No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Jumaat, 8 Mei 2015

Keladi Mawar ubi 6 bulan

   Salam Bahagia pada Jumaat yang mulia ini sempat juga sebelum azan Zohor hari ini, Tukang Kebun curi-curi masa pergi tuai ubi keladi mawar. Ubi keladi mawar yang digali keluar ini dari Petak C ditanam pada Oktober 2014 lepas. Baru ditanam 6 bulan, tak sabar nak tengok ubinya dan buat masak lemak untuk malam ni. Biasanya ubi mawar dalam purata 7 bulan lepas ditanam mula dah boleh nak cuba cari rezeki harta karun yang diberikan dalam tanah. Sebelum Ilhan bising memanggil driver @ Tukang Kebun bonceng motor ke sekolah sempatlah petik-petik limau kapas, mulberry dan asparagus on the way exit kebun.
  Bila tengok dah membesar merimbun petak Keladi Mawar hari ini tangan rasa gatal pula nak menggali. Keladi mawar ini bukan jenis keladi gatal ya (tak de tangan rasa gatal). Sulur keladi mawar pun boleh dimasak untuk dimakan. Nasib baik bila gali keluar adalah juga ubi walaupun kecil baru 6 bulan dan batch ini tak pernah pun Tukang Kebun baja atau siram sejak tanam (Syukur Alhamdulillah cuaca tahun ni rezeki hujan banyak). Sebab tak baja: rumpai dekat situ tumbuh subur, InsyaAllah tanahnya ada nutrient yang mencukupi. Kalau bagi baja nanti rumput pun gemok-gemok tak larat nak mencabut. Buang baja je, bukannya nak bela rumput sekali (in the case of organic farming, no meracun-racun). Tips: Kalau rumput tumbuh subur merimbun, biasanya tanah subur dah tu.

  Sesudah cabut-cabut pokok-pokok keladi, Tukang Kebun buat batas baru di Petak D pula lebih kurang 1 meter persegi untuk batch Keladi Mawar tanam hari ini (crop rotation).

  Ini ada website untuk Panduan Penanaman Keladi, gardeners yang nak cuba tanam keladi (klik sini).

 Pokok keladi mudah dibela sesuai untuk mereka yang busy sokmo dan beginners dalam dunia gardening. Cuaca Tanah Rendah Malaysia memang favourite keladi. Kalau pandai susun nampak cantik pokoknya seperti pokok hiasan bila campur-campur dengan pokok bunga. 
  Bagi keladi mawar, ubi yang muda baru segar dituai isinya berwarna ke arah creamy yellow dan ubi yang makin tua warnanya creamy white apa yang Tukang Kebun perhatikan bila tuai-tuai ubinya hari ini. Sebab hari ini tuai ubi keladi bukan untuk buat kerepek tetapi niat nak buat masak gulai/lemak jadi Tukang Kebun prefer ubi yang muda. Lembut sikit tak perlu nak rebus lama. Itu yang seronok bila berkebun ini, untuk masak kita boleh pilih sendiri nak ubi usia yang mana untuk sesuaikan masakan kita.
  Minggu ini kami announce officially yang Kebun Bahagia Bersama dah mula membekalkan bibit untuk pokok keladi mawar bagi yang berminat. Akan dibekalkan anak-anak pokok sulur pokok keladi mawar dalam bentuk moist bare-rooted.

~ Keladi Mawar ~
5 sulur RM5.00 (kebunkmg@gmail.com).

Atau boleh campur dengan promosi '3 plants mix for RM10' (klik sini).

  Lauk makan malam ini, masak lemak ubi keladi mawar dengan rencah ikan bilis makan dengan nasi panas serta lauk ikan masin (1st serving)+ ikan bawal goreng (2nd serving). Tambah nasi 2 kali. Ubi direbus dahulu sebelum masak lemak.



10 ulasan:

suka suka berkata...

Uii Sodap tu... dah lamo K Mar tak makan gulai keladi..

imm berkata...

balik rumah mil ritu mil masakkan sayur air keladi.. rencahnye ikan rebus..sodapp hirup kuah suam2..huhu

Normala Saad berkata...

Aduh...terliurnya tengok masak lemak ubi tu...mesti gebus kan...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Mar.

Tukang Kebun pun dah lamo tak makan gulai keladi jadi bertambah-tambah pula makan.

Salam Bahagia Imm,

Wow rencah ikan rebus dengan masak sayur air keladi pun memang boleh naik selera tambah banyak kali makan tu.
Shiawase yo....

Salam Bahagia Kak Mala.

Gebu isinya, tukang gali pun terkejut ubi yang digali bila masak gebu gebu.

Fida Z Ein berkata...

Sedapnya dapat makan keladi... keladi ni sesuai tak buat asam pedas bersama ikan keli?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Fida E Zin.

Keladi mawar ini lebih banyak ditanam di kawasan Selatan Semenanjung Malaysia.
Sebab asam pedas popular di kawasan Selatan, ada kebarangkalian sesuai kut.
Tapi Kami belum pernah cuba lagi masak style itu.

Unknown berkata...

Salam, saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keladi mawar ini utk kajian saya, bagaimana saya boleh menghubungi puan?

Unknown berkata...

Terimakasih atas maklumat

Unknown berkata...

Terimakasih atas info

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Fatin Farhanah,

Boleh contact ke (kebunkmg@gmail.com).

Salam Bahagia Musa Husin.

Sama-sama berkongsi maklumat.
Moga pertanian negara berkembang.