Menghiburkan hati tengok bunga Gloriosa Lily 'Rothchildiana' kembang di Kebun Bahagia Bersama apabila sebulan lebih menanam ubinya cepat pertumbuhannya dan berbunga. Gloriosa Lily juga dikenali sebagai Flame Lily atau Fire Lily berasal dari benua Afrika adalah tumbuhan yang jenis memanjat tetapi mempunyai batang yang bukan keras. Tendril halusnya cekap menangkap pokok-pokok di sebelahnya untuk memberikan peluang baginya memanjat.
Bunganya bersaiz besar bila dibandingkan dengan pokok bunga ixora yang tumbuh berjiran dengannya. Sebesar bunga lilium. Pokok bunga gloriosa lily kebiasaannya berbunga pada musim hujan dan adalah dormant semasa musim kering.
Pelbagai angle bunga gloriosa lily yang kembang.
Ini koleksi peribadi tukang kebun, pokoknya pun masih muda lagi.
Minggu depan, InsyaAllah tukang kebun planning pergi ke Sunway pyramid. Sekiranya ada gardeners yang tinggal berdekatan di kawasan Sunway dan ingat nak pick up sendiri barang yang besar atau fresh yang tidak dapat dihantar melalui pos seperti pokok frangipani bali dan kelapa atau pokok-pokok lain bolehlah make a date dengan tukang kebun di Sunway Pyramid. Tukang kebun tak tetapkan hari lagi tapi hari kerja dan waktu kerja. Boleh discuss di email (kebunkmg@gmail.com) .



