Antara lilium longiflorum yang tukang kebun pernah tanam, baka yang berwarna putih ini paling tinggi. Sungguh tinggi ada lebih 80cm rasanya. Gagah lilium ini meninggi pada musim kemarau di lokasi terdedah pada full sun dengan paling banyak 3 kali seminggu disiram masa tiada hujan lalu. Tapi sayangnya bukan rezeki tukang kebun walaupun kudup bunga ada 2 tapi ianya tidak dapat kembang buka penuh dengan baik kali ini. Terima kasih kepada Gina tuan tanah 'Aku punya suke' berkongsi gambar bunga baka lilium yang sama mekar di kebunnya. Bolehlah bertandang ke kebun Gina secara cyber nak tengok natural beauty white heaven in full bloom. Memang tinggikan baka yang ini Gina. Terima kasih juga kepada DR. N di Saujana Utama berkongsi gambar baka yang sama dan tuan tanah 'My Mix Garden' memberitahu baka bunga jenis ini selamat mekar di kebunnya.
Masalah yang dialami kali ini ialah bunganya di hujung kelopak seaakan bercantum tidak dapat terurai dengan sendirinya membuatkan ianya tidak dapat kembang mekar. Tukang kebun ketika ini tak berapa pasti punca bunga tu terlebih malu nak mengembang. Tetapi tidak mengapa asalkan baka ini dapat menyesuaikan diri dan akan hidup di Kebun Bahagia Bersama selama-lamanya. There is always a next time. Lagipun Pink Heaven (bulatan oren gambar atas) di sebelahnya masih hidup menghijau dengan tukang kebun pasang harapan bawangnya sedang kumpul tenaga dan membesar sebelum ia layu yang akan memulakan kitaran hidup lagi sekali bila ia bersedia. Bunga white heaven bila dah layu akan dipotong supaya tidak mengganggu pembesaran bawangnya nanti. Pokok bunga lilium ini sekarang dikelilingi oleh pokok-pokok yang pandai-pandai tumbuh sendiri seperti ulam raja, cabai burung dan selasih. Antara tumbuhan yang memang tukang kebun tak perlu nak semai keluar macam rumput.
Bulan ini, bahagia hati tukang kebun bila ternampak ada anak-anak pokok zinnia cactus dan cypress vine timbul macam rumput dari biji-biji benih yang jatuh bertaburan sendiri.
Hujung minggu ini tukang kebun sibuk nak potong rumput nun di belakang kebun sana dah nak sampai lutut kalau tiada urusan lain. Segala pertanyaan mungkin lambat sikit tukang kebun reply kalau tak terbungkang. Hilang rasa penat kalau dapat baca feedback dan komen. Baru rasa ada motivation nak tulis sikit.
Eh ini warna kekuningan ke putih ya? Tukang kebun ni dah mula blur blur tengok warna. Tengah bekejar nak mulakan operasi memotong rumput. Have a lovely weekend with your love ones everyone.
Eh ini warna kekuningan ke putih ya? Tukang kebun ni dah mula blur blur tengok warna. Tengah bekejar nak mulakan operasi memotong rumput. Have a lovely weekend with your love ones everyone.
4 ulasan:
Lilium dicelahan ulam raja...indah padanannya.
cantiknya lilium ni, tahan panas ke pokok ni?
Diana..lilium ni kuning mcm sy punya ke? owhh yg pink haritu sy cabut pokoknya lps bunga layu..silly me.
Nasa Mulia,
Hehehe...macam keluar dari pokok ulam raja pula.
Sudais ~ Pokok baka ini nampaknya tahan musim kemarau lalu walaupun tidak kerap disiram.
Gina ~ Macam serupa warnanya berubah tengok waktu gambar diambil.
Tak pe kali ini biarkan sahaja potong je bunga yang layu tu.
Catat Ulasan