat, Tukang Kebunnya dah tak kuasa kasi biar ja. Buah jambu bol tu kalau tak ramai peminat yang pergi petik-petik jamu selera atas pokok bolehlah juga offer bagi yang teringin.

~ 1 batang pokok (keratan-keratan segar) Tebu Muda Merah Kuning Tua RM4.00 <boleh dipos>
Atau Mix dengan tawaran 3 plant mix for RM10 (Pilihan lain klik sini).

~ 1 kilogram buah jambu bol RM7.00 ~

 Masa tengah teka teki dengan jenis tebu merah di KBB Sungai Buloh, bila banding dengan tebu merah dekat KBB Kiulu pula, juga jenis yang berbeza. Ni pokok tebu yang tiba-tiba muncul dekat pagar belakang masuk dapur rumah Kiulu Big Boss. Bila Big Boss tanya adik dia mana datangnya rezeki pokok tebu tepi pagar muncul ni. Agaknya pekerja-pekerja yang baiki rumah ni makan tebu lebihan dicampaknya di situ tumbuh pula pokok tebu. Biarkanlah pokok tebu tu membesar. 
 Bila lama tak balik, masa mengemas rumah Big Boss balik bulan Mac lalu di suruhnya tebas kasi bersih beberapa batang tebu yang dah berat rebah ke tanah.Bahagia sangat tebu tu tumbuh. Susah orang nak masuk rumah buka pintu pagar. Rezeki kami lah anak beranak makan. Pokok tebu pagar belakang rumah Kiulu ni pula warna merahnya lagi gelap kehitaman tapi tak sempurna semua warna tersebut tapi berbelang-belang dengan warna kehijauan. Yang ni pula jenis baka tebu lain. Kebetulan Jumaat lepas singgah kejap di Tamu Donggongon setelah ambil Race Pack di Pacos nampak ada juga petani menjual jenis tebu berwarna ini.

 Bila baca artikel ini (klik sini), teringin nak mula kumpul jenis-jenis tebu pula to conserve our heritage.
 Inilah gambaran pagar belakang rumah. Tapi terlindung pula dengan rumpunan pokok kantan merah. Nampak ada daunnya yang di belah atas. Untuk tetamu yang sewa bilik di Teratak Lodge Kiulu (2) (Klik Sini) akan menginap di Tingkat 2 naik tangga seperti gambar di atas. Dari gambar di balcony tersebut boleh sidai baju tak kena hujan. Kalau banyak sangat baju nak dijemur, yang di bangsal ni pun boleh. Biasanya kami kalau lepas mandi sungai, sidai terus baju di bangsal ini. Ilhan dalam gambar ni sedang menuju ke sungai. Ada tangga untuk memudahkan turun ke sungai sekarang.
 Mudah sikit kalau nak mencuci barang-barang berlumpur macam fresh tiram yang baru diambil dari tempat lain. Cuci kasut ke. Macam lepas marathon sambil sejukkan badan boleh cuci-cuci lumpur (related posting klik sini). 
Boleh cuci rambut dengan limau kasturi juga di sini (related posting klik sini).

Biasanya kalau ada musim event besar macam marathon cepat bilik habis kena reserved. Jadi kena booking cepat-cepat. Kalau yang lodging belah Teratak Kiulu Lodge (No. 2) atau di Kampung Poturidong ni ada 3 bilik sahaja yang disewakan. Tapi kena sharing la facilities luar dia macam dapur dan tandas. Yang dekat sini kena lalu jambatan gantung ya nak sampai rumah terutamanya musim hujan (related posting klik sini).

Kalau yang belah Teratak Kiulu Lodge (No. 1) di Kampung Ranap boleh sewa satu rumah ada 3 bilik. Yang di Kampung Ranap ada  4 rumah available untuk disewakan buat penginapan fully furnish. Kereta tiada masalah masuk parking.
 Sungai Kiulu terkenal dengan aktivity White Water Rafting. Memang akan lalu ni tempat kami mandi sungai ni. 

Tempat yang menarik di sini juga adalah kawasan Tagal (related posting klik sini) boleh bermesra dengan ikan-ikan kelah yang sebesar peha.

Kawasan ruang tamu dan dapur yang dikongsi bersama. Pintu yang dibuka tu pintu masuk. Pintu yang tertutup tu ke arah balcony dan juga tempat mandi serta tandas. Tempat mandi dan tandas dia bilik asing.

April Self-Collect Day Schedule (in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh):

14th/15th April 2018 Saturday/Sunday Morning (9:00AM-9:30AM)

21st/22nd April 2018 Saturday/Sunday Morning (9:00AM-9:30AM)

Please confirm your orders before self-collect.

Sabtu, 17 Mac 2018

Borneo Ultra-Trail Marathon 2018

 Tahun ini Tukang Kebun challenge diri untuk mencuba pengalaman baru iaitu marathon. Kali terakhir join marathon pun masa sekolah rendah. Aduiii dengan badan tak fit dan berat sekarang tanpa latihan terus cuba bukannya didahului dengan fun run tapi terus ke yang lebih mencabar iaitu Ultra-Trail Marathon. Ini juga untuk kami jinakkan si Ilhan Mikhail dengan marathon. So bukan sahaja pengalaman pertama untuk Tukang Kebun tetapi juga si Ilhan. Ilhan adalah antara pelari termuda atau memang termuda sebab dia paling kecil untuk acara Borneo Ultra-Trail Marathon 2018 ini. Mula-mula teragak-agak jugalah nak cuba kena persediaan hati dan mental, tapi sebab dia dekat kampung area Big Boss dan untuk pendedahan Ilhan terus semangatkan diri.
 Kami sertai yang acara 12km je memandangkan beginner level lagi kan. Acara bermula di pekan Kiulu pada pukul 7pagi 11hb Mac 2018. Yang trail 12km naik turun dua bukit. Awal-awal permulaan lagi dah kena berlari naik bukit. Tukang Kebun rasa tak sampai 5% dari trail tu berlari, cuma jalan kaki laju-laju ja takut kaki nanti terkejut, satu hal kalau kejang nanti. Bila naik first bukit tu pemandangan indah dan dapat nampak Gunung Kinabalu latar belakangnya dengan keadaan pagi yang masih dingin berkabus. Rasa macam kita berjalan atas awan.
 Awal lagi si Ilhan Mikhail dah tak nampak bayang, jauh meninggalkan kami berdua. Papa Ilhan serba salah nak ikut Ilhan ke mama Ilhan. Papa Ilhan setia dengan mama Ilhan takut nanti mama kena tinggal sorang-sorang hilang determination nak habiskan marathon sebagai finisher ikut masa yang ditetapkan sampai ke garis penamat sebelum pukul 1 (6 jam maksimum). Papa Ilhan kata baru dah mula dah nampak raut muka Mama Ilhan macam menyesal pula join hehehe..... Muka papa Ilhan pula lama-lama dah bosan tunggu pace mama Ilhan.
 Memandangkan Tukang Kebun slow and steady sahaja tapi tanpa berehat langsung berjalan ja untuk cuba sampai sebagai finisher on time. Dalam hati risau juga manalah anak seorang ni dah lari tak nampak bayang dah kena kuatkan hati habiskan trail juga. Setiap kali sampai checkpoint mesti tanya ada nampak anak lelaki saya tak, budak kecil. Semua ingat Ilhan, check point pertama punya penjaga kata awal lagi Ilhan dah sampai, dia ingat orang kat belakang dia tu yang parent dia...hehehe...sampai check point kedua pun sama, penjaga situ kata awal lagi tu budak dah limpas. Lega sikit hati dengar dan tak sangka betapa laju juga Ilhan boleh ikut orang-orang dewasa.
 Malam sebelum acara sebenarnya hujan lebat. Sedap sungguh tidur di Kiulu sejuk. Tapi esok akibatnya trail basah jadi lecak dan licin. Bila sampai bukit kedua rasanya mencabar nak daki sebab lecak dan licin melalui kebun getah orang. Langkah kena hati-hati supaya tak tergelincir yang boleh terkoyak muscle nanti. Kaki dah lenguhkan bila bukit kedua rasa bilalah nak abis mendaki ni.Mendaki bukit kedua yang paling mencabar. Sebab tak dapat nak agak dah sampai puncak ke tidak kerana jalannya berlereng. Cuma kami geng di belakang ni kuatkan semangat lagi dah bayar mahal kena habiskan juga hehehe....yuran pendaftaran untuk 12km sahaja dah RM150 seorang. Papa Ilhan pun tak habis-habis mengomel mahal-mahal pendaftaran dari hari mendaftar sehingga penamat.
 Bila dah turun bukit terakhir dan masuk kampung Big Boss dengan masa tinggal kurang sejam untuk masa finisher baru speed up semula. Turun bukit akhir tu memang rasa nak menangis dah sebab kaki kanan dah mula rasa kejang. Kedua kuku ibu jari kaki masih lebam sehingga hari ni sebab menahan dari tergelincir masa turun bukit. Sudah tinggal satu kilometer terakhir tu memang dah rasa tak sabar-sabar nak perabiskan je cepat-cepat sampai. Syukur Alhamdulillah sampai juga garis penamat. Ilhan pun dah bosan menunggu lama hahaha....dapatlah kami bertiga bawa balik finisher medal.
 Ilhan cerita awal-awal dia lari sesama dengan mat salleh. Mat Salleh tanya "Where is your parent?", Ilhan balas "They are too slow". Tak nak mengaku usia 10 tahun, semua tanya dia kata 11 tahun. Syukur Alhamdulillah dan terima kasih banyak kepada semua pelari-pelari yang banyak bantu tengok-tengokkan Ilhan semasa ketiadaan kami. Khuatir juga kalau Ilhan tersilap jalan. Bila kami sampai ke penamat sambil berehat, ramai kata laju betul Ilhan lari untuk beginner dan usia yang muda for level ultra-trail marathon. Boleh tahan jugalah Ilhan boleh habiskan perjalanan lari 12km dalam 3 jam 27 minit. Lama kena tunggu mama Ilhan sampai hahaha....beza banyak. Jengjengjeng keputusan di bawah sudah kena record. Papa Ilhan lah kasihan tak penat langsung sebab kena babysit Mama Ilhan. Kalau tak laju dari Ilhan lagi.
 Papa Ilhan takut nanti Mama Ilhan merajuk patah semangat tak mau lari lagi kenalah meneman hehehe...lama la nak tunggu mama kurus nanti. Ini semua ahli keluarga sedang memberi sokongan untuk Tukang Kebun kuruskan badan dan Ilhan pula untuk kuat bersukan. Nenek penyokong no. 1 Ilhan. Walaupun dalam kesibukkan, demi Ilhan , Nenek tolong jaga ni dua budak di homestay nya di Kampung Ranap, Kiulu, cuma 10 minit berjalan kaki sahaja ke Pekan Kiulu dan kurang 500 meter dari Masjid Kiulu. Sejak tahun lepas, Nenek dan Atuk Ilhan mula buka Homestay di Kiulu. Jika ada yang mencari penginapan di Kiulu, boleh layari facebook cari 'Teratak Kiulu Lodge'.
 Bulan ni sibuk travel, mohon maaf atas talian tak beberapa elok dan ketiadaan masa maka email dibalas amat lambat ya. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang meluangkan masa singgah di sini dan memberikan komen. InsyaAllah jika ada rezeki masa akan kami cuba juga ziarah ya.
 Sepanjang laluan ultra-trail marathon 2018 ni, ada juga lalui beberapa kebun nenas. Oleh itu sehingga hujung bulan Mac 2018 kami menawarkan 3 sulur nenas madu sabah RM5.00 .

Selasa, 12 Ogos 2014

Beraya di Homestay Rumah Liza

 Pada 6 Syawal kami beraya ke Homestay Rumah Liza di Pekan Pedas, Negeri Sembilan. Pertama kali kami ke sini bukannya nak duduk menginap tapi nak beraya dengan keluarga Mak Long Liza pemilik HomeStay Rumah Liza ini. Rasanya dari awal kami kahwin sampai tahun ini dah lama tak pergi raya rumah Mak Long Liza. Kebetulan teringin nak tengok Homestay Mak Long Liza yang berhadapan dengan Ladang Ternakan Lembu Haji Budin milik Pak Long. Suasana tenang sepi kampung asli perasaan nak beraya memang ada sehinggakan Ilhan awal-awal tak mau masuk rumah. Sebab Ilhan nak enjoy suasana kampung dulu di halaman luar rumah. Kasihan betul budak-budak bandar sekarang ni. 

 Zaman sekarang ini keluarga sanak saudara dah berhijrah ke kawasan bandar, jadi tiada lagi kampung nak pulang. Untuk balik ke suasana beraya di kampung, ramai yang mencari homestay begini kumpul adik beradik saudara ramai-ramai boleh buat lemang dan rendang seperti zaman kanak-kanak dahulu. Malam-malam boleh main bunga api berlari sana sini di luar rumah. Homestay Rumah Liza yang rumahnya jenis rumah kampung lama yang telah dibaik pulihkan memberikan peluang untuk mereka yang rindu dengan suasana hidup di kampung. Tidak jauh pun dari Lembah Klang for weekend holiday rest with family.
 Seronok sangat bermain lalu di lorong bawah tangga, Abby balik dengan benjol di dahi. Biasalah princess papa ni lasak sangat, bak kata big boss ikut perangai mama dia masa kecik tak boleh duduk diam. Jarang-jarang dah jumpa rumah kampung dengan tangga design seperti ini. Pak Long kata dia buat tangga ada 6 steps sebab dia ada 6 orang anak.
 Dekat tepi tangga apalagi kan Rayyan buat main gelungsurlah. Seronoklah Rayyan naik tangga lepas tu turun gelungsur. Dekat background berhampiran pintu masuk dapur ada pokok nona.
 Salasilah hubungan kami dengan Mak Long Liza ialah papa tukang kebun 1st cousin dengan Mak Long Liza. Papa punya father is the eldest dan Mak Long Liza mother is the youngest dalam 4 adik-beradik. Kesimpulannya atuk dan nenek Papa and Mak Long Liza sama. Sambil anak-anak mengelungsur, Mak Long Liza kata masa dia kecik-kecik pun main gelungsur begini dengan geng-geng saudara dulu dekat rumah atuk, dengar papa membebel-bebel sebab he is the oldest grandchild. Biasalah yang paling tua kan selalu kena supervise yang kecik-kecik hehehe...
 Geramnya tengok buah-buah nona yang berjuntaian. Homestay Rumah Liza ini dikelilingi dengan pokok-pokok buah-buahan. Kami sampai pun dah lepas Asar, syok makan cekodok panas-panas di luar dapur.
 Interior dalam rumah pun masih dikekalkan seperti zaman dulu-dulu. Dulu balik raya, budak-budak ramai-ramai tidur lambak di luar bilik macam ini kan.
 Bolehlah tinjau dari luar apalah budak-budak ni buat dalam rumah.
 Dekat luar halaman rumah dikelilingi dusun buah-buahan boleh berehat juga di wakaf. Masa nak balik dapatlah kami rezeki ole-ole buah rambutan dan manggis. Tengah tunggu jemputan dari Pak Long dan Mak Long lagi untuk BBQ pula mesti seronok. 
 Yang beminat untuk mengetahui lebih lanjut Homestay Rumah Liza di Pekan Pedas, Negeri Sembilan bolehlah jenguk facebook page 'Rumah Liza' (klik sini) ataupun di webpage iBilik.com (klik sini).

 Yang mencari HomeStay di Raub, Pahang pula bolehlah jenguk-jenguk di blog Makngah 'Seri7ujuh&Co.' .