Tempat lawatan utama yang dibawa oleh penganjur persidangan antarabangsa AGROSYM (related posting klik sini) iaitu University of East Sarajevo kepada peserta-peserta adalah tempat yang telah dimasukkan dalam senarai UNESCO World Heritage iaitu Mehmed Pasa Sokolovic Bridge pada tahun 2018. Pada hari kedua selepas pendaftaran dibawa peserta pergi lawatan ke kawasan Visegrad. Biasanya pihak penganjur rotate tempat lawatan samaada kawasan Mostar atau kawasan Visegrad selang tahun. Kedua-dua kawasan ini mempunyai jambatan yang telah dibaikpulih semula yang telah menyaksikan peperangan Bosnia tahun 90-an yang sangat tragis ketika itu dan mempunyai banyak nilai sejarah tersendiri. Hari pertama sampai ke lapangan terbang antarabangsa Sarajevo, Tukang Kebun dah terus bergerak naik keretapi ke bandar bersejarah Mostar (related posting klik sini), jadi dapatlah saksikan dengan mata sendiri jambatan di Mostar juga.
Perjalanan ke kawasan Visegrad adalah kawasan berbukit bukau boleh pening jugalah bila naik bas jalannya berliku di lereng bukit. Tetapi pemandangan sepanjang perjalanan sangat indah seperti dalam bacaan buku dongeng kanak-kanak berlatarbelakang zaman dahulu di negara Eropah dengan lalu beberapa perkampungan dengan siap ada pasture keliling rumah untuk ternakan makan rumput. Jambatan ini terletak di atas Sungai Drina di bahagian Timur Bosnia and Herzegovina. Bersih dan cantik warna sungainya seperti warna zamrud tetapi tersimpan banyak kisah sedih di sini di mana banyak mayat-mayat tidak ditemui ketika perang genocide dicampak ke dalam sungai Drina ini sehingga kini masih banyak mayat tidak ditemui. Bahkan bermula perang di kawasan ini adalah bermula dengan kes tragedi di mana beberapa lelaki diculik dan dibawa ke tebing sungai Drina dan ditembak mati menjadi cetusan Visegrad massacres bermula. Pelbagai initiatif dilakukan untuk mencari mayat-mayat tersebut di dalam sungai atau tasik di kawasan Visegrad sehinggakan rangka tulang mayat dari perang dunia kedua juga dapat ditemui secara tidak sengaja.
Kelihatan tenang sahaja sungai ini dengan pemancing-pemancing di tepi sungai memancing. Tetapi kawasan inilah banyak pertempuran darah berlaku ketika perang Bosnia pada awal tahun 1990-an. Tradegi yang mengorbankan beribu orang etnik Bosniak di kawasan ini dikenali sebagai "Visegrad massacres" yang termasuk wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa, walaupun jumlah bilangan majoriti kawasan ini adalah dari etnik Bosnia Bosniaks berbanding kumpulan yang menganiaya iaitu etnik Bosnia Serbs. Bila Tukang Kebun melawat Bosnia ini baru ada timbul kesedaran yang tinggi kenapa bila buat kajian menggunakan soalan survey di bahagian profil respondent pentingnya maklumat socio-demografi. Bukan sahaja di sini mempunyai kesan perubahan demografi profil ratio etnik tetapi juga berlaku seperti di pekan kecil Stolac di mana ramai penduduk asal dari etnik Bosniaks masih belum pulang semula ke kampung mereka seperti yang diterangkan oleh guide kami yang dirinya sendiri terlibat semasa peperangan (related posting klik sini) bila Tukang Kebun tanya banyak lagi rumah-rumah dan kedai kosong tanpa penghuni.
Sebab utama jambatan ini mendapat pengiktirafan kawasan UNESCO World Heritage bukanlah sebab nilai kebudayaan tetapi nilai design pembinaan jambatan ini yang ilham dari arkitek terkemuka pada zaman bermula pembinaannya iaitu Mimar Koca Sinan. Beliau adalah seorang yang terkemuka dalam bidang arkitek dan civil engineering pada zamannya semasa kawasan Visegrad ini adalah di bawah empayer Turki Ottaman. Jambatan ini siap dibina pada tahun 1577. Bendahara atau Perdana Menteri yang teramat bijaksana pada zaman empayar Turki Ottaman ketika itu berasal dari kawasan ini.
Malahan jambatan dan sungai Drina ini menjadi sumber inspirasi penulisan buku bertajuk "The Bridge of Drina" yang diterbitkan pada tahun 1945 di mana penulisnya Ivo Andric memenangi anugerah Noble Prize untuk penghasilan buku ini. Tukang Kebun pun belum sempat lagi baca buku ini, moga suatu hari nanti berkesempatan membaca buku tersebut.
Salah satu aktiviti di kawasan ini ialah menaiki bot menikmati pemandangan sepanjang Sungai Drina. Pelbagai rumah berbentuk style cottage dapat dilihat di sepanjang tebing Sungai Drina. Hasil tanaman yang telah selesai dituai dikeringkan untuk menjadi sumber makanan ternakan tenusu pada musim sejuk kemudian.
Selain daripada menikmati design arkitek jambatan Mehmed Pasa Sokolovic ada juga tempat-tempat menarik lain yang boleh dilawati di kawasan Visegrad ini. Antaranya adalah seperti Dobrun Monastery (related posting klik sini) yang tempat beribadat mempunyai sejarah yang lama. Boleh juga ambil gambar bersama monumen Mehmed Pasa Sokolovic yang berwarna hijau ini yang telah mengerahkan jambatan ini dibina selaku Perdana Menteri atau Bendahara Empayer Turki Ottaman pada masa itu. Jambatan tersebut juga diberikan nama mengikut gelaran beliau.
Berdekatan dengan Jambatan Mehmed Pasa Sokolovic ada tempat pelancongan terbaru yang dinamakan Andrichtown rasanya sempena Noble Prize Winner Ivo Andric yang mengarang kisah warisan berkaitan dengan kronologi jambatan ini dari punca ianya dibina hinggalah perang dunia pertama dengan tajuk novelnya "The Bridge of Drina".
Dalam kawasan ini yang nampak ada ciri bazaar juga ini ada juga panggung wayang yang kami sempat masuk tengok mini movie tak berapa faham cerpen kisah apa sangat sebab deep sangat story dia.Sementara tunggu giliran naik bot meyusuri Sungai Drina kami jalan-jalan dalam kawasan Andrichtown ini. Rombongan bilangan bas pun sebanyak 8 buah bas punya lah ramai peserta.
Unik sungguh tengok pelbagai jenis tingkap di dalam bangunan ini. Cabaran juga nak buat tingkap yang bentuk melengkung seperti gambar di bawah di mana kita boleh kasi masuk angin melalui lubang-lubang tapi tertutup dari orang atau binatang besar nak masuk melalui tingkap. Salah satu cara selain dari gunakan grill besi kan untuk halang dari kena masuk melalui tingkap.Syukur Alhamdulillah semasa lawatan di Bosnia I Herzegovina dapat kami lengkapkan lawatan ke semua kawasan UNESCO World Heritage yang telah berjaya masuk dalam senarai ketika itu. Di Bosnia I Herzegovina ada 3 tempat sudah dapat iktiraf UNESCO World Heritage site:
(1) Old Bridge Area of the Old City of Mostar (2005) (CLICK HERE).
(2) Mehmed Pasa Sokolovic Bridge (2007) (Posting ini).
(3) Stecci Medieval Tombstones Graveyards (2016) (CLICK HERE).
10 ulasan:
Bertuahnya Diana dapat melawat ke Bosnia. Cantik sungguh kawasan desa mereka. Bayangkan betapa cantiknya negara ini dahulu. Kalau tak kerana perang kita pun tak tahu kata negara ni wujud.
Seronoknya kalau dapat peluang jejak kaki ke Bosnia. Saya sempat ke Mostar Bridge pada 2016.
Berwarna-warni latar belakang pemandangan.
Sukalah tengok perkampungan dibukit dengan design cottage yang comel tu. Nampak susunan bentuk S pulak cottage tu. Syoklah kalau duduk di situ menikmati view cantik setiap hari. Pertama kali dengar nama tempat ni.
Subhanallah cantiknya tempat no.. air tadik Tu hijau betul
Salam Bahagia Kak Mala,
Betul Kak kalau bukan perang kita pun tak kenal negara Bosnia ni wujud. Nasib memang ada rezeki kerja di sana boleh jejak kaki ke sana. Memang cantik kawasan desa mereka dan tak de pencemaran plastik bersepah.
Salam Bahagia Kak Amie,
Kalau ada rezeki lagi boleh melawat Bosnia lagi. Area Mostar belah Herzegovina lebih kepada cuaca Mediterranean. Area Bosnia lebih kepada cuaca continental.
Salam Bahagia Sis NA,
Kebetulan masa lawat sini musim luruh, daun pokok mula pertukaran pelbagai warna kering ikut jenis.
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Ya lah kalau nampak jalan ketara S nampak menarik lagi antara rumah, sebab biasa Jalan lurus ja kan. Kak pun susah nak ingat nama jambatan ni panjang sangat dengan nama gelaran kita tak biasa.
Salam Bahagia Sis Mamapp,
Hijau Zamrud.
Catat Ulasan