No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Khamis, 4 September 2014

Miyabi Lilium Longiflorum

Lilium longiflorum Miyabi

  Kembangnya hari ini ialah si Miyabi (Lilium longiflorum). Berbunga-bungalah hati si Tukang kebun. Cuma pokoknya macam pengsan hari ini sebab tiba-tiba petang semalam hujan lebat turun setelah lama tak bertandang. Pastu bunganya besar berat, pokoknya tak larat nak tegak balik kerana kali ini ketinggian si Miyabi kali ini cuma nak cecah dekat 30cm. Tapi yang tukang kebun pelik dah lebih 6 bulan tukang kebun tanam bawangnya tiba-tiba keluar pucuk dari tanah masa musim kemarau (June 2014) sebab dah don't care she forgot. Aik kawan-kawan lilium longiflorum lain yang di situ tanam hari sama semua dah selamat berbunga, dan dah duduk dormant semula dalam tanah.

 Si Miyabi late-bloomer ni baru nak bangun, tengah musim panas pula tu. Nasib musim bunga masa bukan kemarau.  Takpelah janji dia mekar merah kembang sepenuhnya dan dapat menyesuaikan diri dengan cuaca di Kebun Bahagia Bersama di masa hadapan. Lilium longiflorum ni memang semua ikut mood masing-masing bila nak bangun. So tak perlu nak paksa dia bangun. Cuma ramai yang tersilap ialah “over-watering” bagi bawang dia banyak air lama-lama sebab pucuk tak keluar-keluar akhirnya menjadikan bawangnya lembik mereput.  Let nature do the work, Sabar itukan separuh dari iman. Bawang lilium longiflorum ni bangun keluarkan pucuk ikut keadaan cuaca yang dia suka. Dalam pengalaman tukang kebun, bawang lilium ni kembang lebih indah jika dibiarkan dia sendiri bangun dari dipaksa sebab kita tak boleh control cuaca dekat kebun. ( Jangan tanya no stock, bila ada tukang kebun inform).

Tuai peria putih

  Tuaian segar hari ini untuk isi perut sekeluaga lekas-lekas capai sebelum kena ambil Ilhan dari sekolah agama. Punyalah sibuk sampai terlupa si FUJI morning glory kena buli dengan weed nasib baik pandai mencari ruang sendiri dan mula memanjat melilit grill di sebelahnya. Cuma sempat cabut weed dalam gambar tengah ini je.
Morning glory FUJI

 Fresh seeds stock morning glory yang ada minggu ini ialah Morning Glory Grandpa Ott (Ipomoea purpurea). Tukang kebun semai 10 biji benih minggu lepas (direct-sowing) dan tengok hari ini semua dah bercambah dengan bantuan air hujan. Gambar di bawah contoh anak pokok Morning Glory Grandpa Ott.
morning glory grandpa ott


~ Morning Glory Grandpa Ott ~
Anggaran 10 biji benih dalam 1 pek harga RM3.00

6 ulasan:

Seri7ujuh berkata...

MasyaAllah..cantiknya Miyabi..kot berat sangat next time tukang kebun kena standby sokong kudup bunga....

Unknown berkata...

Assalamulaikum..blh x email kan saya senarai nenih dan harga..ni email saya matusop1@gmail.com

Unknown berkata...

Assalamualaikum...TukangKebun. boleh email senarai benih&harga. Terutama Bulb Gladioli..norish.norlin@gmail.com. tq

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Makngah.

Sibuk kebelakangan ni banyak yang terabai kena pandai-pandai hidup sendiri hehehe

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Ct Mar.

Ada kami email senarai tapi asyik dapat email fail to sent ja.
Apa kata cuba email kami pula ;)

TukangKebun berkata...

Waalaikumsalam Norish.

Ada dah kami hantar email.