No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 3 Julai 2014

Biji benih segar Koleksi Zinnia Julai 2014

 Bulan June adalah musim bunga Zinnia di Kebun Bahagia Bersama walaupun kami dilanda musim kemarau. Yang paling menyerlah adalah pokok-pokok jenis Cactus Zinnia. Yang menariknya batch yang tumbuh kali ini adalah yang tumbuh sendiri dari biji-biji benih yang gugur sendiri dari pokok-pokok zinnia cactus yang tumbuh di lokasi ini sebelum itu yang musim bunganya juga pada musim kemarau sebelum itu. Anak-anak pokok cactus zinnia muncul pada awal bulan April lepas bila hujan mula bertandang sekali sekala selepas berbulan dilanda kemarau (klik sini). Dalam masa 2 bulan sahaja, ianya menjadi matang berbunga.
 Tukang kebun bahagia melihat pelbagai warna dari koleksi lepas muncul menghiburkan hati bila tahun ini kami mengalami musim kemarau yang kedua pula. Bernasib baik juga tukang kebun sebab tak perlu buat apa-apa semuanya hadiah dari mother nature. Cuma nasihat atau sekadar berkongsi pengalaman dari tukang kebun novice ini, kesilapan menyemai biji benih zinnia yang tukang kebun perhatikan ialah memberikan ianya banyak sangat air. Semai biji benih zinnia dan cosmos tanah kena poros tak simpan air banyak kerana biji benihnya nanti reput. Masing-masing mempunyai kaedah semaian, tapi bagi tukang kebun biji benih zinnia dan cosmos adalah bukan jenis pilihan kaedah nak rendam dalam air overnight. Dari pengalaman tukang kebun berkebun dalam cuaca tropika dan Mediterranean, tukang kebun perhatikan keperluan air zinnia adalah lebih kepada the dry side ke sederhana. Yang pentingnya zinnia juga memerlukan cahaya matahari untuk pertumbuhan yang baik dan menyerlah.
 Biji benih zinnia boleh tahan lama ya sekurang-kurangnya 2 tahun lebih jika disimpan dengan baik. Pokok zinnia adalah jenis pokok annual atau jangka hayatnya singkat. Bila dah banyak berbunga dan mula menghasilkan biji benih, pokoknya dah makin kurang tenaga dan hayat makin pendek. Jika di negara 4 musim biji-biji yang bertaburan di tanah pada musim luruh akan bercambah dengan sendirinya pada musim bunga akan datang apabila suhu tanah dah mula makin panas. Jika biji benih yang duduk atas tanah kena expose dengan cuaca yang pelbagai berbulan-bulan boleh bangun lagi bila suhu cuaca optimum + air hujan + cahaya matahari boleh bercambah dengan sendirinya mengikut rentak mother nature bermakna biji benih tumbuhan tersebut adalah jenis yang lasak. Cuma kita manusia yang buat error, kekadang overwatering, tak cukup pencahayaan, jenis tanah yang tidak sesuai dan lain-lain. Zinnia juga tak perlu tanah yang terlampau subur nanti dia mabuk daun sahaja. 
 Zinnia cactus untuk generasi batch tuai bulan June tempoh lalu dah out of stock (baru masuk senarai dah ada tuan-tuan barunya) tak sempat nak announce di blog. Kalau masuk dalam senarai mungkin ada limited sahaja dalam 2 minggu lagi tengah tunggu yang bunga-bunga akhir kering.

22 ulasan:

Shasrine berkata...

Cantiknya.. colorful. Tapi xde ruang for flowers as my garden space is very limited, so focus on plants yg boleh dimakan sahaja.

Julie22 berkata...

Cantiknya... :)

ct aju berkata...

cantiknya...nanti blh buat zinnia mini garden

Seri7ujuh berkata...

thanks for the tips. patutlah cambahan zinnia sy bantut n tak sihat...terlebih air n kurang cahaya. ingatkan time cuaca panas macam sekarang, kena letak kat tempat redup n siram selalu. kena semai semulalah jawabnya.

encik berkata...

ZINNIA LILLIPUT
La ni ker bunga zinnia,..mcm sama nama no tiket je ni..he he..kalau dapat tanam campur dan banyak, berwarna warni nampak meriah sejuk mata memandang mcm musim bunga...

suka suka berkata...

Zinnia dah tak menjadi dah kat sini..

Normala Saad berkata...

Cantik zinnia cactus ni..suka kak. Tapi malas nak order lagi sebab sekarang posa, nak balik kampung lagi..nak kena perkemas pagar2 dari Che Kam dulu..banyak benda nak kena dahulukan...

nadia rashid berkata...

Sy nak yg Zinnia Cactus color crim tu...kalau ada simpan kn sekali dengan Zinnia dahlia ni...mmg lah sebelum ni byk error buat...tp thn ni hapus berjaya tanam dgn jaya nya semua Zinnia Mixed dr KBB

Unknown berkata...

-Crinum-
Zinnia memang cantik bila kembang, tambah2 bunganye colorful....
Sesuai tanam berderet tepi pagar, cool je nampak.. buat peminat daisy, blh jadikan zinnia koleksi sampingan.... pasal diaorang ada chemistry dr segi rupe paras... *_^

gina marna berkata...

cantiknya...Diana, saya nak dua2 jenis tu yer. sblm ni tnm x pnh menjadi..x tau la apa mslhnya.

Unknown berkata...

Salam..sy duk cari benih bunga matahari ade xx....huhu

Unknown berkata...

Salam..benih bunga matahari ade jual x

Unknown berkata...

zinnia cactus-
saya peminat bunga daisy dan saya happy tiapkali daisy saya berbunga..dan kali ini saya rasa teruja nak cuba menanam spesis zinnia ni pulak bagi menyerikan tanam bunga mini saya..inshaallah..

TukangKebun berkata...

Dear Shas,

Takpe penuhkan dulu dengan edibles, nanti dah tau nak make the most of the space bagi banyak ruang boleh selit sini sana.

Dear Julie,

Menghiburkan hati di kala musim kering ni huhuhu...ada juga yang timbul sendiri.

Dear CT AJU,

Berangan-angan juga nak buat padang hehehe...

Dear Seri7ujuh,

Zinnia ni memang tak perlu banyak air dan baru bahagia kalau dapat kisses from the sun sekurang-kurangnya 6 jam dalam sehari. Biasalah semai benih ni kekadang ada trial and error. Itu kena semai sikit-sikit faktor sekililing juga memainkan peranan penting.

Dear Encik Buku (Zinnia liliput),

Hehehehe ya inilah bunga zinnia sama dengan nama di ticket :). Warnanya terang belaka dari jauh boleh nampak.

Dear Kak Mar,

Bulan June hari tu cuaca panas sangat. Tukang kebun bernasib baik sebab pokoknya tumbuh sendiri pada bulan April ada hujan sekali sekala bertandang jadi pembesarannya steady dan sempat nak matang sebelum kemarau balik. Zinnia memang masa awal nak cuaca ada hujan sekali-sekala. Cuma timing masa semai tu agaknya Kak Mar. Tak pe cuba lagi. Kalau awal-awal masa stage anak cuaca panas kering lama nanti dia 'bolting' baru kecik dah nak berbunga jadi cepat mati. Nak semai benihnya tunggu musim bila hujan kerap datang baru mudah juga.

Dear Kak Mala,

Elok kemas-kemas dulu, lagipun musim puasa dan musim raya mesti Kak Mala sibuk nak urus pelbagai.

Dear Nadia.

Memang menanam ni kita kena sediakan diri banyak trial dan error, dari situ kita tambah pengalaman. Kami pun tumpang bahagia tengok zinnia cactus sungguh meriah di taman Nadia. InsyaAllah kami simpankan Zinnia Dahlia merah tu untuk Nadia. Zinnia cactus tu dah bercampur jadi kira random tak pasti masa packing mana satu warnanya.

TukangKebun berkata...

Dear Nuriem Story,

Bolehlah bersama warnanya contrast. Menarik orang nak mai dekat pagar tengok warna-warni hehehe....

Dear Gina,

Takpe kali ini buat troubleshooting testing pelbagai trial dari segi cahaya dan air. OK simpan keduanya noted.

Dear Cahaya Nur,

Sekarang tiada fresh stock, InsyaAllah dalam 2 minggu kemungkinan ada biji benih matahari.

Dear Raiyan Jazlan,

Bolehlah tambah koleksi bunga di taman.

Ainn berkata...

Salam sis.. macamana nk order ya? Sy minat nk beli benih2 pokok ni


ainn84@gmail.com

TukangKebun berkata...

Dear Ainn,

Boleh hantar pesanan ke (kebunkmg@gmail.com). Ada beberapa jenis zinnia dalam koleksi kami sekarang.

Ainn berkata...

Yup.. sy dah tgk list benih yg available. . Rambang mata tgk.. hihi

budak baru belajar berkata...

Ada jual benih bunga daisy tak?

TukangKebun berkata...

Dear budak baru belajar,

Biji benih English Daisy ada stock.
Details email (kebunkmg@gmail.com)

Unknown berkata...

Ada lagi x benih zinnia ni... sy nak...

zawawizakaria@gmail.com

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Zawawi Zakaria.

Ada stock benih zinnia ini.
Sudah email details ke email.