No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Tanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanah. Papar semua catatan

Isnin, 19 Oktober 2020

How to Grow Apricot Rain Lily in container with clay soil

Pada tahun 2019 memang sangat sibuk sehinggakan bibit-bibit bunga yang Tukang Kebun bawa balik dari Jepun pun tak sempat tanam sehinggakan lupa pun ada. Salah satu pokok bunga jenis bawang bibitnya yang Tukang Kebun biarkan tersimpan dalam kotak ialah bawang bunga pokok rain lily. Kebiasaan warna pokok bunga rain lily yang terdapat di Malaysia adalah berwarna merah jambu dan putih (related posting klik sini). Salah satu warna pokok bunga rain lily yang Tukang Kebun bawa balik dari Jalan Jalan Jepun 2019 adalah berwarna apricot. Setelah setahun lebih membawa balik bibit bunga rain lily apricot ni yang terlupa pada masa musim PKP barulah kami tanam.
Bawang bunga rain lily amat mudah ditanam dan disemai. Mungkin masalah ketika pergerakan terhad semasa PKP ialah untuk mendapatkan sumber tanah atau pasu. Bagi gardener yang menanam dalam container jangan risau boleh sahaja kitar semula botol-botol yang ada sebab pokok bunga rain lily tak perlukan bekas yang dalam. 
Tiada stok tanah di rumah? 
Tidak apa boleh sahaja gali tanah di mana-mana dari longkang pun boleh. Tips yang Tukang Kebun syorkan ialah setengah bahagian bawah dari bekas itu boleh isi padat-padat bahan organik buangan makanan dari dapur atau dari kebun. Kemudian timbus dengan tanah yang dikorek dari tepi jalan atau longkang. Pada permulaannya bawang bunga rain lily memang tidak memerlukan tanah yang subur pun untuk berbunga. Lama-kelamaan proses pereputan bahan-bahan organik ini akan menjadikan tanah liat yang berwarna merah itu kepada kehitaman seperti yang dikongsikan seperti di video bawah.

Video di atas Tukang Kebun kongsikan experiment di mana Tukang Kebun tanam bawang rain lily dengan tanah longkang dan tanah yang dibeli dari supermarket. Hasil kaedah penanaman bunga rain lily yang ditanam dengan tanah longkang rajin berbunga sehingga sekarang. Inipun Tukang Kebun tak jaga biarkan sahaja di atas tembok tinggi kena pancaran matahari sepanjang hari dan bergantung kepada sumber air hujan sahaja.

Kebun Bahagia Bersama ada juga bekalkan tanah bakar 1 beg RM5.00 yang memang berat lebih 5kilogram. Cuma bulan ini kami tak bekalkan sehingga keadaan penyebaran Covid-19 terkawal.

Sabtu, 31 Disember 2016

Zz Sup Tulang

 Sambil-sambil menunggu anak-anak puas bermain di Thomas Town (related posting klik sini), berbincanglah dengan dearest husband ada ke teringin mengidam makan apa-apa di Johor untuk makan malam ni. Dearest husband kata dia teringin nak makan sup. Lalu google je best spot untuk makan sup. Bila google banyak keluar review untuk ZZ Sup Tulang. ZZ Sup Tulang pun banyak cawangan jadi kami pilih yang mudah on the way balik ke hotel.
 Sekali tersilap masuk jalan bila nak pusing semula, terkeluar ke jalan yang berdekatan dengan bangunan Tabung Haji di bandar Johor ada illumination banner atas jalan raya. Kalau tak silap sense of direction Tukang Kebun dah tak berapa bagus dekat dengan istana. Anak-anak pun sebenarnya dah kepenatan tertidur di belakang kereta. Berhentilah kami sebentar dah alang-alang nak letakkan kenderaan pun ada ruang. Kejutkan anak-anak semua cuma si Rayyan sahaja tak terbangun langsung. 
 Berhenti di sini, Abby yang masih bertenaga banding dengan abang-abangnya sambung bermain bubbles. Bertuah sungguh rakyat Johor banyak tempat untuk beriadah dengan keluarga sekarang pada waktu malam juga ada tempat-tempat boleh sekeluarga ambil angin.
 Selepas nampak gaya Abby dah puas bermain, kami bergeraklah semula mencari ZZ Sup Tulang. Tukang Kebun kali pertama makan di cawangan ZZ Sup Tulang dekat JKR ini. Menarik konsepnya macam warung-warung di kampung. Ramai sungguh pelanggannya. Walaupun kawasannya luas banyak meja, tiada tempat kami tunggu sebentar sementara ada pelanggan yang dah siap sedia habis makan. 
 Kami tak memesan banyak cuma seekor ikan pari bakar, dua sup tulang dan satu burger untuk si Ilhan. Nasi kami tak pesan, cuma meratah lauk sahaja. Lagipun sebelum bertolak di Puteri Harbour (related posting klik sini), kami dah isi perut anak-anak dengan Sushi di Sushi King. Takut diorang masuk angin seharian tak makan cuma makan breakfast sebelum masuk indoor theme park. Lepas tu ingat main sahaja sambil-sambil makan snack.
 Harga Sup tulangnya berpatutan cuma RM10 semangkuk. Yang peminat sup tegar keluarga kami ini dear hubby dan si Rayyan. Jadi Rayyan kongsi dengan mama. Ramai pelanggan kedai pada malam tersebut jadi kena tunggu jugalah. Ikan pari sampai awal dahulu berbanding dengan makanan lain. Mungkin ramai sungguh pelanggan pada malam tersebut jadi makanan bila sampai pun dah kurang suam.
 Sebelah jalanraya kedai makan ZZ Sup Tulang ini kemas nampak mini kebunnya baru dikemaskan. Kawasan tanah yang ada dimanfaatkan. Ada deretan pokok-pokok pisang. Pagi terakhir di Johor Bahru kami singgah sarapan di Hutan Bandar. Di Hutan Bandar pun ada cawangan ZZ Sup Tulang tapi yang di situ buka sebelah siang sahaja. Pada waktu malam ada kami lalu deretan gerai makan di Hutan Bandar tapi macam gelap sahaja. Teringat pernah bawa Ilhan jalan-jalan di Hutan Bandar masa baru sedang belajar berjalan.
 Pertengahan Disember bulan ini ada kami pindahkan beberapa pokok pisang mas di kawasan ini. Untuk mengelakkan kekeliruan kawasan ini buat sekelompok tanaman pokok pisang mas. Yang berminat untuk dapatkan sulur pisang mas batang merah, Kebun Bahagia Bersama ada bekalkan dan boleh juga dipos.

~ 1 sulur pisang mas batang merah RM10.00 ~

 Bulan ini ada Tukang Kebun kemas-kemaskan bekas pokok bemban yang disediakan untuk dibekalkan kepada yang berminat. Masa alih-alihkan bekas bekalan stok pokok bemban mana yang dah terkeluar isi-isinya, Tukang Kebun pun keluarkan dan bandicoot atau curi tuai sahaja isi ubinya. Kemudian pindahkan sahaja ke pot lain pokoknya dengan bekas yang baru dan tambahan tanah bakar.
 Lihatlah walaupun bekas kitar semula sekecik ini pun pokok ubi bemban amat mudah untuk hidup. Sangat sesuai untuk gardeners yang mempunyai ruang yang terhad. Rasanya baru bulan September lepas, Tukang Kebun pindahkan pokok-pokok ubi bemban ini ke bekas baharu. Terkejut tengok dah ada isi sudah yang boleh dituai dalam masa tiga bulan lepas dituai ubi yang sebelumnya.
 Walaupun pokoknya tinggi ini sahaja di bekas kecil atas, ada juga hasil ubinya dan ada juga ubi yang dah bertunas untuk menjadi pokok baru. Mungkin tanah bakar yang digunakan sebagai medium tanah untuk pokok-pokok ubi bemban yang ditanam dalam bekas ini bersesuaian untuk zat pokok tersebut menghasilkan ubi-ubi. Jika rakan-rakan gardeners lain gunakan bekas yang lebih besar lebih eloklah, kami tanam dalam bekas-bekas kecil ini kerana mudah nak dipos dan jimat kos penghantaran kerana kurang berat serta banyak ruang dalam kotak prepaid nak diisikan lagi dengan pesanan lain.
 Kebun Bahagia Bersama juga bekalkan tanah bakar bagi yang berminat. Berapa berat? Beratnya pun Tukang Kebun nak sakit pinggang mengangkat hehehe....ada paling kurang 10kilogram satu beg. Bagus juga dijadikan baja untuk pokok-pokok yang nak berbuah.

 Tanah bakar ini pun ada campuran arang semulajadi bagus untuk tanaman. Bacaan lebih lanjut boleh rujuk posting kami sebelum ini 'Tanah Arang' (klik sini).

Tawaran untuk bulan Januari 2017 ini sahaja untuk 3 beg tanah bakar RM10.00.
Harga biasa kami bekalkan 1 beg RM5.00 .
 Ubi-ubi bemban yang dituai dalam bekas sempit itu, Tukang Kebun buat masak dengan sup ayam. Biasanya bila tanya aunty-aunty yang ada jual hasil ubi bemban di Sabah ini syorkan masak dengan sup ayam bagus untuk badan katanya banyak khasiat.

 Bacaan lanjut mengenai ubi bemban (klik sini).

~ 1 bekas ubi bemban/garut (West Indian Arrowroot) RM7.00 ~

Happy New Year!
Happy Holiday!

Isnin, 29 Ogos 2016

PowderPuff Combretum

  Dari jauh jika dipandang boleh tersilap pandang ingatkan buah rambutan dari bunga pokok hiasan powderpuff combretum ini. Tapi saiz bunga ini sebenarnya lebih ketara besar dari buah rambutan. Misai-misai yang panjangnya tu menarik ramai peminat juga dari golongan serangga penghisap madu. Syukur Alhamdulillah walaupun tak lebat musim rambutan kali ini sebenarnya kami merasa juga buah rambutan dari kebun sendiri baik di Sungai Buloh dan baik juga di Kiulu. Double happiness dapat makan buah rambutan (real punya) dan menikmati keindahan bunga-bunga macam buah rambutan ini.
  Pokok bunga PowderPuff Combretum yang berasal dari kawasan tropika benua Afrika amat bahagia dengan cuaca di Malaysia ini. Asalnya Tukang Kebun beli pokok ini dari Tamu Besar Kota Belud, cepat ianya berbunga dan sehingga sekarang tak putus-putus berbunga. Lihatlah gugusan tangkai bunga dan kudupnya di gambar No.2 menjadikan laman sentiasa berwarna-warni.
  Pokok bunga PowderPuff combretum dan akar dani adalah dari keluarga yang sama sebenarnya. Oleh itu sifatnya juga pandai memanjat. Tapi Tukang Kebun tak sediakan pancang pun untuk pokok powderpuff combretum tapi masih dia pandai tegak sendiri melampai. Perbezaan PowderPuff combretum dengan pokok akar dani ialah bunganya besar tapi tak wangi macam bunga akar dani yang kecil itu. Walaupun tak wangi, serangga penghisap madu sebenarnya lebih tertarik kepada warna terang menyala Powderpuff combretum dari akar dani. Tambahan pula Powerpuff combretum lebih rajin berbunga hampir sepanjang tahun berbanding dengan akar dani. Ianya sangat suka kepada kawasan yang mempunyai penerimaan cahaya matahari yang banyak. Lihatlah bentuk biji benih powderpuff combretum juga besar macam bentuk biji buah rambutan juga seperti gambar di bawah. 

Info lanjut mengenai pokok PowderPuff combretum juga boleh baca posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 pokok PowderPuff combretum RM12.00 ~
  Walaupun pokok bunga PowderPuff combretum tiada haruman yang semerbak kerana kedudukannya dekat dengan pokok kemboja balinese masih berbau wangi lagi kawasan ianya hidup bersama. 
  Si Abby rajin kutip bunga-bunga kemboja balinese yang kuning wangi yang telah gugur ini untuk menghiburkan hati Tukang Kebun susun di bekas yang mengandungi tanah bakar Kebun Bahagia Bersama sendiri. Pandai berkata-kata, Mama happy kan Abby susun bunga-bunga ini untuk Mama. Pokok kemboja balinese yang kuning ini bahagian kelopak bunganya boleh dimakan. Masa Abby kecil-kecil pernah Tukang Kebun kasi rasa Abby makan bunga kemboja ni untuk explore.
 Tanah bakar antara medium yang sesuai untuk semaian keratan kemboja kerana ianya poros. Pokok kemboja tak suka tanah yang kerap air bertakung. Pada hari merdeka untuk yang berminat boleh juga self-collect tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 beg Tanah Bakar RM5.00 ~

 Sekarang kami ada juga kembali stok keratan kemboja kuning Balinese bunga bau harum yang lebih 70cm ketinggian sudah berakar tinggal nak pindah tanam dalam pasu juga ada banyak ready stok bagi yang berminat dan dapat self-collect.

~ 1 keratan lebih 70cm berakar RM25 ~

Self-Collect Schedule:

~ 31st August /3rd September/4th September 2016 morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near Paya Jaras exit Guthrie Corridor Highway). Please confirm before self-collect.

Rabu, 2 Mac 2016

Tanah Arang

  Cuti panjang Tahun Baru Cina lalu, antara kerja yang dilakukan ialah menyemai atau pemindahan anak-anak pokok baru. Jadi kenalah sediakan bekas-bekas dengan isi tanah terlebih dahulu. Abby takut nak tunggu dalam rumah sorang-sorang, jadi insist nak tolong juga isi tanah. Mama dah habis isi semua bekas, Abby baru siap 1 bekas, mahu jugalah menolong. 
  
  Tukang Kebun lebih suka lagi kitar semula pet bottles dari pakai polibeg hitam sebenarnya. Antara salah satu sebab selain dari menjaga alam sekitar dengan kitar semula ialah, pet bottles lasak tahan lama jika berbanding dengan polibeg hitam jika lama-lama di tempat terik akan mudah reput serta terkoyak. Pet Bottles pula bukan sekali pakai, boleh digunakan banyak kali dan lebih lasak dari pasu-pasu plastik warna oren mahupun jenama B~~A. Jika pasu plastik pun terjemur lama, akan menjadi tidak kuat juga mudah retak. Turkey pergi pijak-pijak mau berkecai juga yang dah lama-lama terbiar jemur tu.

  Oleh itu sehingga hujung bulan March 2016 ini, untuk program kitar semula kami akan terima untuk setiap seorang maximum 50 dan minuman 10 pet bottles atau kotak minuman bekas Tetra Pak dengan syarat saiz bekas tersebut isipadunya adalah lebih dari 500ml. Yang ini dibuka untuk semasa hari kami buat self-collect dalam bulan March 2016 ini.

Jika kami terima 10 pet bottles/bekas Tetra Pak, maka secara automatik akan dapat potongan RM1.00.
20 pet bottles/bekas Tetra Pak dapat potongan RM2.00.
30 pet bottles/bekas Tetra Pak dapat potongan RM3.00.
40 pet bottles/bekas Tetra Pak dapat potongan RM4.00.
50 pet bottles/bekas Tetra Pak dapat potongan RM5.00 shopping di Kebun Bahagia Bersama.

Ataupun 50 pet bottles/bekas Tetra Pak boleh dapat 1 beg tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama.

Jika duduk di Adelaide dulu program kitar semula macam kotak minuman kalau pulangkan 1 kotak boleh dapat 10cent.
Kalau di Malaysia tengok material kena timbangkan.
  

  Rezeki air hujan yang kerap diperolehi dari tahun lepas hingga Tahun Baru Cina menyebabkan kerja membakar green waste besar sentiasa tergendala. Tambahan pula musim jerebu lepas juga menyebabkan juga kerja pembakaran dihentikan seketika hingga udara kembali pulih seperti biasa. Jerubu sudah tiada, musim hujan pula tiba. Maka bertimbun-timbunlah hasil pangkasan dan kutipan daun kering besar di kolam belakang. Walaupun tidak hujan, sebab timbunan dah tinggi di sebelah lapisan bawah masih dalam keadaan basah. Oleh itu, di sebelah atas sahaja terbakar yang di bahagian bawah api akan berhenti merebak masih lembap lagi. Lihatlah di gambar No.1 di atas timbunan green waste semasa minggu cuti panjang Tahun Baru Cina dah membukit tak terbakar sebab lembap.

  Beberapa hari di hujung February sudah cuaca mula ke arah panas dan kering, sehingga dearest husband buat projek membakar cepat sahaja hampir terbakar semua green waste. Sebagai contoh gambar No.2 dan No. 3 di atas. Sehinggakan api marak besar pokok-pokok keliling pun turut dijilat api. Banyak kayu-kayu arang dalam serpihan ini boleh dikutip kelak, boleh buat tempat letak orkid ataupun manalah tahu nak barbecue atau merendang ke bulan puasa nanti. Serpihan kayu-kayu arang ini juga elok dicampurkan dalam tanah kerana akan memberikan tanaman menjadi subur dan memastikan keadaan tanah lembap tidak mudah hilang air.


   Dalam beberapa bulan di Kebun Bahagia Bersama sekarang hampir kesemua semaian anak-anak pokok Kebun Bahagia Bersama sebenarnya menggunakan hasil tanah bakar di kawasan ini. Jika yang curious sambil order pesanan anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama; apa dia maksud kami dengan tanah bakar KBB bolehlah rasa check texture tanah berwarna hitam tersebut. Kadangkala minta maaflah kalau kami terkirim cacing sekali ya. Jika kita tak menggunakan baja synthetic, cacing dan micro-organisms suka huni dalam tanah bakar ini. Lebih banyak cacing maknanya tanahnya subur dan sesuai untuk manjadi medium tanaman. Banyak zat yang diperlukan oleh tumbuhan ada di situ.

  Musim kemarau ini campuran tanah bakar yang ada serpihan arang-arang memang bagus. Tukang Kebun selalu perasan masa musim kemarau walaupun tanah bakar ini loose soil tak mampat ianya tak cepat kering. Kalau tanah merah biasanya ruang kecik dan bila musim kering mudah tanahnya keras dan kering. Cacing pun sukar hidup dalam tanah yang rongganya sempit susah nak gerak dan nafaskan. Masa awal-awal Tukang Kebun pun takut sebenarnya yang tanah bakar ini seakan poros tanahnya macam tanah pasir. Takut hilangnya air cepat. Tapi bila dipegang tanahnya kekadang boleh terasa ada moist air lagi dalam bekas semaian menggunakan tanah bakar ini. Bonus bagi kami yang mengirim tumbuhan-tumbuhan melalui pos yang jenis tanah bakar ini tak mudah nak kering untuk menghadapi perjalanan beberapa hari ke tuan barunya.

Setelah satu malam Tukang Kebun sambil menunggu anak-anak selesai makan malam menonton documentary episode Begin Japanology 'Charcoal', barulah Tukang Kebun sedar property penting apa dalam campuran Tanah Bakar tersebut yang membuatkan tanah bakar dari Kebun Bahagia Bersama tak cepat hilang air. Rupa-rupanya bahan arang lah yang membantu kekalkan moisture tanah dengan secara baik iaitu tidak lemaskan tumbuhan juga.

Marilah tonton video di bawah ini dan sebagai gardeners kita akan sedar betapa gunanya kayu arang dalam gardening dan juga lain-lain.


Antara kegunaan kayu arang yang disimpulkan dalam video atas:

Minit 6:00 > Kenapa bakar ayam pakai kayu arang lebih lazat dan juicy.

Minit 21:40 > Kayu arang ada property mengekalkan kelembapan (moisture absorbing property). Bukan hanya menyerap moisture, tetapi apabila musim kering melepaskan semula moisture.

Minit 22:22 > Mengekalkan kesegaran buah-buahan dalam peti ais, absorb ethylene gas dari buah yang masak memanjangkan kesegaran buah supaya tidak cepat busuk.

Minit 22:30> Campuran serbuk arang dengan tanah akan mengekalkan kelembapan tanah dan menyuburkan tanaman.

Minit 23:00> Letak arang bersama nasi yang sedang tanak akan menjadikan butiran nasi lebih fluffy.

Minit 23:30> Wood vinegar dari sulingan pembakaran kayu arang dapat dijadikan pest repellent dan preservative.

  Syukur Alhamdulillah sambil tunggu dan suap anak-anak makan dapat jugalah ilmu baru dan terjawab soalan yang selalu ada dalam kepala ini. Syukur Alhamdulillah resources ini ada di kebun sendiri jika kita berani mencuba-cuba dan berexperiment. Bukan sahaja sumber tanah bakar sahaja kami gunakan, bila kemas kandang ayam dengan tahi ayam/itik campur jugalah dekat tanah bakar nak kasi subur lagi serta tambah element nitrogen.

  Nampaknya lepas ini semangat lebih bila pruning pokok-pokok dalam Kebun Bahagia Bersama. Semangat jugalah nak kemaskan daun-daun pelepah kering kebun. Sebagai contoh kadangkala bahan bakar juga adalah pelepah-pelepah kelapa seperti gambar di atas. Tempurung kelapa memang ambil masa lama nak reput dan terbakar. Banyak dah jadi macam arang je terkumpul dekat tempat bakar ni. Kalau rajin lain kali boleh campur patah-patahkan kayu arang yang besar campur dalam bekas yang besar dengan tanah. Kalau tanah bakar di Kebun Bahagia Bersama sudah naturally mixed untuk gardening dalam musim kemarau ini.
  Tumbuhan berubi seperti ubi bemban memang sukakan tanah bakar ini, ubi bemban yang Tukang Kebun tanam dalam bekas gunakan tanah bakar biasanya hasil lumayan (related posting klik sini). Jenis sayuran bayam pun sukakan medium tanah bakar macam gambar terakhir background di atas banyak bayam bermaharajalela tumbuh sendiri. Sebab tu Tukang Kebun phobia tanam bayam sekarang.

~ 1 beg tanah bakar Kebun Bahagia Bersama RM5 ~

Selasa, 17 November 2015

Asam Pedas Batang Keladi

  Selepas meronda-ronda di kebun belakang buat kerja apa yang priority sebelum hujan, teringat ada 2 pokok keladi yang sudah menceroboh tumbuh di Petak E dari Petak F. Jauh sulur keladi itu menyelit ke dalam tanah nak melompat tembok batu. Pokoknya pun lebih besar dari yang asal tinggal dari Petak F. Sambil-sambil berehat di bawah canopy pokok asam jawa, teringat pula kali ini nak cuba jenis keladi ini gunakan batangnya pula. Bila Sis Diana Rashid komen dalam posting lalu sebut pasal asam pedas timbul idea nak mencuba dengan batang keladi jenis ini.  Jenis keladi bahan experiment memasak kali ini sama dengan yang di posting minggu lepas (related posting klik sini). 
  Tukang Kebun bolehlah kira dengan jari berapa kali pernah makan batang keladi. Yang paling dalam ingatan ialah masak asam pedas yang pernah dicuba di Johor bertahun-tahun dulu. Itu bab makan batang keladi, masak batang keladi lagilah tak pernah seumur hidup ini. Lalu double confirm dengan Kak Fatima dari Rawang dulu cara penyediaan batang ubi ini. Nasib baik Kak Fatima ingatkan letak asam keping sekali semasa celur hingga empok batangnya. Sementara ada rasa adventure dalam memasak ni, dengan bantuan Pak Cik google maka taiplah 'Asam Pedas Batang Keladi' sementara tunggu batang keladinya empok.
  Antara 1st page yang keluar adalah resepi dari Bonda Puan Nur di Cetusan Rasa. Bila check bahan dan step-by-step yang dikongsikan oleh Puan Nur, nampak masa preparation singkat dan mudah untuk beginners. Maka Tukang Kebun pun masaklah Hari Ahad lalu dalam Sejarah my first Asam Pedas Batang Keladi. Syukur Alhamdulillah menjadi. Makan dengan nasi panas pun menjadi-jadi. Jenis keladi ini memang sedap gunakan bahagian batangnya untuk dimakan buat gulai dan langsung tak gatal. Rasanya ini sudah menjadi antara lauk kegemaran Tukang Kebun dan dearest Husband. Kalau lepas berkebun masak lauk ini, mesti naik selera, nak sedia pun tak leceh dan tak ambil masa.
  Kemudian lauk sampingan ikan masin, pucuk ubi kayu yang sudah dicelur dan sambal tempoyak. Terima Kasih banyak-banyak kepada Dr. Norlaili dari Saujana Utama berikan hadiah tempoyak dari Kedah. Makin membesarlah Tukang Kebun terima banyak kasih sayang. Ibu yang mengandung duduk di kawasan Saujana Utama boleh juga bersalin atau buat check-up di Klinik Dr. Norlaili di Saujana Utama yang sebaris dengan kedai Ayamas. Bolehlah sama-sama kongsi gardening tips dengan Dr. Norlaili yang juga suka berkebun dan baking. Tempoyak campur dengan cili yang telah ditumbuk bertambah lagi selera makan.
  Contoh jenis ubi keladi yang dikisahkah hari ini seperti gambar di atas. Tukang Kebun nak tegur dekat Kebun Bahagia Bersama members yang lain jika buang dalam tong kompos, jangan buang dengan plastik sekali. Boleh buat sendiri tong kompos dengan pakai tong sampah hitam di atas. Potong bahagian bawahnya. Tebuk-tebuk banyak lubang keliling dinding bekas tersebut untuk pengudaraan yang baik. Tak perlu letak penutup pun tidak apa jika risau ada mahkluk yang buat rumah di dalamnya. Mudah nak pindah-pindahkan tong komposnya dalam kebun bila dah ada kompos yang siap digunakan untuk patch tersebut, nak buat batch kompos baru letak di penjuru lain pula.
  Selepas digembur-gemburkan fresh compost boleh lihat perbezaan warnanya dengan tanah sedia ada. Ada juga nak menolong gembur tanah ambil kesempatan cari cacing ialah ayam kampung jantan putih si Shiro. Dah berapa kali terkatuk si Shiro dengan cangkul asyik menyibuk je bila Tukang Kebun menggali di kebun belakang.
  Sebelum menanam sulur-sulur keladi dari Petak E semula Jumaat lepas. Tukang Kebun mengemas rumpai di kawasan ini dengan pangkas pokok kemboja Bali separuh dari saiznya hampir botak dah tak berapa ada daun. Nak kasi cerah kawasan ini. Terima Kasih dekat Ilhan Mikhail sebelum pergi Sekolah Kebangsaan Jumaat lepas menolong Tukang Kebun angkat hasil-hasil pangkasan ke tempat bakar. Ngomel-ngomel jugalah katanya berat tapi dibuatnya juga bersama sehingga selesai sebelum Zohor.
  Kesimpulannya yang Tukang Kebun buat kali ini lepas experiment dengan pokok keladi jenis ini ialah, rasa-rasanya nilai pokok ubi ini lebih ditanam untuk kegunaan batang keladinya yang sedap dan tak gatal. Ubinya pula tak boleh dipakai terus sebab gatal kena rebus dengan air dahulu. Ubi yang muda-muda Tukang Kebun lepas rebus sehingga empok, kemudian masak dalam masak lemak putih tak de gatal. Tapi hairan semalam rebus dulu ubinya hingga empok, kemudian ingat nak buat keladi goreng. Malangnya bila lepas digoreng, ubi ni rasa gatal. Sayang sungguh rasa sebab warna ubi ini cantik bila direbus isinya putih bertukar kepada keungguan atau merah jambu. Jadi ubi keladi jenis ini Tukang Kebun tanam lebih kepada untuk batangnya. Lain kali boleh experiment ubinya buat kuih atau cara masakan lain pula. Ais Krim Keladi?
  Sebagai catatan ubi keladi ini dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang tumbuh di sebelah luar Petak F dan di sebelah luar Petak 1.
  
   Sebab Tukang Kebun dah buat penyelidikan dalam dapur untuk ubi keladi jenis ini, maka bolehlah jadi bekalan Pasar Kebun Bahagia Bersama untuk fresh produce bahagian batangnya.

~ 1 ikat batang keladi jenis ini RM1.00 ~
Tested by Tukang Kebun.
   Ahad lepas malam pula dearest husband manjakan isteri dengan masakan Jepun pula dengan apa bahan yang ada. Nasi campur dengan rebung, sup miso dan ikan mackeral masak dengan miso.

  Shiawase desu.....

Khamis, 17 September 2015

Suara dari Alam Lain dan Pengajaran

   Dalam bulan Ogos antara perkara yang memberikan kebahagian seorang ibu yang bekerja sebagai Tukang Kebun sambilan dan penternak baru sambilan ialah apabila melihat anak-anak juga teruja untuk belajar menjaga anak-anak ayam dan mengambil bahagian bersama-sama dalam membesarkan bakal daging ayam dari livestock kebun sendiri. Bagi Tukang Kebun ini adalah pendedahan yang bagus untuk anak-anak, salah satu skill yang berguna untuk masa depan mereka. Bukan sahaja mendapat prestasi pendidikan dalam semua mata pelajaran di sekolah yang baik juga kemahiran-kemahiran hidup secara pratical dan bukan semata theory membaca buku teks sekolah. Tambahan pula ini juga mengurangkan kerja seharian Tukang Kebun apabila dapat bergotong-royong bersama keluarga, boleh Tukang Kebun buat kerja lain.
  Sejak bulan Ogos di mana bermulanya kelahiran anak-anak ayam menggunakan bantuan inkubator, anak-anak sangat teruja untuk belajar perkembangan dari telur dikutip, dieramkan, cara mengenali telur yang menjadi, bantuan menetas keluar dari telur bila perlu dan proses pembesaran anak ayam semuanya mereka ikuti memberikan pemerhatian yang banyak. Kiranya tugasan menjaga anak-anak ayam bermula dari bulan Ogos sudah sedikit demi sedikit dipertanggungjawabkan lebih banyak kepada Ilhan dan telah juga berikan masa untuk Ilhan menyesuaikan diri. Cuma lepas tu nanti yang dewasa akan spotcheck bila ada keluangan masa. Sebagai contoh, sekarang ini Ilhan sudah boleh membantu mencuci sangkar, membersihkannya, mengisi air dalam bekas minuman ayam, dan beri anak-anak ayam makan tanpa bantuan dewasa. Sebagai contoh, dalam gambar Ilhan baru je selesaikan kemas sangkar anak ayam, tukar suratkhabar baru sebagai alas. Sebab kadang-kadang kaki ayam boleh tersangkut dekat jaring jadi elok lapis dengan suratkhabar. Lepas ditukarkan kertas suratkhabar, ganti air yang baru dalam bekas air akan dipindahkan semula kembali ke dalam sangkarnya dari sangkar sementara.
  Kadangkala Ilhan bila ada masa, akan keluarkan anak-anak ayam dari sangkar dan bebaskan di atas rumput supaya anak-anak ayam dapat zat lebih bagus dengan makan rumput katanya.
  Ilhan Mikhail budak berumur 8 tahun dah boleh jadi pengembala anak-anak ayam sampingan. Nak elakkan dari dimakan oleh binatang lain seperti kucing. Kalau zaman nabi-nabi dulu, masa kecil-kecil lagi dah jadi pengembala kambing, nak elakkan dari serigala makan. Belum ready nak bela kambing habis dikerjakannya segala tumbuhan. Ini bela itik dan angsa pun habis kena ratah tumbuhan. Eloklah tu sambil makan-makan rumput, baja sekali anak-anak pokok ulam raja yang tumbuh sendiri.
   Sebelum Tukang Kebun lupa nak umumkan sebab minggu depan dah Raya Haji yang ingin mendapatkan bekalan segar dari Kebun Bahagia Bersama untuk masak-masak, InsyaAllah hari dan waktu yang Tukang Kebun ada masa terluang untuk self-collect adalah seperti berikut:

Self-Collect Schedule:

~ 20hb September 2015, Ahad pagi antara pukul 9:00AM~9:30AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ 23hb September 2015 , Rabu antara pukul 10:30AM~11:00AM/9:30PM~10:00PM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Antara fresh produce segar dari Kebun Bahagia Bersama yang available ialah,

~ Ayam kampung sudah diproses seekor RM25.

~ Telur Itik segar sebutir 70sen.

~ Buah Pisang Nangka sesisir RM5.00.

~ Buah Canistel/Kuning Telor sekilogram RM5.00.

~ Kelapa parut sebiji RM1.00.
  Syukur Alhamdulillah antara perkara seronok untuk anak-anak bulan Ogos ialah melihat kelahiran banyak anak-anak ayam menetas dari inkubator. Tak boleh juga biarkan anak-anak ayam terlalu lama dalam inkubator nanti jadi kering-kontang. Anak-anak selalu rajin dan ingatkan Tukang kebun bila sibuk banyak benda kena buat. Cuma sekarang ini, anak-anak tertunggu-tunggu kelahiran anak itik pula nak tengok menetas dari inkubator. Seperti manusia, nak juga berhati-hati dengan tembuninya nak kena biarkan lerai dengan sendiri, kalau terputus tak elok atau kesan dekat pusat dia tak kering betul juga boleh menyebabkan anak ayam mudah mati.
  Sebagai Ibu antara perkara yang menggembirakan buat kami ialah, hasil pemerhatian sendiri melihat anak-anak ayam keluar menetas dari telur kutip dari kebun sendiri, membuatkan anak-anak semua dah tak takut lagi nak bermain-main dengan anak-anak ayam. Masa mula-mula awal tahun ini kami menceburi dunia ternak livestock ayam sendiri, anak-anak semua tak nak pegang anak-anak ayam. Sekarang asyik keluarkan anak-anak ayam dari sangkar untuk dibelai. Malam-malam pun nak main keluarkan dari kotak. Syukur Alhamdulillah bukan sahaja tidak takut lagi dengan anak-anak ayam tetapi sekarang bergotong-royong sesama menjaga anak-anak ayam.
  Dari pemerhatian Tukang Kebun, kanak-kanak yang ada characteristic 'Autism' biasanya lebih mudah nak sesuaikan mereka dengan sesuatu apabila mereka sendiri melihat perkembangan pertumbuhan benda-benda hidup. Sebagai contoh, masa mula-mula nak biasakan Ilhan dengan sayur-sayuran lebih mudah apabila Tukang Kebun tanam dari awal-awal lagi bila dia nampak dan tahu yang tu Tukang Kebun tanam sendiri. Begitu juga tahun ini dah tak geli pegang kucing apabila kelahiran anak kucing Panther di rumah dibesarkan bersama anak-anak. Sekarang yang kasi mandi Panther hampir setiap hujung minggu pun sudah menjadi rutin Ilhan Mikhail punya responsibility. Kelahiran anak-anak ayam dari kebun sendiri juga membuka hati Ilhan untuk cuba pegang-pegang anak-anak ayam. Memang benar, untuk Ilhan selalu case nak coax him mesti dari sesuatu yang lahir dari rumah/kebun membuatkan convincing untuk dia mencuba-cuba sesuaikan diri. Macam penawar pun ada. Panther pun hampir setiap malam join in tidur atas katil bersama-sama, kekadang bila anak-anak dah tido Panther temankan tidur atas selimut. Bertuah Panther, Abby pergi ambil nappy liner dia buat selimutkan Panther pula sambil Tukang Kebun lipat baju.

  Syukur Alhamdulillah , pokok-pokok ulam raja biasanya rajin bercambah sendiri di kebun untuk bekalan ulam di dapur kami. Tambahan pula sekarang selalu dapat baja dari anak-anak ayam makin cepat subur naik rimbun. Bulan ini yang ingin mendapatkan stok anak-anak pokok ulam raja ada stoknya semula (1 pot RM4).

atau ambil peluang campur-campur dalam promosi '3plants mix for RM10'.

  Al-kisah, hari ini punyalah Tukang Kebun semangat berkobar-kobar ingatkan nak buat projek pindahkan anak-anak pisang dan tanam keratan ubi kayu di ruang yang Tukang Kebun dah potong rumput dan kemas setelah balik dari kenduri Tahlil arwah atuk Sabtu lepas. Elok sahaja masa nak potong-potong ranting pokok rambutan yang sebelah bawah boleh capai-capai dengan tangan, tiba-tiba terkejut Tukang Kebun dapat sengatan tajam di peha kiri dahulu, kemudian di lengan kiri. Eh, ada sarang kerengga ke tak terperasan di sebalik rimbun daunnya. Sekali atas kepala dah mula berlegar-legar menyerang dan menyengat Tukang Kebun bila tengok sekilas macam anak-beranak lebah apalagi berlarilah Tukang Kebun nak balik rumah sambil mengibas-ngibas kepala yang dah berapa sengatan kena. Nasib baik tak ikut sampai ke rumah. Sambil lari apa yang ada di tangan dan kepala, Tukang kebun campak je kat tanah macam cermin mata dan pruner.


  Adui terasa sakit sengatan-sengatan yang kena terutamanya yang dekat peha dan lengan yang awal-awal kena. Otak blur tak tahu what I should do first. Lalu terus Tukang Kebun call Big Boss cakap along kena sengat macam lebah tadi. Teringat tahun ini ada Tukang kebun call mak (Big Boss), kebetulan mak ada dekat kampung. Masa Tukang Kebun terlintas nak call masa tu, tanya mak buat apa tercungap-cungap. Mak kata dia baru berlari masuk ke rumah kena kejar dengan lebah masa kemaskan kawasan perkuburan nenek. Tak perasan mula-mula ada sarang lebah dekat area situ. 

  Mak tanya Along kena sengat banyak ke. Adalah juga yang confirm kat peha dan lengan, tapi kat kepala banyak tak tahu berapa. Masa kena serang tu nasib baik masih tak banyak lagi, mungkin tak lebih 7ekor. Bila difikirkan balik mungkin bernasib baik sebab masa tu dah pukul 11 lebih, mungkin banyak adik-beradik lebah ni dah keluar dari sarang cari makanan. Mak tanya tak perasan ke ada sarang lebah. Tak perasan, lagipun masa tu dekat dahan-dahan rendang setakat boleh capai tangan biasanya kalau sarang lebah kan tinggi atas pokok. 
  
 Mak kata kemungkinan Tukang Kebun tak perasan terkacau atau terpijak sarang lebah/tebuan tanah. Hah ada lebah buat sarang dekat bawah tanah ke Mak? Ada, kalau dalam Bahasa Dusun/Kadazan kami panggil 'Serundai'. Serangga jenis macam lebah tu pandai buat lubang buat sarang dalam tanah. Mak kata ada baru-baru ini orang kampung sebelah, Kampung Mantaranau mati kena sengatan banyak 'Serundai'. Baik pergi klinik terus minta injection anti-racun lebah. 

  Lalu kalut-kalut kami ke klinik tinggalkan anak-anak bawah care adik perempuan yang nasib baik masih terperap dalam bilik tak keluar rumah ke mana-mana. Alahai bulan lepas dah kena injection dekat punggung lagi gara-gara kena radang paru-paru, bulan ini sebab takut keracunan lebah pula. Walaupun dah kena cucuk kesan-kesan sengatan membesar nampak sembap. Muka pun dah nampak lain bengkak akibat sengatan lebah.

 Agaknya adik-beradik lebah ini suruh Tukang Kebun ambil MC kut hari ini, asyik 7day perweek kerja je. Lepas injection monitoring lebih kurang sejam takut sesak nafas ke apa, on the way balik nak lepaskan geram beli setengah kilo American Chocolate Cake as Tukang Kebun punya treat. Manalah tahu my last cake lebih baik satisfy craving. Hari Malaysia melayan Abby nyanyi lagi Happy Birthday Abby dan tiup lilin sampai ulang 3 kali after lunch.

 Untuk gardeners yang kurang ilmu macam Tukang Kebun dengan dunia bees, ada adik beradik lebah bukan buat sarang atas pokok je tau, dalam tanah pun ada. Now I know. Lain kali nak aware juga kaki pijak mana. Kalau tengok macam ada lubang-lubang atas tanah tu janganlah berani nak main cucuk-cucuk sebarangan, manalah tahu sarang lebah pulak.

  Nak dekat senja dearest membakar pula green waste di belakang. Yang belah depan baru sahaja dibakar hujung minggu lepas sebab tu masih putih 'ashes' yang boleh dijadikan tanah bakar untuk suburkan tanah jadikan baja nak kasi nutrient untuk pokok-pokok berbuah. Yang berminat untuk mendapatkan tanah bakar boleh self-collect dari Kebun Bahagia Bersama 1 beg RM5.

  Sebab Tukang Kebun rasa terkilan sangat sebab terbantut hasrat nak berkebun pagi Hari Malaysia 2015, sambil dearest husband membakar tanam jelah beberapa keratan ubi kayu yang sempat di ruang yang dekat dengan pokok rambutan yang terjadi tragedi pagi tadi. Lebih baik Tukang Kebun overcome my fear cepat, nanti trauma susah. Pertama kali seumur dalam hidup kena kejar dengan lebah dan sengatan yang banyak. Tapi kira beruntung sebab lebah tu tak kejar jauh pun setakat 3 meter dah tak ikut Tukang Kebun. Mungkin mereka juga terkejut sebab sarang tiba-tiba terganggu dan Tukang Kebun pun tak sengaja. Ini masih gatal dan berdenyut-denyut rasa tempat sengatan. Dapat ubat tahan gatal, pharmacist kata ngantuk tapi dah 2 kali makan tak dapat nak lelap mata lagi. Memang selalu gitu, bila banyak fikir banyak kerja tak selesai lagi susah otak ni nak berehat tidur.
  Terima kasih banyak-banyak, Tukang Kebun ucapkan kepada mereka yang sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atuk Adnan (paternal grandfather) yang kembali semula ke Maha Penciptanya (related posting klik sini). Semasa nak kebumikan jenazah arwah atuk Adnan lebih kurang pukul 6petang lebih, anak-anak dibawa juga sebab tiada siapa nak jaga. Bahagian kawasan perkuburan tempat arwah masih baru tidak banyak lagi kubur di situ. Cuma dikelilingi kubur mereka yang baru dikebumikan dengan jarak dekat antara satu sama lain. 

  Kedua ibubapa Tukang Kebun tak dapat nak balik secepat mungkin memandangkan mereka menetap di Sabah, tengahmalam baru tiba. Jadi keesokkan harinya Sabtu selepas baca tahlil di rumah arwah atuk, selepas azan Zohor kedengaran kami pergi menziarahi kubur arwah atuk. Sambil itu Tukang Kebun dari kebun dah bawa pokok-pokok seperti kemboja, susun kelapa dan jenjuang merah nak tanam di kubur atuk. Kelihatan ada kubur baru ditanam sebelah pagi di sebelah kubur atuk. Sesuatu perkara di luar jangkaan Tukang Kebun berlaku pada tengahari buta pada hari tersebut menjadi pengajaran penting pada diri sendiri. Orang kata seeing is believing, hearing also makes you believe.
  Saudara-saudara lelaki Tukang Kebun yang baru dah masuk alam dewasa ada juga ikut sekali ke kubur sebab nak letak batu-bata penghalang untuk sementara waktu supaya tak terhakis tanah hilang kesan kubur akibat air hujan yang mengalir. Sebab lokasinya di atas bukit bersebelahan cerun. Semasa Tukang Kebun dan Mak tengah kusyuk menanam pokok kemboja, manakala saudara lelaki setahun muda dari Tukang kebun betulkan batu-bata sebelah mak, tiba-tiba Tukang Kebun sayup-sayup kedengaran suara orang lelaki mengomel kesakitan. Dengan spontan mula-mula, eh Tukang Kebun terlampau tak perasan terpijak sangat ke kubur sebelah ini, lalu aku betulkan kedudukan kaki supaya tak silap terpijak. Kemudian masih lagi sayup-sayup kedengaran nyata suara kepunyaan orang lelaki dewasa mengereng kesakitan. Tukang Kebun toleh ke belakang cuba lagi dengar dari jauh sana ke ada orang jatuh atau apa, tapi Papa dan saudara seorang tahfiz lelaki yang dekat belakang masih berborak rancak tak de dengar apa-apa je. Seketika Tukang Kebun masih lagi dengar suara mengomel kesakitan, lalu ku amati pandang riaksi semua yang ada, tapi macam tiada yang lain dari wajah mereka. Cuma Mama juga seperti Tukang Kebun terdiam seketika, seperti Tukang Kebun memandang wajah semua orang. 

  Cuma Mak tak toleh ke belakang tengok Tukang Kebun sebab puncanya suara lelaki yang kedengaran. Bila Tukang Kebun tengok reaksi Mak macam tu lalu secara nada perlahan Tukang Kebun cuba bertanya Mak dengar juga ke? Tapi Mak tak jawab sebab tak dengar. Sejurus bila Tukang Kebun buka mulut tanya soalan tu dekat Mak, terus bagi Tukang Kebun pintu alam tersebut tertutup di telinga Tukang Kebun dah tak dengar. Memang sepatutnya mulut tak boleh celupar tanya macam tu buat senyap je, tapi mendengar suara orang lelaki mengomel kesakitan lama-lama tak sanggup nak didengari lagi. Lepas bunyi dari alam tersebut tertutup dari telinga Tukang Kebun, Tukang Kebun perhatikan reaksi Mak masih lain macam lagi, kerja menanam dan menyusun pun lebih cepat dan masih dipandang ke arah mereka yang lain mengamati wajah semua. Nampak seperti Mak masih lagi kedengaran suara-suara yang seperti dari alam lain.

  Selepas kami sudah mula dalam kereta bergerak balik ke rumah arwah atuk, dalam perjalanan Tukang Kebun tanya Mak, Mak dengar apa-apa ke tadi kat kawasan kubur? Along pun dengar juga ke? Ya Along dengar orang mengomel kesakitan, suara orang lelaki dewasa dah matang berumur sayup-sayup.  Mak pun dengar jelas suara orang lelaki dewasa kata Aduh, Aduh. Lama Mak dengar. Tapi bila Mak toleh dekat Papa dengan orang lain banyak kali pun bukan dari mulut mereka. Itu yang Mak cuba siapkan kerja cepat-cepat. Yang dalam kereta orang lain semua confirm tak dengar. Papa kata kalau orang kena tanam hidup-hidup mesti semua yang ada dengar. Kalau tidak pun kata-kata sedang mengomel kesakitan, tanam hidup dengar ada orang kat atas akan menjerit minta tolong. 

   Serba resah Tukang Kebun bila beberapa hari teringatkan peristiwa tersebut. Untuk Mak juga bagi dirinya pengalaman pertama kedengaran suara seperti itu di kawasan perkuburan. Bukannya serba resah takut sebab kedengaran suara dari alam lain. Serba resah sebab memang tahu diri ini bekalan nak bawa dah bila-bila ditarik nyawa masih terlampau kekurangan. Tertanya-tanya of all people, kenapa pula tiba-tiba deria pendengaran Tukang Kebun ini dipilih seketika untuk mendengar alam kubur. Kalau yang mendapat seksaan lebih berat, bagaimana agaknya. Betullah bila baru sahaja mayat selesai masuk ke dalam kubur, tiada pending pending, terus akan malaikat menjalankan tugas mereka untuk memberikan balasan mengikut amalan kita di alam dunia. Please note kubur-kubur di keliling Tukang Kebun ketika itu masih baru-baru lagi.

  Kalaulah telinga Tukang Kebun sahaja yang dengar suara dari alam kubur, mungkin I'll just shrug it off thinking it was just my imagination. Mungkin ada hikmah kenapa Mak juga dengar bersama-sama, memberikan petunjuk kepada diri Tukang Kebun yang jenis susah nak jadi true believer unless like I said seeing/hearing is believing. Serba salah juga nak share peristiwa begini, tapi moga menjadi pengajaran kepada semua pembaca. Macam Tukang Kebun ini suka lengah-lengahkan ibadah, bila tiba sahaja giliran kita dah ditarik nyawa, Malaikat takde nak lengeh-lengah postpone kira-kira amalan dan berikan balasan dengan bekalan yang telah dibawa. Cukup sahajalah dengar suara mengomel kesakitan, tak perlu real visual pun tak pe nak bayangkan seksaan apa yang diterima.

  Sekiranya Tukang Kebun pergi dulu dan tak sempat nak selesaikan pengeposan bagi pesanan-pesanan yang dah terima pembayaran, mohon jangan biarkan kira Tukang Kebun berhutang kepada anda ya. Antara sebab Tukang Kebun dari mula lebih gemar menerima pesanan dari email sebab mudah nak counter check, kalau Tukang Kebun dah tak de dearest husband senang nak sorting search semula. Dari mula berniaga buka Kebun Bahagia Bersama memang semua pesanan yang telah diterima, Tukang Kebun simpan nota setiap bulan ada file tersendiri. Supaya system ini mudah team members lain follow up check, jika Tukang Kebun sakit pun team members lain boleh take over sementara waktu check nota file ordering setiap bulan setakat mana progress each orders. System ini pun Tukang Kebun create untuk sekiranya kalau ada anak pokok atau benih rare pupus, Tukang Kebun boleh track down semula customers-customers yang pernah order item tersebut melalui archives nota-nota file yang masih disimpan sampai sekarang. Ya semua pesanan-pesanan yang diterima dari pertama kali sehingga kini memang semua ada dicatat. Terima kasih banyak-banyak follow along request Tukang Kebun priority through email. Kita tak tahu bila kan nyawa ini dikembalikan semula.