Minggu lepas lebih banyak buat experiment dalam dapur dari di luar kebun, jadi layanlah je catatan kisah activity Tukang Kebun memerap di dapur ya. Tahun ini hujan kerap bertandang jadi pokok-pokok pandan bahagia walaupun tak dijenguk. Tukang Kebun intai lepas hujan rahmat turun seketika di sebelah pagi di luar tembok depan ada banyak stok-stok daun pandan boleh dituai. Banyaklah tema hijau untuk birthday party Ilhan. Untuk persediaan minuman kali ini kami sediakan air bunga telang dan kacang soya perisa pandan untuk tetamu (minuman home-made).
Sebelum itu izinkan Tukang Kebun selitkan iklan sebab selalu lupa nak inform ada fresh stock kembali. Minggu ini ada fresh stok biji benih kemunting cina putih mata merah untuk gardeners yang berminat. Bila dilanda kesibukan tapi hati nak ada juga tumbuhan renek yang berbunga tak putus-putus menceriakan kebun, Tukang Kebun suka juga tanam kemunting cina sebab pokoknya lebih tahan lama berbulan-bulan berbunga berbanding dengan pokok cosmos ataupun zinnia. Kalau pokok cosmos dan zinnia kalau bunganya dah layu kena rajin potong bunga layu supaya pokoknya tahan lama, tapi kemunting cina tak perlukan penjagaan seperti ini.
~ Kemunting Cina Putih Mata Merah ~
Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00 freshly harvest from Kebun Bahagia Bersama.
More info on Vinca White Bright Eye visit this page by clicking here.
Antara projek di dapur Jumaat lepas ialah buat air susu kacang soya berperisa pandan. Teringatkan di Adelaide dulu ada susu kacang soya berperisa pandan dijual di Kedai Asian. Mungkin kerana ada yang tak biasa minum susu kacang soya tak berapa gemar atau biasa dengan bau kacang soya jadi adalah pihak creative buat susu kacang soya warna hijau ala-ala perisa pandan untuk meluaskan pasaran mereka di Australia yang ramai migrant datang dari pelbagai negara sebagai tarikan.
Kebetulan pula daun pandan sedang lumayan, lepas tu Tukang Kebun fikir mungkin lebih khasiat yang dapat diperolehi dengan gabungan khasiat diperolehi masing-masing dari extract daun pandan dan kacang soya untuk manfaat sesama. Apa salahnya kali ini kita buat 'Edamame Pandan Juice' pula kan, tukar-tukar selera. Lagipun kekadang bila masak air susu kacang soya dibubuh juga daun pandan sebagai pewangi. Apa kata kita dapatkan khasiat penuh daun pandan juga.
Hari ini Tukang Kebun ada mood nak tunjuk proses step by step buat air kacang soya pandan nak motivate gardeners cuba-cuba buat home-made kan. Lagipun bulan depan pun dah mula nak berpuasa. Bolehlah buat sajian bersama home-made air kacang soya banyak jimatnya dengan keadaan ekonomi yang makin tidak baik sekarang ini.
Mula-mula sebelum tidur rendam air kacang soya dalam air. Esok bila dah tengok kacang soya dah kembang dan lembut mudah dikisar sehingga lumat hancur bolehlah mula buat step air kacang soya seterusnya.
Daun pandan dipotong-potong kecil dimasukkan dalam blender. Kemudian letak biji kacang soya yang dah kembang lembut tu. Kemudian tambah air. Ratio air dengan biji kacang soya ikut selera kepekatan air masing-masing yang disukai. Kalau Kebun Bahagia Bersama suka pekat-pekat macam minum susu. Untuk guide, boleh tengok ratio yang Tukang Kebun buat seperti dalam gambar. Dah letak penutup kemudian tekan switch on. Kisar sampai dah hancur lumat habis biji-biji kacang soya yang dah lembut tu.
Kemudian tapis air tersebut dengan menggunakan kain ala-ala muslin, perah-perah sampai air dah takde tinggal macam serbuk je dalam kain penapis tersebut.
Beginilah rupa hampas yang keluar dari kain penapis tersebut. Hampas ini bagus campur dengan tanah jadi makanan penarik cacing tanah atau micro-organism berguna untuk gardeners. Sekarang Tukang Kebun jadikan hampas ini untuk kasi makan anak-anak AVIAN di belakang. Bila kacang soya masih nampak lagi serpihan besar-besar bila dikisar bermakna masih belum lembut biji kacang soya kena rendam lagi balance yang ada sebelum memulakan projek buat air kacang soya.
Bila dah selesai blender semua biji-biji benih kacang soya tersebut bolehlah masak panaskan air kacang soya tersebut. Sambil-sambil tunggu ianya mendidih bolehlah tambah gula ikut citarasa kemanisan masing-masing. Untung bila buat sendiri kita boleh kawal kadar kemanisannya.
Bila dah suam sejuk air kacang soya selepas dimasak, bolehlah disimpan dalam peti ais dan tahan lama beberapa hari. Tukang kebun pergi pasar beli kacang soya yang dah siap packing dalam harga RM3.00 sebungkus tak ingat pula beratnya (harga standard). Tukang kebun beli 2 bungkus, sebenarnya boleh dapat lebih dari 5 botol saiz 100plus ini (balance sambil-sambil kami minum buat kerja). Gula tak habis pun guna 1 kilogram yang biasa jual RM2.90 sepek. Jumlah modal yang digunakan untuk membuat air kacang soya ini anggaran RM10 (gas, air, ect). Untung kan?
Kalau keluarga ramai puas hati buat sendiri. Sendiri buat pun tak rasa cair air susunya, very rich milk berbanding di pasar. Untuk ibu-ibu yang atas sebab tertentu tidak dapat breastfeeding atau bayinya alah kepada susu lembu, bolehlah buat home-made soy milk sendiri (without the pandan of course just pure soy bean as ingredient). Yang was-was boleh beli organic non-GMO edamame seeds/kacang soya di Organic Shop. Boleh beli banyak sebab kacang soya ni tahan lama lebih-lebih quality yang bagus (jimat masa dari nak ulang-alik ke kedai dapatkan stock, spend more quality time with baby). Macam susu ibu rasanya boleh juga buat ada frozen stock untuk seminggu punya stock bagi ibu yang sibuk. Nak beli susu formula pun sangat mahal sekarang kan 1 tin kecik? Apatah lagi formula susu kacang soya. Lagipun fresh is better for your child. Rasa manis-manis susu formula pun is also 'sugar' as flavouring diorang marketing/advertising skill je bagi nama macam-macam. Bila buat sendiri kita boleh control kemanisannya. Bila rasa terkilan tak dapat nak menyusukan baby, bolehlah air tangan kita ni sediakan susu untuk baby kita.
Si Panther yang dah 2 bulan lebih lagi tembam dari maknya si Tigger pun masih kuat menyusu depan pintu dapur ini sambil Tukang Kebun kacau-kacau susu kacang soya perisa pandan. Pengalaman Tukang Kebun masa membesarkan anak-anak di Australia dulu menarik, biasanya kalau toddler yang dah lebih setahun tak menyusu dengan ibunya lagi, terus bagi fresh cow milk je tak perlu nak sibuk pilih-pilih susu formula. Yang biasa dijual pun kerap nampak cuma S-26, tak macam di Malaysia ini punyalah banyak brand sampai tak tau nak pilih mana. Yes you have a choice to give fresh cow's milk rather than formulas after 1 year old. Kalau 6 bulan nak bagi fresh cow milk pun boleh tapi kena cair/dilute dengan air ratio 1:1. Tapi pasti pilih full cream milk, jangan bagi low fat milk pula.
Untungnya nasib orang zaman dahulu, cukup je dengan susu segar lembu atau kambing, tak yah nak pening-pening kepala tengok deretan display pelbagai brand susu formula. Sekarang setin kecil susu formula pun boleh cecah RM50, kasihan tengok orang berpendapatan rendah. Dengan pelbagai advertisement macam nak kasi orang malas menyusukan anak. Konon-kononnya minum susu formula ini boleh buat anak jadi genius dengan pelbagai supplement nutrient. Dah macam nampak susu lembu formulated ni lebih jadikan growing baby lebih genius dari minum natural milk from mother kan. Ada juga negara moden di dunia ini yang memang iklan formula susu tak boleh keluar dekat TV commercial untuk menggalakkan lebih wanita breastfeeding. Dekat Malaysia ini tak habis-habis advertisement susu formula berebut-rebut nak menarik pengguna. Sometime I do wonder if that truely the best for the child? Apabila Rasullulah S.A.W walaupun ketiadaan bondanya, ada ibu susuanNYA ketika masih bayi.
Okaylah tak mahu celotah panjang-panjang lagi. Ini penutup dari Tukang Kebun nak kongsi drama Jepun 'Osen' dalam episode ke-2 mengenai cara pembuatan home-made 'Miso' secara tradisional. Menarik juga rasanya, once in my lifetime teringin juga nak berpengalaman buat home-made Miso juga. Kebun Bahagia Bersama Team Members suka hirup Miso sup ni dan of course paste untuk favourite dish Tukang Kebun ikan saba misoni. Biasanya kalau menu Jepun ini, dearest hubby punya air tangan yang sediakan. Wahai kekanda tersayang lama dapur takde buat menu Jepun ya, bulan depan any weekend buatlah miso sup dan ikan saba misoni untuk adinda ya.
Yang teringin nak mencuba menanam kacang soya (edamame) masih ada beberapa sahaja pek yang tinggal seperti di laman posting sebelum ini (klik sini). Dalam original packaging dari Jepun ini ada lebih dari 100 butir benih kacang soya (total volume 30ml). Boleh tanam puas-puas ada banyak untuk trial and error cubaan bagi novice gardener.
4 ulasan:
ada mak-mak yang merasa sangat bangga bagi anak mereka susu mahal2 setin dekat seratus harga anfagrow, s26, anmum & macam2 lagi. teringat dulu2 baby kt kampung minum lactogen atau demuex jer...
rajin nya diana, entahlah dari dulu kaknoor mmg tak gemar sngt soya, sbb rasa nya macam susu tu kot, tapi kalau soya di buat tempe ke tauhu ke mmg ok je, pelik tapi benar..
Betul-betul tak membazir. Airnya tuan dia minum hampasnya bagi kepada peliharaan.. berbaloilah kalau macam ini.
Kakak selalu tak blend dgn daun pandan. Lain kali nak ikut cara ini.
Salam Bahagia Nasa Mulia.
Terkejut tengok harga setin susu brand apatah dah lupa special harga dekat JUSCO RM120+. Kalau diorang boleh cop 100% genius kalau minum susu formula ini dijamin takpe juga kan. Bukan makanan/minuman sahaja faktor mental development, didikan ibubapa pun penting. Bukan sahaja dari berapa banyak kita belanja untuk anak-anak kan.
Salam Bahagia Kak Noor,
Memang ada orang yang sensitive dengan bau susu kacang soya, jadi boleh cuba camouflage dengan gabungan bahan tumbuhan lain.
Salam Bahagia KakZakie.
Antara sebab Tukang Kebun rajin buat air kacang soya sebab rasa tak membazir. Hampas pun ada kegunaannya.
Catat Ulasan