Salah satu nama yang diberikan kepada tumbuhan berbunga putih ini ialah 'Dove Tail' yang sesuai dijadikan border renek di taman. Ianya rajin berbunga beberapa kali dalam setahun. Tambahan pula pembesarannya dan pembiakkannya sangat cepat beranak pinak. Semasa gugusan bunganya belum kembang nampak seperti gugusan anggur putih. Juga sesuai dijadikan tumbuhan mengisi ruang di bawah pohon-pohon besar kerana pokok ini boleh juga hidup dalam shade cuma pembesarannya tak sepantas yang mendapat banyak pencahayaan.
Si 'Dove Tail' ini jenis tumbuhan yang sifatnya seperti tumbuhan berizom. Rizom yang dah matang kadang kala menghasilkan anak-anak baru sebagai pengganti macam creepers je menjalar-jalar di permukaan tanah. Kalau mereka yang baru buka ruang taman yang baru nak save cost sementara waktu nak kasi ruang tersebut tidak kosong bolehlah tanam 'Dove Tail' di situ cepat je beranak-pinak dan penuhi ruang tersebut. Kemudian dah banyak stok bolehlah pindahkan tukar layout taman.
Kadangkala bila lepas berbunga rizom dia nampak sedih je macam nak KO. Jangan pandang rendah dekat dia kejap lagi tiba-tiba muncul anak pokok baru di situ. Setelah mempunyai rizom-rizom yang matang di kebun, tukang kebun tak pernah siram pun dia dok terbiar tumbuh ikut mood mother nature. Setakat ni tak de sudut-sudut di Kebun Bahagia Bersama yang pupus dengan tumbuhan 'Dove Tail', tiba-tiba nanti bila hujan naik subur balik bukan main rancaknya.
'Dove Tail' juga menghasilkan buah selepas berbunga. Tapi setakat ini tukang kebun tak jumpa info boleh dimakan. Jadi janganlah buat berani nak makan. Sebab ianya menghasilkan buah maka kaedah lain juga mungkin ada anak-anak pokok yang bercambah sendiri dari biji benih. Bila pokoknya menghasilkan buah (dah nempak macam nak RIP) untuk nampak kasi kemas taman anda, pangkas sahaja pokoknya. InsyaAllah nanti bermulalah kitaran semula keluar pucuk anak-anak baru yang subur.
Dari pembacaan yang tukang kebun sempat buat ialah tumbuhan ini kebanyakkannya hanya digunakan secara luaran sahaja. Ada budaya di Trinadad pakai daunnya gosok-gosok di tapak kaki bayi yang baru nak belajar jalan kononnya boleh mempercepatkan skill berjalan. Begitu juga kepada kaki anjing buru supaya mereka dapat berlari dengan pantas. Ada juga sumber mengatakan dapat membantu merawat 'crack heels'.
Tumbuhan ini mudah hidup sesuai dengan novice gardeners untuk mengasah gardening technique di kebun. Lagipun pokoknya jenis cepat membesar sesuai untuk mereka yang suka 'instant garden'. Kebun Bahagia Bersama bekalkan tumbuhan 'Dove Tail' ini secara moist bare-rooted jadi 1 Malaysia boleh dihantar. Jimat penghantaran dan ruang di dalam kotak.
Info tumbuhan 'Dove Tail' yang juga dikenali dengan nama 'Cola de Paloma' atau 'Soskia' dari previous posting (klik sini).
Pesanan-pesanan yang dah confirm sebelum pukul 6 petang Isnin tadi dan butiran sudah diterima, tukang kebun dah siap packing tinggal nak pos esok pagi.
~ 'Dove Tail' <Cola de Paloma>(Soskia) ~
1 moist bare-rooted plant for RM8.00.
Delivery seluruh Malaysia.
4 ulasan:
macam pokok orkid kan...
Pernah tanam satu masa dulu. Senang tumbuh dan tak banyak kerenah.
betul la macam buah anggur hijau jer,,rasa nak makan pulak..
Aaahhh orang tempatan kita ramai ingatkan adikberadik orkid Sud@is, ada negara lain pula kata macam iris.
Memang mudah betul nak bela dia ni kan Kak Mala.
Hehehe...takdelah besar gugusannya macam anggur Cucubulat. Tapi kalau bayang anggur rasa nak ngap pula.
Catat Ulasan