Semasa treasure hunting cili burung di keliling kebun laman rumah sebelah depan (pokok-pokoknya merata tumbuh courtesy of the birds of course), tiba-tiba ternampak di bawah pokok cili seakan-akan pokok sayur meranti/ranti (solanum nodiflorum) tumbuh liar bersama-sama pokok cili burung. Yang menarik perhatian tukang kebun adalah bentuk bunganya yang mula flashing imbasan image dikongsikan oleh Sean (Half a pound of treacle blog) yang ada menulis mengenai sayur meranti secara terperinci awal bulan ini (please klik dekat nama blog Sean for further info). Sayur meranti sebenarnya adalah tanaman baru di dalam kamus tukang kebun, jadi tukang kebun teruja untuk mengenalinya lebih dekat lagi. Tidak sangka pula terserempak dengan sayur meranti semasa memetik cili burung merah untuk sambal belacan makan dengan nam nam. Rasanya sayur meranti yang tumbuh di sini pun burung yang bawa benihnya. Bila takde makanan bolehlah tukang kebun adventure sikit mencuba sayur meranti. Sayur meranti, sayur kampung ini boleh juga campur dengan masak lemak putih atau masak lemak cili api, goreng dengan udang kering sahaja pun boleh dan resipinya ada dekat blog Sean.
Walaupun sayur meranti boleh masuk dalam kategori 'weed' di Kebun Bahagia Bersama, jangan pandang rendah kepada sayur ini kerana ianya juga ada medicinal value. Daun Sayur Meranti kena masak sebelum makan, buahnya yang dah masak berwarna hitam saja boleh makan, yang buahnya hijau jangan. Kenapa kena masak dulu ataupun buah yang berwarna hitam sahaja boleh makan kena baca posting Sean sebab Sean dah jelaskan secara terperinci. Terima kasih Sean for the thorough review of Sayur Meranti, appreciate the extra bonus info which perk up the student interest in me as a molecular biologist and evolutionary biologist (time to dust the old data and start writing up my 'T' again?).
Sean posting:
http://up-your-toot.blogspot.com/2013/09/solanum-nodiflorum-white-nightshade-sayur-meranti.html


