No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 30 September 2014

PETAK F End September 2014

 
  Tengahari tadi ingat nak lekas-lekas je ambil sayur manis di petak F. Tetapi jadi sejam pula berada di petak F. Yang menyerikan petak F walaupun duduk dalam semak ialah Seri Pagi Scarlett O'Hara benih dari Kak Mala Langkawi Island. Yang kelakarnya bila benih dari Kak Mala sampai barulah terjumpa mana disimpan biji benih Scarlett O'Hara sendiri main sorok-sorok pula. Seri Pagi Scarlett O'Hara memang tahan lasak dan sejak tukang kebun direct-sowing tak pernah siram terbiar tumbuh sendiri. Sehinggakan kini sudah pun terbentuk kantung-kantung benih di pokoknya.
 Scarlett O'Hara dalam semak sekarang tengah melilit naik atas pokok-pokok sayur masin untuk menyelamatkan diri dan mendapatkan lebih banyak cahaya matahari. Ingatkan nak tuai sahaja sayur manis tapi mata dah tak tahan pula tengok weed yang subur meriah. Minggu ini kalau dalam penghantaran Pos Laju ada batang seperti di bawah harap maklum adalah keratan sayur manis.
 Tukang kebun biasanya bila tuai sayur manis bukan potong-potong tangkai daunnya sahaja tapi pangkas terus batang-batang utamanya. InsyaAllah cepat sahaja naik pucuk-pucuk baru seperti gambar di bawah. Lagipun yang lebih sedap senang nak masak ialah daun mudanya. Ini juga dapat membantu merimbunkan pokok sayur manis. Kalau rajin sambil-sambil tu boleh buang daunnya yang dah tua. Barulah pokoknya nampak naik subur hijau cantik semula.
  Nampak tak gambar bawah betapa suburnya weed yang naik pada bulan ini. Tak menang tangan nak cabut. Perbezaan bahagian yang dah dicabut weed di depan dan yang belum lagi de belakang. Awal bulan Julai lepas ada tukang kebun tanam ubi bemban di petak F sambil-sambil mengemas sekali Petak E (klik sini). Tukang kebun perhatikan ubi bemban dan tampaka sesuai hidup bersama. Jadi faktor persekitaraan seperti tanah dan cahaya yang sesuai adalah sama untuk keperluannya.

Apa dia 'Ubi Bemban'? (klik sini).
Limited stock.
  Gambar di bawah apa yang terdaya setelah dikemaskan hari ini. Barulah nampak asparagus yang juga ada di Petak F. Dari 2 minggu lepas stok 'Tampaka' yang diambil untuk pesanan ialah dari Petak F dan masih ada beberapa rumpunan simpanan di Petak F juga untuk bulan depan. Our Sayur manis lunch hari ini adalah dari sebelah kiri gambar yang ada tampaka dan ubi bemban.

Apa dia "Tampaka"? (klik sini).
Available.
  Hadiah untuk tukang kebun keluarkan peluh kemas petak F hari ini pula adalah "Sunchoke".  Hampir terlupa yang dalam petak F ini juga ada "Sunchoke". Kebetulan pokoknya baru je kering maknanya masa untuk dikorek-korek cari ubi. Sebab hujan ada juga yang ubinya mula keluar pucuk balik. Yang dah keluar pucuk tukang kebun tanam semula di petak F buat barisan baru. So malam ni dinner ada lauk kurma ayam dengan ubinya adalah "Sunchoke". Syukur Alhamdulillah dari petak F ini adalah lauk-pauk kami untuk isi perut hari ini. Tak rugi berbudi pada tanah walaupun masa yang diluangkan di petak F ini takdelah banyak pun dan selalunya terabai. Merumput pun 2~3 bulan sekali menyelit dengan projek ruang yang lain. Itu yang nampak carpet weed je memanjang. Sebab itu tukang kebun lebih fokus tanam jenis tumbuhan yang hasilnya dalam tanah atau keluar dari tanah di petak F. Kalau tak sempat weed pun tak effect sangat.
 If you can spend 1 hour watching drama on the weekend, means you have time to work out in the garden. Tukang kebun luangkan masa 1 hour kemas petak F ini yang slightly smaller than size rumah terrace sekarang. 

Apa dia "Sunchoke"? (klik sini).
Not available at the moment baru sahaja propagate. Mungkin hujung Oktober kalau ada extra.

~ Anak pokok sayur manis available dan boleh campur dengan set 3 for RM10 di page sini (klik Sini)~

8 ulasan:

Normala Saad berkata...

Scarlet O'hara ni bagus untuk orang yang 1st time tanam morning glory. Tak manja dan tahan panas..walau ketot mcmana pokoknya pasti tumbuh bunga. So promising..

@na berkata...

sekarang ni musim hujan mmg weed bermaharajalela....menyelubungi laman...betul tu diana kalau spend setengah jam sehari pun dah cukup uruskan weeds meliar ni...

sud@is berkata...

Scarlett O'Hara patut macam image kaka mala, dari sana datangnya,,
Pucuk asin-asin sedap dibuat sayur air dengan keledek oren.....

carlz berkata...

Jika di Sabah benda ni dipanggil sayur tikus belanda, tak tau kenapa dipanggil mcm tu... sedap buat sup.

TukangKebun berkata...

Memang mudah sungguh seperti Kak Mala katakan untuk beginner dalam kategori seri pagi baik cuba dengan scarlett o'hara.

TukangKebun berkata...

Memang weed tumbuh cepat musim hujan ni kan ANA. Ada setengah jam pun macam-macam boleh buat di kebun.

TukangKebun berkata...

Bunga sama dengan avatar Kak Mala Sudais. Belum pernah letak asin asin masak air dengan keledek or en menarik tu nak cuba.

TukangKebun berkata...

Yang mana satu dipanggil sayur tikus Belanda Carlz? Sunchoke ke?