No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Bunga Susun Kelapa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bunga Susun Kelapa. Papar semua catatan

Rabu, 15 November 2017

NightLife in Tabin

  Hujung bulan Jun 2017 kami menginap di Tabin WildLife Resort selama 3 hari 2 malam. Jadi setiap malam ada night walk. Nak kata walk pun takdelah sebab naik small open truck ikut jalan kelapa sawit setiap malam. Kemudian ada juga lah satu night walk dekat resort jalan kaki. Syukur Alhamdulillah ada rezeki juga terserempak dengan 2 ekor leapord cat atau kucing hutan. Yang pertama kali terserempak tak sempat ambil gambar sebab terkejut tiba-tiba dia keluar muncul sebelah truck. Leapord cat tu pun agak terkejut, dia reverse masuk semak balik. Yang gambar atas ambil dari zoom jauh ini memang macam territory dia main sini sebab guide selalu suluh cari dia ni. Ada juga macam nampak bayang musang juga celah pokok-pokok kelapa sawit. Kawasan berdekatan pokok kelapa sawit ini biasa banyak tikus sebab tu pelbagai jenis predator tikus pun gather di kawasan ladang kelapa sawit.
 Kebanyakkan gambar ini pun gambar yang adik Tukang Kebun ambillah sebab kamera dia lagi power. Tukang Kebun camera dah macam nazak bilalah dapat budget tukar baru. Antara sebab kurang mood nak update blog. Lagipun kawasan Tabin ini malam sejuk, anak-anak pun biasanya dah terbuai-buai lena, tangan ni penuh dengan anak-anak minta kena hug kesejukkan sambil duduk naik open truck. Elok pakai baju tebal sikit masa night walk. Walaupun pakai dah baju lengan panjang dan jacket masih lagi rasa sejuk. Makin gelap makin sejuk rasanya. Beberapa kali juga nampak beberapa spesis enggang sedang tidur atas pokok. Sebagai contoh Rhinoceros Hornbill di gambar atas. Waktu senja seronok juga tengok jenis red flying squirrel besar melompat macam terbang jauh dari satu tempat ke satu tempat. Boleh tu terbang macam jarak lebih 50 meter tengok. Besar jenis tupai ini sebab dari jauh pun nampak besar.
 Kawasan Tabin ini memang banyak habitat jenis burung-burung helang. Banyak sungguh agaknya sumber makanan mereka di sini. Burung belatuk juga ada nampak kelibatnya. Di Tabin ini memang macam syurga buat peminat burung, pelbagai jenis spesis burung ada. Burung enggang sahaja ada beberapa jenis spesis berlainan yang dapat dilihat terserempak dalam sehari. Burung Kingfisher pun ada beberapa jenis, termasuklah burung helang dan lain-lain. Biodiversity untuk satu keluarga burung amat tinggi. Kali ini lawatan di Tabin, Tukang Kebun sempat tengok 2 jenis ular, seekor sedang berenang dalam air yang lagi seekor duduk camaflouge atas pokok.
 Masa NightWalk di celah-celah daun kecil pokok yang renek kekadang terserempak jenis burung saiz kecil jadikan tempat berteduh. Begitu juga katak dan serangga-serangga yang lain.
 Rilek je Buffer Fish Owl ini bertenggek atas pokok tak gerak-gerak walaupun banyak mata-mata yang sibuk memerhatikannya.
 Pelbagai penghuni kecil yang dijumpai ketika berjalan kaki pada waktu malam di Tabin. Sentiasa bawa lampu suluh gelapnya sungguh.
 Yang nak pokok instant dah berbunga dan besar tinggi pokok susun kelapa ada stoknya. Jika ada balcony cerah nak tanam dalam pasu kasi semua passerby nampak pun cantik rasanya. Kalau tanam dalam pasu bila cuci beras/sayur/ikan boleh siram dekat bekas pokok. Pokok susun kelapa ini tak tamak air sangat jadi tak risaulah kalau 3 hari takde di rumah nak siram.

~ 1 bekas bunga susun kelapa single-petal RM7.00 (Self-Collect Sahaja)~

~ 1 bekas bunga susun kelapa multi-petal RM9.00 (Self-Collect Sahaja) ~

Next Available Self-Collect Day : 2nd/3rd December 2017.

Jumaat, 3 Jun 2016

Susun Kelapa Lapis-Lapis


  Bulan ini Kebun Bahagia Bersama mula bekalkan jenis bunga susun kelapa yang kelopaknya berlapis-lapis pula. Bunga susun kelapa ini asalnya dari negara India yang juga dikenali dengan panggilan East India Rosebay. Antara sebab ramai bangsa India suka menanam pokok ini di laman mereka. Tetapi bukan sebab itu sahaja, dalam perubatan tradisional India telah lama pokok ini ditanam kerana mempunyai beberapa alternative perubatan tradisional.
  Perahan atau ekstrak jus dari bunganya dikatakan dapat membantu mempercepatkan masalah kulit atau kesan luka sembuh. Begitu juga hasil getah bila daun dan dahannya dipatahkan juga dapat membantu luka cepat sembuh. Perahan jus dari bunganya juga dapat membantu masalah penyakit mata.

~ 1 bekas pokok bunga susun kelapa berlapis-lapis RM9.00 ~
  Yang jenis berlapis-lapis bunganya ada haruman sedikit tetapi yang jenis selapis kelopaknya seperti gambar di bawah tiada bau. Tetapi yang jenis kelopak selapis lebih rajin dan meriah sangat bunganya berbanding dengan yang jenis berlapis-lapis. Kalau yang kelopak selapis ini macam tak putus-putus berbunga bahagia sepanjang tahun.
   Pokok bunga susun kelapa ini sesuai untuk mereka yang baru jinak dengan alam berkebun. Pokoknya mudah hidup dan tidak perlu belaian yang banyak. Jarang sekali ada serangga yang mengganggunya. Tambahan pula pokok bunga susun kelapa ini tak tamak baja dan haus air. Jadi tak begitu risau untuk meninggalkannya beberapa hari. Pokok bunga susun kelapa amat sukakan kawasan yang panas dan penerimaan cahaya matahari yang sangat banyak. Di tempat yang kurang cahaya ianya berbunga juga tapi tak semeriah dan bahagia bunganya keluar macam di kawasan yang terang.

Info pokok bunga susun kelapa boleh juga rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 bekas pokok susun kelapa bunga selapis RM7.00~
   Tambahan pula pokok bunga susun kelapa amat sesuai juga ditanam dalam pasu juga ianya boleh meriah berbunga. Daunnya pun jarang gugur jadi tak sepahkan laman. Memandangkan ianya sesuai ditanam dalam pasu dan tidak memerlukan air yang banyak untuk keperluannya amat sesuai juga untuk balcony gardener yang sibuk.
  Sempena untuk persiapan Aidilfitri hendak menghiasi laman rumah dengan pokok bunga asli yang murah hati selalu tidak berputus-putus berbunga, ada limited stok pokok bunga susun kelapa yang instant ever ready untuk self-collect bulan Jun 2016 ini selagi stok masih ada. Sebagai contoh gambar di bawah, pokok susun kelapa yang tumbuh dalam bekas dan telah matang berbunga dengan ketinggian ada juga dah lebih 1 meter. Kalau yang ini tak perlu risau tinggalkan beberapa hari untuk balik kampung pun dia dah tak berapa kisah. Siram tanah sampai basah sebelum balik kampong. InsyaAllah bila balik dari kampong beraya, pokok bunga susun kelapa saiz instant ever ready ini akan menyambut tuannya macam dia juga beraya sakan. Ada beberapa limited saiz matang pokok bunga susun kelapa sudah berbunga seperti di bawah boleh self-collect. Yang saiz boleh dipos pun ada untuk yang berminat. Jangan risau pokok bunga susun kelapa ini jenis pokok yang cepat membesar. Kalau yang dah berbunga saiz self-collect elakkan dari berikan baja tahi ayam ya, nanti akan mengakibatkan kurang berbunga dan mabuk daun. Berikan pilihan baja yang jenis lebih kepada zat untuk berbunga.

Sabtu, 5 September 2015

Al-Fatihah untuk Arwah Atuk Adnan

  Didoakan semoga arwah Atuk Adnan yang telah kembali ke Maha Pencipta pada tengahari Jumaat tadi bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

  Panggilan telephone diterima dari Mama (Big Boss) setelah baru sahaja menghantar Ilhan ke sekolah kebangsaan tidak dapat terus Tukang Kebun sambut sebab masih membonceng motosikal on the way balik ke rumah. Tapi melalui jenis ring tone sudah jelas bahawa Mama yang telephone. Lepas parking motosikal terus telephone Mama dan mendapat khabar berita arwah Atuk (sebelah papa Tukang Kebun) baru sahaja meninggal dunia. Setelah dearest husband balik kami bergegas ke masjid Desa Jaya, Kepong. Jenazah baru sahaja tiba di masjid dan akan dimandikan tidak lama lagi. Dapatlah suami bersama-sama mandikan arwah atuk. Pukul 6 petang tadi dikebumikan di perkuburan Islam di Taman Botani Kepong. Elok sahaja separuh tanah sudah ditimbus, hujan rahmat turun selebatnya. Pukul 7 malam sudah selesai uruskan jenazah arwah atuk.

  Kenangan tuaian Tukang Kebun hari ini pada waktu tengahari, agak-agak ketika ini mungkin arwah atuk kembali ke Maha Pencipta. Rancangannya untuk makan malam ingat nak buat masak lemak cili api telur itik. Masa memetik belimbing buloh terlintas juga di kepala, belimbing buloh depan rumah arwah atuk dan setiap kali ke sana Mama pesan bawakan telur-telur itik. Kali terakhir kami melawat arwah atuk pun Jumaat minggu lepas.
  Terima kasih kepada Gardener Suryani dari Terengganu menceriakan pagi jumaat Tukang Kebun dengan perkongsian hasil-hasil pembesaran anak-anak pokok yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama. Bolehlah juga jadikan panduan kepada gardeners lain samaada pokok-pokok ini sesuai ditanam dalam pasu atau tidak. Terutamanya pokok akar dani, ramai balcony gardeners tanya sesuai ke tanam dalam pasu. Gardener Suryani dah buktikan boleh tanam akar dani dalam pasu dan dah berbunga pun anak pokok akar dani yang dipos Oktober tahun lepas. Pokok lemon Tahiti yang diposkan bersama juga dah berkali ganda saiznya membesar dalam pasu.
  Anak pokok bunga susun kelapa yang diposkan pada bulan April tahun ini juga dah meriah berbunga dan banyak putiknya hidup di dalam pasu.
  Tidak ketinggalan juga pokok bunga Queen of the Night sudah merimbun tumbuh dalam pasu dan berbunga yang dipos bulan April tahun ini. Terima kasih banyak-banyak Gardener Suryani berkongsi hasil pembesaran pokok-pokok tersebut, terhibur hati team members Kebun Bahagia Bersama menjamu mata.
  Update juga diterima dari Terengganu beberapa hari lalu dari Gardener Huda mengenai pembesaran sayur Red Ruby Swiss Chard yang biji benihnya dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama. Geram tengok batang-batang sayur warna merah itu. Kalau Gardener Huda dah tak sabar, saiz macam ini pun dah boleh makan juga.
  Awal jumaat pagi pula dapat gambar yang memeranjatkan dari Big Boss. Tragedy di Kingfisher Sabah, habis anak-anak ayam dan ayam mutiara Big Boss kena makan dengan ular sawa. Ular sawa dah kenyang sangat tak boleh keluar dari sangkar. Dah 4 ekor selamat masuk dalam perut. Kena panggil bomba. Tengok tu dah berapa ekor dalam badan Ular Sawa tu berbonjol-bonjol. Tamak pula tu siap yang tak termakan semua dibunuh juga. Kalau ko boleh keluar hidup ular sawa memang no mercy Big Boss akan pancung ko tau. Alahai sayangnya ayam-ayam tu dah nak saiz spring chicken. Beberapa bulan lalu biawak yang santap anak ayam Big Boss. Ini pula Ular Sawa. Dugaan Big Boss nak bela unggas-unggas di kawasan perumahan corner lot. Will it stop Big Boss from trying again? We don't think so.

Khamis, 16 Oktober 2014

Crape Jasmine

 Crape jasmine adalah bunga berwarna putih yang tidak putus berbunga sepanjang tahun dan nama tempatannya ialah bunga susun kelapa. Penjagaan juga mudah tidak beberapa diserang serangga perosak. Apabila ianya sudah selesa ditempat yang baru dipindahkan dan akar sudah banyak dalam ke tanah, keperluan airnya tidak banyak. Ianya juga pokok yang tidak perlu dibaja kerap. Tukang kebun pun dah bertahun-tahun tak berikan baja tapi setakat ini bunga yang diberikan tak putus-putus. Happy go lucky plant in full sun and partial shade sesuai untuk mereka yang baru mula berjinak dalam dunia gardening. Pertumbuhan pokok bunga Crape Jasmine sangat cepat. Info Crape Jasmine from previous posting (klik here).
 Bulan lepas semasa mengemas di tembok depan, ada pasu tinggi kosong, jadi tukang kebun pindahkan anak pokok bunga susun kelapa di situ. Konon-kononnya bila pokoknya dah mula meninggi passerby juga boleh nampak bunganya di depan jalan raya. Pokok bunganya pun cepat sahaja dah mula berbunga dan sesuai tumbuh di dalam pasu bagi mereka yang mempunyai ruang yang terhad. Pokok air pickerelweed di sebelahnya yang dipindahkan anak-anaknya sama hari dengan pokok bunga susun kelapa pun cepat tumbuh dah merimbun. Pickerel weed seperti bunga susun kelapa sukakan banyak matahari cepat pertumbuhannya.
  Selasa lepas sudah dibotakkan pokok Crape jasmine nak berikan peluang kepada tumbuhan-tumbuhan yang menumpang di atasnya mendapat cahaya seperti pigeon orchid. Begitu juga memberikan cahaya kepada pokok-pokok renek di kelilingnya. Jangan risau sekali-sekala elok buat hard pruning nanti dalam 2 minggu sahaja keluarlah pucuk-pucuk baru seperti gambar di bawah. Bulan Julai lepas pun ada juga tukang kebun buat hard pruning nak bagi pencahayaan kepada ruang ini. Kalaulah anda ada pokok bunga susun kelapa yang dah matang degil tak nak berbunga sekian lama mabuk daun sahaja buatlah hard pruning, itupun bukan masalah tak cukup baja lagi tapi overdose baja jadi mabuk daun. Dekat Crape Jasmine ni jangan membazir baja, siram pun tak perlu kerap, water-wise plant.
 Sebab di bawah kanopi bunga susun kelapa yang dah mula merimbun sungguh sejak bulan lepas mengakibatkan pokok zinnia jenis lilliput (Zinnia elegans) menjadi zinnia renek sebab kekurangan cahaya matahari. Zinnia lilliput ni antara zinnia yang paling mudah untuk ditanam, kalau beginners in growing zinnia biasanya tukang kebun syorkan yang ini terlebih dahulu. Zinnia pertama tukang kebun tanam dulu pun ialah Zinnia lilliput pokoknya medium size dan bunganya saiz kecil mudah nak perlihara berbanding dengan zinnia yang kembangnya besar tapak tangan. Zinnia lilliput walaupun saiz kembang bunganya dikategorikan kecil berbanding dengan zinnia lain tapi kekadang satu pokok boleh berikan bunga single layer atau multi-layer. Biji benih zinnia lilliput yang disemai dalam gambar bawah sama dengan yang kami offer pada bulan July 2014 lalu (klik sini).
  Bunga Zinnia biasanya dalam 2 bulan dari semai dah mula berbunga. Masa dipindahkan ke kawasan ini masih cerah tapi dengan hujannya yang kerap, pokok-pokok besar di keliling makin bushy jadi makin lama makin kurang cahaya direct diterimanya. Zinnia lilliput kalau full sun pokoknya boleh berdiri tegak dengan sendiri sekurang-kurangnya 50cm. Tapi sebab dia kurang dapat pancaran cahaya direct, maka jadi renek bushy pula meleret ke tanah jadi nampak tinggi macam kitten si Tigger yang setia menemani tukang kebun. Tapi masih menambat hati tukang kebun suka tengok dekat tepi driveway sambil merempit naik motor hantar Ilhan pergi sekolah tengok kembang berseri-seri setiap hari sejak kembang 2minggu lepas. Sekarang pun kelihatan banyak bud-bud bunga muncul.  Supaya Zinnia Lilliput stay smiling lama season bunganya, maka dibotakkanlah si Susun Kelapa. Si Susun Kelapa ni masa musim kemarau dialah setia berbunga dengan lebat menceriakan kebun. So musim hujan ni kita bagi peluang bunga-bunga lain pula.

   Si Tigger and the rest of the geng mengucapkan jutaan terima kasih sebahagian dari Tabung Kebun Bahagia Bersama kiriman surat-surat pada 15hb Oktober 2014 allocate for cat food. Hujan-hujan ni asyik pusing kaki minta makan.

~ Crape Jasmine (Bunga Susun Kelapa) ~
1 pot RM7.

Sabtu, 30 November 2013

Bunga Susun Kelapa (Tabernaemontana divaricata)

 Pokok Bunga Susun Kelapa (Tabernaemontana divaricata) yang juga dikenali dengan Crepe Jasmine atau Pinwheel flower adalah pokok bunga yang tak berhenti-henti menghasilkan bunga sepanjang tahun. Baru-baru ini dibuat hard-pruning tapi belum sampai sebulan dah berbunga kembali. Pokok bunga susun kelapa setelah well-established atau matang tidak memerlukan banyak penjagaan sangat bahagia menerima cahaya matahari direct sepanjang hari. Dalam memori tukang kebun mengenai pokok bunga susun kelapa ni, on tukang kebun wedding day, pokok bunga susun kelapa menjadi penyambut tetamu sebab both of my parents berdiri sebelahnya menyambut tetamu yang datang ke rumah. Ianya juga sangat meriah berbunga on our wedding day sampai entah berapa kali photographer asyik ambik lokasi di pokok bunga susun kelapa untuk bergambar. Semoga forever di Kebun Bahagia Bersama masih menyambut tetamu yang datang ke rumah. Dah berbelasan tahun menjadi penyeri penyambut tetamu. 

~ Pokok Bunga Susun Kelapa/ Crepe Jasmine/ Pinwheel flower / Asian Rosebay (Tabernaemontana divaricata) .

1 pot RM7.00 (Enquiries kebunkmg@gmail.com) .