No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Hippeastrum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hippeastrum. Papar semua catatan

Isnin, 28 Ogos 2017

Cheeky Cashmere Bouquet

 Kawasan bersebelahan parkir belakang bulan Ramadhan lalu yang subur dengan pembiakan tumbuh anak-anak pokok Cashmere Bouquet dikemaskan. Sambil mencabut keluar pokok-pokok Cashmere Bouquet yang tak makan saman masuk territory pokok-pokok lain. Bila menarik keluar sepokok Cashmere Bouquet terkejut siap ada gugusan bawang-bawang gemuk tertarik bersamanya. Pandai Cashemere Bouquet ini menyisip celah gugusan bawang-bawang ini untuk membiak anak pokok yang baru. 

More info about Cashmere Bouquet (Click Here).
 Baru Tukang Kebun teringat semula yang kawasan ini memang dulu ada tumbuh pokok-pokok amaryllis. Ketika Tukang Kebun cabut rumpai kemaskan kawasan ini, bawang pokok bunga amaryllis warna salmon pink ini yang sedang tidur atau dormant. Banyak sudah bawang-bawang amaryllis membiak di sini dalam diam-diam. Sambil ragut rumpai banyak bawang yang tertarik keluar sekali.
 Apabila musim hujan tiba membasahi bumi yang telah lama kering bangunlah kembali bawang-bawang pokok bunga jenis amaryllis salmon pink ini untuk membuatnya teruja untuk berbunga setelah lama tidur.
 Pokok bunga yang berbawang lebih rajin berbunga pula ialah jenis bunga putih ini yang juga dipanggil Sacred Lily of Incas.
 Yang jenis ini jarang bawangnya duduk tido sentiasa evergreen dan juga tak fussy dengan pencahayaan. Boleh juga ditanam di tempat yang redup untuk pokok bunga Sacred Lily of Incas. Kalau pokok bunga amaryllis pink lebih suka kawasan yang bercahaya untuk berbunga lebih baik.
Special Saving Price for Sambutan Hari Malaysia until 30th September 2017: 
~1 pot Cashmere Bouquet plant for RM5.00 .
~ 4 bawang Amaryllis Salmon Pink for RM10.00 .
~ 4 bawang Sacred Lily of Incas for RM10.00 .

Ahad, 9 April 2017

Bawang Bakung dan Ubi Bemban

 Hanya untuk minggu ini sahaja kami supply bawang atau ubi untuk tanaman-tanaman berikut. Pesanan diterima sehingga hari Jumaat (14hb April 2017) dan akan dipos pada (18hb April 2017). Boleh juga self-collect hujung minggu depan sebelah pagi (14hb April 2017 hingga 16hb April 2017). Ada kuantiti yang terhad sahaja, first come first serve ya.

  Gambar pertama di atas ialah sejenis pokok bawang bakung/tembaga dalam keluarga Crinum.

 Jenis Crinum ini bawangnya boleh membesar menjadi lebih gemuk dari peha kaki supermodel.

  ~1 bawang Crinum RM15 ~

More info (click here).
 Jenis crinum yang gambar kedua ini pula bila kudup bunganya dah mula nak mekar standby masa senja nampak comel macam bunga tulis. Cuma saiz kudup bunganya lebih besar dari bunga tulip. Begitu juga saiz bawang dan tinggi tangkai bunganya pun boleh membesar berapa kali ganda dengan bunga tulip. Tambah menarik lagi jenis crinum ini mula mekar bunganya bukan lepas Subuh tapi nak masuk Maghrib. Yang sibuk kerja sebelah siang lewat balik rumah, masih boleh cuci mata sebelah malam.

More info untuk jenis crinum ini boleh refer posting sebelum ini (klik sini).

 ~ 1 bulb Crinum kembang malam RM15.00 ~

 Hippeastrum jenis 'Double Bloom' baka Tukang Kebun ambil dari Jepun pula ada 1 bawang sahaja offer kali ini yang lahir membesar di Kebun Bahagia Bersama.

 More info (click here).

~ 1 bawang 'Double Bloom' hippeastrum RM40 ~

  Balik dari kampung asal nenek (related posting klik sini), di Kiulu lewat petang ronda-ronda kebun Big Boss tengok ada pokok ubi bemban yang layu seperti gambar di atas menandakan isinya sudah boleh diambil. Tambahan pula di sebelah pokok layu atau induk di tepinya ada anak pokok ubi bemban yang sudah muncul menggantikan ibunya untuk menghasilkan ubi-ubi lagi kemudian. Gali keliling bahagian pokok induk yang telah layu tersebut, betul tekaan Tukang Kebun ada isi-isi ubi bemban yang boleh dibuat sup untuk meredakan suhu badan yang sedang panas. Gambar di bawah hasil yang dapat digali keluar dari pokok induk.

 Hujung minggu depan Tukang Kebun rancang nak mengemas Petak A hingga Petak D jika ada masa. Sambil-sambil itu bolehlah menuai stok ubi bemban yang ada di kawasan tersebut. Oleh itu, kami buka semula tawaran bekalan ubi bemban untuk yang berminat.

More info on Aru Root (Ubi Bemban) <Click Here>

~ 5 ubi bemban RM7.00 ~ OR
~ 1 plant RM7.00 ~

 Ubi kayu juga ada.

~ 3 kilogram ubi kayu RM5.00 ~



Ahad, 19 Februari 2017

Lepat Naga Ju

 Tiba-tiba rasa semangat nak menulis posting semula dalam bulan ini apabila terima email dari Sis Ju yang memberikan inspirasi dari Tukang Kebun terjebak dalam 'Writer's Block'. Bukan akibat 'Writer's Block' cuma tahun ini banyak benda nak tackle jadi tiada dapat meluangkan masa untuk menulis posting. Bila style menulis sekarang kalau ada posting berderet-deret consistent tiap hari tu pasti sudah auto-scheduled.
  Tukang Kebun rasa sungguh seronok terima email dari Ju yang kongsikan idea untuk cuba buat lepat dari buah naga. Terima kasih banyak-banyak Ju. Jika ada rezeki nak cuba juga nak ajar anak-anak pandai makan kuih tradisional ala-ala lepat. Anak-anak memang suka sangat makan buah naga fresh. Mungkin kalau Tukang Kebun cuba buat lepat buah naga yang warnanya juga amat menarik ini akan menimbulkan rasa nak makan kuih tempatan. Apatah lagi apabila tak perlu pewarna, natural colouring yang cantik. Bahan asas pun cuma 4 sahaja yang diperlukan seperti message yang diterima dari Ju di bawah ~ buah naga, tepung gandum, gula perang dan buah naga.


 Ada dua jenis keratan warna isi buah naga yang kami bekalkan iaitu putih dan merah (1 cutting RM10).

  Beberapa minggu ini banyak travelling, jadi kebun pun tak terurus. Sampai yang dalam pasu pun terbiar dengan rumput-rumput tumbuh macam pasu bunga hippeastrum atas terabai. Sikit lagi Tukang Kebun tak perasan yang ada bawang hippeastrum dalam pasu atas dah ada kudup bunga dah tak lama lagi nak mekar sebelum bertolak ke Johor bawa anak-anak bercuti (related posting klik sini). Cuma Tukang Kebun hairan kenapa yang dalam ini tangkai bunganya pendek sangat. Ingatkan tak cukup zat atau terbantut sebab rumput-rumput panjang. Nasib baik bila Tukang Kebun kembali semula ke kebun masih ada bunga terakhir yang masih kembang lagi, yang lain kembang dulu dah layu. Sempat juga nak tengok.
 Minggu ini baru nak semak balik jenis bunga hippeastrum mana yang buat pertama kali kembang tu setelah dah bertahun-tahun bela tak berbunga pun. Nak merungut pun taklah sebab tak pernah disiram masa kemarau dan makan pun tak diberikan. Patutlah daunnya dan tangkainya tak panjang macam yang lain sebab yang ini jenis hippeastrum 'sonatini'. Kelompok Sonatini ini memang lebih kecil saiz bunganya berbanding dengan jenis hippeastrum yang lain. Yang Sonatini ini namanya 'Lollipop' (related posting klik sini).

Selasa, 31 Mei 2016

Sabah Snake Grass

  Antara herba yang dimasukkan dalam senarai catalog bagi tahun 2016 ini ialah Sabah Snake Grass. Tidak berapa pasti betapa mujarab atau kesan penggunaan Sabah Snake Grass untuk melawan sel kanser secara klinikal. Tetapi ianya hangat dibicarakan mengenai keupayaan untuk menjadi penawar penyakit yang berat seperti barah. Daunnya juga boleh dicampurkan dalam masakan yang juga mempunyai penawar untuk masalah penyakit-penyakit lain juga.

~ 1 pot Sabah Snake Grass RM7.00 ~
  Yang menceriakan dan menemani anak-anak bermain di laman luar rumah permulaan cuti sekolah pertengahan tahun ini ialah jenis hippeastrum/amaryllis dinamakan "Double Bloom". Berlapis-lapis kelopaknya yang berwarna merah memanggil-manggil Tukang Kebun untuk membelek keindahannya.
  Hampir tidak disedari yang si "Double Bloom" bangun dari tidur tahun ini. Dah kembang mekar penuh baru perasan kelibatnya apabila melihat dari jauh apa yang merah menyala di kawasan yang amat jarang dikemaskan ini. 
  Infinity terima kasih kepada Sis Azreeny yang memaklumkan jenis-jenis bunga di bawah ini yang asalnya dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama pada tahun ini tidak putus-putus berbunga memeriahkan taman Sis Azreeny di Sarawak. Syukur Alhamdulillah, Team Members Kebun Bahagia Bersama dapat tumpang bahagia melihat perkongsian gambar-gambar yang dikirimkan oleh Sis Azreeny. Jenis bunga bawang hippeastrum/amaryllis Equestre Salmon Pink ini begitu meriah dan merimbun menceriakan kebun sis Azreeeny. Pokok bunga hippeastrum jenis ini, syukur Alhamdulillah tahun ini memang amat rajin berbunga di merata-rata Malaysia.

~ 1 bawang bunga hippeastrum Equeestre Salmon Pink RM8.00 ~
  Anak pokok Drunken Sailor yang dikirimkan secara moist bare-rooted atau tanpa tanah 2 tahun lalu ke kebun Sis Azreeny di Sarawak pada tahun ini tidak putus-putus meriah berbunga. Pasti kawasan berdekatan rimbunan Drunken Sailor ini semerbak baunya terutamatanya pada waktu malam boleh memabukkan. Bahagianya hati melihat pertumbuhan bunga Drunken Sailor yang selamat dikirimkan kepada Sis Azreeny. 
  Yang berminat untuk menanam pokok Drunken Sailor untuk bulan Jun 2016 ini, kami dapat bekalkan secara moist bare-rooted sahaja (jimat kos penghantaran untuk Sabah/Sarawak). Yang dah siap dalam bekas belum dapat dibereskan lagi. Anak pokok Drunken Sailor yang dikirim sudah mempunyai akar untuk memudahkan ianya tumbuh berbanding dengan keratan.

~ 1 anak pokok drunken sailor moist bare-rooted RM8.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

~1st/2nd/3rd/4th/5th/6th June 2016 Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

Sabtu, 7 Mei 2016

Iris Tropika Suka Jalan -Jalan

  Jenis adik-beradik Iris yang bersesuaian dan mudah untuk tanam di kawasan tanah rendah tropika adalah jenis yang dipanggil walking iris. Yang berwarna kuning lebih mudah dibela berbanding dengan warna lain.  Untuk novice gardeners di tanah rendah Malaysia ini yang dah lama berangan-angan nak tanam iris, Tukang Kebun lebih recommend ambil pengalaman tanam jenis walking iris ini terlebih dahulu. Jika walking iris ini ditanam di kawasan tanah rendah tropika bila dah well-established bak kata orang Eropoh atau dah tumbuh subur di situ dah masuk dalam golongan 'hard to die plant'. Tambahan pula pokok ini bila dah well-established adalah drought-hardy plant. Tahan dengan perubahan cuaca tropika sepanjang tahun.
 Seperti kebiasaan jenis pokok-pokok iris lain yang ada rizom, yellow walking iris juga ada rizom walaupun taklah sebesar rizom German Iris/tall bearded Iris. Atas sifat tersebut juga, rumpunan-rumpunan pokok walking iris bunga warna kuning ini di Kebun Bahagia Bersama kami tak perlu siram langsung regardless tengah kemarau panjang. Pokok yellow walking iris yang menariknya boleh sesuaikan diri untuk hidup dalam penerimaan cahaya matahari yang banyak hingga ke kawasan redup. Sepanjang tahun hijau sahaja daunnya kecuali ada kemungkinan yang kesan terbakar daun jika musim panas bahang diletakkan di tempat sepanjang hari terima cahaya terik. The best spot will be kawasan yang masih menerima pancaran matahari macam samar-samar takdelah redup sangat seperti gambar No.2 di atas. Kalau dalam landskap amat sesuai ditanam juga berdekatan dengan kolam atau air.
  Pokok walking iris warna kuning ini boleh juga hidup dalam pasu. Ianya juga boleh dijadikan pokok hiasan dalam rumah. Kalau nak ceriakan ruang tamu atau tandas anda, boleh juga hiasi dengan pokok bunga kuning yellow walking iris. Kalau dalam cuaca tropika ini, Tukang Kebun perhatikan musim bunga kuning walking iris ini ada beberapa kali rajin mood berbunga. Lebih meriah berbunga masa musim hujan ada juga, suka agaknya bila dah lama tak dapat siraman air. Untung orang duduk tropika ini dapat tatap banyak kali bunga kuning walking iris  berbanding dengan kawasan 4 musim. Kalau kawasan 4 musim tu, cuma sekali sahaja musim berbunga bearded iris atau German Iris dan Fairy Iris itu sepanjang tahun (you see it only once a year).
   
  Sebenarnya pesanan untuk pokok yellow walking iris di Kebun Bahagia Bersama trend tahun ini, Tukang Kebun tengok penerimaan banyak dari Borneo. Jadi untuk menjimatkan kos penghantaran, bagi bulan Mei 2016 ini, kami tawarkan pokoknya dalam bentuk moist bare-rooted tanpa tanah. Mudah sahaja penjagaannya, bila terima tanam bahagian yang ada akarnya dalam tanah dan siram setiap hari. Letak di kawasan penerimaan cahaya samar-samar supaya pertumbuhannya lebih cepat berbanding dengan kawasan yang redup. Biasanya untuk pokok yang daunnya tinggi lampai dah tinggi akan ditrim semasa persiapan penghantaran. Lebih baik ditrim sebelum ditanam di tempat baru untuk moist bare-rooted, supaya pokok tak habiskan tenaga kepada daunnya tapi memulakan kehidupan yang baru dengan bagi kerja atau lebih tenaga kepada akarnya untuk settle down first. InsyaAllah cepat semula pokoknya menyesuaikan diri semula di rumah baru.

 Cuma Tukang Kebun tak berapa nak galakkan mulching keliling pangkal pokok bunga yellow walking iris ini terutamanya musim hujan. Sebab kalau lembap sangat nanti takut diundangnya red mites ke akar yellow walking iris. Jadi biarkan pangkalnya terdedah with good air circulation without the use of mulch.

  Untuk bulan Mei 2016 ini, ada promosi 3 moist bare-rooted plant yellow walking iris for RM10.00 (promotion valid only for Mei 2016).

   Syukur Alhamdulillah nampaknya banyak bawang-bawang hippeastrum yang dah bangun dari tidur dan mekar hujung minggu ini sebagai contoh gambar di bawah dan di atas. Terima kasih banyak-banyak juga kebelakangan ini mendapat khabar berita dari gardeners lain yang pernah mendapat bekalan bawang hippeastrum dari Kebun Bahagia Bersama juga telah dapat tatap bunganya. Siap ada bawang bunga hippeastrum kami lupa tanam dah terbabas berbunga tanpa tanah pun.
  Tidak ketinggalan juga pokok orkid pink Trumpet's Player pun ada yang berbunga hampir tak perasan sebab terlindung dengan daun-daun anggur.

  Untuk bawang hippeastrum yang warna peach atau salmon pink seperti gambar No.3 sahaja available sekarang untuk dibekalkan. Freshly dug out from Kebun Bahagia Bersama. Untuk bulan Mei 2016 ini, promosi 2 bawang hippeastrum warna salmon pink ini for RM10 (tawaran sah untuk bulan Mei 2016 sahaja).

Selasa, 23 Februari 2016

Fish Poop Fertilizer

  Tumpang Bahagia melihat progress kebun Gardener William di Seri Kembangan. Nampaknya dah bertambah ruang untuk Gardener William berkebun, negotiate with Sister in-law yang lebih berminat dengan pokok hiasan. Dahulu Gardener William mulakan projek berkebun secara aquaponic di balcony garden. Nampaknya sekarang dapat meluaskan kebun di belakang rumah untuk menanam dan menternak edibles. Sebelum ini Gardener William ada berkongsi dengan kita konsep-konsep dan cara-cara untuk mulakan basic aquaponic yang boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

  Yang gambar No. 1 sebelah kiri di atas adalah 3 pokok-pokok bendi yang ditanam dalam botol minyak masak dikitar semula. Punyalah tinggikan pokok bendi Gardener William yang disiram setiap hari dengan air kotoran (fish poop) dari ikan-ikan keli di tong biru di bawahnya. Ada kitaran di situ di mana apabila kita cedok air yang bahagian banyak fish poop ke dalam tanah botol tersebut, tanah itu akan berkelakuan seperti filtering dan air lebihan akan masuk semula ke dalam tank ikan. Jadi tiada pembaziran pengaliran air lari ke mana-mana. Ada 5 ekor ikan keli dalam tank biru tersebut. Nanti ikan keli dah besar bolehlah makan ikan keli pula kan.

  Yang gambar No. 1 di sebelah kanan pula adalah pokok terung panjang tanam dalam pasu. Tank biru di bawah adalah percubaan Gardener William membela 2 ikan koi. Hasil terung bolehlah masih ada walaupun fish poop quantity kurang berbanding dengan percubaan bendi. Mungkin boleh campur ikan koi dengan ikan kaloi? Di Kebun Bahagia Bersama ada kolam berenang-renang ikan koi den kaloi Sabah. Bagus konsep ini sebab ruang yang digunakan adalah productive. Kita boleh dapat hasil tumbuhan dan daging serentak pada ruang yang sama. Sebab kiranya ruang yang dipakai adalah berlapis, bahagian atas untuk sumber makanan tumbuhan manakala di lapisan bahagian untuk sumber protein daging. Double happiness.
  Gambar No. 2 di atas ini pula adalah pokok terung yang mirip dengan jenis terung listada yang telah membuahkan hasil yang banyak setelah gardener William tunggu hampir setahun. Awal-awal banyak bunganya tapi tak melekat buah. Dah rasa nak buang je, bagi tempoh lagi sebulan, kemudian pokoknya tak putus-putus menghasilkan buah terung. Dapatlah makan kari ikan terung listada. Lepas ini moga gardener William dapat masak kari ikan kaloi dan terung dari hasil kebunnya. Dah macam cerita bawang merah dan bawang putih.
  Minggu lepas musim bunga hippeastrum yang warnanya memang sebijik macam isi keledek manis oren. Cuma asyik terlupa nak ambil gambar kembangnya waktu siang, jadi warna yang diambil pada waktu malam dengan flash tidak dapat menunjukkan warna sebenar bunga. Memang cantik warna orennya dan yang ini jenis kembang bunganya amat besar berbanding dengan yang jenis Amaryllis equestre (klik sini) atau Mrs. Garfield (klik sini).

  Mula-mula Tukang Kebun tak rancang nak beli pun bawang hippeastrum ini, cuma ingat nak beli rizom kantan yang dipesan oleh Big Boss. Tetapi makcik favourite husband di Tamu Tamparuli (related posting klik sini) yang biasanya berbaju pink minta ambil semua hasilnya yang belum terjual lagi. Tukang Kebun teragak-agak nak ambil sebab takut di kebun sendiri pun dah banyak ditanam. Sebab takde gambar jadi bila ditanya makcik baju pink kata warna oren macam keledek manis tu. Nasib juga Tukang Kebun borong semua memang warna ini masih belum di koleksi Tukang Kebun.

  Yang batch bulb crinum Tukang Kebun offer dulu (related posting klik sini) juga adalah dari kebun makcik baju pink tersebut. Tak sampai hati nak ditolak jadi borong jelah semua bibit tumbuhan yang belum terjual lagi. Jadi lepas beli hampir dah nak masuk 3 bulan, Tukang Kebun biarkan bawang hippeastrum tersebut air-dry di dry kitchen dalam keadaan samar malap dengan plastik terbuka. Sampai berapa kali juga Big Boss ingatkan masih ada benih terbiar dekat dry-kitchen dia. Jadi masa persiapaan balik Tahun Baru Cina, bila Tukang Kebun intai sekali dah ada bawang yang tumbuh tangkai bunga panjang seperti gambar No. 3 di atas. Apalagi terus bagi Big Boss untuk tanam sampailah ia kembang.

 Ya bawang hippeastrum ini tak perlu siram banyak sebenarnya lepas tanam dalam tanah biarkan sahaja ianya terdedah dekat panas, berikanlah kerja menyiram tu dekat mother nature. Hippeastrum ini sebenarnya suka ada season kering di mana bawangnya duduk tido dalam tanah, nanti musim hujan bangunlah ia semula. Jika sentiasa basah atau bawang yang digali keluar tidak dikeringkan betul, bawangnya akan mudah berkulat. Begitu juga jangan sekali direndam bawangnya lama-lama dalam air sebab tak sabar nak suruh ianya berbunga nanti mudah reput dan dijangkiti kulat. 

Ada limited jenis bawang hippeastrum ini untuk di offer.

~` 1 bawang hippeastrum bunga oren RM7.00 ~

Self-Collect Schedule This Week:

27th/28th February 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Guthrie corridor highway).

Jumaat, 11 September 2015

Here Comes Hippeastrum

   Tahun ini rajin juga keluarga amaryllis berbunga cuma Tukang Kebunnya tak sempat nak tatap belai atau gadget ambil gambar tiada di sisi. Sebagai contoh jenis amaryllis di atas dah pun berbunga sekurang-kurangnya 2 kali rasanya tahun ini. Tahun lepas pula merajuk tak berbunga langsung. Mengejutkan Tukang Kebun rajin pula dia nak berbunga tahun ini. Untuk peminat bunga amaryllis yang ingin menambah koleksi bulan ini, Kebun Bahagia Bersama buka pre-orders untuk bawang amaryllis seperti di bawah. Tarikh tutup pesanan pada 22hb September 2015. Pembayaran diterima sebelum 26hb September 2015. Penghantaran minggu ke-2 bulan Oktober 2015.
   1 bulb Devil Smile RM50.00.
Kelopak bunganya bentuk heart-sharp, biasanya runcing.

Gambaran mengenai Devil Smile boleh intai di posting sebelum ini (klik sini).

 1 bulb Double Ribbon RM50.00.
Jenis bunga besar dan kelopak berlapis.

 1 bulb Tenshi no Ekubo RM50.00.

1 bulb Momo no Sato RM60.00.
 Yang biasa dilihat corak ini warnanya merah terang, yang ini macam pinkish sedikit dengan kelopak di belakang ada jaluran berwarna putih.

1 bulb Shiroi Harukaze RM80.00.
 Bentuk bunganya seperti bunga Lilium. Depan kelopak warna putih suci. Manakala belakang kelopak berjalur merah. Walaupun bunganya putih, bud bunga warna merah. Biasanya bud bunga warna hijau.

Nak cuci mata lagi boleh tatap dalam posting sebelum ini (klik sini).

1 bulb Hajirai Sugata RM60.

Nak tengok 360 degree pandangan jenis ini boleh tatap dalam previous posting (klik sini).

1 bulb Hatsukoi Mitai RM60.00.
Mirip macam Hajirai Sugata tapi ada sedikit jalur kemerah-merahan di hujung kelopak.

1 Bulb Double Hallelujah RM60.00.
Bunga kelopak berlapis warna putih dengan ada jalur-jalur merah di tengahnya.

Double Top White RM50.00.
Bunga warna putih berlapis-lapis.

 1 bulb Trumpet Angel RM50.00.
 Rupa bentuknya macam bunga lilium berwarna putih jenis Trumpet Lilium.

1 bulb Evening Butterfly RM80.00

Cerita Evening Butterfly boleh baca di posting sebelum ini (klik sini).

1 bulb Flamingo Spider RM200.00.

 Yang ni jenis hippeastrum adik beradik sama dengan Evening Butterfly yang macam rama-rama, bak kata orang Peranchis "Pappilon". Bentuk dan warna bunga sangat unik.

  Setiap jenis ada bilangan limited. Priority untuk gardeners yang reserved dulu.

Khamis, 27 Ogos 2015

3 in 1 Rojak Container Gardening

   Salah satu jenis bunga bebawang hippeastrum yang amat mudah dan serasi tumbuh di tanah rendah Malaysia ialah jenis hippeastrum roseum seperti yang ditunjukkan dalam posting hari ini. Berbanding dengan jenis hippeastrum lain yang jenis ini lebih rajin berbunga mengikut perubahan cuaca di keliling kebun secara semula jadi dengan penerimaan taburan hujan sepanjang tahun. Sesiapa pun boleh sahaja tanam bunga jenis bebawang ini kerana ianya tidak memerlukan ruang yang banyak untuk ditanam. Boleh sahaja tanam dalam bekas yang besar sikit sahaja dari saiz bawangnya. Bila dah rasa padat sangat bekasnya boleh sahaja upgrade ke bekas yang lebih besar sikit kemudian. Kitar semula air botol 1.5 liter untuk tanam bawang hippeastrum juga boleh. Yang penting nak pastikan ada lubang ditebuk di bawah botol untuk pengaliran air yang baik tidak bertakung, sebab bawang hippeastrum ini tak suka duduk dalam air lama-lama nanti reput membusuk. 

Maklumat lanjut mengenai hippeastrum roseum boleh dibaca di posting sebelum ini (klik sini).

Promosi bawang/bulb hippeastrum roseum sehingga penghujung bulan September 2015:

~ 4 bawang hippeastrum roseum , 1set untuk RM20.00 (Jimat RM12.00, biasa harga 1 bulb RM8.00) ~
  Cuaca bulan Ogos 2015 ini nampaknya ada beberapa sudut dalam Kebun Bahagia Bersama di mana hippeastrum roseum menghuni nampak bahagia mulakan musim bunganya. Salah satunya bawang-bawang hippeastrum yang berkongsi pasu dengan pokok bunga kemunting cina serta anak-anak sayur daun Jepun Mizuna.
  Pasu pun tak besar pun lebih kurang 30cm diameternya. Dalam tanah pun rasanya tak lebih 20cm. Tapi ada sekurang-kurangnya 3 jenis tumbuhan dapat jadi house-mate. Untuk yang ruang terhad bercucuk tanam bolehlah have fun cuba pelbagai gandingan kongsi pasu untuk rasa peluang dapat tanam pelbagai jenis tumbuhan tak terbatas. Untuk bulan ini nampaknya yang masih bahagia berkongsi sepasu ialah beberapa bebawang hippeastrum roseum, sepokok kemunting cina putih dan anak-anak sayur daun mizuna.
  Nampaknya bukan sahaja anak-anak pokok Mizuna yang bahagia tumbuh tapi rumpai pun sudah tonjolkan diri. Seperti sayur sawi, sayur daun Mizuna juga ada pelbagai jenis. Dari bulan lepas kami membekalkan jenis Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜). 

Maklumat lanjut mengenai sayur daun Jepun Mizuna boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).

~ 1pek Mizuna SenSujiKyou (千筋京水菜) anggaran 50 biji benih harga RM1.00 ~
  Sebenarnya pokok kemunting cina atau lebih glamour dipanggil vinca juga amat sesuai di tanam dalam pasu ataupun hanging basket. Jika dibandingkan dengan petunia yang lebih popular ditanam dalam pasu gantung, kemunting cina juga amat sesuai dengan cuaca tanah rendah Malaysia. Sebab kemunting cina lebih tahan lasak dan keperluan airnya tidak sedahaga petunia. Di dalam gambar kurang jelas, tetapi sebenarnya kemunting cina putih yang tumbuh dalam pasu tersebut sebenarnya pasunya bukan di atas lantai tetapi di atas para. Jadi kemunting cina putih yang berbunga banyak tersebut nampak terbuai-buai.

Rujukan kemunting cina putih (klik sini). 
<Anggaran 100 biji benih dalam 1 pek RM3.00>

Jika nak tukar selera dengan kemunting cina mata merah yang juga tahan panas boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).
<Anggaran 25 biji benih dalam 1 pek RM3.00>
 Fresh produce yang available long weekeng ini ialah :

~ Ayam kampung sudah diproses  RM25.
~ Ayam daging KFC organik sudah diproses RM35.
~ Telur ayam kampung sebutir 50sen.
~ Telur itik sebutir 70sen.
~ Isi kelapa parut sebiji RM1.
~  Ubi kayu sekilogram RM2.

Gardeners yang ingin memesan tanah bakar juga InsyaAllah sekiranya cuaca mengizinkan, sebeg RM5.00 .

Self-Collect Schedules This Long Weekend:

~ Sabtu pagi, 29hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ Ahad pagi, 30hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh.

~ Isnin pagi, 31hb Ogos 2015 antara 9:00AM~9:30AM di Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak. Sungai Buloh.