No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Sabtu, 6 September 2014

Tukang Kebun Chores 6th September 2014

   Hari ini sebagai catatan tukang kebun lepas membuat beberapa kerja kemas multi-tasking di kebun dapatlah menanam beberapa pokok buah memandangkan hujan dah kerap bertandang minggu ini. Antaranya ialah pokok lemon oval grafted (gambar atas sama batch dengan yang mula offer dulu klik sini). Yang ini dibela tanpa kasih sayang terbiar terlupa, pasti yang kakak-kakaknya yang lain dah lagi subur di kebun lain. Sambil-sambil tu kami kutip kelapa-kelapa tua juga di beberapa sudut sambil bersihkan kawasan yang nak dipindahkan anak-anak pokok. 

  Sesiapa yang berminat nak dapatkan supply kelapa tua untuk dibuat santan, minyak kelapa, sabut untuk border dan lain-lain bolehlah dapatkan juga di Kebun Bahagia Bersama (self-collect). Kami buat promosi untuk Hari Malaysia bagi bulan September 2014 ini. Boleh email tukang kebun (kebunkmg@gmail.com) untuk segala pertanyaan.

  Yang gambar atas ini pula pokok lemon tukang kebun dah tak ingat jenis apa lahir pada November 2013 tapi lebih tinggi dari pokok lemon oval grafted yang lebih tua darinya. Cepat sahaja pokok lemon tumbuh dari biji benih. Tukang kebun perasan ada beberapa pucuk baru keluar dari batang lemon tersebut.

    Hari ini dearest hubby tanam anak pokok gajus pemberian ayahnya balik dari beraya lalu. Ada dah sebenarnya pokok gajus besar dan pernah berbunga beberapa kali cuma asyik tak menjadi tak berbuah. Jadi kali ini kami cuba tengok kalau lokasi lain sesuai ke tidak. Terima kasih sayang hari ini semangat tolong hard-pruning beberapa pokok-pokok besar di belakang kebun. Rasanya 1 pokok pink guava, 3 pokok mangga dan 2 pokok rambutan abang tolong pruning. Cuma lebih lena adinda tidur kalau pokok cempedak dekat belakang yang dah ceroboh masuk kawasan orang tu dipotong tak menceroboh. Hope you be motivated for pruning that cempedak tree next week dear.
 Antara good surprise from the kebun today ialah Asparagus spear for the taking. Sekarang ni dah mula hujan lebih kerap bertandang, dah tak terkejar nak merumput. Baru 2 minggu rumput dah naik macam ni dah. Cuma area asparagus je tukang kebun cabut-cabut rumput sambil tuai yang lain tu tutup mata je lah dulu. Minggu ini dah ada semula stock biji benih asparagus batch yang baru.

~ Asparagus Connover's Collosal ~
Anggaran 20 biji benih dalam 1 pek for RM3.00.

 Jumaat baru-baru ini pula, masa Ilhan tunggu diambil dari Sekolah Kebangsaan terjatuh licin agaknya habis buat rekod baru kena jahit dekat kepala 3~4jahitan kut masa umur 7tahun.  Rekod patah tangan pula dipegang oleh Rayyan masa umur 18bulan. Inilah ada anak-anak lelaki yang aktif, Abby punya lasak pun boleh tahan juga. Isnin depan ni jangan lupa minta maaf sekali lagi dekat cikgu Ilhan ya, kesian dia Ilhan buat cikgu ketakutan menggigil suara cikgu telephone papa. Mama dan papa dah pesan banyak kali kalau hujan tunggu bukan di situ. Ini dah masuk kali ke-3 dah jatuh terhantuk di kepala. Bergegas mama hantar pergi klinik. Jumaat minggu lepas baru pergi klinik sama sebab batuk-batuk, jumaat minggu ini pergi jahit kesan terhantuk, minggu depan jumaat pun pergi lagi sebab nak buka jahitan. Asyik-asyik kita pergi klinik je Ilhan.
  Elok-elok mama tak sakit kepala dah sakit kepala dah nak fikir Ilhan ni. Nak fikir buat poultice for Ilhan pun kepala jadi beku....hai hai hai...

14 ulasan:

nadia rashid berkata...

Adoi adik ilhan...sengal kepala aunty tgk darah mcm tu...semoga cepat2 recover yer

Asparagus n other seeds da sampai....tapi skang hujan lebat plk..takut hilang tah ke mana seeds nnt

Julie22 berkata...

Assalamualaikum Kak Diana, adui...kesiannya si Ilhan, nyilu Julie tgk kesan luka mcm tu, semoga anak comel kakak tu cepat2 sembuh...memang seronok kalo dpt tanam pokok Gajus @jagus (panggilan org kg Julie) pokoknya yg besar, rendang & berbuah dgn banyak sekali mengingatkan Julie betapa bestnya berebut buah jagus masa budak2 dlu dgn kwn2 utk dgoreng tanpa minyak bijinya yg sdh tua utk diambil kacang d dlmnya & mmg mencabar & seronoklah goreng biji gajus ni kak berasap kawasan hehe...

Nasa Mulia berkata...

Adoiii Ilhan, kalau saya yg tengok pun jadi mengigil, tak boleh tengok darah..

Shasrine berkata...

Kesiannya ilhan. Get well soon ye.

cucubulat berkata...

anak lelaki mmg aktif,,kalau tak da cop kat badan tu x sah kan,,hehe.semoga cepat sembuh adik ilhan.

ulam pucuk gajus suka tp buahnya x suka,,tp ada terbaca buahnya boleh letak dalam sayur lemak..rs mcm sedap jer.

@na berkata...

siaannyer ilhan..sampai berdarah-darah dahi...hrp cepat baik...nnti hati2 ya ilhan...

Normala Saad berkata...

Alah Diana, dalam banyak2 benda kat atas tu, tang kelapa tua juga yang kak minat. Murahnya jual. Kalau dekat mau pi angkut selori..hehee..
Moga Ilhan cepat sembuh. Hero memang lasak!

Tanpa Nama berkata...

Hope the wound heals soon.. Si Ilhan... You too, take care Diana... I have plenty of lasak children in my class (this year) at the tadika. Adoi.. pantang to have any injury. Big responsiblitly and accountable to the parents.
Choi Min

sud@is berkata...

siannya sikecik tu,smoga cepat sembuh ... oh macam ni pokok asparagus

Ummu Madihah berkata...

Salam Diana,

Seriau Mak Aji tengok dahi Ilhan! Hai, budak2 tengah lasak gitulah, kalau tak patah, tak luka memang tak sah! Harap Ilhan cepat baik ya!

Cantiknya pokok gajus tu! Mak Aji pun dah hangus separuh gara-gara Pak Aji dok bakar pokok pisang yang katanya berpenyakit. Alamat lama lagilah nak merasa ulam pucuk gajus.

Ibu Qistina berkata...

Alahai ilhan,seram acik tgk luka tu.......cepat sembuh ya ilhan. Sian mama duk berulang ke klinik,mesti doktor tu kenal sesangat dengan ilhan. hehe.....get well soon,jaga diri baik2 ilhan. :D

TukangKebun berkata...

Syukur Alhamdulillah dah selamat sampai Nadia. Hujan-hujan lebat memang takut hanyut. Semai asparagus pernah tertimbul balik bijinya atas tanah gara-gara hujan lebat.

Waalaikumsalam Julie.
Sana panggil jagus ya. Ada pokok sebatang yang dah besar rendang di sini. Dah berapa kali bunga tapi buah tak melekat. Mungkin belum ada cuaca yang sesuai kut. Sebab berbunga musim kemarau lepas tu tak de rajin siram kat belakang tu. Nostalgia memang best main masak-masak jagus dengan kawan-kawan.

Itulah Nasa Mulia anak lelaki ni, perlahan-lahan maknya cuci rambut yang dah melekat dengan darah.

Thank you for the wishes Shasrine. Lepas jahit macam OK je lasak macam biasa.

Memang anak lelaki ni kalau takde cop dekat badan tak sahkan cucubulat. Mama dia pun banyak cop gara-gara lasak masa kecik. Dekat pasar Sabtu sini nampak juga orang rajin jual ulam pucuk gajus. Tuan yang ada pokok pula tak rajin nak ambil.

@na Yang maknya terkejut apahai baju sekolah yang dekat perut pula merah habis dengan darah. Mula-mula ingat luka besar kena cucuk dekat perut ke.

Stok kelapa tua sekarang banyak sangatlah Kak Mala. Itu yang baru dikumpulkan dah sorting. Masih banyak lagi yang tak terkumpul lagi dekat penjuru lain. Kalau siapa rajin nak datang ambik kira rezeki dialah nak buat apa dengan kelapa ni, tu jual murah je. Yalah kalau takat 50 biji dah berapa pek dapat santan atau kelapa kukur untuk dijual. Orang kedai pun untung banyak.

I can understand how a teacher feel Choi Min handling all this hyper active kids. 3 teachers were waiting for me to pick up Ilhan. I think the teachers were quite surprised that I was a bit calmed when I saw what kind of a state Ilhan was. Cos I do understand that Ilhan can be very clumsy at time. Hopefully this will taught Ilhan not to be very playful when its just after rain and wait for me without troubles.

Pokok asparagus daunnya halus-halus Sud@is.

Salam Mak Aji,
Kami punya gajus pun pernah hangus sebahagian gara-gara membakar juga hehehe...InsyaAllah cepat je naik subur balik bila makin hujan turun ni.

Nasib baik jumpa doktor lain-lain Ibu Qistina. Kalau tak muka merah juga mama Ilhan ni.

Mohd Hisham Idris berkata...

kat mana boleh ambil benih asparagus saya di sg buloh 0192272127.

TukangKebun berkata...

For more details email (kebunkmg@gmail.com) Mohd Hisham Idris. Biji benih asparagus boleh sahaja dipos selain dari pick up.