No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Sunflower. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sunflower. Papar semua catatan

Sabtu, 19 Disember 2020

PKPB Rayyan dan Abbiyana's Direct-Seeded Sunflower

Teringin nak simpan kenangan Rayyan dan Abbiyana tanam sendiri biji benih bunga matahari yang berjaya hidup dengan subur dan mekar semasa PKPB. Sempatlah mereka tengok sendiri bunga matahari yang ditanam oleh mereka mekar dan banyak lebah hinggap di bunga matahari yang mereka tanam sebab kami PKPB di Teratak Kiulu Lodge. Bunga matahari ni Rayyan dan Abby tanam semasa fasa PKPP semasa singgah melawat atuk dan nenek di kampung. Biji benih bunga matahari tersebut ditanam secara semaian langsung di tanah yang tidak memerlukan proses pemindahan anak pokok.
Semasa PKPB ini ada juga anak-anak ni tengok cara sembelih ayam sehingga cabut sendiri bulu ayam yang dikongsikan di video di bawah. Anak-anak mohon simpan resepi sos cili nasi ayam yang Tukang Kebun buat kali ini tanpa menggunakan cuka, tapi salah satu bahannya menggunakan 1 saiz jumbo buah limau telur buaya sebagai pengganti bersama gula batu perang. Sebab sampai atuk Abby pun puji sedap dari kedai hahaha...tahan lama juga disimpan dalam peti ais dan dipanaskan sekali sekala masa nak gunakan semula untuk dijadikan sos masakan lain bersama. Dah 2 minggu masih elok simpan dalam peti ais lebihannya.

Bahan - bahan Sos cili Nasi Ayam yang dikisar bersama:

Setengah labu bawang putih saiz besar.
10 biji cili merah besar
1 biji saiz tomato besar
perahan jus 1 jumbo saiz buah limau telur buaya.
kalau nak pedas sikit tambah 5 cili pedas

Kemudian, panaskan kisaran tersebut dan masukkan 1 genggem gula batu perang
Garam ikut cita rasa.

Dah mendidih masak dan gula batu larut. 
Boleh terus dihidangkan.
 

Rabu, 29 April 2015

Pink Flush Portulaca

  Salam Bahagia semua minta maaf cuaca minggu ini sedap buat kerja dekat luar jadi Tukang Kebun banyak meluangkan masa di luar semenjak kebelakangan ini jadi snail mail reply ya. Kalau yang memakai yahoo email kekadang bermasalah tak sampai ke Tukang Kebun. Harap cuba hantar email lagi sekali kepada Tukang Kebun ya. Cuaca yang kurang panas berbanding minggu-minggu lain memudahkan kerja propagation. InsyaAllah bulan depan ada beberapa jenis pokok-pokok citrus akan boleh kami release dari kebun kecil kami untuk yang berminat.

  Hari ini mari kita cuci mata tengok Ros Jepun jenis Pink Flush. Kembang selapis berwarna putih tapi ada kena colek berwarna merah jambu. Jantung tengahnya berwarna kuning. Kalau diamati betul dari jantungnya seakan keluar tangkai bunga kecil berwarna putih macam sifat bunga pokok naga pun ada. Kalau dalam kategori Ros Jepun ini saiz diameter bunganya ialah jenis besar. Lebih besar dari duit syiling lama 50 sen. Duit syiling baru sekarang tengok 20 sen dan 50 sen pun Tukang Kebun masih keliru. Daunnya jenis jejarum.

~ Portulaca Pink Flush ~
1 bekas RM7.00 (kebunkmg@gmail.com).
  Syukur Alhamdulillah minggu ini tumpang bahagia tengok bunga-bunga matahari hasil perkongsian dari kebun Eira di Kuala Lipis (related posting klik sini) kembang mekar di kebun Kak Has di Tanjung Malim, Perak.
 Terima kasih Kak Has sudi kongsi-kongsi gambar menceriakan urusan hari ini.

Rabu, 15 April 2015

Inti Lepat Pisang jadi Lempeng Pisang Inti Kelapa

  Lepas hantar Ilhan ke Sekolah Kebangsaan tutup pagar depan, jalan ke arah berhampiran tempat letak kereta, bunga lotus dan di sebelah bawahnya bunga bawang hippeastrum mekar bahagia hari ini.
 Kemudian mari bersiar ke kebun Gardener Zihan di Sekinchan yang berkongsi mekar sunflower biji benih yang dikongsikan oleh Eira beberapa bulan lepas (related posting klik sini).
 Tukang kebun pun tumpang bahagia tengok Gardener Neta dah boleh tuai cotton bolls dari anak pokok yang dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama tahun lepas. Sekarang dah besar bagai juara dan menghasilkan banyak kapas untuk kegunaan Gardener Neta sekeluarga di Lembah Klang.
 Antara tuaian Kebun Bahagia Bersama pada Isnin lepas seperti citrus, terung pipit, terung telunjuk dan petola segi. Terung telunjuk dan terung pipit dimasak ala pajeri.
 Tuaian pada hari Selasa pula seperti daun remayung merah, asparagus, sengkuang dan jambu air 'Pink Rose Apple'.
 Challenge minggu ini pula ialah nak habiskan setandan pisang nangka yang dah mula masak rebah pada ribut Ahad 5hb April 2015 (related posting klik sini). Snack dearest hubby bawa ke office pada hari Selasa sebalang mangga asam boi; hari Rabu pisang nangka goreng; esok hari Khamis lepat pisang. 
 Petang tadi lepas Tukang Kebun masuk rumah, housekeeper Kak Mizna dah selesai buat inti untuk lepat pisang. Tukang kebun tak buat pemerhati je sebab baru selesaikan kerja luar.

 Bahan-bahannya:

Pisang Nangka
Sebiji kelapa parut
Brown Sugar (ikut citarasa manisnya)
Tepung Gandum
Secubit garam (nak kasi rasa lemak)
Daun Pisang
Nak mudah semua masuk dalam blender, letak air masak sikit-sikit supaya tak jadi cair.
  Dah lama tukang kebun teringin nak makan lempeng pisang berinti Kelapa macam di "Teratak Bunda". Tapi lempeng pisang inti Kelapa tukang kebun lainlah ambil short cut atau bak kata orang putih 'Kill 2 birds in one stone'? Untuk style betul bolehlah jenguk dapur Bunda di Teratak Bunda ya. 

  Memandangkan tukang kebun pun tak de appetite nak makan nasi, jadi Kak Mizna kata inti lepat pisang ini pun sedap juga dibuat ala lempeng pisang. Maka Kak Mizna masakkan juga lempeng untuk tukang kebun beralas daun pisang di atas non-stick pan. Wah ~~~~~wanginya bau lempeng masak atas daun pisang. Abby berebut makan dengan tukang kebun sambil Kak Mizna isi inti lepat pisang dalam daun pisang. Dah habis selempeng, tukang kebun buat lagi satu kongsi dengan Abby.
 Ginseng jawa yang dituai sambil kemaskan Petak 1 tadi, sayur untuk dinner malam ini. Akar Ginseng jawa simpan boleh buat Phoenix Feet Soup nanti (related posting klik sini).

Khamis, 27 November 2014

Sharing Sunflower Seeds from Eira Family

  Salam Jumaat dan Bahagia kepada pembaca Kebun Bahagia Bersama blog sekalian. Mulai dari hari Rabu minggu ini sehingga stok masih ada, ada diselitkan dalam pesanan-pesanan yang dikirim (kalau takde tu minta maaf tak sengaja) biji-biji benih fresh baka sunflower seperti dalam gambar. Biji-biji benih sunflower ini adalah dari perkongsian dari kebun Keluarga Eira di Kuala Lipis, Pahang yang tukang kebun terima Isnin lepas untuk diagih-agihkan kepada gardener lain. Ada lebih 30 pokok sunflower mereka tanam menjadi-jadi. Infinity terima kasih kepada keluarga Eira di atas biji-biji benih sunflower yang dikirimkan. Gardeners yang terima biji-biji benih tersebut bolehlah juga ucapkan terima kasih di posting ini sebab Gardener Eira tiada blog. Bolehlah juga kongsi kegembiraan hasil menanam biji benih sunflower dari kebun Eira juga kemudian.
  Lepas menerima biji-biji benih sunflower dari keluarga Eira dapatlah juga tukang kebun dapat idea nak buat tukang-tukang kebun kecik dekat rumah ni busy dari asyik nampak mainan merata-rata buat orang terpijak. Bagi kerja dekat Ilhan dan Rayyan packing biji-biji benih sunflower tersebut masukkan 20 biji benih dalam 1 pek. Latih Rayyan yang berumur 5 tahun mengira sampai 20. Kalau terlebih ke terkurang ke tolong check ya tengok Rayyan kira betul ke tidak.
 Anak pokok anggur hijau juga ada kembali dalam ready stock Kebun Bahagia Bersama bagi gardeners yang berminat. Jenis pokok anggur hijau ni selalu terbiar berbelit-belit di pergola tak susah jaga, kekadang tukang kebun tak perasan pun ianya berbuah. Kalau rajin belai dan bagi baja InsyaAllah besar bergugusan buahnya. Tukang kebun pula takde masa nak tengok sangat kekadang lupa tuai buahnya.

~ Anak pokok anggur hijau ~

1 bekas RM10 .

Selasa, 11 November 2014

Anak-anak angkat meningkat

  Sabtu lepas seperti minggu sebelumnya dari pagi hujan mula turun dan tiada activity berkebun dilakukan oleh member Kebun Bahagia Bersama. Tapi kami sibuk menguruskan anak-anak angkat kacukan ayam gajah yang mula dibela sejak beli pada 2hb November lepas. Memandangkan sangkar sementara yang ditempatkan mereka akan diperlukan oleh anak-anak angkat baru yang diambil pada pagi Sabtu 8hb November 2014, maka dikemaskan rumah baru yang lebih besar dan luas untuk mereka sehingga dah besar remaja sikit dah boleh lepaskan baru jadi free-range chicken.

  Dari Sabtu minggu lepas, gladioli baka suci putih mula berkembang di Kebun Bahagia Bersama. Bawang gladioli ini bawang lama tukang kebun tak pernah gali keluar dan ambil peduli dia duduk tido (dormant) di dalam tanah sehingga cuaca yang sesuai bangun kembali memulakan kitaran hidup baru memberikan mekar bunga yang indah di mata tukang kebun. Nampaknya bila check nota tukang kebun, kembang bawang gladioli yang sama sebelum ini juga pada bulan yang sama tahun lepas (klik sini). Bawang gladioli lepas berbunga sebenarnya tak perlu gali keluar dari tanah, boleh biarkan begitu sahaja jika tanah jenis tak bertakung airnya. Growing gladioli di tanah rendah tropika Lembah Klang ini tak susah, cuma tukang kebun lihat banyak kesilapan ialah sifat gopoh gapah nak bangunkan bawang gladioli rendam dalam air lama (my inside cringing when I see that), lama sampai keluar tunas. Takut sambil keluar tunas nanti proses reput bawangnya pun berlaku menyebabkan ianya mudah kena serangan. Gladioli adalah bunga bermusim, bila cuaca yang dia suka dia pandailah bangun sendiri. Yang susahnya sebab sifat tak sabar.
  Anak-anak ayam kacukan baka ayam gajah dipindahkan ke Petak 2 pada tengahari Sabtu lepas, dekat sikit dengan rumah. Jadi sekarang lebih luas untuk mereka bermain-main. Dekat petak 2 ini untuk tatapan mereka ialah pokok kapas yang tengah berbunga, pokok-pokok bawang serai dan ubi bemban. Manakala jaring memisahkan sangkar dan patch Petak 2 pokok-pokok kacang kelisa tengah melilit berbunga. Jangan gelak ya tengok rak DIY kitar semula papan kabinet dapur lama yang big boss kumpul dekat Petak 1 kami buat emergency sabtu lepas untuk mereka berlindung dengan angin sejuk di kala musim hujan pada waktu malam. Ayam ini ada habit juga, bila dilepaskan waktu senja akan pulang ke tempat mereka dibesarkan masa kecil. Jadi nak mudah buat jelah begini tak berebut nanti bila dah mula bertelur, pilih ruang yang mana suka nak mengeram.
  Kali ini dearest husband belanja 6 ekor anak ayam gajah dengan harga pasaran di tempat tukang kebun sekarang berharga RM5 seekor. Lepas tu tak tahan tengok, tukang kebun gunakan Tabung KBB tambah lagi 2 ekor Sabtu lepas jadi semuanya 8ekor. Tukang kebun tak hairan bila dah mula lepaskan mereka bebas keluar dari sangkar ni will cause havoc dekat batas sayur nanti. Kalau tak tahan nanti adalah jadi lauk makan besar Tahun Baru Cina nanti. Masa tu dah saiz boleh buat lauk.

  Sabtu pagi lepas, anak-anak itik telur yang dipesan dari PET shop berhampiran sekolah Ilhan yang selalu tukang kebun lalu intai tapi tak pernah masuk sampailah bulan ini ada call dah sampai. Sebab itu anak-anak kacukan ayam gajah pindah sangkar supaya anak-anak itik telur dan anak-anak ayam baka kampung original yang baru menetas boleh duduk di sangkar tersebut pula buat sementara waktu.
  Laporan dari tukang kebun: Dari Tabung Kebun Bahagia Bersama yang pesanan-pesanan diterima dari minggu lepas dipos semalam, tukang kebun tambah member-member baru team Kebun Bahagia Bersama. Sabtu lepas 5 ekor anak itik telur (RM7seekor) dan 4 ekor anak ayam kampung original (RM3.50 seekor) jadi a part of Team Member Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun pun ada beli 3 anak sepat (RM2 seekor) untuk persediaan projek William Simple Aquaponic Kit. Kalau diikutkan hati mahu je buat pesanan 10 ekor anak itik telur tapi ditegah oleh dearest hubby sebab baru testing stage lagi gain knowledge dulu.  Memandangkan PETS di belakang tu ikut saiz badan yang paling kecik saiz sekarang bebas duduk luar ialah itik telur, big boss punya itik telur tinggal seekor je dari lebih 10 ekor tahun lalu. Lain dah jadi makanan predator masa musim kemarau panjang lalu. Sebab sekarang ni dah musim hujan semula dan makanan pun makin banyak di belakang jadi rasa timing yang bagus nak membesarkan semula anak-anak ayam dan itik untuk persediaan supply telur ayam dan itik dari kebun sendiri tahun depan. 
  Hampir terlupa pula tukang kebun ada direct-sowing sunflower jenis "Autumn Beauty" di raised bed backyard yang terbiar tu tumbuh bersama-sama Morning Glory China Blue (klik sini).  Tak sangka ada juga yang survived tanpa belaian walaupun saiznya lebih kecil dari biasa. Yang berminat nak cuba Sunflower jenis "Autumn Beauty", ada stock. Warnanya perang kemerah-merahan Berikan belaian baja, cukup cahaya dan air pada hari tak hujan, InsyaAllah lebih tinggi dari anda dan besar kembangan bunganya.

~ Sunflower Autumn Beauty ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1pek RM3.
   Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada Auntie Z dengan pemberian pemotong rumput menjadi pengganti pemotong rumput kami yang dah uzur (klik sini). Lepas uruskan anak-anak angkat baru tu, kami bergegas ke Kajang ke rumah Auntie Z for the first time. Tukang kebun sendiri terkejut apabila menerima email dari Auntie Z tanya jika kami boleh datang ambil pemotong rumput di rumahnya. Gembira tak terkata tak sangka dalam masa singkat dapat pengganti pemotong rumput yang amat penting nak maintain Kebun Bahagia Bersama. Thank you so much Auntie Z, we really appreciate the gift.

    Memandangkan kali ini anak-anak tak mengikut, on the way balik dari rumah Auntie Z dearest husband ambil kesempatan ajak dating berdua selain dari luar kebunlah. Sejak bersalinkan Ilhan 7 tahun lalu, tak pernah kami tengok movie di cinema. So for the first time more than 7 years kami pergi tengok movie Rurouni Kenshin: Kyoto Inferno. Dari awal tahun ni kut, hubby asyik dengar tukang kebun teringin nak tengok Rurouni Kenshin bila keluar bulan Ogos di Jepun nanti. Kalau tak tayang sini ingat nak kirim DVD dari sana je lah. Dapatlah juga tengok, happy happy. Tak sabar tunggu The Legend Ends pula. Masa mengandung Abby dok baca manga Rurouni Kenshin sambil tenangkan fikiran.




Sabtu, 12 Julai 2014

Dwarf Teddy Bear Sunflower

 Masa zaman tukang kebun duduk di Adelaide, ada 2 orang jiran veteran berdekatan di rumah setiap tahun tukang kebun tengok mesti tanam jenis sunflower teddy bear. Jadi dapatlah tukang kebun cuci mata sambil jalan pergi bus stop. Yang tukang kebun pula pada masa itu asyik kemaruk tanam sunflower yang tinggi lampai macam seperti Giant Russian Sunflower, Mammoth dan Evening Sun. Memang ada lebih 2 meter tinggi pokok sunflower jenis tersebut tetapi bila musim panas atau heat wave habis semua sujud melengkuk ke arah tanah lagi 20cm nak cium tanah. Bila senja baru semua naik tegak balik. Tetapi yang jiran punya tidaklah seperti itu. Teddy Bear senyum tegak berseri-seri sepanjang hari.
 Sekarang tukang kebun baru sedar kenapa jiran-jiran tukang kebun pilih teddy bear di kebun mereka. Rupa-rupanya teddy bear ini lebih drought-tolerant atau tahan cuaca panas kemarau masih tegak steady walaupun dirinya jauh lebih kecil dari giant mammoth itulah. Panas di Adelaide memang rasa kulit pun seperti tercucuk-cucuk sakit, kadangkala pada musim panas beberapa kali heatwave ziarah dalam seminggu berterusan setiap hari cuaca mencecah 45degree Celsius pada sebelah siang. Ya cuaca sangat extreme kalau nak banding di sini pun maksimum 33-34 degree Celsius. Kalau cuaca panas extreme macam tu, janganlah nak buat rajin menyiram  masa tengahari buta sebab tanahnya panas buat air mendidih dan bunuh tanaman sahaja. Elok menyiram bila dah lewat petang. Don't panic, diorang semua memang akan nampak murung ke tanah tapi senja bangun balik. Lepas tu area tukang kebun ada water restriction, seminggu sekali sahaja boleh siram pakai hose air masa musim panas. Kalau nak siram juga kena manual macam pakai water can. Jiran-jiran tukang kebun yang dah usia warga emas sukar sedikit kalau nak bagi minum teddy tiap hari kan kalau manual.
 Cuaca panas kemarau lalu, tukang kebun berdegil juga nak mencuba menyemai beberapa jenis bunga matahari tengok mana yang ada rezeki. Dah tau pun sibuk nanti terbiar aje, siram pun paling banyak 2 minggu sekali maximum. Jadi kesimpulannya dengan pengabaian dari tukang kebun, si sunflower teddy bear yang paling ceria yang lain semua lenyap di pertengahan jalan setelah berbulan kemarau. Ataupun yang lainnya belum cukup matang, dah berbunga jadilah walaupun giant jadi macam saiz African Daisy  (Gerbera) pula sebab 'bolting'. Lain kali sudahlah boleh agak kalau nak berdegil nak sunflower di kala musim kemarau lama antara jenis option sunflower ialah Dwarf Teddy Bear. Dwarf teddy bear sangat sesuai untuk ditanam dalam pasu jadi bagi mereka yang container garden atau balcony garden adalah sangat sesuai. Teddy bear pun tak cerewat jadi yang baru nak belajar menanam sunflower this one is better but bear in mind 'petite' size banding dengan yang giant tu. 

~ Dwarf Teddy Bear Sunflower (re-stock while stock last) ~
Approximate 12 seeds per-packet (RM3.00).

Ada juga jenis-jenis sunflower yang lain sekiranya berminat nak cuba.
 Gambar di atas adalah contoh bunga matahari yang belum matang tapi dah berbunga (bolting), sampai tukang kebun pun pelik kenapalah gerbera bertukar warna tiba-tiba warna kuning bukan warna yang sepatutnya. Rupa-rupanya sunflower yang terbantut di sebelahnya kerana cuaca terlampau panas dan tuan dia tinggalkan begitu sahaja. Inilah kesimpulan trial sunflower disemai pada musim panas dan kering luar biasa berbanding dengan tahun lain. Kalau dah gian sangat nak tunggu musim tak kemarau, bolehlah cuba-cuba dengan teddy bear. Sekurang-kurangnya tiadalah rasa frust sangat kalau jenis lain paras ketot tak jadi giant, at least sunflower ni nampak comel gebu macam teddy bear sebab banyak lapis hehehe...rasa nak cium-cium je.
 Pesanan yang dipacking dihantar mulai hari ini hingga turutan pesanan diterima seramai 10 gardener menerima biji benih sunflower yang dikongsikan oleh kak Mala dari 'My Green Eye's' (klik sini) yang garden di Langkawi. Don't forget to wish thank you dengan Kak Mala ya, boleh tinggal message di contact form yang terdapat di page blog Kak Mala. Disertakan juga perkongsian biji-biji benih Sunflower dari garden Kak Ros dari Jasin, Melaka. Semoga perkongsian biji-biji benih mereka akan mendapat lebih rahmat, murah rezeki dan dipermudahkan urusan mereka di bulan Ramadhan yang mulia ini. InsyaAllah jika ada rezeki, Kebun Bahagia Bersama juga akan sertakan 1 pek biji benih sunflower juga. Jadi total 3 pek sunflower dari garden yang berbeza. Siapalah penerima bertuah itu ya.

Rabu, 14 Mei 2014

SUNGOLD


 Beberapa hari lalu, tukang kebun kena radang mata (conjunctivitis) seksanya nak buka mata, kena rehatkan mata dari tengok monitor-monitor bercahaya. Syukur Alhamdulillah dah sembuh. Dalam pandangan yang kabur tak jelas Sungold kembang bersinar-sinar di depan dapur. Ambil gambar pun jadi kabur-kabur tak nampak dengan jelas dengan mata berair-air. Sungold bukan jenis bunga matahari yang besar jadi tukang kebun selit tumpang dalam pasu sahaja. Kalau balcony garden sesuai jenis bunga matahari Sungold. Boleh tanam dalam pasu empat segi panjang macam di kedai Daiso sangkut dekat rail balcony berderet mesti nampak menarik bila kembang nanti. Tukang kebun perhatikan bila yang saiznya tumbuh lebih tinggi layer kelopak bunganya kurang macam di bawah. Yang pendek pula kelopak bunganya banyak.
Anak pokok Sungold ada perbezaan sedikit dengan jenis pokok-pokok bunga matahari yang lain. Lebih mudah juga untuk dipindahkan.
 Gambar di bawah pula anak pokok bunga matahari Crimson Queen yang batangnya lebih tinggi apabila biji benihnya baru bercambah berbanding dengan Sungold gambar di atas yang pertumbuhan daunnya lebih cepat dan bertambah banyak.
~ SunGold Sunflower Seeds ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek (RM3.00).

Minggu ini ada juga stok koleksi biji benih jenis bunga matahari yang lain.

Isnin, 23 Disember 2013

SunRoot

 Akhirnya sudah 2 generasi Sunroot (Sunchoke/ Jerusalem Artichoke/ Earth Apple) berjaya tumbuh dengan mudah di Kebun Bahagia Bersama tanpa banyak penjagaan (minimum care). Azam seorang ibu kepada anak-anaknya ialah memperkenalkan dan pendedahan pelbagai jenis makanan kepada anak-anaknya. Diet dalam bentuk tenaga zat karbohidrat bukan sahaja dari nasi tetapi pelbagai bentuk. Sebenarnya tanam Sunroot adalah lebih mudah dari menanam ubi kentang di kawasan tropika. Tambahan lagi sunroot adalah alternatif lebih sihat untuk dimakan dari ubi kentang bagi mereka yang menghidap diabetes. Sunroot adalah kaya dengan inulin (bukan insulin). Sunchoke yang ditanam di kawasan panas lebih mengandungi inulin berbanding dengan kawasan yang kurang panas. Perbandingan pengalaman menanam sunroot di Mediterranean dan Tropika, lebih cepat tuaian ubi sunroot di tropika dalam masa 6 bulan. Jadi kitaran semula menanam sunroot boleh 2 kali setahun di kawasan tropika.
 Sunroot sebenarnya adalah spesis yang sama keluarga dengan bunga matahari. Oleh itu, bentuk bunganya memang berwarna kuning mirip dengan bunga matahari. Dilaporkan bahawa di tempat yang lebih bermusim sejuk pokok sunroot jarang sekali berbunga. Tetapi di kawasan yang lebih panas seperti Mediterranean akan menghasilkan bunga. Kawan blogger tukang kebun yang biasa menanam Sunchoke di allotment nya di Britain mengatakan tumbuhan sunchoke beliau tidak pernah menghasilkan bunga. Dari pengalaman tukang kebun di kawasan Mediterranean di South Australia ianya menghasilkan bunga. Kemudian mari kita lihat adakah di kawasan tropika ianya berbunga? Semasa menanam anak pokok sunchoke November tahun 2012, pokoknya tidak menghasilkan bunga. Tetapi bila menanam pada bulan Mei 2013, pokok sunchoke menghasilkan bunga-bunga matahari di dalam Kebun Bahagia Bersama. WHY? Mudah sahaja jawapannya sebab pokok sunchoke adalah pokok yang sensitive kepada perubahan daylight. Pokok sunchoke akan menghasilkan bunga apabila hari siang atau day-light bertambah pendek. Kita mungkin rasa di Malaysia ini tiada perubahan day-light yang ketara. Tetapi perubahan day-light makin panjang atau singkat itu ada. Disebabkan Semenanjung Malaysia ini terletak di sebelah Hemisphere Utara garisan khatulistiwa maka sekarang ini hari siang makin memanjang ikut orang sebelah Eropah baru sahaja lepas Winter Soltice. Bulan June nanti Summer Soltice hari akan bertambah pendek, sebab itu bila tukang kebun tanam seedlings sunchoke pada Mei lepas, ia dapat menghasilkan bunga sebab day-light makin pendek masa pertumbuhannya. Kita seorang manusia tidak begitu peka dengan perubahan day-light yang tidak begitu ketara di Semenanjung Malaysia, tapi seperti pokok sunchoke mereka sangat peka dengan perubahan day-light sesingkat mana pun. Untungnya tanam pokok sunchoke macam tanam bunga matahari dan dapat hasil ubi yang berkhasiat untuk dimakan.
Tukang kebun pun nak pesan kepada gardeners di kawasan tropika kalau nak tanam bawang besar (brown onion) atau bawang besar merah (red onion) dari biji benih/bawang untuk hasil bawang berhati-hati sebab mereka adalah adalah antara tanaman yang sesitive dengan perubahan day-light yang ketara untuk pembentukan bawangnya. Timing penyemaian biji benihnya adalah penting. Disebabkan itu perlu check dahulu sama-ada bawang besar tersebut adalah jenis long atau short day-light untuk pembentukkan bawangnya. Kalau shallot (bawang merah kecil) bukan semua yang sensitive dengan perubahan day-light.
 Gambar di atas pokok sunroot yang remaja sedang membesar. Pokok sunroot daunnya juga seperti pokok bunga matahari. Jika kesemua faktor mencukupi untuk tumbuhan sunroot tumbuh boleh sampai lebih 2 meter. Sunroot boleh tolerate full sun ke partial shade.  Gali sunroot selepas pokoknya mati macam mencari harta karun.
 Antara tuaian sunroot bulan ini yang terjumpa selepas mengemaskan salah satu ruang di backyard. Campur dalam kurma dan sup ayam untuk substitute ubi kentang juga boleh. Dulu tukang kebun suka roast sunchoke ni dengan ayam dalam oven.
 Pertumbuhan sunroot juga sangat cepat dan meninggi di kawasan yang banyak menerima cahaya matahari. Ini gambar diambil seminggu lepas, sekarang dah 2 kali ganda tinggi yang tukang kebun sedang semai untuk penanaman semula di Kebun Bahagia Bersama. Memandangkan sudah 2 generasi kami tanam sunchoke di Kebun Bahagia Bersama jadi sekarang ada limited extras untuk gardeners yang berminat menanam sunchoke di kebun mereka sendiri. Kalau boleh tanam bunga matahari, InsyaAllah bolehlah tumbuh Jerusalem Artichoke di kebun/taman anda. Boleh juga ditanam dalam bekas seperti yang diperlukan untuk menanam ubi kentang.

~ Pokok Sunroot ~
1 pot for RM10.00 .
Ini adalah seasonal offer, kalau dah habis stok ini kena tunggu lagi 7 bulan kut for the next batch.
Siapa cepat dia dapat.
Sorry no reservation.
Kalau tumbuhannya dah lebih tinggi 25cm, tukang kebun akan tanam yang extra di Kebun Bahagia Bersama.

Boleh tinggalkan pesanan di kotak komen atau email (kebunkmg@gmail.com) .

Isnin, 2 Disember 2013

So Dwarf Teddy Bear Sunflower

 Sesiapa ada Monday Blues hari ini, tukang kebun kongsi some sunny faces blooming in Kebun Bahagia Bersama yang rezeki hujan melimpah hari ini. Errr...this is batch sunflower in stress tapi dapat membantu menghilangkan stress yang memandangnya. Kenapa tukang kebun kata bunga matahari ini stress? Sebab dia kembang terlampau awal baru sebulan lebih dah kembang dan belum lagi cukup ketinggian average. Pokok bunga matahari ini belum matang sepenuhnya untuk berbunga jadi pelbagai rupa diberikan. Sebenarnya geli hati tengok pelbagai muka 'Dwarf sunflower Teddy Bear' kembang kali ini di Kebun Bahagia Bersama yang tengah teenager, faces of rebellion. Faktor tak cukup baja dan hidup among the massive weeds membuatkan ianya stress lalu memberontak berbunga cepat. Baka Dwarf Sunflower Teddy Bear sesuai untuk balcony gardeners kerana boleh ditanam dalam pasu dengan ketinggian average 2 kaki. Kalau kreatif boleh juga tanam dalam hanging basket jadikanlah balcony anda setanding taman tergantung tamadun purba Babylon. 
 Pemerhatian tukang kebun kali ini bila disemai hari yang sama, walaupun dipindahkan anak pokoknya berlainan hari dan pelbagai lokasi dengan penerimaan cahaya matahari berlainan, pokoknya kembang serentak.
 Bolehlah google gambar matang Dwarf Sunflower Teddy Bear. Beri peluang series musim bunga kuning pula masuk minggu ini setelah series bunga putih.

~ Dwarf Sunflower Teddy Bear ~
Anggaran 10 biji benih se-pek (RM3.00) .

Sabtu, 16 Mac 2013

Minggu Merah Menyala

 Rabu lepas, tuan Kebun Bahagia Bersama balik ke Sungai Buloh sampai hari esok. Jadi ahem...seperti   biasa bila big boss balik tukang-tukang kebun semua kelam kabut nak ikut pace Tuan Kebun Bahagia Bersama kemaskan kawasan rumah. Walaupun tangan kirinya lemah tak dapat nak pakai sedang melawat regular physiotherapy...tapi adui dipakai tangan kanannya melibas parang dikemaskan sekeliling area. Disebabkan pujukan tukang kebun petang semalam nak tanya pokok-pokok apa di belakang yang masih tidak dapat dikenal pasti oleh tukang kebun takut salah tarik, agaknya tak lena tidur malam tadi kesiankan pokoknya yang lemas dengan weed...pagi-pagi lagi sudah bangun dan ditetak-tetak (pruning) pokok-pokoknya sampai petang lupa makan minum. Kepantasan pace Tuan Kebun Bahagia Bersama buat kerja 10 kali ganda pantas dari self-appointed manager Kebun Bahagia Bersama. Tukang kebun ni tak terkejar nak ikut pace big boss.

 Tukang kebun perasan di dalam Kebun Bahagia Bersama minggu ini banyak warna merah. Jadi tukang kebun pilih 10 tanaman yang ada warna merah dalam Kebun Bahagia Bersama minggu ini.

 Akhirnya tahun ni dapat jugalah gladioli warna merah mekar di Kebun Bahagia Bersama. Itik-itik betina yang muka merah nak juga ambil gambar walaupun dialah yang rajin pijak-pijak anak-anak pokok gladioli yang baru tanam sampai patah. 
Pokok bunga ini rajin berbunga, tapi tukang kebun lupa namanya. Ada gardeners yang lain tahu namanya?
 Minggu ini rezeki tukang kebun Rayyan menikmati alpine strawberry semasa tukang kebun Ilhan berada di tadika.
 Pokok-pokok cili padi di rumah yang banyak tumbuh sendiri dari perkongsian rezeki dengan burung-burung yang suka lepak di kebun sentiasa berikan buah-buah cili.
Kalau tidak silap ini pokok bunga jenis kopsia? Baru mula berbunga minggu ini.
 Frangipani merah mula berbunga kembali memberikan warna di kebun. Markisa juga mula banyak yang ranum di atas pokok. Kebetulan pula uniform pergi kebun minggu ini pun bercorak bunga merah.
 Bunga matahari Moulin Rouge sedang asyik mekar minggu ini. Burung-burung pipit kadangkala tukang kebun perhati datang mematuk biji-biji bunga matahari ini.
 Bunga Ceri Terengganu. Kadang kala mengingatkan tukang kebun kepada hiasan pilihan bunga style ikebana.
 Minggu lepas sudah bermula musim bendi jenis 'Burgundy' di kebun kami.
Yang ini pula pisang warna merah, Tuan Kebun Bahagia Bersama bawa dari Sabah bertahun-tahun dulu. Pelik mula-mula tengok cara pokok pisang ini berbuah dari bunga jantung pisangnya. Selalunya satu tandan penuh buah pisang. Tapi yang ni dari satu tandan nampak macam sebatang tu ada bahagian sesisir-sisir pokok pisang. Pokok pisang ni tinggi mungkin nak kena pakai tangga bila nak tuai nanti.

Baru teringat minggu ini secara kebetulan ada satu lagi tanaman yang ada warna merah tukang kebun posting di Kebun Malay-Kadazan Girls ~Scarlett Passion Flower.

Pokok Scarlett Passion pun sedang melilit dekat pokok jejuang merah...Mmmm....memang minggu merah. 

Apa warna merah kegemaran anda di dalam kebun hujung minggu ini?

Selamat Berkebun.