No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Lemon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lemon. Papar semua catatan

Rabu, 21 Oktober 2015

Tuaian Tahiti Lemon

    Semalam antara propagation yang dibuat ialah untuk bekalan pokok grafted lemon tahiti untuk hujung tahun ini bila nampaknya ready stok yang ada sekarang sudah tinggal beberapa bekas sahaja lagi yang dapat dibekalkan sekarang. Sambil-sambil itu pruning pokok lemon tahiti untuk bagi lebih banyak pencahayaan sebab dah merimbun sungguh pokok sedia ada sekarang. Kalau tak terima banyak cahaya saiz buahnya akan tidak dapat membesar pada saiz purata sebenarnya. Nanti buahnya kecil-kecil sebagai contoh tuaian upih gambar pertama adalah pelbagai saiz lemon tahiti pada pokok yang sama membesar tidak sekata sebab ada yang terlindung tidak menerima banyak cahaya matahari secara langsung.
  Sebagai contoh gambar No. 2 ini pun nampak samar-samar cahaya yang diterima pada buah yang sedang membesar. Jarang-jarang sekali nampak ada setangkai pokok lemon tahiti ada 4 buah berkongsi setangkai pada gambar No. 3. Keberangkalian pendebungaan baik kerana tangkainya lebih terdedah mendapat cahaya mudah bagi agen pendebungaan nak mencari makanannya.

  Maklumat lanjut mengenai Lemon Tahiti juga boleh rujuk di posting sebelum ini (klik sini).

~ 1 bekas grafted lemon tahiti RM25.00 ~

  Dah namanya Tukang Kebun, jerebu ini pun banyak kena habiskan masa di luar. Syukur Alhamdulillah antara makanan yang membantu naikkan system immune badan juga adalah ahli keluarga citrus seperti lemon tahiti. Yang berminat untuk dapatkan pek fresh citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama available minggu ini.

~ 500gram fresh citrus fruit mixed RM3.00 ~
   Kawasan Lembah Klang ke penghujung tahun ini asyik jerebu sahaja sampai kelibat Si Matahari pun jarang nampak disebabkan diliputi asap yang merbahaya. Mudah pedih-pedih rasa mata ini kesan jerebu. Yang menceriakan pemandangan bila rindukan si Matahari, Syukur Alhamdulillah orkid yang berbunga seperti bentuk Matahari ini berbunga juga dalam jerebu ini.

More info mengenai orkid ini boleh lawat previous posting (klik sini).

~ 1 plant vagina bulbophyllum RM15 ~

  Asyik tarik nafas panjang sahaja bila nak sidai baju awal-awal pagi di ampaian. Walaupun cuaca terasa panas, disebabkan matahari terlindung baju pun sebenarnya sukar dan lambat nak kering sebagaimana biasa bila ada kelibat si Matahari. Betapa si Matahari ini memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia dan juga benda-benda hidup yang lain. Syukur Alhamdulillah sejak kerap rajin kemaskan kawasan heliconia guyana ini yang menghadap ampaian kami tak putus-putus berbunga sepanjang tahun walaupun jerebu. Jadi bersemangat sambil sidai baju diberikannya terang benderang warna seperti Matahari.

~ Heliconia Guyana 1 set rhizome RM12.00 ~

Sabtu, 5 September 2015

Al-Fatihah untuk Arwah Atuk Adnan

  Didoakan semoga arwah Atuk Adnan yang telah kembali ke Maha Pencipta pada tengahari Jumaat tadi bersama golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

  Panggilan telephone diterima dari Mama (Big Boss) setelah baru sahaja menghantar Ilhan ke sekolah kebangsaan tidak dapat terus Tukang Kebun sambut sebab masih membonceng motosikal on the way balik ke rumah. Tapi melalui jenis ring tone sudah jelas bahawa Mama yang telephone. Lepas parking motosikal terus telephone Mama dan mendapat khabar berita arwah Atuk (sebelah papa Tukang Kebun) baru sahaja meninggal dunia. Setelah dearest husband balik kami bergegas ke masjid Desa Jaya, Kepong. Jenazah baru sahaja tiba di masjid dan akan dimandikan tidak lama lagi. Dapatlah suami bersama-sama mandikan arwah atuk. Pukul 6 petang tadi dikebumikan di perkuburan Islam di Taman Botani Kepong. Elok sahaja separuh tanah sudah ditimbus, hujan rahmat turun selebatnya. Pukul 7 malam sudah selesai uruskan jenazah arwah atuk.

  Kenangan tuaian Tukang Kebun hari ini pada waktu tengahari, agak-agak ketika ini mungkin arwah atuk kembali ke Maha Pencipta. Rancangannya untuk makan malam ingat nak buat masak lemak cili api telur itik. Masa memetik belimbing buloh terlintas juga di kepala, belimbing buloh depan rumah arwah atuk dan setiap kali ke sana Mama pesan bawakan telur-telur itik. Kali terakhir kami melawat arwah atuk pun Jumaat minggu lepas.
  Terima kasih kepada Gardener Suryani dari Terengganu menceriakan pagi jumaat Tukang Kebun dengan perkongsian hasil-hasil pembesaran anak-anak pokok yang dipos dari Kebun Bahagia Bersama. Bolehlah juga jadikan panduan kepada gardeners lain samaada pokok-pokok ini sesuai ditanam dalam pasu atau tidak. Terutamanya pokok akar dani, ramai balcony gardeners tanya sesuai ke tanam dalam pasu. Gardener Suryani dah buktikan boleh tanam akar dani dalam pasu dan dah berbunga pun anak pokok akar dani yang dipos Oktober tahun lepas. Pokok lemon Tahiti yang diposkan bersama juga dah berkali ganda saiznya membesar dalam pasu.
  Anak pokok bunga susun kelapa yang diposkan pada bulan April tahun ini juga dah meriah berbunga dan banyak putiknya hidup di dalam pasu.
  Tidak ketinggalan juga pokok bunga Queen of the Night sudah merimbun tumbuh dalam pasu dan berbunga yang dipos bulan April tahun ini. Terima kasih banyak-banyak Gardener Suryani berkongsi hasil pembesaran pokok-pokok tersebut, terhibur hati team members Kebun Bahagia Bersama menjamu mata.
  Update juga diterima dari Terengganu beberapa hari lalu dari Gardener Huda mengenai pembesaran sayur Red Ruby Swiss Chard yang biji benihnya dibekalkan oleh Kebun Bahagia Bersama. Geram tengok batang-batang sayur warna merah itu. Kalau Gardener Huda dah tak sabar, saiz macam ini pun dah boleh makan juga.
  Awal jumaat pagi pula dapat gambar yang memeranjatkan dari Big Boss. Tragedy di Kingfisher Sabah, habis anak-anak ayam dan ayam mutiara Big Boss kena makan dengan ular sawa. Ular sawa dah kenyang sangat tak boleh keluar dari sangkar. Dah 4 ekor selamat masuk dalam perut. Kena panggil bomba. Tengok tu dah berapa ekor dalam badan Ular Sawa tu berbonjol-bonjol. Tamak pula tu siap yang tak termakan semua dibunuh juga. Kalau ko boleh keluar hidup ular sawa memang no mercy Big Boss akan pancung ko tau. Alahai sayangnya ayam-ayam tu dah nak saiz spring chicken. Beberapa bulan lalu biawak yang santap anak ayam Big Boss. Ini pula Ular Sawa. Dugaan Big Boss nak bela unggas-unggas di kawasan perumahan corner lot. Will it stop Big Boss from trying again? We don't think so.

Sabtu, 15 Ogos 2015

Grafted Lemon Tahiti Stock

  Antara jenis citrus yang rajin berikan bekalan untuk dapur Kebun Bahagia Bersama ialah lemon Tahiti. Agak keliru dengan asal usulnya. Ada juga dikaitkan dengan panggilan Persian Lime. Tapi apabila diperhatikan dan diselidiki morphology pokoknya, Persian Lime dikatakan pokoknya hampir tidak berduri (thornless). Tetapi baka yang berlabel Lemon Tahiti ini pokoknya berduri. Kena hati-hati jugalah semasa memetik buahnya.
  Buah dari Lemon Tahiti ini rasanya tidaklah kuat seperti limau nipis. Rasanya ada perantaraan antara buah lemon dan juga buah limau nipis. Tiada rasa pahit yang ketara dan rasa buahnya tidaklah semasam seperti limau nipis semasa belum penuh masak. Buahnya yang masak juga lebih juicy dari limau nipis. Apabila perah buahnya jika ada kesan luka tidaklah perit rasanya seperti limau nipis. Mungkin adalah hasil dari persenyewaan beberapa jenis citrus seperti lemon ataupun adik beradik limau nipis terlahirnya jenis citrus ini. Lemon Tahiti apabila ranum warnanya adalah pucat kuning berbanding dengan limau nipis yang sudah masak emas kekuningan.
  Buahnya boleh dikatakan tidak berbiji (seedless), jarang-jarang sekali bila digunakan terjumpa biji dalam buahnya. Buah lemon Tahiti tahan lama apabila disimpan dalam suhu bilik biasa dan lebih lama lagi jika disimpan dalam peti ais. Buahnya juga berbau harum wangi. Pokoknya hampir berbuah sepanjang tahun dengan cuaca di Tanah Rendah Malaysia. Pokoknya mudah hidup dan senang dijaga di Tanah Rendah Malaysia. Pokok Lemon Tahiti sukakan kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang banyak dan tanah jenis pengalirannya baik, tidak mudah bertakung. 
  Bulan ini available stock pokok lemon tahiti grafted bagi yang berminat. Sebab pokok grafted, sesuai juga ditanam dalam bekas dan diletakkan di tempat yang paling banyak terima cahaya matahari di kebun anda. 

~ 1 pot lemon tahiti grafted RM25.00 (kebunkmg@gmail.com) ~
   Kebetulan minggu ini ada itik betina Muscovy kami mati pula. Bolehlah dijadikan baja bila dah sayang lama-lama bela tak sempat nak rasa telur atau dagingnya. Gali kubur untuknya, lepas tu atas mayat bubuh Lemon Tahiti ambil stok dari nursery sendiri. Moga cepat membesar dan berbuah lebat pokoknya nanti dengan baja organik. Kebetulan petang tu pula, hujan lebat sungguh eloklah tu terus tolong siram.

Ahad, 30 November 2014

Musim Citrus dan Pasar KBB


  Tukang kebun baru dapat mencari masa untuk membuat catatan kerja yang dilakukan pada sebelah siang Sabtu ini. Walaupun ada bahagian tempat yang rumputnya terlampau panjang di arah belakang Kebun Bahagia Bersama (dah lebih lutut). Tetapi hati tukang kebun lebih terdetik untuk kemaskan keliling bahagian depan dahulu di mana PETS di belakang selalu berlegar-legar. Di keliling luar bahagian tapak 1 ~4 kami kemas di mana biasanya barisan pelbagai jenis pokok citrus sesuai tumbuh di situ seperti limau kasturi, limau nipis dan lemon tumbuh dengan bahagia di situ. Lagipun anak-anak angkat AVIAN tu duduk dalam sangkar PETAK 2 jadi nak kena pastikan tak semak sangat kawasan berdekatan. 

 Sambil-sambil mengemas sekitar pokok-pokok citrus barulah tukang kebun perasan yang banyak buah yang bakal dapat dituai tidak lama lagi. Hari ini tuai untuk stok keperluan minggu ini sahaja dahulu. Tiap-tiap hari buat Teh O'Limau sebab musim gatal tekak di sini. Rayyan yang selalu rajin layan tukang kebun minum Teh O'Limau tiap hari patutlah dalam 3 beradik tu paling kuat immunisasi dia. Walaupun jantung kurang sempurna tapi tak mudah jatuh sakit masa musim demam banding abang Ilhan dan adik Abby sebab Rayyan memang kuat makan benda masam.
   Jenis pokok citrus grafted yang dearest hubby tengah merumput kemaskan ni baru belajar berbuah. Oleh sebab kena telan dengan weed maka tak perasan dah ada buah terjuntai-juntai bila diangkat tak lama lagi nak masak. Antara satu sebab tukang kebun tak minat citrus grafted selain kena attack dengan anai-anai ialah dahannya merimbun menjalar ke bawah jadi nak kena beri sokongan kasi naik dahannya. Big boss pun dah berapa kali pesan jangan dibiarkan dahannya yang merimbun merayap atas tanah tu begitu sahaja nanti mudah kena serangan anai-anai. Itik-itik suka duduk berteduh di bawah pokok limau mungkin baginya selamat disebabkan pokoknya berduri. Cuma yang nak bagi keselesaan dekat diorang ni nak kena hati-hati merumput bawah pokok citrus supaya tak tercucuk.
  Selesai kemas kawasan di atas pula, kami mengemas di kawasan bersebelahan tempat kasi Avian Pets makan. Cepatnyalah weed naik bermaharajalela masa musim hujan ni. Kebetulan di tengah kawasan ini pula tiba-tiba minggu ini ada pokok betik tumbang. Pokok betik betina ni dah lama dah tumbuh dan tak berhenti-henti berbuah dah sekurang-kurangnya 2 tahun lebih. Batang pokoknya pun dah besar macam pokok kelapa saiznya. Takut nak dibiarkan lama nanti tembok runtuh satu hal pula. Pencahayaan di kawasan ini sekitar 11 pagi.
 Buah-buah betik muda yang membesar di pokok betik tumbang tersebut bolehlah buat sayur. Jenuh jugalah dearest husband nak potong batang pokok betik tersebut kepada saiz boleh dibawa ke Green Waste. Tinggi pun dah nak sama dengan tingkat 2 rumah.
  Salah satu sebab tukang kebun terdetik nak kemas kawasan sebelah tempat kasi makan PETS tu, sebab Kiki (turkey betina) suka ronda-ronda di situ. Dah semak sangat khuatir keselamatan Kiki and the geng. Lagi satu sebab, tukang kebun nak buat tempat semaian stok simpanan anak-anak pokok  di situ nak kasi teratur sikit sebab macam di belah depan dah makin kekurangan ruang nak atur. Lagipun dari rumput je asyik naik di situ lebih baik susun bekas-bekas yang akan menutupi tanah dan mengelakkan rumput dari mudah timbul. Lagipun di area situ, mudah nak siram pokok-pokok ada paip. Tambahan pula, jiran yang sewa di rumah depan sedang bina rumah bersebelahan kawasan ini. Jadi takdelah semak dah sangat kawasan sebelah dah jadi kawasan laman rumah.

  Lepas dah kemas tu kan punyalah semangat nak pindah-pindahkan polibeg yang next tu bilik tidur kami ke belakang kena kemas tu. Baru je angkat polibeg anak pokok durian, tiba-tiba tukang kebun ternampak ada benda menyusur dekat tempat sebelah polibeg yang sedang tukang kebun angkat. Nampak badan je masa tu kepala dan ekor tak nampak. Nasib juga tukang kebun tak panik jadi angkat polibeg pun masih dalam keadaan senyap dan perlahan-lahan letak tepi pastu tukang kebun perhati ular tu nak bergerak ke arah mana sebelum panggil dearest hubby yang sedang tunggu tukang kebun di pokok canistel nak tuai buahnya.
 Ular tu pun tak pergi jauh pun cuma ke next polibeg yang tukang kebun belum angkat je lagi. Memandangkan jarak bilik tidur pun baru semeter lebih jadi terpaksalah hubby habiskan riwayat ular ini. Lagipun tak pasti ini spesis ular yang bahaya ke tidak. Dekat sangat dengan rumah dan khuatir cuti sekolah ni anak-anak ralit main di luar. Ini kali ketiga tukang kebun tengok ular di Kebun Bahagia Bersama dalam 2 tahun ini dan ini pertama kali nampak jenis corak ular ni di KBB. Boleh sesiapa bantu tambah pengetahuan kongsikan jenis ular apakah ini? Adakah ianya berbisa? Sebab corak badannya sangat cantik, dan kalau corak cantik macam selalunya input brain tukang kebun macam berbisa je. Tengok perut ular tu kembung macam ada mangsa je dalam perut. Nasib baik Tigger tak ikut tukang kebun kat sini sebab masa ini Tigger tukang kebun nampak tengah siesta sebelah luar dapur punya rak kasut. Tigger tu kecik lagi kalau veteran macam gelombon mahir lagi.
  Gambar selepas dikemaskan, baru sempat letak beberapa polibeg sahaja. Tak cukup masa dan terbantut bertembung dengan ular. Tapi tukang kebun did overcame my fear cepat-cepat alihkan semua anak-anak pokok durian di situ supaya tidak gemuruh nak pindahkan anak-anak pokok yang lain minggu depan. Frangipani di sebelah tembok dearest hubby tolong trimkan half the original size nanti jiran dah pindah takdelah mengganggu sangat dan sekarang lebih senang nak trim. Bila ada masa bercadang nak tanam anak-anak pokok citrus di tepi tembok ini kemudian. Hari ini tak sempat. Masuk rumah dari kebun pun dah nak dekat pukul 4 petang.
  Lepas kemas, mula projek menuai sebab ada pesanan-pesanan Pasar Online Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama diterima dan ronda keadaan pokok-pokok di kebun. Tukang kebun ingat nak open slot Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk pengeposan bermula pada 8hb Disember 2014 untuk yang berminat. Untuk Isnin depan ni pun dah ada reservation. Cuma kali ini kandungan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama akan mengikut apa yang segar dan masa sesuai untuk dipetik pada sebelum hari dipos. Sekurang-kurangnya 5 jenis buah akan dihantar dalam pakej Kebun Bahagia Bersama Online kali ini. Kalau yang cepat confirmation dapat giliran slot 8hb Disember 2014 kebarangkalian buah canistel, ciku dan beberapa jenis buah citrus mungkin ada. Buah rambutan tak pasti dah masak betul ke belum sebab minggu ini tengok macam baru nak bertukar warna. Setiap minggu ikut giliran, tengok rezeki tuaian apa di Kebun Bahagia Bersama (kalau yang dah biasa buat pesanan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama dah faham gambar upload tuaian selalunya memberikan hint).

~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ~
5 jenis campuran buah jumlah berat sehingga hampir 2 kilogram (RM7) dan kos penghantaran dalam Semenanjung Malaysia sahaja (RM13). Jumlah RM20. Boleh buat pesanan biji-biji benih sekali untuk dihantar bersama jimat postage (kebunkmg@gmail.com).
  Abbiyana dalam seminggu ini banyak betul kahak, tak lena mama papa tidur semalam risau bunyi semacam je dari dalam badan. Petang ni bawa ke klinik kena nebulizer. Doktor suruh datang lagi esok risau ada dengar bunyi panggil apatah (could not catch that term). Harap takde apa-apa yang serious, tapi in case if anything take note ya ada possibility pesanan-pesanan Pos Laju delay untuk minggu depan ya.
  Minggu ini ada masalah menerima dan membalas yahoo email ya. Jadi kalau tak terima reply dari tukang kebun bermakna samaada tukang kebun tak terima email tersebut atau tak dapat nak balas sebab asyik mail delivery fail. Bolehlah cuba hubungi tukang kebun lagi sekali.

Selamat Malam.

Sabtu, 6 September 2014

Tukang Kebun Chores 6th September 2014

   Hari ini sebagai catatan tukang kebun lepas membuat beberapa kerja kemas multi-tasking di kebun dapatlah menanam beberapa pokok buah memandangkan hujan dah kerap bertandang minggu ini. Antaranya ialah pokok lemon oval grafted (gambar atas sama batch dengan yang mula offer dulu klik sini). Yang ini dibela tanpa kasih sayang terbiar terlupa, pasti yang kakak-kakaknya yang lain dah lagi subur di kebun lain. Sambil-sambil tu kami kutip kelapa-kelapa tua juga di beberapa sudut sambil bersihkan kawasan yang nak dipindahkan anak-anak pokok. 

  Sesiapa yang berminat nak dapatkan supply kelapa tua untuk dibuat santan, minyak kelapa, sabut untuk border dan lain-lain bolehlah dapatkan juga di Kebun Bahagia Bersama (self-collect). Kami buat promosi untuk Hari Malaysia bagi bulan September 2014 ini. Boleh email tukang kebun (kebunkmg@gmail.com) untuk segala pertanyaan.

  Yang gambar atas ini pula pokok lemon tukang kebun dah tak ingat jenis apa lahir pada November 2013 tapi lebih tinggi dari pokok lemon oval grafted yang lebih tua darinya. Cepat sahaja pokok lemon tumbuh dari biji benih. Tukang kebun perasan ada beberapa pucuk baru keluar dari batang lemon tersebut.

    Hari ini dearest hubby tanam anak pokok gajus pemberian ayahnya balik dari beraya lalu. Ada dah sebenarnya pokok gajus besar dan pernah berbunga beberapa kali cuma asyik tak menjadi tak berbuah. Jadi kali ini kami cuba tengok kalau lokasi lain sesuai ke tidak. Terima kasih sayang hari ini semangat tolong hard-pruning beberapa pokok-pokok besar di belakang kebun. Rasanya 1 pokok pink guava, 3 pokok mangga dan 2 pokok rambutan abang tolong pruning. Cuma lebih lena adinda tidur kalau pokok cempedak dekat belakang yang dah ceroboh masuk kawasan orang tu dipotong tak menceroboh. Hope you be motivated for pruning that cempedak tree next week dear.
 Antara good surprise from the kebun today ialah Asparagus spear for the taking. Sekarang ni dah mula hujan lebih kerap bertandang, dah tak terkejar nak merumput. Baru 2 minggu rumput dah naik macam ni dah. Cuma area asparagus je tukang kebun cabut-cabut rumput sambil tuai yang lain tu tutup mata je lah dulu. Minggu ini dah ada semula stock biji benih asparagus batch yang baru.

~ Asparagus Connover's Collosal ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek for RM3.00.

 Jumaat baru-baru ini pula, masa Ilhan tunggu diambil dari Sekolah Kebangsaan terjatuh licin agaknya habis buat rekod baru kena jahit dekat kepala 3~4jahitan kut masa umur 7tahun.  Rekod patah tangan pula dipegang oleh Rayyan masa umur 18bulan. Inilah ada anak-anak lelaki yang aktif, Abby punya lasak pun boleh tahan juga. Isnin depan ni jangan lupa minta maaf sekali lagi dekat cikgu Ilhan ya, kesian dia Ilhan buat cikgu ketakutan menggigil suara cikgu telephone papa. Mama dan papa dah pesan banyak kali kalau hujan tunggu bukan di situ. Ini dah masuk kali ke-3 dah jatuh terhantuk di kepala. Bergegas mama hantar pergi klinik. Jumaat minggu lepas baru pergi klinik sama sebab batuk-batuk, jumaat minggu ini pergi jahit kesan terhantuk, minggu depan jumaat pun pergi lagi sebab nak buka jahitan. Asyik-asyik kita pergi klinik je Ilhan.
  Elok-elok mama tak sakit kepala dah sakit kepala dah nak fikir Ilhan ni. Nak fikir buat poultice for Ilhan pun kepala jadi beku....hai hai hai...

Ahad, 10 Ogos 2014

Hamper Aidilfitri untuk Team Members KBB from Kak Ros Jasin with Love

 Minggu ini tidak disangka dapat hamper Aidilfitri dari Kak Ros Jasin. Mula-mula pelik juga kenapa ada kiriman Pos Laju untuk tukang kebun sebab rasanya tiada buat pesanan apa-apa dan tidak menanti apa-apa. Abang pos laju tu pun dah 3 hari berturut-turut hantar barang dekat rumah untuk barang orang lain di rumah ni dan dah bosan gaknya tengok tukang kebun ni...hehehe...
 Bila tengok alamat tersenyum lebar tukang kebun tengok dari Kak Ros, Jasin rupanya. Mula-mula ingatkan benih. Terkejut tukang kebun bila buka rupa-rupanya dapat biskut-biskut raya, terharu sungguh rasa mata pun berlinang air mata. Biskut raya ni dahlah sangat istimewa hasil tangan Kak Ros dapatlah kami sekeluarga merasa. Hari ini pun sudah habis dimakan bersama-sama saudara mara yang berkunjung ke rumah berhari raya. Tukang kebun masa membuka bekas kuih raya nak simpan dalam balang bersama-sama Ilhan testing kuih home-made Kak Ros semuanya lazat sungguh Ilhan dan Abby berebut makan. Terima kasih banyak-banyak Kak Ros walaupun kami belum pernah bertemu tapi Kak Ros selalu merapatkan silaturahim dengan Kebun Bahagia Bersama team members. Bilalah nak turun ke Melaka ni, berjumpa dengan Kak Ros. Rasa motivate nak dapatkan resepi kuih dari Kak Ros untuk raya tahun depan.
  Syukur Alhamdulillah bulan Syawal ni memang buah cempedak banyak sungguh rasanya dah lebih 20 biji tukang kebun tuai dari satu pokok. Bulan ini ada juga tuaian dari pokok lemon tahiti. Hari ini saudara dari Seremban datang beraya. Kebetulan tukang kebun buat air bunga Telang jadi buat magic show pula dekat ibu dan ayah kanak-kanak riang ria yang sedang berlari-lari di halaman luar rumah tu. Pertama kali mereka minum air bunga telang jadi salah satu topic mengenai cara buat airnya dan tukang kebun tunjuklah air bertukar warna ke pink bila perah jus lemon tahiti. Orang dewasa pula seronok buat experiment atas meja makan. Budak-budak kalau visit Kebun Bahagia Bersama memang tak ingat nak makan atau duduk dalam rumah semuanya keluar meneroka di luar. Hari ini si Ilhan buat salah, dia ambil patung Echidna untuk hiasan luar mama dia pergi bawa gelungsur bersama-sama habis patah kaki si Echidna tu. Manalah mama dia nak cari ganti patung echidna tu. Dahlah beli dekat Fisherman's Wharf Market Adelaide sebagai kenangan.
 Pertama kali Raya Aidilfitri , tukang kebun buat rendang ayam 2 kali pada bulan Syawal. Semalam pun tukang kebun buat rendang ayam 2 ekor sebab dah habis. Seronok tengok tetamu menambah-nambah selera makan dengan rendang ayam. Kali ini santan lebih pekat dan bilangan daun puding belacan juga lebih banyak. Kali ini sebab dah praktis dulu dan dah boleh agak-agak bahan, husband kata rasa makin sedap lagi (betul ke ni darling?). Sampai tengah malam baru siap masak dan tunggu sampai nak dekat pukul 2 baru boleh pergi lelap mata tunggu rendangnya sejuk sebelum disimpan.

 Minggu ni tukang kebun lebih sibuk di dapur berbanding di kebun jadi memang banyak email sedang pending tukang kebun belum dapat reply. Harap bersabar ya, InsyaAllah esok tukang kebun reply. Kalau khuatir tukang kebun terlepas pandang boleh re-send email lagi ya. Tukang kebun dah sakit pinggang asyik menghadap tempat masak ni, buat kerja lama dekat kebun pun tak de rasa sakit pinggang macam ni. Sampai setakat sini sahaja dahulu celoteh tukang kebun nak sambung packing untuk pesanan-pesanan goodies Kebun Bahagia Bersama. Cuma pesanan-pesanan yang menggunakan Kotak Prepaid Saiz Large tertangguh mungkin Selasa atau Rabu sebab tukang kebun tak cukup stok Kotak Large di rumah. Esok baru nak dapatkan Kotak large tersebut. Harap maklum ya.

Rabu, 2 Julai 2014

Blessing in Disguise

 Rama-rama jenis ini suka sangatlah singgah pada anak-anak pokok lemon untuk tujuan utamanya meninggalkan telur-telur dia yang akan menetas menjadi ulat bertanduk itu. Pada mulanya dengan ilmu yang cetek rasa stress jugalah sebab asyik nak kena check dan eliminate ulat-ulat tersebut semasa musim bertelurnya. Biasanya tukang kebun squash on the spot je dengan jari sebab dah lali.
 Tetapi semasa sibuk tidak dapat turun ke kebun setiap hari tukang kebun pasrah sahaja let it grow naturally. Kalau ada rezeki tukang kebun adalah tu. Biasanya hanya anak-anak pokok lemon yang menjadi habuan caterpillar yang dah besar memanjang di belakang tidak ada pula. Dalam pemerhatian tukang kebun tengok kesan selepas ulat-ulat ini makan daun muda pokok lemon ada hikmah di sebaliknya. Rupa-rupanya dengan memakan pucuk muda anak pokok lemon tersebut menyebabkan ranting-ranting baru yang tumbuh. Ini adalah proses branching dari kesan pruning oleh si caterpillar yang dah santap pucuk muda tersebut. Ini adalah suatu kesan yang "positive". Jika si caterpilillar tak tolong buat pruning anak pokok lemon akan hanya tumbuh meninggi dengan satu batang sahaja. 
 Sebagai contoh, seperti dalam gambar di atas anak pokok lemon dalam hidupnya dah berapa kali pucuk muda daunnya telah disantap oleh si caterpillar semasa pokok ini membesar. Boleh kelihatan sekurang-kurangnya 3 kali (anak panah berwarna biru) di berlainan musim bertelur rama-rama, si caterpillar munch munch on the young leaves. Ini membuatkan anak pokok lemon lebih rimbun dengan bertambahnya ranting yang akan lebih menghasilkan buah pada masa hadapan berbanding dengan pokok lemon yang tumbuh meninggi nan sebatang. Everything happened with a reason. Anak pokok di atas minggu ini untuk tuannya Puan R. yang berasal dari Sabah yang anak pokok lemon tukang kebun kasi besar organically nampaklah banyak kesan caterpillar punya artwork.

~ Organic Lemon Seedlings (Date of Birth November 2013) ketinggian lebih 30 cm ~
1 pot for RM15.00 .

Isnin, 5 Mei 2014

Green Labour Day 2014 Project

 Kenangan sekeluarga pada hari buruh tahun 2014, tidak ke mana-mana tapi bersama-sama membuat memori di Kebun Bahagia Bersama di ruang ini. Selepas papa Abby selesai potong rumput di bahagian halaman rumah, ingatkan nak meneras (belajar perkataan ini dari Kak Mala) di bahagian ini. Bosan pula rasanya asyik mencantas pokok-pokok yang berdaun lebar macam daun pisang (sorry nama tak terkeluar dari kepala) berderat dekat kawasan yang kosong tu. Daun pokok-pokok ini boleh digunakan untuk membalut ikan yang hendak dibakar atau dipanggang menjadi pengganti daun pisang. Boleh juga dibuat bekas makanan bagi mereka yang pandai menganyam. Pokok ini mudah merebak dengan rizom dalam tanah tu (dalam gambar bulatan warna oren pokok dan rizom). 

 Papa Abby kena gali keluar semua rizomnya, kalau ada yang tertinggal mesti naik balik nanti bila musim hujan. Abang-abang Abby pula berdekatan lokasi ini menuai bunga-bunga telang (Rayyan teringin nak minum air sirap biru). Abby tolong mamanya sorting rizom-rizom tersebut dari terbuang sebab dah ada sekurang-kurangnya 100 lebih pokoknya di keliling rumah. Bolehlah dipindahkan ke kebun-kebun lain untuk penghantaran pesanan-pesanan Pos Laju pada hari ini jika ada ruang dalam parcel dan tidak melebihi had berat. Rizom tu tak perlu tanam dalam setakat cover dengan tanah dah memadai dengan seinci tinggi tanah.

 Memandangkan tukang kebun selalu lupa apa yang diisi secara random rezeki lebihan dari Kebun Bahagia Bersama jadi minggu ni tukang kebun buat nota boleh link nanti. Yang minggu lepas, tukang kebun tak buat nota jadi sendiri pun teragak-agak nak jawab bila terima email-email mengenai rezeki yang dikongsikan dari kebun apa yang diterima (sorry semenjak ni tukang kebun lupa). Tanpa pilih kasih secara random, teka-teki rezeki lain yang dikongsikan tukang kebun mungkin ada sertakan, lawat posting sebelumnya (klik link sini).
 Projek layout baru untuk lokasi ini bermula lepas pukul 10 pagi. Tukang kebun perasan ruang ini yang bersebelahan tembok baru mula menerima cahaya matahari secara direct pukul 10 lebih (Gambar No1). Bila dah pukul 11 lebih pagi baru sepenuhnya menerima cahaya direct keseluruhannya. Kemudian lepas pukul 2 kawasan ini dah tidak menerima cahaya matahari secara direct. Untuk gardeners yang baru nak kenali laman mereka, kenalilah pergerakkan cahaya matahari, ini adalah antara satu faktor utama bagaimana nak menyusun tumbuh-tumbuhan di laman anda.

 Di ruang ini, kenangan hari buruh 2014, kami pindahkan: pokok bunga Ri Ri Ying; jambu lohan (beli dekat MAHA dulu sekarang baru nak pindah dah setahun setengah); pokok Lemon dari semaian biji benih (sama batch dengan yang dibekalkan dari Feb 2014 sehingga sekarang limited stock tinggal); pokok nilam dan di belakangya tak ingat nama dari Dr. Ghani Langkawi; pokok oval lemon grafted; pokok kari tu tumbuh sendiri di situ. Dalam perancangan, ingat nak pindahkan pokok naga di situ. Kemudian pindahkan hippeastrum di sebelah depan bila ada masa.
 Di sebelah projek baru ada pokok tahiti lemon yang baru mula berbuah sejak penghujung tahun lepas. InsyaAllah kalau pokok tahiti lemon tu boleh hidup subur di sebelahnya, yang baru dipindahkan didoakan besar subur begitu juga. Sebelum dipindahkan anak-anak pokok, dear hubby dah gembur tanah dengan tahi baja kambing. Jadi alang-alang, pokok tahiti lemon pun diberi baja sekali. Dekat belakang pokok tahiti lemon ni pun ada beberapa jenis pokok puding koleksi big boss. Pokok bunga kertas pun telah diberi hard pruning sampai gondol macam big boss selalu buat.
 Sambil-sambil packing pesanan semalam dah pukul 6 petang lebih untuk dipos pagi Isnin tadi, tiba-tiba terkejut tukang kebun tengok rumpun pokok tampaka (info bawang dayak klik sini) kembang berseri, pada hari pertama semalam tak kembang lagi konon-konon nak bagi kejutan untuk tuan baru. Tukang kebun bercakap dengan dia kenapalah awak kembang hari ni, tunggulah sampai ke tuan baru (Kak Mar), baru kembang berseri. Tukang kebun pun pergi intai-intai di tempat semaian tengok kalau ada yang kudupnya masih ada beberapa hari nak buka...erk semua nak kembang seri petang semalam. Tampaka biasanya kembang berseri lepas waktu Asar ya, berbeza dengan bunga-bunga yang lain biasanya sebelah pagi dah kembang.

Khamis, 9 Januari 2014

Round Pointed Lemon Grafted Tree

 Pada cuti am Tahun Baru 2014, tukang kebun ada tanam beberapa pokok tut round pointed lemon yang sama batch dengan yang ditawarkan pada minggu ini (limited stock). Pokok lemon baka ini menghasilkan banyak buah serumpun kalau bunganya well-pollinated boleh ada setakat ni yang dikira paling banyak 8 buah dalam satu tangkai/rumpun. Ikut musim juga kalau musim panas 1 tangkai tak banyak kalau cuaca biasa-biasa boleh dapat beberapa buah dalam satu tangkai. Semuanya bergantung on how well is the flower kena pollinated. Masa banyak bunganya pada pagi yang nyaman dingin, banyak lebah buzzing di pokok lemon. Itu sebab bila banyak sangat buahnya jadi berat kekadang rebah ke arah tanah sebab tangkai pokok yang panjang tu tak boleh menampung. Selalunya kalau tengah lumayan buahnya kami terpaksa bagi support untuk naikkan  tangkai-tangkai kayu supaya buahnya mendapat cahaya matahari. Pokok baka ini juga cepat merimbun rasanya dalam setahun ada sekurang-kurangnya 2 kali nak trim sikit.
 Mula-mulanya tukang kebun tiada niat nak graft pokok lemon ini. Tetapi pada suatu hari, lepas dear hubby angkat tangkai-tangkai pokok lemon baka ini yang rebah ke tanah pada waktu pagi, petang masa menuai cari-cari buah lemon yang masak, tukang kebun terkejut ada akar pula kat bahagian hujung pokok lemon. Jadi tukang kebun yang lazy ini pun ambillah peluang cepat-cepat check bahagian tangkai yang dah tumbuh akar dan potong kemudian tanam di dalam pot jadi pokok-pokok lemon yang baru. Nampak tak dalam gambar bawah batang kemboja yang dicantas pun main pakai je buat support Si Hubby punya kerja.
 Rezeki dari kebun beranak-pinak sendiri. Yang gambar di bawah pun secara semula jadi beberapa batang matang pokok lemon ini pun berpisah menjadi pokok-pokok yang berasingan sebab tangkainya pada masa dahulu terbenam dalam tanah dengan sendirinya. Kadang-kadang akibat hujan yang lebat tertimbus batangnya ke dalam tanah. Kadang-kadang si ayam yang suka berkelah dan cakar-cakar tanah di bawah pokok lemon menimbunkan tanah. 
 Baru beberapa bulan trim dah naik bushy cepat pokok lemon baka round pointed ini.
 Jadi pada cuti tahun baru 2014 lalu, big boss cantas pokok rambutan gading dan kitar semula batangnya untuk menaikkan rimbunan tangkai-tangkai pokok lemon. 
 ~ Round Pointed Lemon Grafted Tree ~
1 Bekas RM25.00 .
Kos penghantaran RM15.00 .

Jumaat, 29 November 2013

Grafted Oval Lemon Plant

 Bila tukang kebun bandingkan pertumbuhan pokok lemon yang disemai dari biji benih dan secara tut, pembesaran pokok lemon yang disemai dari biji benih sebenarnya lebih cepat dari segi perkembangan ketinggian dan akarnya. Cuma dari biji benih kena tunggu beberapa tahun sebelum berbuah. Tapi sebenarnya untuk pokok lemon yang jenis grafted juga perlu memberikannya masa untuk membesar sehingga satu tahap dulu. Jika tidak memberikan peluang pokok lemon grafted kukuh membesar dahulu ada kemungkinan jangka hayatnya tidak panjang selepas memberikan buah beberapa musim. Pokok grafted yang baru dibiarkan berbuah lebat sebenarnya tidak mempunyai banyak energy terkumpul seperti pokok-pokok yang disemai dari biji benih mengumpul tenaga sehinggalah ia rasa ready untuk berbuah. Dalam bakul atas adalah antara tuaian/kutipan lemon dari Kebun Bahagia Bersama untuk Pasar Online Kebun Bahagia Bersama yang selamat dihantar dari pokok lemon dalam gambar bawah sebelum dituai. Model itik kali ini untuk anggaran besar buah lemon oval berdekatan kolam. Minggu ini tak sempat nak meronda kebun sampai banyak lemon ranum tergolek-golek atas tanah, weed pun dah meninggi di bawah pokok lemon. Sambil tuai/kutip tu sambil tukang kebun cabut-cabut weed kalau tidak tak nampak dah lemon-lemon yang jatuh tu.
 Minggu ini tukang kebun release batch pokok grafted oval lemon dari clone pokok lemon dalam gambar (sebagai kenangan yang menerimanya tahu dari pokok mana dalam Kebun Bahagia Bersama disertakan gambar). Tukang kebun tak pernah spray pokok-pokok lemon yang dibekalkan jadi ada nibble here and there dekat daunnya. Lagipun kalau tengok pokoknya zoom in di gambar atas pun does not look perfect tapi pokoknya menghasilkan buah untuk kami sepanjang tahun, setiap minggu paling kurang pun mesti ada 1 biji boleh ambil. Seelok-eloknya kalau pokok grafted lemon biarkan ianya membesar sekurang-kurangnya ketinggian 40cm baru bagi ia peluang berbuah. Kecil-kecil sekarang pun pokoknya dah mula menggatal nak berbuah, jadi buang bunganya. Memang seronok tengok dah mula berbuah kecik-kecik pokok grafted lemon tapi keseronokkan sekejap, harap bersabar menunggu ianya membesar lagi untuk kutip bilangan berjuta-juta lemon.
~ Grafted Oval Lemon Tree ~

1 Bekas RM25.00  (enquiries kebunkmg@gmail.com).


Minggu depan Pasar Online Kebun Bahagia Bersama masih available, antara tuaian yang available dari Kebun Bahagia Bersama untuk dimasukkan goodies: lemon, manggis, rambutan dan lain-lain.
 Manggis tak perlu dipetik, jatuh-jatuh masak ke tanah jadi dibekalkan bukan diperam tapi yang sudah ranum dengan sendirinya. Selalunya pokok manggis yang utama terletak dekat depan pagar rumah selalu tukang kebun curi-curi masa sambil menunggu anak-anak tengah lunch. Lepas mereka habis lunch meal untuk pencuci mulut antaranya buah manggis. Setiap hari minggu ini penuh satu bakul seperti dalam gambar dikutip.
 Minggu ini memang series tanaman bunga putih, tukang kebun tak ada cheating ya sebab pokok oval lemon dalam posting ini bunganya adalah warna putih. Selain itu, gladioli berwarna putih tengah berkembang di Kebun Bahagia Bersama juga.