No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 2 Oktober 2020

Shinjuku Fire Museum and Nippori Textile Town

Ada sebuah muzium yang menarik di bandar Shinjuku untuk bawa anak-anak dan tidak perlu bayar tiket masuk, free admission sahaja. Tempat ini juga mudah nak pergi sebab depan pintu masuk sebelahnya ada anak tangga turun ke subway iaitu Yotsuya Sanchome Station di bawah kendalian landasan Tokyo Metro, Marunoushi Subway Line. Muzium Api di Shinjuku ni tutup setiap hari Isnin dan cuti am. Bangunan Muzium Api berkongsi dengan bangunan balai bomba Yotsuya kekadang boleh nampak lah staff turun naik sama lift dan mereka selalu tersenyum tengok telatah budak-budak seronok datang sini.
Masuk sahaja di lobby ada meja receptionist menyambut kedatangan pelawat-pelawat. Bagi menambahkan keseronokkan pelawat kanak-kanak ada dibagi macam sekeping kad untuk kumpul cop yang ada di beberapa bahagian muzium ini. Memang seronoklah kalau kanak-kanak lelaki jumpa pelbagai transport bomba. Masuk lobby je dah boleh nampak helicopter bersebelahan tangga turun basement yang ada pelbagai jenis kenderaan bomba antik disimpan di sini.

Bapa kanak-kanak pun enjoy sakan sebab dekat tingkat belah atas dan di bahagian luar pula ada helikopter kita boleh duduk dan feeling pandu helikopter. Helikopter ini sebenarnya main attraction Shinjuku Fire Museum ni. Bila lah ada peluang nak tengok keadaan dalam helikopter dengan mata sebenar kan apatah lagi nak rasa duduk dalam helikopter. Rayyan seorang je pernah naik helikopter masa usia 6 minggu tapi helikopter ambulan lah.
Di sini juga Tukang Kebun sempat cuci mata tengok rooftop garden balai bomba ini. Cuaca ketika itu pun sebelah siang dah suhu naik panas sikit bolehlah tanam sayur yang cuaca sederhana seperti kacang pea, kubis dan sayuran daun. Jika tingkat belah atas Muzium Api ini kita akan belajar mengenai sejarah pembentukan balai bomba dan organisasi bomba pada zaman Jepun dahulu. Masa dulu kan kawasan perkampungan Jepun pun padat dengan rumah-rumah kayu macam kawasan setinggan, jadi mudah terbakar dan merebak. Kemudian musuh pun kalau nak kacau kawasan selalu gunakan taktik wujudkan kebakaran menyebabkan kucar kacir. Sebab itu biasanya dalam pekan lama zaman Jepun dulu ada menara tinggi sebagai watch post untuk cepat-cepat kesan sekiranya ada berlaku kebakaran. Jika nak tengok replica saiz sebenar menara dan layout pekan zaman tersebut bolehlah lawat Nikko Edo Wonderland (related posting klik sini) kerana tema park ini pun layout dia ikut konsep zaman tersebut.
Di bahagian basement memang amat menarik perhatian mereka yang suka kan kenderaan apatah lagi yang jenis klasik dan antik kan. Sambil berehat di area bawah ini Tukang Kebun hampir tertinggal camera di sini. Nasib baik pekerja yang menjaga kawasan di sini amat cekap dan bila perasan terus dia berhubung di bahagian lobby receptionist inform ada pelawat terlupa camera. Terselah betapa bagus etika pekerjaan orang Jepun, mereka peka dengan keadaan kawasan sekeliling yang telah ditanggungjawabkan, walaupun tiada penyelia. Kebetulan kami masih berada di lobby terus bergegas receptionist approach kami dan inform yang kami tertinggal beg camera dan mohon tunggu sebentar sementara beg camera tersebut di bawa naik. Nasib baik. Kepenatan barangkali setelah seharian berjalan kaki dalam area Shinjuku.
Selepas melawat Fire Museum, kami ke Nippori untuk cari pakaian anak-anak pula berdekatan kawasan Nippori Textile Town. Kawasan Nippori Textile Town pada masa ini pun cantik dengan pokok-pokok sakura sedang musim bunga sakura mekar lebat.
Semasa pertama kali ke sini pada October 2017 musim luruh dah togel pokok-pokok di deretan kedai depan jalan yang ada kedai-kedai yang kami suka singgah beli pakaian (related posting klik sini). Rupa-rupanya pokok-pokok yang tak berdaun ketika itu adalah pokok sakura rupanya bila datang lagi sekali pada hujung bulan Mac 2019, ada rezeki nak tengok bunga sakura sambil shopping. Sampai sini pun dah lewat petang jadi cantik juga pemandangan jalan ini dari cerah ke senja menikmati pemandangan bunga sakura waktu siang dan waktu gelap. Kedai-kedai baju di sini tutup awal dalam pukul 7 ke 8 malam. Abby pun sebenarnya pakai winter coat yang dibeli masa tahun 2017 di kedai Lemon ini masih boleh guna masa lawat Jepun (2019) 2 tahun selepas itu. Nostalgia dan lucu pula tengok 2017 video posting lepas masa testing winter coat merah ni dengan keadaan Abby sedang nangis sedu sebab marah disakat oleh abang nya. Tahun 2020 ni dah tak muatlah kut sebab dah lebih tinggi walaupun masih elok disimpan. Cepat betul anak-anak membesar, itu yang Tukang Kebun pun tak cukup tangan juga nak uruskan anak-anak. Tukang Kebun baru 3 anak, yang kawan-kawan lain lebih bilangan anak-anak pula bagaimana, memang salute dengan kawan-kawan.
Sebelum kembali ke tempat penginapan, singgah makan di family restoran budget makanan jenis tendon berdekatan dengan stesen keretapi. Ketika musim bunga sakura biasanya adalah bahan makanan campur dengan sakura kan. Tukang Kebun ambil kesempatan pesan mee soba yang tepungnya adun dengan bunga sakura bersama seafood dan sayur goreng tempura.
Jimat kos transport kami naik keretapi line Yamanote-sen dari Nippori stesen ke Ueno stesen. Walaupun tempat penginapan kami adalah di Asakusa. Dari Ueno stesen hingga ke tempat penginapan kami di Asakusa ada kena 3 kilometer lebih berjalan kaki baru sampai. Suasana antara kawasan tersebut pun tak ramai orang sambil menjamu mata menikmati pokok-pokok bunga sakura kembang mekar waktu malam disimbahi cahaya jalan pun amat indah juga. Tidak tahu bila lagi ada kesempatan nak tengok bunga sakura lagi nikmatilah puas-puas kan.
Tukang Kebun ambil kesempatan untuk makluman stok anak pokok Ceri Terengganu ada semula (1 bekas RM10.00) bagi yang berminat dan dah lama menanti.

Info lanjut mengenai pokok Ceri Terengganu boleh lawat posting lepas mengenai pokok ini (KLIK SINI).

Pesanan boleh contact wassup Nizam (019-293-1340).

8 ulasan:

Amie berkata...

Pokok-pokok togel tak berdaun ni kadang-kadan nampak cantik!

meintheswim berkata...

Best dapat melancung ke Jepun. Beruntung anak anak TK, kumpul banyak experience.

nohas berkata...

cantik warna mee soba sakura..jln kaki 3km sambil tengok view yg cantik, tak terasa penat...

dulu pegi Shinjuku sbb nak lintas jalan kt trafik light yg femes tu..hehe..

Azhafizah MN berkata...

cantiknya pokok sakura berbunga lebat tu. Sedapnya sayur goreng tempura. suka makan terung ungu tempura.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Betul tu kekadang cantik juga bila capture background begitu.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aunty meintheswim,

Seronok anak-anak rezeki mereka. Bila ada rezeki lagi pun tak pasti will take some time to recover for out of Borders travelling.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Nohas,

Orang ramai sentiasa di situ kan. Tukang Kebun pun trauma dah asyik silap keluar pintu stesen keretapi jadi sesat, lost in Shinjuku sorang2. Pastu tak bawa Internet.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Samalah dulu sebelum duduk Jepun tak suka makan terung. Bila rasa terung goreng tempura jadi suka pula, bila musim terung rajin buat goreng tempura terung sendiri.