No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 17 Mac 2013

Pokok Kemboja Bali Putih Kuning

 Pokok kemboja yang warna putih berpusat warna kuning ini adalah baka pokok bunga kemboja yang dibawa balik dari Bali oleh Tuan Kebun Bahagia Bersama. Ini adalah antara pokok baka kemboja kesayangannya di kebun semasa tripnya ke Bali setiap tahun dahulu untuk mencari barang stok kedai landscape design Bali-nya terletak di antara nursery-nursery Sungai Buloh ini. Pokok kemboja tidak memakai banyak ruang di kebun dan mudah tumbuh dengan sendirinya tanpa penjagaan yang banyak.
 Sehingga bulan lepas, tukang kebun tak perasan yang banyak keratan pokok bunga kemboja kuning disandarkan ke pokok jambu walaupun kerap kali tukang kebun lalu kawasan ini setiap hari...mmm...dah perasan tapi tak sempat nak membelek. Bila perasan keratan pokok bunga kemboja ini dah berbunga seperti gambar di bawah. Tuan Kebun Bahagia Bersama pun dah lupa yang dia ada kumpulkan keratan pokok ini. Semasa Tuan Kebun Bahagia Bersama ada kedai dahulu, ini adalah stok untuk permintaan dari pelanggan kedainya dahulu yang kebanyakkannya adalah landscaper untuk taman jenis ala-ala Bali. Bila tukang kebun belek-belek keratan bunga kemboja kuning tersebut ada bermacam-macam saiz dan kebanyakkan sangat tinggi dah sama saiz pokok-pokok di rumah pula. Seperti di dalam gambar dah ada yang lebih 2 meter. Kebanyakkan keratan pokok kemboja ini sudah tumbuh pucuk daun yang baru dan dalam keadaan sesuai untuk ditanam kembali di tanah. Bagi gardeners yang baru pindah rumah ke rumah baru, nak cepat penuhkan laman dengan bunga-bungaan amat sesuai untuk merasmikan laman anda dengan pokok kemboja ini. Instant garden tak perlu tunggu dengan lama, untuk tunggu pokok kemboja tinggi.
 Pokok bunga kemboja ini yang biasa dilihat di Bali yang digunakan untuk pelbagai cara dalam kehidupan budaya di Bali. Pokok bunga kemboja ini juga wangi. Tukang kebun suka petik-petik bunganya sambil tuai hasil dari kebun. Pokok bunga kemboja mudah hidup kerana tak perlukan banyak air. Kalau banyak air bertakung, batang dan akarnya mudah reput. Tuan Kebun Bahagia Bersama suruh tukang kebun tanam balik selit di mana-mana dalam kebun kalau tak tahu nak buat apa-apa dengan keratan tersebut. Tukang kebun tengok setiap ceruk dekat dalam kebun dah ada pokok bunga kemboja ini. Tapi boleh saja nak di selit sini sana. 

 Sementara tukang kebun masih sibuk dengan agenda lain yang lebih top priority dalam kebun, tukang kebun buat tawaran untuk keratan pokok frangipani kuning putih ini sementara stok masih ada.

Kurang 30 cm keratan pokok frangipani kuning putih = RM10.

Penghantaran boleh dibuat kurang 5 km dari Kebun Bahagia Bersama dengan caj penghantaran RM5 flat delivery cost dengan gabungan pesanan-pesanan yang lain.
Untuk maklumat selanjutnya email (kebunkmg@gmail.com).

16 ulasan:

zamzurina zulkafli berkata...

pokok kemboja ni kalau tanam boleh buat trelis pokok. nak tanam tp x tahu nak tanam kat mana dah....

@na berkata...

salam diana...suka bunga yg wangi2..kat rmh kami cuma ada kemboja merah tp tk wangi..

YuS berkata...

D bile lg D akan ke klia ye? Yus nak beli laaa keratan bunga kemboja bali nih? Suke sgt

Nitesky berkata...

saya minat nak order untuk pos

TukangKebun berkata...

Zamzurina~ Pokok kemboja tak bushy jadi senang nak selit dekat mana-mana. Juga tak menghalang cahaya matahari. Mama Tukang kebun pi sandarkan batang dragon fruit dekat pokok kemboja dia.

@na~ Kemboja ni selalu diambil untuk sembahyang dekat bali.

Yus~ Tak taulah bila pergi KLIA lagi. Asyik terperap balik kat rumah ni ;). Yus mai rumahlah.

Nitesky~ Tukang kebun akan ambil keratan batang yang sizenya boleh dihantar dan cure dulu luka keratannya sebelum dipos. Bila dah ready tukang kebun inform.

zamzurina zulkafli berkata...

ok. saya nk la satu yg boleh pos

TukangKebun berkata...

Dear Zamzurina tukang kebun akan prepare for you too.

zack berkata...

Lokasi mana ni nak beli?

zack berkata...

Mana bole beli dan ambil?

TukangKebun berkata...

Zack kami di Sungai Buloh. Dekat dengan exit Lebuhraya Guthrie ke Kepong/Sungai Buloh.

Ezza Aziz berkata...

bole tnm dlm pasu x?ala2 bonsai je??mood cam ada kt bali bila tgk bunga ni ;)

TukangKebun berkata...

Boleh aje tanam dalam pasu Ezza Aziz buat macam bonsai. Rasa relax sikit lepas kerja nanti berbunga bolehlah ambik buat mandi bunga ala-ala spa. Tanam dalam pasu pun tak perlu siram selalu seminggu 2~3 kali already sufficient.

Shahrul Azim berkata...

Di mana sy blah membeli ye..

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shahrul Azim.

Jika keratan boleh dipos.
Kalau nak dah tinggi boleh self-collect hujung minggu di Sungai Buloh.
Further detail email to (kebunkmg@gmail.com).

Cikrumah berkata...

assalam diana..pokok sy sejak beli lg terbeli yg ada penyakit..daunnya ada bintik2 perang kehitaman..x hilang2 macaman nak baikkn ye..x pndai beli..pakai beli je

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Cikrumah,

Kalau frangipani daunnya bintik-bintik kami buang je daun semuanya.
Atau nak senang kami pruning terus batangnya yang effected.