No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 21 Oktober 2020

Hari Keluarga Samah 2018

Pada tahun 2018 buat pertama kalinya Tukang Kebun, hubby dan anak-anak dapat sertai Hari Keluarga Samah. Hari Keluarga Samah ini adalah gathering sanak saudara yang ada salasilah dengan great great grandparents Tukang Kebun. Salasilah dia pun Tukang Kebun sendiri keliru seakan macam kedua belah atuk nenek ada hubungan kekeluargaan juga (salasilah klik sini), masing-masing memang ada hubungan salasilah dengan Samah. Sebelah mak Tukang Kebun adalah dari etnik Dusun-Kadazan. Etnik Dusun-Kadazan pun boleh dibahagikan lagi dengan sub-etnik Dusun lain mengikut kawasan asal yang loghat pun ada sedikit perbezaan. Kalau di kawasan Kiulu berdekatan pekan Kiulu biasanya ada hubungkait mereka bilang asal Dusun Bundu Tuhan. Bundu Tuhan ni kawasan memang dekat dengan Taman Kinabalu yang kalau hujan dan waktu malam berkabus tebal.
Ramai juga yang tidak dapat hadir kali ini. Hari Keluarga Samah ini diadakan setiap 2 tahun sekali dan bergilir-gilir kawasan lain yang uruskan. Anak beranak keluarga Samah ini pun merata-rata di banjaran Crocker sebab ramai anak-anak dan cucu-cucu Samah meneroka buka kawasan kampung lain. Seperti Atuk dan Nenek Tukang Kebun pun sebenarnya asal dari kawasan Nuluhon dan Wasai yang lebih mudah access berdekatan simpang Pekan Nabalu (related posting klik sini). Dahulu mereka berhijrah jalan kaki dari perkampungan kawasan Nuluhon ke Wasai sehingga buka perkampungan Poturidong di Kiulu. Antara sebab mak Tukang Kebun memang jalan kaki laju sampai sekarang lagi kuat dari Tukang Kebun kalau ikut acara larian. Tukang Kebun 10km pun dah pancit naik turun bukit, apatah lagi mereka dulu jalan kaki berpuluh-puluh kilometer naik turun bukit dalam hutan. 
Sepatutnya tahun 2020 ini ada perancangan buat Hari Keluarga Samah tetapi terpaksa ditunda kerana gelombang pandemik Covid-19. Bila lagi nak dapat berkumpul seperti dahulu, rindu nak berkenalan dengan anak-anak buah dan berborak dengan orang-orang tua. Ada hati nak berborak dengan orang-orang tua nak hilangkan rindu pada arwah nenek tapi cakap dusun pun Tukang Kebun tak mahir, macam ayam dan itik. Kejap lagi kena sakat dengan saudara mara, muka sebiji macam orang Dusun tapi tak fasih sangat bercakap Dusun. Seminggu sebelum PKP sempat Tukang Kebun buat urusan tukar etnik Tukang Kebun ikut etnik mak yang dahulunya ikut etnik papa Tukang Kebun. Harap-harap lepas ini isi borang tak tersilap tulis bangsa etnik apa. Yalah dah berpuluh-puluh tahun biasa tulis etnik Melayu sekarang dah lain. Bagi memudahkan pengurusan tukar hak milik tanah adat terpaksa Tukang Kebun tukar etnik orang asal Sabah yang dah bertahun-tahun tersangkut sebab kan etnik sahaja.

Link Video (https://youtu.be/99hs1ZdRneI)

Macam-macam acara dan aktiviti juga meriah dijalankan pada Hari Keluarga Samah 2018 yang boleh dilihat dalam video di atas juga.

Kelazimannya memang pertandingan ratu cantik atau unduk ngadau sangat popular di Sabah lebih-lebih lagi nak dekat Pesta Menuai. Anak buah Tukang Kebun pun ada wakil daerah unduk ngadau tahun lepas. Ada juga acara ala-ala unduk ngadau tapi lebih kepada pertandingan pakaian tradisional paling cantik. Versi baju tradisi Dusun Kadazan pun ada pelbagai ikut daerah juga. Ada juga acara cabutan bertuah.
Tidak ketinggalan pula untuk kategori kanak-kanak pertandingan pakaian tradisional. Princess papa Abby tak berapa pandai lagi nak ikut gaya menari sumazau ni nanti minta nenek ajar Abby ya.
Biasanya memang yang meriahkan suasana dan mulakan acara menari bersama-sama mestilah dari golongan generasi warga emas dulu bagi contoh kepada generasi muda turunkan budaya nenek moyang. Tak perlu pasang alunan muzik dari radio buat live dengan pakai alat muzik traditional gong sudah memadai rancak suasananya.
Pertandingan nyanyian karaoke juga ada. Tak disangka anak-anak buah Tukang Kebun pun ada beberapa yang jaguh bahagian daerah pun ada dalam pertandingan menyanyi. Bila kumpul-kumpul begini barulah dapat up to date dengan berita saudara mara.
Makanan dan hidangan lauk pun macam-macam ada. Ini nasinya makanan tradisional orang tempatan panggil linopod di mana nasi ditanak dengan ubi keladi yang setelah masak dilecek-lecek bersama-sama.
Nenek semangat masa Hari Keluarga Samah 2018 ini kerana ketiga-tiga cucunya dapat sertai pertama kali terus dijahitkan baju dusun untuk ketiga-tiga cucunya ini.
Malangnya kami tidak dapat tunggu sehingga majlis selesai kerana sebelah petang dah booking acara larian pula iaitu Nexus Beach Run 2018 (related posting klik sini).

17 ulasan:

Atie Zieya berkata...

interestingnya event ni, teringin nak ke sabah

Nasa Mulia berkata...

Wah semangat si nenek..cantik Abby dan abang2 dia pakai baju tradisi tu...

Amie berkata...

Seronok dapat kumpul keluarga besar. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan untuk eratkan hubungan kekeluargaan. Zaman sekarang kadang-kadang sepupu dengan sepupu pun tak kenal.

Cik TK berkata...

Bestnya dapat kumpul ramai2. Keluarga besar cik tk ada merata-rata, jadi kalau dapat kumpul ramai2 macam ni sekali sekala dapat lah berjumpa mana yang lama tak jumpa dan kenal mana yang tak pernah jumpa

tokaykantin@gmail.com berkata...

meriahnya.bukan senang nk kumpulkan semua ahli keluarga bersama

Wak Lat berkata...

meriahnyer dpt kumpul satu keluarga tu bahh., ;p

Azhafizah MN berkata...

Seronoknya berkumpul dalam keluarga yang besar. masa ni lah baru nak kenal sedara orang kata. linopod tu bungkus guna daun apa tu kak? cantik baju dusun ni, untung nenek jahitkan. kalau beli mahal ke tu?

Shida Radzuan berkata...

Besar keluarga ini :)
semoga berbahagia semuanya ya!

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

Di Sabah pelbagai Festival budaya yang menarik ada.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nasa Mulia,

Seronok kali ni cucu-cucu ada sekali boleh perkenalkan kat sepupu-sepupu lain.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Betul tu Kak macam kami ni membesar di Lembah Klang ramai belah keluarga mak kami tak berapa kenal. Baru sekarang ada kesempatan nak berkenalan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cik TK,

Ya sekarang ni zaman ramai merantau bila masa begini baru dapat nak berjumpa. Seronok juga kenal sepupu yang tak pernah jumpa.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Tokay Kantin,

Betul kena maklumkan tarikh awal2 supaya boleh block date kalau tak kena clash dengan perkara lain.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Wak Lat,

Aramaiti...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Linopod kekadang bungkus pakai daun pokok tarap rasanya Fiza. Mahal kalau beli ready made baju Dusun Kadazan ni.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Samah ramai cucu cepat membesar keluarga nya.

mamapp berkata...

Nampak sedapnya linopod tu mama x penah makan