No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Charity. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Charity. Papar semua catatan

Khamis, 24 September 2015

Salam AidilAdha

   Kebun Bahagia Bersama Team Members ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua pembaca. Tahun ini kami tak balik kampung, ada sahaja di Kebun Bahagia Bersama ini. Syukur Alhamdulillah urusan korban hari ini telah dipermudahkan urusannya, dapatlah dearest husband gotong-royong sembelih dan lapah daging lembu hari ini bersama-sama penduduk-penduduk kampung sambil merapatkan silaturahim selepas solat raya. Cepat juga selesai sebelum tengahari, telah dibahagi-bahagikan. Tahun ini 16 ekor lembu dikorbankan di Masjid Kampung Kubu Gajah. Infinity terima kasih kepada gardeners yang sudi self-collect goodies pada hari Sabtu dan Ahad lepas ,dapatlah menunaikan hajat Tukang Kebun untuk mengambil sebahagian lembu korban tahun ini. Tahun ini niat untuk Rayyan Haniel.
  Elok sahaja tengahari tadi sambil Tukang Kebun tengah hiris-hiris bawang di meja makan dapur terdengar macam bunyi anak ayam di belakang. Terkejut tengok bukan anak ayam yang menetas. Tapi itik telur jenis itik campbell yang menetas. Seronok sungguh dengan rezeki hari ini, pertama kali itik menetas dalam incubator. Telur yang ini asalnya Tukang Kebun ambil masa 3hbSeptember2015 dari Sangkar 2 yang telah diperam separuh jalan oleh ayam kampung betina dipanggil si Ratu. Sebab telur-telur dalam sangkarnya asyik kena sepah-sepahkan oleh ayam lain, jadi Tukang Kebun kutip semua dan letak dalam incubator. Antara rezeki Hari Raya AidilAdha tahun ini. Anak-anak pun seronok sambil meratah daging lembu yang baru digoreng oleh dearest husband.
  Sementara itu, Tukang Kebun tengah nak selesaikan projek masak kuah kacang. Gambar kuah kacang sedang masak. Syukur Alhamdulillah baru sahaja selesai masak, bolehlah curi masa sambil rehat tulis posting blog hari ini. Saja-saja buat kuah kacang boleh bahagi-bahagikan simpan stok dalam freezer bila nak makan home-made pecal kemudian. Anak-anak juga yang menolong kupas kulit kacang setelah dipanggang.
  Tukang Kebun asyik lupa nak maklumkan untuk yang terlibat yang sebenarnya jumlah pesanan penghantaran yang dipos pada Isnin 7hbSeptember2015 lalu, 50% dari jumlah sales telah kami sedekahkan kepada rumah anak-anak yatim. Memang niat kami minggu sebelum penghantaran, untuk sedekahkan 50% dari jumlah pesanan yang diterima. Kami beranggap bahawa yang membuat pesanan untuk dapat penghantaran dipos pada hari tersebut yang bersedekah kerana hati terbuka menerima hidayah untuk selesai membuat pesanan minggu sebelum itu, walaupun kami tidak inform apa-apa, sambil shopping sambil sedekah. Syukur Alhamdulillah dapat juga kita bersama-sama sedekah awal bulan ini.

Selamat Hari Raya AidilAdha.
Maaf Zahir Batin.

Rabu, 8 Julai 2015

Hamper Ramadhan

  Rasa begitu pantas hari-hari yang dilalui dalam bulan Ramadhan ini. Minggu depan dah nak masuk bulan Syawal pula. Dugaan beberapa hari ini rasa tekanan darah menyebabkan kepala rasa pening semacam nak pitam atau muntah pun ada. Minggu lepas sampai blur siakap tengok jadi kerapu. Padahal memang siakap yang dikeluarkan dari freezer. Jadi kerapu yang dikeluarkan dari freezer pada 16 Ramadhan pula buat masak stim black pepper, halia dan jus limau kapas yang dialas dengan daun serai acheh. Lepas selesai berbuka dan ibadah wajib bergegas ke 1Utama beli kasut raya kanak-kanak riang.
 Terkejut pada 16 Ramadhan kelihatan kelibat anak ayam seekor dah menetas dari Fluffy surrogate mother. Hairan juga kenapa telur ayam asyik bertambah yang Fluffy tolong mengeram, padahal pada awalnya dah banyak yang terpecah tak tahu kenapa. Rupanya ada sahaja beberapa ayam betina yang menumpang bertelur sebelah Fluffy tapi tak mengeram telur sendiri, Fluffy yang terpaksa jadi natural incubator pula. Pertama ayam kampung lahir di Kebun Bahagia Bersama tahun ini. Tapi malangnya lepas 2 hari petang terjumpa pula mayatnya di celah telur dikerumuni kerengga. Kanak-kanak riang pula sejak tahu ada anak ayam asyik pergi jenguk bila ada masa rasa seronok.
 Pada hari Sabtu, 17 Ramadhan pula Tukang Kebun dapat cuti kali ke-2 tak masak untuk berbuka puasa. Tak sempat nak masak rasanya jadi tapau sahajalah. Sempat jugalah singgah di kedai butik kanak-kanak berdekatan situ beli baju-baju raya permata-permata hati. Pertama kali petang itu kami menjenguk ke Bazaar Ramadhan di kawasan bandar Sungai Buloh. Pertama kali juga untuk permata-permata hati berjalan ke Bazaar Ramadhan untuk tahun ini pada Sabtu lepas. Seksa bagi Rayyan pergi bazaar Ramadhan asyik nak minta buka puasa sahaja tengok pelbagai minuman yang dijual. Syukur Alhamdulillah berjaya jugalah Rayyan puasa penuh pada Sabtu dan Ahad lepas. So far, Rayyan berjaya puasa penuh 4 hari. 
  Pagi 18 Ramadhan, kanak-kanak riang diberikan tugas untuk tolong Tukang Kebun kemaskan daun-daun kering pokok durian. Kumpulkan masuk dalam kereta sorong untuk dibuang ke tempat pembuangan green waste. Untuk beri motivation, kali ini 1 kereta sorong penuh daun kering akan diberikan 10sen.  Dapatlah 40 sen kongsi berdua, lepas tu dah mood main. Ilhan kata minggu depan nak buat lagi.
  Ada juga dearest hubby pruning sepokok rambutan hingga dah 1/3 dari ketinggian asal. Alang-alang nak tuai buahnya yang dah lebih separuh tupai makan dari kait, lebih baik pruning je terus lagi senang nak tuai buah-buahnya dah hampir semuanya meranum.
   Pokok katak puru masih rancak lagi berbuah musim ini. Minggu depan hari Isnin, Kebun Bahagia Bersama masih ambil pesanan untuk Pasar Online Ramadhan Kebun Bahagia Bersama jika ada yang nak hantar Hamper Ramadhan kepada kawan-kawan atau keluarga yang tersayang.

 InsyaAllah dalam pakej Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dipos minggu depan akan kami campur sekurang-kurangnya 5 jenis fresh goodies. Untuk hari ini estimation Tukang Kebun kebarangkalian kandungan pakej tersebut mungkin yang boleh confirm setakat ini ada buah katak puru, rambutan dan ciku. Jenis goodies yang lain kena tengok nasib untuk harvest day ikut cuaca dan rezeki sedia ada dah ready atau belum macam buah kuning telor, ubi kayu dan pisang nangka. Ada 2 jenis pilihan pakej, samaada nak bilangan goodies ikut muatan kotak prepaid small size yang total berat <2kilogram (RM14) atau kotak prepaid medium size yang total berat < 5kilogram (RM21).

Pasar Ramadhan Online Kebun Bahagia Bersama Option (untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja):

~ <2kilogram fresh goodies (RM7) + shipment kotak prepaid small size Pos Laju Malaysia (RM14) = Total RM21.

~ <5kilogram fresh goodies (RM10) + shipment kotak prepaid medium size Pos Laju Malaysia (RM21) = RM31.
 Ada juga Tukang Kebun tuai baby saiz keladi mawar hujung minggu lepas sebab ada pesanan bibit sulur keladi mawar. Tengah fikir nak masak apa dengan ubinya at the moment.

Info keladi mawar boleh buat bacaan di posting sebelum ini (klik sini).

~ 5 bibit sulur tangkai keladi mawar RM5.00 .


  Syukur Alhamdulillah pada 18 Ramadhan lepas dapat juga tuai sebiji nangka besar, dapatlah diagihkan kepada jiran dan setengah dari isi nangka tersebut dapat kami berikan kepada Masjid kampung untuk yang berbuka puasa di sana. Bahagia hati dapat juga rezeki kebun dikongsikan pada bulan Ramadhan ini diagihkan juga ke masjid kampung. Malam 19 Ramadhan pula dapat jugalah dermakan setengah (50%) dari jumlah sales Kebun Bahagia Bersama yang telah selesai self-collect atau pos antara (1 Julai ke 6hb Julai 2015) untuk rumah anak-anak yatim. Kebetulan ketika beli kasut kanak-kanak riang di Jusco kelihatan anak-anak yatim juga sedang dibawa membeli belah baju raya. Terima kasih kepada gardeners yang hati mereka terbuka untuk shopping di Kebun Bahagia Bersama pada tempoh tersebut ibarat telah bersedekah untuk anak-anak yatim dalam bulan Ramadhan yang suci ini.
  Antara tuaian pada 18hb Ramadhan lepas juga adalah kelapa-kelapa tua dan juga kelapa muda. Bolehlah buat berbuka puasa air kelapa pada petang tersebut. Ada juga Tukang Kebun dapat mencuba buat jeli kelapa pada 19hb Ramadhan baru-baru ini. Minggu ini yang nak self-collect kelapa tua juga available RM2 untuk 5 biji atau 1 kelapa parut RM1. Nangka Muda juga available yang bersaiz sederhana sebiji RM2 untuk self-collect. Tidak ketinggalan juga minggu ini masih available sesisir pisang nangka for RM5.
 Cempedak sebab asyik lupa nak check, tupai dah banyak enjoy dulu. Nenas madu Sabah pun hampir sedikit dah mula nak dinodanya. Buah canistel pun banyak masak sendiri minggu ini hampir tiap hari ada je yang jatuh dari pokok. Telur ayam dan telur itik juga syukur alhamdulillah tak putus-putus bekalan setiap hari.
  Ada juga kami tuai ubi kayu hujung minggu lepas. Jadi bolehlah dipotong halus dan digoreng ranggup ubinya masak berlada bersama tempe dan ikan bilis untuk berbuka puasa pada 19hb Ramadhan. Makan bersama roasted steak dan air cincau.
  Kebetulan dearest hubby dapat curi masa nak membakar green waste di belakang petang 19Ramadhan. Jadi untuk yang berminat mendapatkan tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama hujung minggu ini self-collect available ya.

Info Tanah Bakar klik sini. 

~ 1 beg Tanah Bakar RM5.00 ~ 
Minggu ini pakai guni makanan ayam yang 50 kilogram, biasanya dearest hubby masukkan 1/3 dalam guni tersebut untuk tanah bakar. Berat ada paling kurang 10 kilogram seguni. Tukang Kebun tak larat nak angkat sorang.
   Untuk berbuka puasa 20hb Ramadhan pula, masak simple-simple je goreng sayur dan goreng ayam kampung teruna yang membesar di Kebun Bahagia Bersama. Lepas tu rebus telur masin itik home-made Kebun Bahagia Bersama. Air bunga telang dan air tebu dearest husband belanja. Yang ingin dapatkan stok bekalan ayam kampung dara/teruna untuk hujung minggu ini masih available. Seekor ayam kampung dara/teruna hidup RM20 atau dah siap proses seekor RM23.

More info klik sini.


Self-Collect Schedule This Week:


~ Sabtu pagi 11hb Julai 2015 antara pukul 8:00pagi ~8:30 pagi di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~Sabtu petang 11hb Julai 2015 antara pukul 4:30PM~5:00PM petang di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.

~ Ahad petang 12hb Julai 2015 antara pukul 3:00petang ~3:30 petang di Saujana Utama.

Ahad, 17 Ogos 2014

Gen-2 Bulan Biru

  Bulan Syawal ini generasi Ke-2 seri pagi kampung Jepun si Bulan Biru (Aoi Tsuki) ini mula kembang bunga pertama minggu ini menonjolkan diri. Yang tukang kebun semai ini biji-biji yang kira tukang kebun rejected lepas kemas-kemas simpan biji benihnya yang dituai bulan Julai lalu. Kesemuanya bercambah. Disebabkan masa tukang kebun tuai cuaca masih kering tak berapa hujan jadi saja dicuba-cuba tanam di tempat teduh yang bukan full sun tapi tak terlindung sepenuhnya. Memandangkan ianya kurang mendapat kasih sayang matahari maka saiz bunganya jadi separuh dari potential sebenar macam ibunya dahulu (klik sini tengok baka asal). Nevertheless tukang kebun happy sebab dapat cheating menjadi tanam di tempat yang tak direct sun. Dia duduk bawah canopy pokok durian. Bolehlah cuci mata sementara menanti pokok-pokok lainkan. Minggu ini ada limited stock Japanese Heirloom Morning Glory Ipomoea nil random mixed.

~ Japanese Heirloom Morning Glory (Ipomoea nil) random mixed ~ 
Anggaran 7 biji benih dalam 1 pek (RM3.00) .

  Tukang kebun serba salah nak cerita ke tidak mengenai niat di hati tukang kebun nak sedekahkan 50% jumlah jualan Kebun Bahagia Bersama ke Tabung bantuan Gaza. Memandangkan ada hikmah disebaliknya boleh berkongsi tentang nawaitu yang timbul dalam hati bulan Syawal ini. Mula-mula cuma terlintas dalam hati nak tetapkan ada 1 hari Shipment pada hari Isnin (belum tetapkan hari lagi masa tu) ingat nak donate 50% total sales untuk bantuan Gaza. Mula-mula tukang kebun tak pasti samaada patut tukang kebun announce pembelian pada minggu ini 50% contohnya akan disumbangkan ke tabung Gaza di blog. Tapi tukang kebun tak suka kalau kena fitnah bahawa tukang kebun ambil kesempatan ini itulah sebab kita tak tahukan orang judge kita base macam mana kecualilah kalau seseorang tu dah betul-betul tahu isi hati kita yang sebenar. 

 Jadi takpelah tukang kebun rasa tak perlulah tukang kebun announce mengenai niat tersebut biar sahajalah buat macam biasa, simpan di hati sendiri, Allah sahaja yang mengetahui biarlah yang maha berkuasa tentukan. Redha tunggu jelah keputusannya bagaimana untuk sumbangan ke Tabung Bantuan Gaza dan tukang kebun tetapkan total sales penghantaran pada hari Isnin lepas (11th August 2014) 50% untuk Tabung bantuan Gaza. Benarlah kisah orang bercerita pasal amalan bersedekah, bila bersedekah berganda pulangannya. Walaupun tukang kebun tidak memberitahu akan niat tukang kebun tersebut. Tapi jumlah jualan penghantaran pada 11hb Ogos 2014 adalah 2 kali ganda lebih dari purata setiap penghantaran pada hari Isnin. Menjadikan jualan purata tukang kebun tidak terjejas langsung maknanya bahagian untuk tabung Kebun Bahagia Bersama dan mereka yang teraniaya di Gaza sama sahaja. 

 Terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang pesanannya tukang kebun hantar pada 11th August 2014, anda telah memberikan sumbangan kepada Tabung Bantuan Gaza. Tukang kebun tak anggap yang memberi sumbangannya adalah dari tukang kebun tapi andalah yang menyumbangnya sebab itu adalah dari rezeki mata pencarian anda. Syukur Alhamdulillah tuhan memberikan hidayah kepada mereka untuk membuat pesanan di Kebun Bahagia Bersama supaya dapat disumbangkan untuk membantu mereka yang memerlukannya di Gaza. Tukang kebun pun terpegun tanpa membuat apa-apa cuma memasang niat dalam hati banyak pulangannya. Ini pun tukang kebun sebenarnya serba salah patut ke tidak tulis kisah ini.
  Setelah seminggu beraya, tukang kebun teringin nak buat rendang. Tapi mesin kukur kelapa pula dah lama rosak kena beli baru. Jadi hasil penerimaan pesanan di minggu pertama Syawal terpaksalah tukang kebun budget pakai duit tabung untuk KBB tersebut beli mesin kukur. Itu yang rajin buat rendang sekarang sebab ada mesin kukur kelapa baru. Tapi mesin kukur ni belum friendly dengan hubby tukang kebun. Setiap kali kukur, jari kena makan. Macam manalah mesin kukur tu nak kawan dengan dia, macam kasar je dikerjakan mesin tu, orang tengok pun jadi stress.

 Yang kelakarnya lepas dah tawar menawar dengan uncle kedai hardware jual mesin kukur tu sambil tunggu hubby ambil kereta. Uncle tu tanya tukang kebun, wah you punya Melayu banyak bagus ya. Tergelak tukang kebun (dalam hati: uncle ni mesti ingat tukang kebun pendatang asing dari kampuchia agaknya): aiya Uncle saya memang orang Melayulah, memanglah boleh cakap Melayu. Memandangkan muka uncle macam tak percaya je, terpaksalah tukang kebun kata: Oh saya darah satu Malaysia Uncle, family sudah banyak campur-campur, darah Melayu ada, darah India ada, darah Dusun-Kadazan ada dan keberangkalian darah Cina pun ada. Muka 1 Malaysia.

Ahad, 23 Disember 2012

Karnival Si Jantung Hati

 Buat pertama kalinya pada hari ini, Kebun Bahagia Bersama Team Members akan mengambil bahagian untuk karnival charity 'Si Jantung Hati' seperti tertera di poster atas akan diadakan di Dewan Annexe, UITM Shah Alam dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang. Terdapat pelbagai acara dan aktiviti untuk kanak-kanak dan seisi keluarga berseronok. Pelbagai jualan juga ada untuk kutipan derma bagi membantu pembedahan adik Ibrahim yang mengalami masalah jantung yang tidak sempurna. Disebabkan tukang kebun pernah mengalami situasi yang sama maka apa rezeki di kebun kami yang ada pada minggu ini terasa ingin kami berkongsi bersama supaya adik Ibrahim akan membesar cergas sihat seperti tukang kebun Rayyan untuk membantu kos perubatannya. Salah satu impian tukang kebun juga telah direalisasikan dengan tujuan niat sebenar pada mulanya 'Kebun Bahagia Bersama' direka supaya dapat menyalurkan sumbangan begini dari sokongan gardener-gardener lain. Terima kasih kami ucapkan. Supermom Nadia yang tidak pernah pun kami bersua tapi sekadar kenalan dari group 'Tanaman' facebook perkenalkan tukang kebun dengan carnival ini dan dapatlah kami berganding bahu dengan supermom Nadia untuk buka booth gardening dengan sumbangan juga dari supermom-supermom yang lain untuk menjayakan carnival hari ini.
Antara item jualan yang Kebun Bahagia Bersama akan jual di carnival ini ialah:
 Pokok bunga keladi bunting dan kiambang.
 Pokok bunga white anthirium.
 Buah kelapa tua untuk santan.
 Buah Organik Lemon.
Buah Organik NamNam.
 Buah Organik Markisa.
Buah NamNam limited itu sahaja yang ada kalau ada yang mengidam.
 Anak pokok mempelam telur.
 Cili Organik.
 Seeds.
Gardening Booth masih in progress.
Buah betik muda dan rambutan pun ada.
Kalau sempat mungkin ada penambahan tuaian lain dari Kebun Bahagia Bersama.

Mari Kita Membeli Sambil Beramal.
Semua jualan dari Kebun Bahagia Bersama 100% ke Tabung Karnival ini.
Sesiapa yang berkesempatan dan duduk dekat area Shah Alam, moga dapat berjumpa di sana ya.