No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 4 November 2014

Seri Pagi China Blue

  Hari ini tak dapat borak panjang just a brief note sebab tukang kebun sakit mata tak boleh nak buka sangat. Semalam dah tahap teruk sampai dah mata ikan, puffy sangat. Dah abnormal bengkaknya. Hari ini pun off and on rasa sakitnya bila tahap teruk sampai air tak terkawal terkeluar dari hidung macam air terjun kesan sampingan fluid dari mata yang bengkak ini. Sebab kebelakangan ini makin kerap terjadi sakit mata ni jadi nak pukul 11 malam semalam doktor kasi referral letter nanti esok bawa ke The Tun Hussein Onn National Eye Hospital pesannya kalau hari ini pun macam tak baik je nampaknya. 
  Syukur Alhamdulillah sekarang ni musim pelbagai seri pagi berbunga dengan bercermin mata hitam terhibur jugalah mata tukang kebun tengok walaupun penglihatan tak terang atau half-blind. Antaranya adalah jenis Seri pagi yang dipaparkan hari ini. 
  Tukang kebun lupa namanya jadi untuk mudah, bunga matahari yang berasal dari China ini dipanggil Seri Pagi China Blue. Saiz bunganya tidaklah besar seperti Seri Pagi Jepun (Ipomoea nil) yang biasa tukang kebun tanam. Half the size lebih kurang 1 ~ 1.5 inci kembang bunganya. Dengan rona biru atau biru-keungguan dengan pusat bunganya berwarna putih. Bunganya jenis kembang sebelah pagi sahaja. Tapi tak perlu risau pokok ini tahan dengan cuaca panas. Sejak semai (direct sowing) biji benihnya beberapa minggu lalu tak pernah tukang kebun siram sebab ni duduk dekat backyard. Paip hose air pun tak tercapai, direct hit dengan sun sepanjang hari. 
  Morning glory China Blue ini mudah tumbuh dengan cuaca di tanah rendah Malaysia dalam keadaan terdedah full sun. Suka kan pancaran cahaya matahari yang banyak baru naik semangat. Kalau separa matahari pertumbuhan tak seceria dan secepat seperti di tempat penerimaan cahaya yang banyak.Kalau perbandingan tumbuh sama senang macam Seri Pagi Tiny Bell (klik sini) berbanding dengan jenis Ipomoea tricolor/purpurea/nil. Jadi sesuai untuk beginners. Biji benih koleksi yang segar baru je mula proses tuaian batch kali ini dari minggu lepas dari Kebun Bahagia Bersama.
~ Seri Pagi China Blue ~
Anggaran 15 biji benih dalam 1 pek RM3.00 .

8 ulasan:

Shasrine berkata...

Get well soon Diana!

AMIIZAA berkata...

Cantiknyaaaa.....admire sangat tgk seri pagi :)

Tanpa Nama berkata...

take care Diana... your condition sounds pretty baddd...sampai air terjun pun ada! Reserve 1 pek for me pls.TQ.
Choi Min

Normala Saad berkata...

Cantik2 Mg Diana. Wah..minggu ni direct berkembang ya..
Tiny bell yang Diana bagi tu cute sungguh. rajin berbunga ...

Bunda a.k.a KN berkata...

Owh! murah jer yer...15 biji benih dengan harga rm3.00...kalau menjadi semua...banyak tu hasilnya kan?

Tapi kalau sentuhan tangan bunda ni belum tenti sebiji pun.menjadi...huhu...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Shas.

Thank you for the well wish dear.

Salam Bahagia Kak AMIIZAA,

Saya memang tak jemu-jemu dengan seri pagi menaikkan semangat pada awal pagi.

Salam Bahagia Choi Min,

Look horrifying dengan swollen eye hehehe...but better already thanks.
Reserved for you a packet.

Salam Bahagia Kak Mala,

MG Kak Mala lagi nampak ceria.
Sebenarnya ada pelbagai MG dah pernah kembang cuma tak pernah buat posting sebab nanti dapat banyak email tanya hehehe.....
Syukur Alhamdulillah Tiny Bell pun meriah di kebun Kak Mala.

Salam Bahagia Bunda,

Yang jenis ini mudah tumbuh tak berapa cerewet cuma nak banyak cahaya matahari. Musim hujan ini lagi senang tumbuh.

Nurul Husna Md Noh berkata...

salam sis...
boleh email kat sy stok morning glory seed yg ada..
teacherhusna@gmail.com
tq :)

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nurul Husna,

Sudah email latest morning glory stock to you.
Kalau tak received boleh email semula (kebunkmg@gmail.com).