Antara highlight lawatan ke Herzegovina ialah melawat kawasan Mostar terutamanya sekitar bandar lama Mostar berdekatan jambatan yang mempunyai banyak sejarah dikenali sebagai 'Stari Most' atau 'Jambatan Lama'. Jambatan 'Stari Most' siap dibina pada tahun 1566 semasa empayar Ottomon memerintah kawasan ini. Jambatan 'Stari Most' ini telah diiktirafkan sebagai UNESCO world heritage site pada tahun 2005.
Semasa Perang Bosnia dua dekad yang lalu, jambatan ini telah dibedil banyak kali sehingga batu-batu asal jatuh ke sungai di bawah pada 9hb November 1993. Setelah tamat Perang Bosnia, pelbagai negara telah menyumbang kewangan untuk membina semula jambatan ini dengan seupaya yang boleh menggunakan batu asal yang jatuh ke bawah sungai dengan rekabentuk yang asal.
Pemandangan sekitar kawasan Jambatan lama ini bagaikan kita berada kembali di zaman Medieval atau fairy tale story. Lebih unik terdapat beberapa bangunan masjid lama bersebelahan Sungai Neretva. Jika ambil gambar di atas Stari Most ini ada pemandangan yang latarbelakangnya kelihatan bangunan masjid Koski Mehmed Pasha.
Perkongsian tips bagi membeli belah cenderahati dari segi harga, Tukang Kebun dapati di Mostar lebih murah dari Sarajevo. Terutamanya benda-benda buatan logam. Beza banyaklah juga harganya terasa sebab kita menggunakan Euro yang mata wang lebih tinggi dari Ringgit Malaysia yang masih jauh ketinggalan. Shopping di Bandar Lama di Mostar lebih murah berbanding dengan Bandar Lama di Sarajevo. Jika nak beli magnet fridge atau keychain di Mostar lebih murah. Suasana baazar di Bandar Lama di Mostar juga menarik macam kita travel back zaman dulu-dulu dengan pavement berbatu-batu ni.
Banyak cafe di sepanjang sungai Neretva ini suka hias kedai mereka dengan jenis bunga petunia. Biji benih pokok bunga petunia sangat halus ya, jadi hati-hati jangan tertimbus dalam sangat dengan tanah benihnya. Ada stok benih bunga petunia warna campur-campur masih dalam packaging asal dari Jepun bagi yang berminat (1 pek RM10).
Kebetulan trip pertama Tukang Kebun pergi ke Stari Most di Mostar ini pada hari kedua di Bosnia ada persatuan diving Stari Most sedang standby mengumpul duit dari pelancong-pelancong untuk aksi terjun dari Stari Most ke dalam Sungai Neretva yang sejuk ini.
Setelah berjaya mengumpul duit sejumlah 100Euro dari pelancong-pelancong akan ada diver yang terjun dari tengah jambatan Stari Most ke dalam sungai. Bukan sebarang orang sahaja boleh terjun la, siapa yang nak terjun kena buat latihan dengan persatuan diving Stari Most dulu. Ini juga adalah antara sumber pencarian antara orang tempatan di sini.
Kami agak bernasib baik dapat tengok jugalah depan mata acara terjun dari jambatan Stari Most ini. Biasanya waktu sibuk ramai pelancong sekitar jambatan Stari Most ini adalah pada lewat petang sambil nak tengok matahari terbenam.
Bila tengok gambar-gambar di sekitar Stari Most ni rasa puas hati dapat rasa sendiri suasana jalan-jalan di sekitar bandar Mostar ini. Kami menginap di Bandar Mostar selama 3 malam. Penginapan di bandar Mostar out peak season gunakan airbnb atau agoda boleh dikirakan murah jugalah, macam sama sahaja belanja kalau harga penginapan di Malaysia juga ada yang jauh lebih murah pun ada.
Hari terakhir Tukang Kebun di Mostar, Tukang Kebun ambil kesempatan ronda-ronda di bandar lama Mostar pada awal pagi pun rasa bahagia. Perhatikan orang-orang Mostar punya rutin harian di awal pagi samaada bergerak ke tempat kerja dan tengok persiapan buka-buka kedai. Rasa lebih selamat berjalan sendiri di Mostar berbanding di Sarajevo.
Pada waktu malam juga ada light up di sekitar kawasan Stari Most, nampak suasana magical. Rasa macam ada kat Disneyland pun ada bila ada light up sebegini.
Jika buat perancangan ke Bosnia dan Herzegovina, try to allocate at least 2 days stay kat Mostar memang rasa tak puas. Lagipun sekitar Mostar ini banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati juga.
4 ulasan:
cantiknya kak.... bangunan2 dia tu cantik betul, tak gaya mcm bandar yg pernah di landa perang
Pemandangan tempat mereka cantik macam lukisan.
Salam Bahagia Dana,
Masa perang dulu, jambatan tu dibedil banyak kali Dana sengaja nak kasi roboh oleh war criminals. Kemudian dibina balik dengan batu-batu asal yang jatuh ke dalam sungai di bawah tu.
Salam Bahagia Auntie,
Ya cantik juga dijadikan lukisan untuk menghiasa dinding rumah.
Salam Acu Yuhan,
Terima kasih singgah.
Catat Ulasan