No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 12 November 2014

Buah Pinang Muda Natural Viagra

(Warning: Bacaan posting hari ini untuk 18 tahun ke atas)

  Asal usul pokok-pokok pinang di Kebun Bahagia Bersama adalah dari biji-biji pinang yang kebiasaannya dijual di Tamu Sabah dibawa balik oleh Big Boss dan tanam. Sekarang ini dah banyak generasi dari asal baka tersebut tumbuh begitu mudah di Kebun Bahagia Bersama. Tidak seperti dulu masa zaman tukang kebun kanak-kanak riang jarang kelihatan petani menjual buah pinang sekarang. Arwah Nenek tukang kebun makan sireh dan pastinya ada isi pinang bersama dulu ,memang memori nenek kupas pinang masih kuat di ingatan tukang kebun. Lebih-lebih sekarang ni musim hujan sebelah petang, teringat masa beginilah nenek akan duduk berehat di tepi tingkap dekat dengan dapur kayu sambil mula siapkan sirehnya letak macam isi pinang dan lain-lain. Sudah pastinya, Big Boss yang cuma balik ke kampung hanya setahun sekali apabila cuti sekolah panjang pada bulan Disember  ketika anak-anaknya masih bersekolah rindukan nenek maka antara ubat rindu ialah menanam pokok pinang di Kebun Bahagia Bersama.
  Baru-baru ini tukang kebun tertarik melihat proses pembentukan buah pinang. Nampak tak gambar atas tangkai bunga yang baru muncul keluar dari tepi macam kantung tu. Lumayan betul proses ini berterusan tak kira musim sebab di bawahnya masih ada pinang muda lagi.
   Kemudian gambar bawah pokok yang sama dah keluar terus dari kantung tersebut dan yang jiran sebelah baru nak muncul keluar. Gambar No. 1 ada tunjuk tangkai bunga yang dah lerai-lerai atas gugusan buah-buah pinang yang dah ranum.
  Pokok pinang walaupun tinggi tapi batang pokoknya tak besar. Gambar di bawah adalah barisan pokok-pokok pinang di sebelah petak 1. Jika boleh tanam pokok pinang batang merah atau dikenali dengan lipstick palm di laman anda, pasti tiada masalah nak tanam jenis pokok pinang yang edible ini. Batang pokok pinang takdelah besar macam batang pokok kelapa. Biasanya purata anggaran diameter batang pokok pinang iala 15~20cm sahaja. Untuk yang tinggal di kawasan perumahan teres juga sesuai sebab pokoknya tak ambil banyak kawasan dan tidak mengakibatkan persekitaran menjadi terlampau teduh menggangu pokok yang lain. Bila tengok pokoknya seakan terbayang dalam kepala landscape the "Oasis" effect.
  Tukang kebun pun baru sedar betapa banyak kegunaan rawatan tradisional manfaat untuk seisi keluarga pokok pinang ini.  Macam pokok ginseng jawa banyak khasiat untuk seisi keluarga. Kebelakangan ini tukang kebun kerap mendapat email meminta kongsi pengetahuan mengenai antara alternatif untuk ikhtiar masalah batin lelaki. Memandangkan ramai belum ada pengalaman berkebun maka paling mudah for beginners adalah 'Ginseng Jawa'. Akar Ginseng Jawa ini memang power root boleh membantu kasi stamina kepada mereka yang memerlukannya. Menjadikan Ginseng Jawa ini antara hot item Kebun Bahagia Bersama dan buat tukang kebun sibuk nak pastikan bekalan anak pokok dan biji benih tak habis stok setiap minggu.

  Hari ini mari kita belajar sesuatu ilmu baru pula yang berzaman-zaman orang kita amalkan tapi generasi Y macam tukang kebun ni kebanyakkannya tak tahu. Kalau sebut pasal pinang asyik ingat untuk makan dengan sireh je kan. Sebenarnya isi buah pinang muda itu bak kata orang barat 'Aphrodisiac' untuk popular term sekarang "Viagra". Ada sumber mengatakan 2 jam sebelum aktivity tersebut dimulakan bolehlah mula kunyah-kunyah isi buah pinang muda yang belum keras lagi ambil jusnya. Salah satu alternatif untuk membantu mereka yang mengalami masalah lemah batin dan kasi semangat. Dengan life-style stress kerja sekarang, antara penyumbang masalah lemah batin dan ramai susah nak dapat anak. Seriously tukang kebun kerap dapat email tanya natural food/herb untuk membantu masalah batin, dah macam tok batin pula. Tukang kebun not qualified but if I have some knowledge to share don't mind sharing.

  Antara manfaat buah pinang juga ialah membantu merawat luka, kecikkan rahim semula lepas bersalin, ubat cacing, mata rabun dan lain-lain.

   Boleh buat bacaan dan cara rawatan secara lanjut di website ini (klik sini).

   Ada juga sumber mengatakan buahnya boleh menjadi ubat untuk membantu memberhentikan hisap rokok. So ladies, sayang suami kan dan suami sayang bini kan salah satu usaha nak berhentikan rokok. Nanti si bekas perokok lepas dah pekena pinang jadi ketagih pinang pula. Cara rawatan boleh cari dalam Pak Google. Tambahan pula buah ni banyak khasiat lain, so kira bonus.
 Dekat belakang tembok pemisah Kebun Bahagia Bersama dan tanah orang lain juga ada beberapa pokok-pokok pinang matang. Dalam Gambar bawah adalah anak pokok pinang yang sedang membesar. Boleh tengok saiz pokoknya tidak besar dan tidak mengganggu pokok-pokok lain bagi yang ada saiz laman yang terhad.
~ Anak Pokok Pinang (Areca catechu) ~
1 pot RM10.00 .

19 ulasan:

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, wah berkhasiat sungguh rupanya buah pinang ni ye, terima kasih banyak2 utk info yg sangat berguna ni kak, nanti akan Julie tanam juga pokok pinang ni InshaAllah, dulu masa d kampung Julie ada tanam sebatang dpn rumah tapi hampir btl dgn wayar elektrik, dah dkt nak berbuah skali org2 LLS tu dtg tanpa sound2 tebang pokok pinang Julie, geram sungguh. but lesson to learn, jgn tanam pokok dkt2 wayar letrik, nanti kena tebang hehe...

AMIIZAA@Mieja berkata...

TK,

kagumnya....geram jerk nak beli anak benih dari TK...tp memandangkan rumah tak renovate lg maka saya simpan list nak beli dari TK Nanti...huhuhuuh

falraisi berkata...

Hehee...Diana kena ajarlah how that ginseng Jawa boleh bantu stamina lelaki...nak tahu la how.

Normala Saad berkata...

Amboi Diana hari ini cerita 18 tahun keatas la pula ya...Patut lah orang dulu-dulu makan pinang ya..dan dia orang manalah ada product2 kecut tu kecut ni..mcm kita sekarang ni..Bagus juga Diana jual pokok pinang..

drshikinzainal @ ekin berkata...

Salam Perkenalan.
Done follow you.
drshikinzainal.blogspot.com

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Julie.

Pokok pinang ni laju je meninggi Julie, jadi jangan sedih boleh tanam lagi. Itulah tukang kebun pun pada mulanya tak sedar betapa hebatnya buah pinang yang dah lama dipraktikkan secara turun temurun sebab kurang membaca. Pokok kami pun banyak yang lebih tinggi lebih dari wayar elektrik tapi kami cuba cari masa cantas-cantas tak dekat dengan wayar.

Dear Sis Amiizaa,

Tak lari ke mana di sini sahaja hehehe...renovate rumah sambil lakar macam mana minat nak isi pokok nanti yang sesuai dengan citarasa penghuni rumah.

Dear Sha,

Tak susah rebus je akar ginseng jawa lepas dicuci. Nanti minum air rebusannya.

Dear Kak Mala,

Kalau yang nak jenis pokok pinang edible yang inilah sesuai hehehe...dari jenis pinang lain sebagai hiasan sahaja.

Dear Nurashikin.

Salam Perkenalan.
Terima kasih singgah.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum Kak Diana.. saya Hanizah, nak tanya, kalau saya nak beli buah pinang muda je dekat kak diana boleh tak?

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam.

Nak beli buah pinang muda boleh lain kali.
Minggu ini intai ada pinang dah masak je atas pokok.

Tanpa Nama berkata...

Akak kalau saya nak beli pinang dengan akak boleh??nak buat berubat

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Sekarang kami sedang bercuti.
Boleh enquiry masa pertengahan bulan January atau CNY ada tak buah pinang ketika itu.

Tanpa Nama berkata...

Salam,akak sya nk beli pinang muda kat akak boleh x??by post la..boleh ke??

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia.

Nak pos kalau buah pinang boleh.
Tapi belum sempat lagi nak intai ada buahnya atau tidak baru pulang semula ke kebun.
For further details (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...

Salam kak
Klu sy nk beli buah pinang muda untuk berubat by post blh ke?

Unknown berkata...

Salam sis..
Klu sy nk beli buah pinang muda by post utk berubat blh tak?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Niknor Sharah,

Boleh beli buah pinang muda melalui pos laju.
Pernah beberapa kali sudah kami bekalkan secara pos.
Untuk pesanan direct contact email (kebunkmg@gmail.com).

Unknown berkata...



Klu sy nk beli buah pinang muda by post utk berubat blh tak?

Balas

Unknown berkata...



Klu sy nk beli blah pinang muda by post utk berubat blh tak?

Balas

Unknown berkata...

Saya nak 4 anak pokok pinang..dimana n bagaimana boleh saya perolehi..plz advice..urgent

Amer Rashed berkata...

Terima kasih atas info yg sgt menarik ni. Utk medptkn pinang muda dlm btk krim, blh klik link pd nama saya di sebelah. tq