Musim kemarau yang dah lama tak dirasai seperti tahun ini ada hikmahnya. Walaupun semua kita ni gardeners mengomel-ngomel pasal air yang terhad dikenakan. Sejak tukang kebun balik setelah sekian lamanya tidak berbuah, akhirnya tibalah musim buah kuini di Kebun Bahagia Bersama. Sebelum ianya berbunga, tertanya-tanya gak pokok tinggi ni pokok apa dah setanding dengan pokok petai? Tapi takdelah tanya kat big boss tengok sendiri macam adik beradik pokok mangga. Hati seorang tukang kebun bertanya kenapa tinggi benar pokoknya, kanopi pun taklah bushy menghalang cahaya ke pokok-pokok lain. Siap ada sarang burung besar lagi di atasnya.
Bila ia mula berbunga di pertengahan musim kemarau mulalah rasa teruja nak tanya big boss. Big boss kata pokok kuini. Oh ya ke, double confirm dengan Tuan Tanah pun cakap kuini. Tuan Tanah ada balik malam Isnin lalu, katanya saiz yang buah kuini tukang kebun kutip jatuh sendiri hujung minggu lepas kecil dari biasa. Biasanya kalau buahnya menjadi 3 kali ganda saiznya kata Tuan Tanah. Pagi ini Tuan Tanah dah balik jadi tukang kebun kirim untuk big boss apa yang ada di belakang seperti buah kuini, limau kasturi dan lemon. Buah kuning telor yang banyak menguning tukang kebun kait untuk bagi makcik tukang kebun sebab setiap kali Tuan Tanah balik mesti ada beras kampung yang makcik tukang kebun sendiri tanam secara organik bekalkan untuk kami. Big Boss pun dah pesan kalau ada buah kuning telor yang kegemaran makcik Janet sedang elok setiap kali Tuan Tanah balik jangan lupa masuk dalam beg Tuan Tanah nanti bila balik kampung big boss boleh passing. Kait-kait buah kuning telor semalam. Big boss pula nak segala jenis citrus yang boleh dituai pula. Dengan pesanan 6 batang Frangipani Bali Blushing Red (nak pindah rumah punya planning tak lama lagi).
Tuaian dalam gambar no. 1 ialah pada hujung minggu lepas mana tukang kebun terdaya lepas potong rumput. Tangan dan Kaki dah rasa macam jeli berjalan-jalan dengan cepat kutip buah kuini, petik lemon, kuning telor, limau kasturi, belimbing buloh dan cili burung. Teringin nak makan sambal belacan kuini...kui kui kui.
Ini untuk generasi akan datang yang jaga Kebun Bahagia Bersama punya inventory lokasi nanti tak kenal mana satu pokok kuini macam care-taker sekarang. Sakit tengkuk nak mendongak tengok. Bila tengok buah yang banyak tergantung-gantung dari jauh asyik terfikir macam mana nak tuai panjat pokok tinggi kuini ni. Pastu rumput sampailah Sabtu lepas ada agaknya paras lutut. Pagi Ahad baru dear Hubby potong rumput kat bawahnya baru perasan yang rupa-rupanya ada banyak yang dah jatuh sendiri pun dari pokok. Adalah peluang juga nak merasa tak perlu panjat, tukang kebun kutip-kutiplah yang elok ada yang dah berbau harum menusuk kalbu. Gara-gara rumput panjang, tak perasan yang dah ada buah yang gugur. Nasib jugalah terlindung dengan semak buahnya jadi binatang-binatang tu pun tak perasan.
Kadang-kadang tukang kebun pun lupa yang berdekatan dengan pokok kuini berjiran dengan pokok bambangan yang juga setinggi dia (sebab ada beberapa pokok lain yang lebih rendah terlupa lak). Bilalah agaknya kau juga nak berbuah wahai bambangan?
Pokok kuini perlukan ada jangka masa di mana ianya mengalami musim kemarau baru nak berbuah. Wahai anak-anak bila ada kemarau luar biasa bolehlah look forward musim buah kuini ya. Tahun lepas tak de musim kering yang ketara jadi tak berbungalah dia. Untuk mereka yang di kawasan kebunnya kerap mengalami musim kemarau maka sesuailah mereka tanam pokok kuini. Pokok kuini adalah pokok nadir kita dan ianya perlukan masa kemarau yang amat nyata baru bangun nak berbuah. Pokok kuini adalah adik beradik mangga. Samalah sifatnya dengan mangga bila lama hujan tak datang akan membuat pokoknya teruja nak berbunga. Janganlah kau marah buah kuini kalau dia tak mau berbunga bila cuaca asyik basah sahaja walaupun banyak baja diberi. Di dalam Malaysia, di pelbagai lokasi taburan hujan juga amat berbeza, jadi ada kawasan yang amat sesuai (ada musim kemarau nyata), ada kawasan yang selalu basah payah nak berbunga.
Tukang kebun tak boleh angkat tangan sangat sebenarnya dari minggu lepas, muscle dekat belakang shoulder blade terkoyak gara-gara jatuh longkang. Bukan sebab gardening, sebab sejak berkahwin tak pernah tukang kebun bonceng motor. Sebab kereta banyak dalam workshop sekarang, pastu ada insan tu keluar berdating bawa kunci kereta sekali (temper tukang kebun max) jadinya kereta tak dapatlah mama Ilhan nak drive pergi ambil Ilhan di sekolah. Sebab kesiankan anaknya lewat ambil nanti keseorangan menangis-nangis terpaksalah mama dia kuatkan hati bonceng motor after almost 7 years tak pernah bawa. Entah bila balik lepas ambil agaknya nervous, kaki tu macam jeli terseliuh masuk longkang pastu badan terpusing macam nak breakdance nak tahan dari jatuh. Yang kelakarnya bukannya jatuh longkang dengan motor (like hubby thought tengok bila balik ada orang tu murung dalam bilik dengan ankle tercalar-calar), rupanya jatuh longkang kecik je termasuk kaki depan dapur lepas jemput Ilhan. Jangan gelak-gelak banyak sangat ya. Itulah kisahnya ada orang tu tengah injured terkoyak muscle tak boleh angkat tangan.
Makan sambal belacan kuini bersama-sama ulam raja, pucuk katak puru, pucuk asam gelogor dengan nasi panas tambah 3 kali. Kalau orang yang berdiet memang bahayalah. Sebab tukang kebun dah habiskan masa hampir setengah hari memotong rumput hujung lepas bolehlah lepas gian. Minggu ini dapur semerbak dengan buah kuini. Tak perlulah nak menyusahkan hubby panjat, Syukur Alhamdulillah yang buah gugur pun bolehlah kenyang perut.
Awal pagi Ahad lepas hubby dah ambil hati tukang kebun (tanpa permintaan) dah mula potong-potong rumput di belakang kebun sebelum tukang kebun paksa diri dan ganti dengannya after a few hours. Lagipun yang belah depan tukang kebun dah buat itu yang sakit muscle koyak tu datang balik sakit nak angkat tangan. Sebab mesin rumput tu menolak je, jadi tukang kebun kira bolehlah buat lagi. Kalau mencantas lagi banyak pakai muscle. Nak buat macam mana sakit mata tengok rumput yang dah panjang-panjang tu. Sikit lagi InsyaAllah hujung minggu ni projek potong rumput selesai untuk bulan ini.
10 ulasan:
sedapnya buah kuini bau harum semerbak...bila musim kuini mak bapak saya mesti masak pulut utk dimakan bersama kuini, dulu masa di kampung, pagi2 buta dah ziarah setiap pokok yg ada di kebun sebab nak kutip buah yg jatuh pd malamnya...petang2 raound sekali lagi...kuini mmg tak payah panjat akan jatuh sendiri...
Neighbour yg buka kedai makan kt sini pokok kuininya buah2 tengah bergayutan.. buahnya rendah lagi.. rasa nak booking kt dia dua tiga biji:)
Amboi sedapnya tengok sambal belacan kuinin Diana..dah rasa lapar nasi pula...
Alamak... rasa nak mkn sambal belacan kuini pulak sekrg... :D Sedapnya!
Terliurnya sambal kuini...sini x jumpa lg ni kuini
Pokok kuini kakak sy d kg pun tgh galak berbuah..mmg sedap n manis buahnya. Anyway moga cpt sembuh yer Diana.
Salam Diana,
Sedapnya sambal kuinin! Pucuk katak puru pun boleh buat ulam ya!
One of my favorite fruit too!
Diana, buah kuini ni mmg susah dpt kan..kalau dpt pun 1, 2 biji je...jadi dulu masa kecik2 disebabkan nak semua orang merasa mak saya selalu buat serawa kuinin..buat tu diracik kasar, campurkan santan segar bersama gula secukup rasa dan secubit garam...pastu letak dlm fridge sekejap bagi sejuk. Minum sejuk2...wah!!! Sedap!!! Masuk aroma kuinin dlm santan tu...
Nasa Mulia ~ Betul kata awak tak perlu kait tunggu buahnya jatuh sendiri. Sekarang ni pun boleh dikatakan setiap hari akan meronda di keliling bawah pokok kuini nak mencari buahnya lebih-lebih lagi bila malam sebelumnya hujan lebat. Belum merasa lagi masak pulut bersama kuini. Thank you for sharing.
Kak Mar ~ Booking cepat-cepat mana tau ramai yang dah buat reservation hehehe....
Kak Mala ~ Sekarang ni hampir tiap hari mesti ada sambal belacan kuini pembuka selera. Sementara masih season kuini bukannya selalu kan.
Ismail N ~ Bila dah lama tak makan sambal belacan kuini, terasalah berselera nak makan. Takut masa musim kuini makin tambah berat je hehehe...
Nadia ~ Mungkin belum musimnya di sana. InsyaAllah bila musim kuini mudah nak dapat.
Gina ~ Thank you for the wish. Balik kampung selalulah ni ya :).
Salam Mak Ajim
Ya pucuk katak puru boleh buat ulam. Siapa susah nak buang air kecil digalakkan kunyah makan pucuk katak puru.
Sali ~ Very rare and exotic ya!
Mochaholic Z ~ Ya sekarang ni memang susah nak dapat. Ramai generasi kita pun tak tahu buah kuini tu apa. Kalau tengok pun mungkin yang tak biasa ingat mangga, nasib baik baunnya lain.
Seronok mendengar cara mak awak buat mesti berebut-rebut nak makan/minum apatah lagi bila jarang sekali dapat makankan.
Wah nanti nak cuba-cuba gak bila ada yang dah ranum jatuh. Thank you for sharing your experience dear. Pertama kali dengar serawa kuinin sebenarnya.
Catat Ulasan