Tukang Kebun nak rakamkan kenangan pemandangan pada mula pertukaran musim sejuk ke musim bunga sepanjang perjalanan dari Nikko National Park (related posting klik sini) hingga ke tempat penginapan kolam air panas, Yunishigawa Onsen Agehanoyado (related posting klik sini). Rasanya di kawasan berdekatan Yunishigawa ada beberapa hiking trail yang menarik juga untuk dilawati pada musim panas. Antaranya hiking trail yang bawa ke tempat ada cerita mitos mengenai batu berbentuk seperti gambar di atas untuk membuat ramalan cuaca hujan bagi kepercayaan orang-orang dulu di kawasan ini. Kena trekking sikit baru nampak agaknya batu ramalan cuaca ni yang papan tandanya Tukang Kebun nampak di tepi jalan. Tapi kelibat batunya tak nampak seperti ada hiking trail jika ikut jalan di depan. Perhentian bas ni ada di tempat takde langung perkampungan atau sebuah rumah tapi ada jadual bas dia ditulis di situ bermakna memang bas lalu dan ambil penumpang di sini. Jarak perhentian bas ini ada dalam 4.0 km ke pekan hotspring Yunishigawa. Mungkin untuk mereka yang datang sini pergi trekking agaknya itu yang sahaja Tukang Kebun dapat bayangkan. Bagi menarik pelancong luar negara papan tanda dalam kawasan ceruk pedalaman ni pun dah ada tulis Bahasa Inggeris. Kalau zaman Tukang Kebun pelajar dulu memang jaranglah nampak tulisan Bahasa Inggeris kalau kawasan luar bandar.
Perjalanan ini dah sebelah petang dan melalui kawasan pedalaman dalam lembah gunung ganang dah mula suasana berkabus. Bagi memudahkan penduduk yang duduk dalam ceruk lembah gunung ganang ini banyak jambatan-jambatan tinggi dibina supaya dapat merentas sungai.
Sehinggakan keretapi pun ada landasannya sendiri di jambatan berasingan dengan kenderaan darat lain. Keretapi memang antara pengangkutan penting di Jepun banyak jaringan rangkaian landasan keretapi di setiap negeri Jepun. Comel nampak keretapi bergerak dua gerabak sahaja di kawasan kampung kerana penumpang tak banyak lalu atas sungai. Kalau di Jepun tak nampak seperti penduduk pendalaman tersisih dan rasa jauh ketinggalan dengan mereka yang duduk di pekan mengenai kaitan kemudahan perhubungan jalanraya memang diambil berat. Kalau dalam lembah gunung ganang memang jadi kebiasaan nampak penghubung jambatan besar tinggi atau terowong-terowong dibuat. Infrastruktur untuk pengangkutan memang dijaga dengan baik barulah rakyat tak kata tak tunai janji berpuluh tahun pun tak ditepati. Jepun dah alami bencana gempa bumi banyak kali jadi mereka tahu kepentingan infrastruktur ni nak hulurkan bantuan secepat mungkin kepada tempat-tempat yang mengalami bencana.
Kawasan lembah pergunungan ini ada beberapa empangan yang dibina kerana kesesuaian lokasinya.Yang menariknya beberapa buah empangan kita boleh lihat dengan dekat berada di sebelah laluan jalan utama sahaja. Siap ada disediakan tempat letak kereta dan tandas awam. Beberapa empangan ini kita boleh jalan di atas tebing puncaknya untuk amati keadaan sekeliling.
Tinggi sangat empangan ni Tukang Kebun pun boleh rasa gayat. Pertama kali dapat tengok empangan dan jalan-jalan atas dia. Tempat elok buat lawatan sambil belajar. Ada juga empangan di kawasan ini pada musim panas yang buat tarikan bersiar-siar dengan naik kenderaan yang diubahsuai boleh masuk air jadi macam ala-ala bot, rasanya yang di Empangan Kawaji untuk menambahkan produk pelancongan di kawasan ini.
Sebelum masuk pekan air panas Yunishigawa ada juga tempat beriadah atau rehat yang dikenali sebagai Yunishigawa mizunosato. Di sini ada jambatan gantung dan di luar ada tempat untuk rendam kaki dalam kolah air panas.
22 ulasan:
Tinggi betul jambatan tu. Naik keretapi tu kalau dari luar bandar mesti seronok melihat permandangan yang cantik. Jambatan gantung dia lawa. Geram juga tengok air sungai kebiruan jernih tu. Mandi ke duduk tepi tu mesti lagi best!
Dasyatnya empangan tu...tinggi yamat!
seronok nya TK jalan2 sana..seronok tgk pemandangan yg indah ni!
cantiknya sungai yang last tu, mesti sejuk kan sungai kat sana, negara dia sejuk juga kan? bilalah ada rezeki nak ke sana :)
bestnye jepun.,
View empangan ... saya yang tengok pun gayat!
Gambar sungai tu pula nampak magical 😊
Pemandangannya indah juga sekaligus terkesan mistis!.
Aku kagum melihat keeksotikannya.
Perjuangan melewati jalur panjang terbayar sudah setelah melihat indahnya warna hijau kebiruan sumber air panas.
Lawa bah sungai tu, macam gambar sungai di Malaysia boleh begitu setelah berabis di edit....
Seronoknya dapat pengalaman melihat pertukaran musim. Tentu teruja melihat tunas dan putik di pohon-pohon yang gondol di musim sejuk. Alangkah besarnya nikmat keindahan anugerah Allah!
cantik nyaa! tak sabar nak pegi.. cepatla border bukak..
Indah nya alam semula jadi di sana. Suka gambar last tu sungai dengan air jernih dan berwarna..
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Ya tinggi tinggi jambatan dia. Biasanya construction jambatan di Jepun diorang kasi fit dengan nature tak merosakkan keadaan semula jadi sana.
Salam Bahagia Sis Shida,
Gementar rasa nak duduk atas empangan ni lama2 rasa gayat tul.
Salam Bahagia Sis Syaz,
Orang Jepun jarang mandi sungai lagi-lagi dekat area gunung sebab sejuk sangat.
InsyaAllah suatu hari ada rezeki ke Japan bawa anak-anak mesti seronok.
Salam Bahagia Wak Lat.
Memang best kalau lah ada rezeki tiap tahun dapat pergi.
Salam Bahagia Sis Farrah,
Nak ambil gambar empangan pun takut2 rasa nak jatuh je feeling.
Salam Bahagia Pak Himawan,
Ya sumber air sungai berdekatan dengan air panas boleh membuat ia begitu Rupa.
Salam Bahagia Sis Nasa Mulia,
Hehehe sungai di Malaysia banyak Batu bulat kalau di hulu.
Salam Bahagia Kak Amie,
Ya rasa menakjubkan bila lihat tunas dan putik keluar dari tumbuhan yang seolah kering kerana tidur di kala musim sejuk dan mula bangun bila masuk musim Bunga.
Salam Bahagia Atie,
Moga PKPP sampai akhir tahun ni OK sudah. Tahun depan bolehlah rentas border.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Di sini ada high awareness kepentingan sumber air seperti sungai kena protect kebersihannya.
Cantiknya.. nyaman je mata tgk
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Nature is the best.
Catat Ulasan