No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Kiulu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kiulu. Papar semua catatan

Ahad, 6 Disember 2020

PKPB Creamy Purple Lemonade Ice Cream Malaysia

Syukur Alhamdulillah di kala PKPB ini banyak rezeki musim buah limau telur buaya di Teratak Kiulu Lodge sehingga tak terguna semua buahnya berguguran terbiar di tanah. Banyak buah yang dah ranum sehingga kuning kadangkala tak perasan dah jatuh bawah pokoknya. Pada musim hujan ini pokok limau telur buaya makin tumbuh merimbun. Manakala buah yang sarat dan makin berat menyebabkan ranting-ranting sampai cecah menyarap ke tanah. Sambil tuai buah yang dah meranum boleh juga buat aktiviti pruning pokok-pokok limau telur buaya tersebut. Lagipun nak permudahkan pergerakan kelulut yang bonda letak di bawah pokok limau telur buaya keluar cari makan. Bantuan kelulut menjayakan pendebungaan buah limau telur buaya menjadikan banyak hasil buah limau telur buaya. Bagi yang berminat boleh tonton video link di bawah dari mula pokok limau telur buaya menghasilkan kudup bunga, apabila bunga kembang mekar dan jalin hubungan symbiosis dengan kelulut seterusnya menghasilkan buah limau yang sudah dapat dituai sekarang. Di dalam video tersebut dikongsi juga aktiviti pruning buah limau telur buaya yang dilakukan bulan lepas. Setelah pangkas ranting-ranting pokok limau telur buaya dalam 2 minggu lebih kelihatan pucuk baru tumbuh di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari.


     Semasa pruning pokok limau telur buaya yang ayam-ayam pun ambil kesempatan sibuk mencakar tanah di bawahnya untuk mencari cacing-cacing. Macam animal instinct juga ni sebab masa canopy pokok tutup sampai merimbun di tanah suhu tanah lebih sejuk dan cacing akan berada dekat permukaan tanah. Sebelum cacing masuk ke lebih dalam paras tanah, ayam mencari-carilah dulu cacing. Boleh jugalah ayam-ayam ni tolong gemburkan tanah sekali. 
      Bila dah beberapa plastik penuh dengan limau telur buaya yang dikutip dari ranting sudah dipangkas, cuba rajinkan diri buat ais krim Malaysia untuk anak-anak. Kalau air limau sahaja dibekukan nampak macam air biasa sahaja kan. Jadi mohon anak-anak kutip bunga telang warna biru tu rebuskan dengan gula batu. Kemudian masak sekejap santan pekat dan susu manis berasingan di periuk lain. Sementara tunggu kedua-dua air ni sejuk, perah limau telur buaya ambil jus. Elok campur jus limau telur buaya dengan rebusan bunga telang yang dah suam supaya kita tak hilang banyak nutrient vitamin dari jus limau (nak retain as much as possible). Air bunga telang apabila dicampurkan dengan jus limau ianya akan bertukar dari warna biru ke merah. Ikut kepekatan rebusan air bunga telang yang digunakan juga. Tuang separuh air merah (campuran bunga telang dan jus limau) ke dalam plastik ais krim dahulu. Kemudian baru isi bahagian yang creamy santan dan susu pekat. Ikat plastik dan bekukan secara melintang.
Bolehlah jadikan stok ais krim anak-anak sambil bermain di luar masa cuaca panas. Boleh kuatkan imunisasi badan dengan rich vitamin C dari jus buah limau telur buaya dan zat dari bunga telang juga. Home-made ice cream Malaysia kita boleh kawal kemanisannya.

Sabtu, 21 November 2020

PKPB Shortcut Kiulu - Kundasang Pan Borneo Highway turn Jalan Tomis Tiong Lokos

     Sejak PKPB bermula di daerah Tuaran Sabah, yang juga merangkumi daerah kecil Kiulu yang kami menghabiskan masa kehidupan sejak awal bulan Oktober 2020 ini, ada 2 kali suami Tukang Kebun ajak cuba jalan baru Pan Borneo Highway Kiulu - Ranau. Sekarang jika penduduk yang duduk di daerah kecil Kiulu jika hendak ke Kundasang tidak perlu lagi nak patah balik turun ke pekan Tamparuli dahulu kemudian naik ke Kundasang bila menaiki kenderaan darat. Dengan adanya Pan Borneo Highway ini penduduk yang duduk di lembah gunung ganang lembah Kiulu lebih mudah bergerak ke pekan-pekan untuk menjual produk pertanian mereka. 
Photo: Kenangan 2019 Rayyan Haniel (baju kuning) panjat Kinabalu.

Kalau kita berada di puncak Gunung Kinabalu awal pagi kita boleh melihat lembah-lembah gunung ganang diliputi kabus berlapis-lapis sehingga lebih dari Gunung ke-2 tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Trusmadi di daerah Tambunan. Di dalam lembah gunung ganang ini terdapat kawasan kampung-kampung terpencil yang masih tiada hubungan jalanraya yang baik. Bukan Kundasang sahaja berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pelancongan sekarang seperti Cameron Highland. Tetapi pemandangan belah Pan Borneo Highway merentas daerah Kiulu ke Ranau ini juga sama sahaja cuaca dan panorama nya di Kundasang. Cuma di sini hubungan jalanraya agak lambat sekali membangun. 
Memandangkan papa Abby dah bosan hujung minggu tiada aktiviti nak dibuat sangat, maka diajak Tukang Kebun dating driving ala-ala initial D menikmati pemandangan pusing-pusing naik turun kawasan lembah pergunungan daerah Kiulu dan daerah Ranau. Kali ini papa Abby pilih shortcut masuk Jalan Tomis Tiong Lokos untuk ke Kundasang dari Kiulu-Pukak-Lokos ikut Pan Borneo Highway. Kekadang mungkin penduduk Semenanjung Malaysia terbayang "highway" tu macam lebuhraya Pantai-Timur atau lain-lain di Semenanjung Malaysia yang masuk dikenakan bayaran tol. Pan Borneo Highway bukan lebuhraya besar cuma projek jalanraya untuk hubungkan lebih banyak kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak. Jalan Pan Borneo Highway pun bukan semuanya jalanraya ada dua lane untuk memotong. Kalau Pan Borneo Highway Pukak (Kiulu) ke Pahu (Ranau) jalan satu lane sahaja tiada jalan untuk memotong. Di Sabah, Pan Borneo Highway memang tiada tol sebab tiada jalan alternatif yang banyak, itu je jalan utamanya.

Bila lalu Jalan Tomis Tiong Lokas, kelihatan ada juga padi bukit yang dah mula menghasilkan buah nak tunggu masa menuai. Gambar padi bukit yang Tukang Kebun ambil ini dalam keluasan setengah ekar bersebelahan dengan kebun getah betul-betul tepi jalanraya. Antara Jalan Tomis Tiong Lokos ini menghubungkan kawasan sekitar Lokos (Kiulu) dan berhampiran Pekan Nabalu ada Jambatan Bailey yang perlu dilalui.

Bila keluar dari Jalan Tomis Tiong Lokos menghala ke Kundasang, berhampiran Kundasang ada satu check point semasa PKPB. Jika ada yang rindu dengan pekan Kundasang dan nak tengok suasananya semasa PKPB yang teramat sepi berbanding masa musim pelancongan boleh tonton video di atas rakaman trip kami ke Kundasang semasa awal bulan ini melalui Jalan Tomis Tiong Lokos. 

Semasa PKPB ini kami tapau KFC dan makan dalam kereta sahaja di tepi jalan sambil menikmati pemandangan Kundasang. Punyalah jauh nak makan KFC hahaha...sejak PKPB baru 2 kali je sampai di Kundasang yang ambil masa kalau ikut route kali ini dalam sejam lebih (no traffic).  Kasihan kat anak-anak yang asyik telan air liur tengok iklan KFC. KFC di Kundasang pun tidak boleh makan di dalam hanya tapau sahaja.
Selain dari tapau KFC untuk kanak-kanak, kami mesti singgah restoran Kelisa yang ada jual Sinalau Sapi campur untuk yang dewasa pula. Nenek Abby memang dah lama mengidam nak makan sinalau sapi di restoran ini. Sepinggan Sinalau Sapi RM6.00. Hujung minggu kami ramai di rumah mak. Jadi masa PKPB ini kami tapau sampai 6 bungkus Sinalau Sapi Campur. Elok juga kami support restoran Kelisa yang kecil ini nanti tutup terus naya. Langsung dah tak dapat makan sinalau sapi yang rare ni  pula kan sebab kami kan tak boleh makan sinalau bakas yang banyak di tepi-tepi jalan ke Kundasang. Sup tulang dia pun sedap juga kalau ada yang nak cuba. Setakat ini kalau ke Kundasang, kami biasa singgah makan di restoran Kelisa ini sebab masuk tekak kami dan kebiasaannya memang ramai customers orang tempatan dia walaupun gaya kedai macam kedai kecil kopi cina lama je. Cuma kedai ini tutup awal, kalau dah senja biasanya dah tutup. Jika ada pelawat duduk homestay mungkin boleh tapau awal, kemudian panaskan semula untuk makan malam. Itu yang kebiasaan kami buat. Kebanyakkan homestay di Kundasang jauh dari pekan Kundasang tu. Pastu jalan pun berlubang-lubang kalau tak biasa pandu waktu malam yang makin sejuk makin rasa malas nak keluar. Elok tapau makan siap-siap sebelum balik ke tempat penginapan dah nak malam berehat.

Isnin, 2 November 2020

IjabKabul PKPB 04102020 Dahiyah and Zainol

     Syukur Alhamdulillah urusan pernikahan adik perempuan Tukang Kebun dapat juga dijalankan awal bulan Oktober lepas. Walaupun agak kelam kabut dan banyak pertukaran planning gara-gara selepas pilihanraya di Sabah angka yang positif Covid-19 meningkat hingga pecah rekod 3 digit kan. Emak pun memang stress bila dengar pengumuman weekend masa adik perempuan nak bernikah dah mula sekatan merentas daerah dan peralihan ke PKPB. Asalnya mak buat persiapan untuk jemput tetamu dalam 100 lebih orang sahaja. Dah siap tempat makan, besarkan tempat letak kereta untuk tempat berteduh buat makan, upah anak buah buat meja makan gunakan lebihan simpanan kayu-kayu buat rumah dulu, buat jalanraya simen sambung dari pagar hingga ke rumah, bayar deposit catering, kemas laman rumah dan lain-lain. Akhirnya semua kena ditangguhkan. Mak duduk dalam daerah kecil Kiulu sebahagian daerah Tuaran. Jadi Mak kata tak seronok sebab saudara mara dari daerah Papar, Kota Kinabalu dan Ranau nanti tak dapat hadir sebab sekatan rentas daerah.

     Jadi 2 hari sebelum majlis akad nikah sedang Tukang Kebun sarapan di Kota Kinabalu papa call kata dengar Tukang Kebun tak jadi balik kampung berada di Semenanjung Malaysia (dia silap dapat info). Aik dah di Kota Kinabalu dah ni. Kemudian Tukang Kebun tanya khabar macammana dengan urusan adik nak nikah ini. Papa passover call kat mak, mak kata mak dah sampai mengalir air mata kepenatan sangat dan sayu sebab terpaksa tangguhkan kenduri makan-makan. Lalu mak bagi arahan , Along buat persediaan makan-makan untuk barbecue lepas nikah mak teringin sangat nak makan dengan keluarga adik beradiknya yang dekat rumah untuk menceriakan keadaan. Mamapapa dan adik beradik Tukang Kebun memang panggil TK along sebab anak sulong dan papa TK orang Negeri Sembilan. Alamak adhoc pula projek diberikan, maka dari dapat arahan sampai malam sibuk projek peram ayam daging segala, yang nak sedia bahan tu ambil masa kopek-kopek bawang dan lain-lain.Selepas masak kari ayam untuk kuah roti jala dari lebihan bahagian ayam yang tak berapa ada isi gunakan untuk sate, sambil bagi makan late dinner dekat anak-anak dan Tukang Kebun cucuk-cucuk daging sate, bakal pengantin baru balik dari kampung selesaikan urusannya. Bakal pengantin terus kata baik along balik malam ni sebab arahan pekeliling baru kata sekatan jalan bermula tengah malam ni bukan seperti yang dikatakan esok Sabtu pagi. Adui tengok jam nak pukul 10 malam dah ni. Nak drive balik ambil masa 1 jam juga. Kelam kabutlah Tukang Kebun siapkan kerja dapur, susun-susun barang yang nak dibawa balik supaya dapat bergegas bertolak balik kampung sebelum pukul 11 malam. Pertama kali balik ke Kiulu waktu tengah malam dahlah jalan gelap gelita dangan berliku sebab dalam lembah banjaran gunung.
     Syukur Alhamdulillah selamat sampai, Abby pun dah lena sangat dalam kereta kena dukung bawa masuk rumah. Hari Sabtu pagi, Tukang Kebun kena turun pekan Tuaran beli makanan laut dan sayur-sayuran serta bekalan makanan lain untuk makan-makan. Majlis nikah adalah pada pagi Ahad pukul 9:30 pagi di Masjid Tuaran selepas pengantin lelaki singgah confirm sehari sebelumnya masih boleh ke buat urusan akad nikah di masjid.

     Rasa lucu pula bila fikir bakal pengantin perempuan belanja yang ladies make up dengan pendandan, tapi yang kami ni bila ambil gambar nampak mata je kan hehehe...itu je la nak menyeronokkan keadaan bagi semangat sikit. Ambil gambar selfie sikit sebab kita jadi Tukang ambil video. Bagi mempercepatkan urusan majlis akad nikah ditulis dahulu atas kertas senang tukang akadnya, papa nak ucapkan. Kemudian buat rehearsal sekali. Syukur Alhamdulillah selesai dengan satu lafaz sah.
Kasihan juga pengantin lelaki sebab datang sorang sahaja ke Sabah dari Kuala Lumpur untuk majlis akad nikahnya. Kesemua keluarganya tidak dapat hadir dan flight cancel sebab nanti kalau balik ke Kuala Lumpur nak kena kuarantin lagi 14 hari. Jadi ibubapanya tengok melalui video live sahaja sesi majlis akad nikah. Suami Tukang Kebun jadi saksi, dan saksi lagi seorang mohon bantuan ajk masjid yang memantau SOP sekali. Yang berada semasa pernikahan ini pun cuma 9 orang sahaja kami anak beranak. Kanak-kanak tidak boleh berada di dalam masjid, jadi Abby dan Rayyan tunggu dalam kereta sebab di rumah tiada dewasa untuk memantau. Nasib cuaca mendung seakan nak hujan jadi kereta pun enjin tak on, sekadar buka tingkap kereta. Abang Ilhan tidak dapat hadir sebab masa tu belum ada kata putus dari sekolah samaada anak-anak di asrama boleh bawa balik atau tidak. Keesokkan harinya papa kena ambil Ilhan di asrama setelah kebenaran diberikan sambil singgah di rumah Kingfisher ambil printer, beg-beg sekolah Abby dan Rayyan untuk kelas online dan lain-lain bawa balik kampung.
Ustaz yang kendalikan acara nikah dan ajk masjid pula banyak ingatkan posing-posing ambil gambar, mereka dah professional dah hehehe.....mengenangkan nasib pengantin baru sekarang yang majlis teramat ringkas. Sebab ramai yang masih kekok dengan SOP sekarang dalam sesuatu majlis. Duit mas kahwin di Sabah RM300. Dalam perjalanan balik ke rumah hujan lebat.
Lepas kembali ke rumah salin uniform, mula aktiviti barbecue. Sementara hujan reda bolehlah pengantin baru ambil gambar dekat sungai atau mana-mana. Kesian meja makan pengantin khas pun takde seperti raja sehari. Adik perempuan pilih hari akad nikah sama tarikh dengan hari lahirnya.

Yang datang hanya keluarga terdekat sahaja adik beradik mak dan anak-anak mereka yang tak perlu rentas daerah tak sampai 20 orang. Ada juga sebenarnya adik Tukang Kebun dah belikan barang-barang untuk doorgift lebih 100 orang, tapi kali ini cuma buat cukup syarat sediakan sedikit sahaja dulu bagi hari ini buat seronok-seronok bersama anak-anak buah. 

Gara-gara mula PKPB di Kota Kinabalu juga dan kes yang makin meningkat, flight nak keluar Sabah pun semua dah cancel sampai sekarang kan. Jadi kami semua tak dapatlah merentas daerah dan merentas negeri masih duduk mengopek dengan mamapapa lagi ni sama juga dengan pengantin perempuan. Pengantin lelaki pun patutnya duduk sini sampai honeymoon 2 minggu di Sabah je jadi extend kena work from home dari Sabah pula, sama kes dengan suami Tukang Kebun. Oleh itu, memang Kebun Bahagia Bersama tak dapat operasi membekalkan produk dari Kebun Bahagia Bersama kerana semuanya duduk di homestay mak Teratak Kiulu Lodge di Kiulu, dari hari tu check in menginap rumah no. 3 hehehe...kedai speedmart 99 pun tak sampai 100 meter jalan kaki dari pagar rumah sama juga kalau nak mandi sungai takde lah macam duduk di bandar berkurung dalam rumah. Nak ke sungai pun limpas satu rumah saudara je. Mudah nak jaga penjarakkan, anak-anak pun bebas main dalam kebun nenek dan tolong jaga anak-anak ayam dan itik baru menetas dalam incubator kalau tiada kelas online. Pengantin pula honeymoon check in di rumah no. 2 di Teratak Kiulu Lodge hahaha...Masing-masing pusing-pusing dalam kebun cari line bila line tak berapa elok nak dapatkan internet untuk hotspot.


Sepatutnya ikut perancangan asal sebelah pengantin lelaki untuk kenduri kahwin  bertandang hujung bulan Oktober di Lembah Klang juga kena tangguhkan. Pengantin pun tak dapat merentas negeri. Antara hikmah bagi pengantin baru ini, bolehlah duduk lama berkepit lagi sebelum mula phase pasangan jarak jauh (PJJ). Yang berminat nak lihat majlis nikah semasa PKPB ikut SOP di Sabah bolehlah tonton video link di atas.

Jumaat, 23 Oktober 2020

2019 CNY ketam padi bukit, Pirampangan

Syukur Alhamdulillah tahun lepas ada semangat nak pergi tolong makcik Tukang Kebun (adik perempuan mak) pergi mengetam padi huma atau padi bukit. Dah lama Tukang Kebun nak ikut makcik pergi ke tanah yang baru dibersihkan semula selepas lama terbiar tapi diorang semua macam tak yakin Tukang Kebun boleh sampai sebab dah tembam berganda-ganda dari zaman Sumandak. Ini jadi motivasi Tukang Kebun mula sertai acara larian pada tahun 2018 (related posting klik sini) untuk bagi keyakinan mereka bawa Tukang Kebun sekali ke kawasan pendalaman bernama Pirampangan ini di daerah Kiulu.
Perjalanan ke kawasan Pirampangan di mana padi bukit di tanam tahun lepas oleh makcik Tukang Kebun adalah tidak bersambung terus dengan jalan tar dan jalan merah. Dari kawasan dekat access jalan merah kena letak kereta kemudian jalan kaki ulang alik dalam 100 minit kalau tak berhenti langsung rehat. Ada jugalah lebih 10km sekurang-kurangnya kena cover dan phone coverage pun kurang baik, hilang-hilang. Sekiranya river crossing seperti gambar di atas tak lepas sebab hujan maka kenalah tambah lagi perjalanan 40 minit ulangalik jalan kaki dari jalanraya utama. Nasib baik setiap kali musim mengetam adalah musim kering jadi bolehlah kereta lintas river crossing seperti gambar di atas.
Kemudian kereta akan ditinggalkan di tepi jalan merah di mana lorong paling dekat untuk teruskan perjalanan jalan kaki. Kali ini mak pun semangat nak pergi Pirampangan semenjak zaman remaja mak tak ke sana nak tengok tanah adat yang ditinggalkan oleh nenek. Mak sedang dalam proses permohonan geran tanah tersebut yang ada keluasan lebih 50 ekar supaya boleh dibahagi-bahagikan. Arwah atuk Tukang Kebun dah apply geran masa dulu tapi malangnya meninggal dunia dalam usia muda 40 tahun lebih. Kemudian tiada siapa follow up, bila mak dah balik duduk di kampungnya buat permohonan refer balik permohonan dahulu. Awal pagi lagi mak dah bangun sediakan bekalan makanan yang untuk kami bawa dan untuk bahagian atuk (babysitter) yang menjaga cucu-cucu yang kecil tak ikut sekali di rumah.
Perjalanan ke Pirampangan masuk kawasan hutan jadi macam jungle trekking lah. Kalau musim hujan banyak aliran air akan jadi beberapa tempat macam air terjun dah. 
Naik turun bukit kami. Ada juga beberapa kawasan yang dah diteroka oleh tuan-tuan tanah sepanjang jalan tapi tak banyak. Rumah pun sepanjang perjalanan yang Tukang Kebun nampak adalah seperti gambar di bawah kawasan landai berdekatan sungai. Gambar ini Tukang Kebun ambil semasa berada di lereng bukit. Nak jalan lereng bukit ini pun kena hati-hati sungguh sebab kena jalan ala-ala model catwalk sebab jalan sempit yang sebelah tepi dah gaung. Mak pun komen ini kalau atuk Abby dan yang kanak-kanak kecil susah nak bawa ni bahaya kalau tergilincir. 
Berpeluh-peluh akhirnya sampai juga. Bila sampai ada rasa macam satu fasa hiking semula nak kena naik bukit pastu turun lagi kalau nak ke pondok rumah makcik. Naik turun bukit. Nasib ada pondok nak berteduh di atas dari kepanasan dan berehat.
Makcik Tukang Kebun kekadang kalau ada kerja berkebun atau mengetam di sini mereka tidur sahaja di sini. Anak-anak lelaki makcik gotong royong buatkan rumah pondok supaya tak perlu banyak masa setiap hari nak ulang alik. Nak bawa bahan atap zink dan papan kayu pun bukan kerja mudah kena mengangkat jalan kaki punya jauh.
Di sini tiada sumber elektrik. Jika masak pakai unggun kayu api sahaja. Sumber air pun dari aliran sungai kecil. Tandas kena faham-faham sendiri ya. Lain kali nak juga buat aktiviti cari ketam sungai. Lama tak tangkap ketam sungai. Yang dekat dengan kawasan perkampungan dah takde dah nak dapat mudah ketam sungai banding macam zaman kanak-kanak riang Tukang Kebun dulu. 
Dekat kawasan rumah pondok ada macam-macam jugalah jenis tanaman makcik Tukang Kebun. Di gambar bawah ini adalah pokok-pokok kacang tanah. Cuma di sini kalau tidak berjaga habis tumbuhan makanan yang berubi macam ubi keladi, ubi keledek dan lain-lain kena dibersihkan oleh babi hutan.
Hehehe...nak senang ketam padi buat dekat area yang tak berapa cerun dulu yang landai untuk warming up.
Kerja yang banyak guna tenaga yang kena banting padi asingkan bijirin padi dari tangkai pokok padi. Nak pukul-pukul kasi leraikan.
Kami punya kerja ragut-ragut pokok padi tu dan kumpulkan. Kemudian bawa ke tempat nak banting padi. Boleh nampakkan suasana kawasan padi bukit ini dikelilingi hutan.
Jika di kawasan cerun bukit kaki yang penat nak tahan dari tergelincir kena hati-hati ya sambil potong-potong pokok padi dah ranum bijirinnya.
Ilhan kita bagi kerja ambil-ambil tangkai yang masak je. Inipun dah cepat kepenatan berapa kali pujuk maknya nak balik dah. Mama Ilhan apa lagi ambil kesempatan berceramah, baru Ilhan rasa macam mana susahnya nak dapat makan nasi, lain kali jangan membazir nasi, itu suruh makan nasi kena licin , nenek kata nasi menangis nanti...Ilhan pun dah nak nangis kan ketam padi lama-lama.
Di atas tanah padi bukit ini ditanam anak-anak pokok getah. Sementara anak-anak pokok getah tak tumbuh tinggi lagi tahun 2020 ini juga ada tanam padi bukit ditanam di Pirampangan ini. Kalau ada rezeki musim menuai tahun depan, suami Tukang Kebun kata kali ini dia nak ikut pergi Pirampangan gotong-royong mengetam padi. Tahun 2019 papa Abby tak dapat ikut sebab pergi umrah.
Sebelah petang dalam pukul 3 dah mula hujan turun rintik-rintik jadi kami mula beransur balik. Seperti biasa dalam perjalanan balik sempatlah nenek Abby tapau tumbuh-tumbuhan hutan untuk ditanam balik di kebun nya.
Bolehlah mandi sungai bila dah balik rumah melayan lagi yang Rayyan dan Abby kena tinggal tunggu di rumah bersama Atuk.

Rabu, 21 Oktober 2020

Hari Keluarga Samah 2018

Pada tahun 2018 buat pertama kalinya Tukang Kebun, hubby dan anak-anak dapat sertai Hari Keluarga Samah. Hari Keluarga Samah ini adalah gathering sanak saudara yang ada salasilah dengan great great grandparents Tukang Kebun. Salasilah dia pun Tukang Kebun sendiri keliru seakan macam kedua belah atuk nenek ada hubungan kekeluargaan juga (salasilah klik sini), masing-masing memang ada hubungan salasilah dengan Samah. Sebelah mak Tukang Kebun adalah dari etnik Dusun-Kadazan. Etnik Dusun-Kadazan pun boleh dibahagikan lagi dengan sub-etnik Dusun lain mengikut kawasan asal yang loghat pun ada sedikit perbezaan. Kalau di kawasan Kiulu berdekatan pekan Kiulu biasanya ada hubungkait mereka bilang asal Dusun Bundu Tuhan. Bundu Tuhan ni kawasan memang dekat dengan Taman Kinabalu yang kalau hujan dan waktu malam berkabus tebal.
Ramai juga yang tidak dapat hadir kali ini. Hari Keluarga Samah ini diadakan setiap 2 tahun sekali dan bergilir-gilir kawasan lain yang uruskan. Anak beranak keluarga Samah ini pun merata-rata di banjaran Crocker sebab ramai anak-anak dan cucu-cucu Samah meneroka buka kawasan kampung lain. Seperti Atuk dan Nenek Tukang Kebun pun sebenarnya asal dari kawasan Nuluhon dan Wasai yang lebih mudah access berdekatan simpang Pekan Nabalu (related posting klik sini). Dahulu mereka berhijrah jalan kaki dari perkampungan kawasan Nuluhon ke Wasai sehingga buka perkampungan Poturidong di Kiulu. Antara sebab mak Tukang Kebun memang jalan kaki laju sampai sekarang lagi kuat dari Tukang Kebun kalau ikut acara larian. Tukang Kebun 10km pun dah pancit naik turun bukit, apatah lagi mereka dulu jalan kaki berpuluh-puluh kilometer naik turun bukit dalam hutan. 
Sepatutnya tahun 2020 ini ada perancangan buat Hari Keluarga Samah tetapi terpaksa ditunda kerana gelombang pandemik Covid-19. Bila lagi nak dapat berkumpul seperti dahulu, rindu nak berkenalan dengan anak-anak buah dan berborak dengan orang-orang tua. Ada hati nak berborak dengan orang-orang tua nak hilangkan rindu pada arwah nenek tapi cakap dusun pun Tukang Kebun tak mahir, macam ayam dan itik. Kejap lagi kena sakat dengan saudara mara, muka sebiji macam orang Dusun tapi tak fasih sangat bercakap Dusun. Seminggu sebelum PKP sempat Tukang Kebun buat urusan tukar etnik Tukang Kebun ikut etnik mak yang dahulunya ikut etnik papa Tukang Kebun. Harap-harap lepas ini isi borang tak tersilap tulis bangsa etnik apa. Yalah dah berpuluh-puluh tahun biasa tulis etnik Melayu sekarang dah lain. Bagi memudahkan pengurusan tukar hak milik tanah adat terpaksa Tukang Kebun tukar etnik orang asal Sabah yang dah bertahun-tahun tersangkut sebab kan etnik sahaja.

Link Video (https://youtu.be/99hs1ZdRneI)

Macam-macam acara dan aktiviti juga meriah dijalankan pada Hari Keluarga Samah 2018 yang boleh dilihat dalam video di atas juga.

Kelazimannya memang pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau sangat popular di Sabah lebih-lebih lagi nak dekat Pesta Menuai. Anak buah Tukang Kebun pun ada wakil daerah unduk ngadau tahun lepas. Ada juga acara ala-ala unduk ngadau tapi lebih kepada pertandingan pakaian tradisional paling cantik. Versi baju tradisi Dusun Kadazan pun ada pelbagai ikut daerah juga. Ada juga acara cabutan bertuah.
Tidak ketinggalan pula untuk kategori kanak-kanak pertandingan pakaian tradisional. Princess papa Abby tak berapa pandai lagi nak ikut gaya menari sumazau ni nanti minta nenek ajar Abby ya.
Biasanya memang yang meriahkan suasana dan mulakan acara menari bersama-sama mestilah dari golongan generasi warga emas dulu bagi contoh kepada generasi muda turunkan budaya nenek moyang. Tak perlu pasang alunan muzik dari radio buat live dengan pakai alat muzik traditional gong sudah memadai rancak suasananya.
Pertandingan nyanyian karaoke juga ada. Tak disangka anak-anak buah Tukang Kebun pun ada beberapa yang jaguh bahagian daerah pun ada dalam pertandingan menyanyi. Bila kumpul-kumpul begini barulah dapat up to date dengan berita saudara mara.
Makanan dan hidangan lauk pun macam-macam ada. Ini nasinya makanan tradisional orang tempatan panggil linopod di mana nasi ditanak dengan ubi keladi yang setelah masak dilecek-lecek bersama-sama.
Nenek semangat masa Hari Keluarga Samah 2018 ini kerana ketiga-tiga cucunya dapat sertai pertama kali terus dijahitkan baju dusun untuk ketiga-tiga cucunya ini.
Malangnya kami tidak dapat tunggu sehingga majlis selesai kerana sebelah petang dah booking acara larian pula iaitu Nexus Beach Run 2018 (related posting klik sini).

Selasa, 2 Jun 2020

Angsa beraya dengan mangga dan home made mango pudding

Syawal hari pertama pagi adik beradik ada singgah di Teratak Kiulu Lodge kecuali yang adik bongsu kena video call wassup. Adik bongsu ambil keputusan tak balik sejak COVID-19 ni sebab dia sedang semester terakhir pengajian di UPM. Jika dia balik nanti kena kuarantin 14 hari, dan nak balik pun cuma seminggu je. Duduk makan di luar kami Sekeluarga sambil video callings raya dengan juadah sederhana sahaja. 


Sebelah petang Syawal pertama hujan lebat betul sampai bunyi nya rasa tak senang hati walaupun baru rasa nak terlelap rehat petang. Sungai pun mula naik paras tinggi dari biasa kelihatan. Projek jiran untuk tempat berkelah sebelah pun hampir dinaiki air.  

Sampai hari ketiga Syawal walaupun air sungai dah mula beransur kecil masih belum keadaan paras seperti biasa. Tetapi masa tengahari tiba-tiba bekalan elektrik terputus pula, jadi kami pergi berteduh dekat tepi sungai. Sambil berteduh di tepi sungai, untuk isi perut tengahari bakar sate dan mangga sebagai pencuci mulut. Sate kalau marinate dengan ada bahannya seperti serai, lengkuas dan halia memang tahan lama tinggal peram dalam peti ais (bukan freezer). Yang ni last stock sate kami peram lepas berbuka puasa tinggal keesokkannya sehari lagi nak berpuasa. Kalau raya ketiga bermakna dah simpan stok marinated sate ni dah 4 hari lebih tetapi rasanya dan kualiti normal tak terjejas macam baru beberapa jam marinate. Tukang Kebun suka letak banyak serai kalau peram ayam daging jika masa tempat freezer takde ruang atau nak bawa bahan bekalan masak masa travel sebab serai ni macam bahan pengawet dia hindarkan daging ayam dari cepat jadi membusuk, macam anti-bacterial agent. Kesegaran ayam dan daging tahan lama walaupun dalam fridge biasa je jika diperam dengan serai. 

Link di bawah ni kongsi suasana sekitar sungai lepas 2 hari banjir besar. 

Kalau pakai smartphone versi Web baru dapat nampak terus YouTube terpapar di sini. Kalau versi mobile kena tekan link. 

Jika tidak kena klik link tersebut. 



Di Teratak Kiulu Lodge sekarang ni dah berminggu musim buah mangga. Ada dalam 4 pokok mangga juga yang jenis berbeza di sana memang sebelum tanah bertukar milik dah tumbuh di situ. Setiap kali adik perempuan singgah hantar stok bekalan makanan ke kedua ibubapa kami lepas kerja (essential service) kat pagar je (orang tua high risk), kekadang mama papa bekalkan mangga untuk kami yang di Kota Kinabalu bagi adik bawa balik. Kami pun tak jejak Teratak Kiulu Lodge, cuma masa lepas buka CMCO boleh merentas negeri baru balik Kiulu. Itupun atuk asyik tanya bila nak balik rindu cucu dan kami pun sukar kalau balik  masa hari kerja kat sana nak work from home kerana line Internet tak berapa baik dalam rumah. Kat luar kebun mencari line Internet yang lebih baik bila nak video conferencing. Jadi hujung2 dah mula cuti raya baru balik. 

Mangga masak yang dikutip gugur sendiri kekadang dibuat puding mangga. Puding mangga versi simple sahaja gunakan 4 bahan asas.

Bahan-bahan puding mangga:

2 gelas air (nak larutkan agar-agar) 

10 gram agar-agar

1 cawan susu pekat (boleh juga guna susu cair atau susu segar atau santan) 

5 biji mangga masak (isi blender buat puree tanpa bubuh air) 

Optional:
Gula (jika rasa tak cukup manis) 

Kalau Tukang Kebun rasa tak perlu Gula kalau jenis mangga yang manis. 

Versi YouTube letak Gula Batu, tapi lepas tu Tukang Kebun tak letak gula Batu sebenarnya. 

Cara-cara boleh tinjau link di bawah. 



Sebelum tengok home made mango pudding tu, boleh tengok gelagat angsa-angsa marah manja nak minta bahagian buah mangga nya. Nasib tak berebut dengan Rayyan yang mengalah je tak jadi ambil semua buah mangga yang jatuh dari pokok. Angsa suka sangat mangga sampai kedekut tak nak kongsi dengan ayam dan itik. 

Kat Teratak Kiulu Lodge, angsa suka makan mangga, yang Di Kebun Bahagia Bersama, Sungai Buloh pula peminat nangka dan tombong kelapa. 

THROWBACK:

Angsa makan nangka 

Angsa makan Tombong Kelapa 

Rindu dengan si MOMO. 

Angsa ni senang je nak pikat hati dia, tolong bantu kopek buah-buahan kegemaran dia. Nanti jadi best buddy. Kasihan juga tu susah angsa ni nak gigit kulit buah nak tebuk dapat isi kecuali memang dah berlubang. 

Selamat Hari Gawai 


Sabtu, 30 Mei 2020

Krup Krap Krup Krap Jeruk Kedondong Asam Boi

Hari akhir bulan Ramadhan tahun ni tak berapa sibuk nak siapkan juadah. Maklumlah Aidilfitri kali ni berbeza dari yang kebiasaannya. Tak perlu masak banyak sebab rumah tak open house dan tetamu tiada dijemput hanya ahli keluarga sahaja. Lagipun hari Jumaat dah hampir semua hidangan utama selesai buat dan testing masa berbuka puasa. Sehari sebelum Syawal tiba kali ni agak santai, boleh meronda-ronda di kebun tuan Teratak Kiulu Lodge. 

 Tahun ni kami beraya di Sabah sebab PKP kan bermula masa cuti sekolah. Kebetulan semasa last weekend sebelum partial lockdown di Malaysia bermula pada 18hb Mac 2020, ahli-ahli Kebun Bahagia Bersama sertai kali ketiga acara larian Borneo Ultra Trail Marathon 2020 yang bermula di Kiulu. Papa Abby dan Ilhan Mikhail tahun ni join larian 30km dan yang lain2 cuma 9km sahaja. 

Yang tak disangka Nenek Abby masuk top 3 untuk kategori wanita veteran 9 km...hehehe... Yang anak dan cucu pun tak pernah merasa. Nenek Abby pun dah lebih 60 tahun. Tukang Kebun pun sebenarnya tak terkejar dengan pace Nenek Abby. Walaupun banyak acara larian tahun ni terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan tapi yang Borneo Ultra Trail Marathon 2020 sempat dilangsungkan sebelum ada arahan jelas  yang acara ramai tidak boleh dilangsungkan. Walaupun begitu organiser dah standby dengan SOP ada hand sanitizer dan lain-lain. Sebab penganjur BUTM ni pun kebanyakkannya ada dari background asalnya ahli perubatan. Semasa PKP ni ada 2 larian yang sudah kami daftar telah ditangguhkan. 
Sehari sebelum Syawal ronda-ronda Kebun di Teratak Kiulu Lodge nampak meriah buah kedondong. Kebetulan ada bawa stok asam boi boleh lah buat jeruk kedondong asam boi. Sambil berborak dengan sanak saudara menerusi lawatan raya wassup video sedap snacking makan jeruk kedondong asam boi. 

Nampaknya tak boleh selalu Tukang Kebun buat stok jeruk kedondong asam boi ni sebab atuk Abby asyik menghirup air jeruk nya . Atuk Abby berebut air jeruk kedondong asam boi dengan cucunya Abby, siap tuang air jeruk masuk dalam cawan minum gitu. Bersilih ganti nenek Abby dan Tukang Kebun tegur jangan makan banyak sangat jeruk ni lebih-lebih lagi minum air jeruk. Dua bekas air jeruk atuk minum lepas isi jeruk dah habis.

VIDEO YouTube link di bawah berkenaan dari proses petik buah kedondong hingga selesai buat jeruk kedondong asam boi yang rakamannya di Teratak Kiulu Lodge :

https://youtu.be/JUcLx7ZJbp0





SELAMAT HARI KAAMATAN - HAPPY HARVEST FESTIVAL. 

KOTOBIAN TADAU TAGAZO KAAMATAN. 

Selasa, 29 Januari 2019

Kiulu Adventure Challenge 2018

 Seminggu selepas cuti akhir semester tahun 2018 bermula, Tukang Kebun, Big Boss dan papa Abby sertai Kiulu Adventure Challenge 2018. Ilhan kali ini tidak dapat serta sekali sebab tidak sampai seminggu baru lepas berkhatan. Jadi Ilhan dan adik-adiknya yang masih tidur lena di Teratak Kiulu Lodge 2 sementara parents sedang mula keluarkan peluh sudah merentas desa. Dari garisan permulaan boleh kelihatan kelibat puncak Gunung Kinabalu pada awal pagi. Acara berbasikal bermula dahulu kemudian diikuti dengan larian 13 km dan seterusnya Fun Run 5km. 
 Ini kali pertama nenek Abby (Big Boss) sertai acara ultra trail sejak lahir yang kini sudah lebih dari 60 tahun umurnya. Jadi nampak dari riak wajah agak nervous masa nak tunggu acara bermula. Biasalah tu Tukang Kebun pun masa awal-awal libatkan diri acara sebegini pun memang rasa nervous juga. 
 Cuma pada mulanya adik lelaki Tukang Kebun agak risau samaada nenek Abby mampu ke tidak nak habiskan trail ini jadi sebagai percubaan memberikan cadangan masuk 5km Fun Run sahaja dulu. Tetapi memandangkan Tukang Kebun pun akan teman ikut pace nenek Abby maka kita masuk lah acara 13km lagipun ni kawasan kampung nenek Abby masa dia kecik macam Abby biasa juga berjalan-jalan kawasan trail begini. Cuma semua bergantung kepada stamina dan level fitness. Cuma yang challenging-nya cut off time nak complete trail 13km diorang setting macam dalam 3 jam. 
 Cantik pemandangan di kawasan Kampung Ranau Ranau dengan bendang padi sawah yang padi dalam fasa sedang membesar. Ada juga Tukang Kebun perhatikan ada bendang padi sawah yang juga dah mula keluarkan buah. Seronok juga santai-santai teman mak buat ultra trail ini sambil dengar tempat-tempat yang dilalui mak bawa trip to memory lane. Macam ada kawasan perkuburan Kampung Ranau Ranau ni dulu tanah berhadapannya atuk nenek Tukang Kebun pernah usahakan buat sawah padi pada masa tu belum lagi ada geran-geran tanah ni masih consider hutan.
 Bukan sahaja lalu jambatan gantung panjang tetapi ada juga melalui titi dari bahan asli seperti buluh. Masa zaman sekolah rendah kan ada kita belajar kegunaan pokok buluh dan pokok kelapa. Susah dah budak zaman sekarang nak bayangkan pokok buluh boleh buat jambatan kan. Elok juga bawa anak-anak sertai aktiviti seperti begini jadi mereka boleh menambahkan pengalaman melalui kaca mata sendiri. Yang gambar atas lepas lintas titi tu bukan pokok lalang ya. Tapi bendang sawah padi yang sumber airnya adalah dari air hujan.
 Dalam 3km nak sampai kaki mak mula cramping pula. Sebelum mula run ada Tukang Kebun hulurkan gula-gula garam tak mau pula, ingatkan bagi gula-gula untuk suka-suka makan pula. Terlampau nervous tak ada mood nak makan-makan. Masa tu tak faham lagi kenapa Tukang Kebun dok menghisap-hisap gula-gula garam awal-awal lagi nak elakkan perkara begini berlaku. Lepas ni mak dah faham dah tips persediaan nak elakkan cramp kaki. Syukur Alhamdulillah kami sampai jugalah sebelum Cut Off Time 3 jam. 
 Selamat sampai ambil gambar kenangan mak dengan childhood friends mak bersama anak-anak mereka. Nenak Abby pun dah seronok nak cuba lagi aktiviti lasak sebegini. Next, Nenek Abby akan bersama-sama juga sertai Borneo Ultra Trail Marathon 2019 pada awal bulan Mac di Kiulu juga dengan jarak 9km. Jika dibandingkan trail route Borneo Ultra Trail Marathon 2018 (BUTM 2018) dengan Kiulu Adventure Challenge 2018, BUTM 2018 dua kali ganda lebih lagi susah itu sebab cut off time dia pun 6 jam. Teratak Kiulu Lodge 1 dan Teratak Kiulu Lodge 2 kedua-dua tempat semua bilik dah kena booking penuh pada minggu Borneo Ultra Trail Marathon 2019. Kecuali kalau sesiapa nak gunakan khemah. Sesiapa yang ada rancangan untuk bercuti di Kiulu, Sabah pada cuti sekolah semester pertama akhir bulan Mac masih lagi ada bilik/rumah yang kosong untuk penginapan di Teratak Kiulu Lodge.
 Mandian rebusan herba Serai Acheh dapat menyegarkan badan yang lesu. Senang sahaja seluruh pokoknya boleh direbus untuk buat home-made Spa Serai Acheh dan banyak manafaatnya.

  Sempena musim perayaan bulan February ini, Kebun Bahagia Bersama tawarkan harga pokok serai acheh dengan 5 pokok untuk RM10.00 (valid only for February 2019).

Info lanjut Serai Acheh (klik sini).

~ 5 moist bare-rooted Serai Acheh RM10.00 ~