No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Nangka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nangka. Papar semua catatan

Ahad, 16 Julai 2017

Passionfruit and Jackfruit

 Syukur Alhamdulillah sebelum bulan Ramadhan lalu musim buah markisa di Kebun Bahagia Bersama, lebat juga buahnya. Pokoknya pun yang bukan sendiri tanam. Tumbuh sendiri dari benih-benih bertaburan yang buahnya terkongsi dengan makhluk-makhluk Allah lain selalu singgah di kebun ini. Dibiarkan tumbuh sendiri, ikut suka dia habis melilit naik pokok pinang jenis hiasan yang tinggi. Di kebun belakang pun ada yang naik sendiri melilit dekat pokok nangka.
 Kebun Bahagia Bersama ingin inform anak pokok markisa jenis buah masak ungu sudah kembali dalam senarai katalog kami.

~ 1 anak pokok markisa RM8 ~

 Info lanjut mengenai pokok markisa boleh rujuk juga dekat posting lama kami (klik sini).
 Syukur Alhamdulillah bulan ini juga rancak buah nangka sedang meranum di kebun belakang. Buah-buah nangka ini tidak diberikan baja buatan ya dah bertahun. Semuanya baja asli dari kitaran semula daun-daun guguran dan sebab pokoknya terletak di tepi kolam tempat bakar bahan-bahan organik besar dari kebun mungkin ada debu-debu nutrient juga berterbangan menjadikan sumber makanan ia. Macam 'wood ash' yang juga sumber potash yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok yang baik. 

 Syukur Alhamdulillah salah satu pokok nangka yang selalu mengada-ngada buahnya hasil kat tempat bahagian tinggi yang kami pangkas hampir 2 tahun lalu (related posting klik sini), dah mula berjinak nak berbuah lebat dekat bahagian bawah batang besar je seperti gambar di bawah. Nampak dah banyak pokoknya sedang keluarkan putik bunga. Daun-daun kering tu masa tak cukup tangan, biarkanlah kitar semula jadi baja untuknya. Pokok ini pun letak sebelah tempat bakar organik waste.
 Yang berminat untuk dapatkan buah nangka muda untuk sayur dan buah nangka masak juga boleh dapatkan di Kebun Bahagia Bersama bulan ini. Kalau buah nangka masak sebiji memang puas makan, berapa keluarga boleh makan tu. Buah nangka muda pun puas bergulai boleh buat potluck masa musim perayaan ini.

~ 1 biji buah nangka muda RM5 ~
~ 1 biji buah nangka masak RM15 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5 ~

Ahad, 12 Jun 2016

Ramadhan Musim Nangka

  Syukur Alhamdulillah bulan Ramadhan tahun ini adalah musim buah nangka. Walaupun pada awal pembesaran buahnya sedang dilanda bahang panas fenomena El-Nino, Syukur Alhamdulillah menjadi juga buahnya membesar dan ranum dengan elok. Pantang nampak kami berlegar-legar dekat pokok nangka depan ini mesti memasang harapan angsa nak makan buah nangka juga.
   Bulan ini ada 2 pokok buah nangka yang sarat berbuah. Kalau yang berbuah belah bawah mudah dicapai oleh leher angsa yang panjang, bila dah agak-agak hampir nak masak kena balut nanti dimakan suka hati. Kekadang tak sempat balut lagi, ada dah mula nak grill ambil isinya atau nampak tanda ada dikopek kulitnya seperti gambar No. 3 di bawah ini. Lekas-lekaslah diambil dahulu dan diperam sebab ada kalanya ada bahagian masak tak sekata dengan penerimaan cahaya yang tak sekata. Kalau dibiarkan tupai pula yang santap dahulu, mentang-mentang dia boleh lompat tinggi. Jadi deria bau si tupai bolehlah nak diharapkan sebagai petanda dari deria penglihatan kami yang jauh sakit tengkuk nak perhatikan dah almost nak meranum atau tidak buah nangkanya. Jangan dibiar lama-lama bila ada petanda nanti diambil tupai. Setelah dipetik tak lama pun nak tunggu buahnya ranum, semerbak nangka satu bilik bila dah masak.
  Diperhatikan keadaan cuaca kesan fenomena El-Nino ini yang nampak ada kesan kepada buah nangka juga. Dalam sepokok itu ikut masa batch putik bunganya atau ketika buah dari bunga ke buah sedang membesar ada 2 rona kulit buah nangka dalam satu pokok. Satu buahnya warna kulit gelap coklat dan satu hijau macam biasa. 
  Mula-mula kami agak risau juga dengan yang kulit buah nangka kenapa warna kecoklatan. Jadi kami testinglah dulu buahnya, nak tengok hasil isinya bagaimana. Syukur Alhamdulillah takde kecacatan pada isinya. Cuma yang warna kecoklatan diperhatikan kulit isinya amat nipis sekali. Walaupun ada buahnya saiz lebih kecil dari yang kehijauan kuning membesar, isi ulasnya lebih besar dan padat sebab bahagian kulit amat nipis sekali. Itulah uniknya antara kesan cuaca El-Nino ini terhadap buah nangka. Suspense juga masa awal-awal kenapa ada batch sama membesar tu biasanya buah warna hijau tapi jadi warna coklat. Rupa-rupanya walaupun nampak tak secantik yang hijau kulitnya tapi isi buahnya lebih padat kerana kulit yang nipis.
 Yang sedang sarat berbuah juga adalah pokok nangka di hujung kebun belakang. Yang ini agak challenging nak ambil bulan puasa ini sebab buahnya terletak di pelbagai dahan yang berbeza dan kena panjat. Bayangkan nak peluk nangka besar bawa hati-hati turun tak terjatuh ke tanah. Yang jenis nangka di sini pula, musim panas bahang kadang-kadang sampai isi dia mengembang tersembul keluar boleh nampak sikit di pangkal tangkainya. Menarik juga memerhatikan kesan El-Nina terhadap jenis-jenis baka nangka yang berbeza.
  Yang mana buahnya dah kena noda berlubang dimakan oleh tupai, dipotong gugur ke bawah untuk angsa snacking. Seronok sakan mereka. Tapi tengah-tengah seronok makan lepas tu lari.....
 Takut dengan si Kaka ayam jantan paling senior yang nak join makan sekali. Kelakar juga lihat mereka, kadang-kadang bergaduh si Kaka ayam jantan dan si Momo angsa jantan. Sekejap Kaka yang menang, ada kala si Momo yang menang. Si Kaka ini taji dia dah panjang betul tajam. 

~ 1 buah nangka masak RM20.00 ~
~ 1 buah nangka muda RM5.00 ~

Self-collect Schedule This Week:

~ 18th/19th June 2016 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).
  Syukur Alhamdulillah rezeki buah nangka dalam bulan Ramadhan ini dapat juga dikongsikan dan dibekalkan kepada peminat-peminat buah nangka. Syukur Alhamdulillah ada juga repeat orders untuk buah nangka. Bulan lepas ada customer sarat mengandung tunggu hari nak balik kampung ke Perak singgah self-collect nangka sempat merasa makan buah nangka sebelum bersalin. Sabtu lepas, suaminya singgah self-collect buah nangka lepas isterinya sedang berpantang, mungkin untuk iftar beramai-ramai. Tahniah on your newborn baby.
  Kebetulan pula Jumaat lepas, Tukang Kebun ada merancang hendak ke kedai pembekal bahan baking di Bandar Baru Sungai Buloh ada pesanan tiba-tiba 2 buah nangka masak diterima. Alang-alang dapatlah kami buat temujanji di sana. Syukur Alhamdulillah gembira dapat tunaikan hajat ibunya yang teringin makan nangka masak dan isinya dibuat juga cekodak nangka dikongsikan juga di surau. Hasil dari jualan nangka tersebut dapatlah Tukang Kebun singgah kedai bakery belanja anak-anak kek rainbow ice-cream untuk desert berbuka puasa dengan ucapan (heart) lil hardworking bees. Lagipun Tukang Kebun dah kata dekat Abby upah tolong teman buat kerja di kebun cuti sekolah ini belanja ice-cream. Abang-abang dapat upah cash sebab dah pandai membeli. Abby belum 4 tahun lagi belum pandai membeli.

Rabu, 8 Jun 2016

Jus Limau Kasturi Asam Boi

  Syukur Alhamdulillah buat pertama kalinya Ramadhan hari ke-2 si Rayyan yang nak masuk 7 tahun bulan Ogos nanti sudah boleh puasa penuh. Ramadhan hari pertama tantrum bergaduh dengan Abby di laman luar mengomel-ngomel masuk rumah kata nak minum air juga, walaupun ditegah oleh Tukang Kebun yang sedang sibuk pindahkan kerja pending anak-anak limau kasturi ke bekas berasingan. Atas stubbornness dan alasan katanya Abby yang buat Rayyan marah dia tekad minum air juga. Adalah tu berebut sesuatu. Tukang Kebun kata budak tak puasa petang nanti bila Papa balik kerja tak boleh ikut ronda-ronda naik motor dalam kampung tengok pilihan kuih muih kecuali Abby. As usual katanya nak sedapkan hati sendiri, Papa tak sempat baliklah tak jalan-jalan juga tengoklah katanya kepada Abang Ilhan dan Adik Abby. Maka Rayyan seorang sahaja tak dibawa ronda-ronda oleh Papa, duduk senyap-senyap temankan Tukang Kebun di dapur sediakan juadah berbuka puasa without any protest.
  Setelah selesai dalam tengahari pada Ramadhan ke-3 tahun ini menyusun dan memindahkan anak-anak pokok limau kasturi yang lama dah dipindahkan ke bekas berasingan awal tahun ini di tempat redup ke kawasan menerima cahaya matahari penuh. Tukang Kebun ajak Ilhan temankan ke bahagian belakang kebun sekali untuk kutip kelapa dan petik limau kasturi di situ. Biasanya pokok-pokok limau kasturi di situ rajin berbuah tak putus-putus dan kami selalu lupa nak pergi tuai yang di sebelah sana yang di penghujung kebun. Ada beberapa biji kelapa tua yang baru jatuh ke tanah. Banyak buah limau kasturi yang dah kuning masak sangat jatuh berguguran di atas tanah.

~ 3 biji kelapa tua RM5.00 ~
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 ~
    Ramadhan ke-2 tahun ini, Tukang Kebun ambil off masak. Lagipun rasanya ini sahaja antara masa yang dapat bawa anak-anak merasa suasana bazaar Ramadhan. Yang berpuasa si Ilhan dan Rayyan tak berapa biasa ke bazaar Ramadhan sebab tahun lepas pun jarang sekali kami pergi. Tengok dari gaya mereka lebih terpesona tengok air minuman yang pelbagai ada daripada makanan. Semasa kami sedang menunggu giliran dilayan nak ambil lauk, Tukang Kebun perhatikan si Ilhan tolong belikan Rayyan air tembikai segelas untuk bawa balik berbuka puasa  dengan duit upah Rayyan terima menolong kemaskan kebun cuti sekolah minggu pertama. Tak sempat Tukang Kebun nak belanja hulurkan duit. Si Ilhan Mikhail pula terpesona dengan warna air sirap bandung cincau, belikan je lah sekadar nak bagi merasa dan ambil hati anak yang banyak membantu masa cuti sekolah ini ringankan beban. Syukur Alhamdulillah lagipun mereka bukan anak-anak yang suka meminta dibelikan sesuatu, kalau Tukang Kebun tak bagi duit dahulu nanti dia bayar sendiri dengan duitnya.
  Asyik terperap di rumah, bila keluar dari kebun barulah dapat ilham nak buat apa dengan rezeki buah limau kasturi yang tak putus-putus dari kebun dalam bulan Ramadhan ini. Melayan telatah anak-anak tengok aneka pilihan minuman yang ada, untuk berbuka puasa Ramadhan ke-3 ini buatlah jus limau kasturi asam boi. Ada pelbagai cara nak buat jus limau asam boi ini bila google. Untuk mudah memandangkan Tukang Kebun dah rancang nak buat jus limau asam boi, teh limau kapas dan pengat nangka jadinya buat air gula terus untuk ketiga-tiga menu tersebut. Sambil menunggu air gula siap larut dan mendidih mana buah limau kasturi yang saiz besar hujungnya Tukang Kebun potong sikit. Kemudian sumbat buah limau kasturi tersebut dengan asam boi dan disusun dalam bekas koleh. Yang saiz kecil buah limau kasturi diperah ambil jusnya masuk ke dalam bekas koleh.
 Apabila dah sedia air gulanya masih panas-panas, Tukang Kebun masukkan bahagian air gula yang agak-agak diperlukan ke dalam koleh yang ada perahan jus limau kasturi dan buah limau kasturi yang disumbat asam boi. Biarkan sebentar dalam koleh dan penutupnya. Kemudian baru Tukang Kebun alihkan ke dalam jug dan top up air. Bila nak minum sediakan banyak air batu dan dituang dalam gelas. Puasnya minum jus limau kasturi asam boi buatan sendiri. Nikmat sungguh. 
  Tukang Kebun sekarang ini dari tahun lepas merancang tengah buat stok anak-anak pokok kasturi untuk kebun baru kemudian nanti atau di tepi sepanjang tembok kemudian nanti. Ataupun proses trial grafting citrus kemudian hari. Jika ada yang berminat nak dapatkan anak pokok limau kasturi dari semaian biji benih boleh juga kami bekalkan.

~ 1 bekas limau kasturi RM5.00 ~
  Selepas balik dari terawih malam ke-3, dearest husband ada belah sebiji nangka yang dah semerbak baunya masak. Besar-besar ulas buahnya. Bolehlah buat snacking Abby yang tak puasa sebelah siang. Lalu dapatlah buat masak pengat nangka dan kongsi juga bersama jiran-jiran.
 Syukur Alhamdulillah puas hati masak pengat nangka apabila hasil dari kebun sendiri bahannya seperti ulas nangka, daun pandan dan santan.

~ 1 biji nangka masak RM20.00 .
~ 1 biji nangka muda RM5.00.

Isnin, 16 Mei 2016

Sarat Nangka

  Syukur Alhamdulillah dengan pelbagai jenis rezeki yang dianugerahkanNYA di Kebun Bahagia Bersama bulan Mei ini hasil berbudi dengan tanah. Walaupun dalam musim cuaca fenomena El-Nina tahun ini, masih ada hasil-hasil yang dapat dituai dari kebun. Cukup dengan hanya rezeki hujan yang diterima pokok-pokok ini masih berupaya menghasilkan buah dengan berjayanya. Jika sekadar menanam untuk suka-suka bukan commercial, tidak mustahil sebenarnya untuk mendapatkan hasil dengan kaedah penanaman 100% organik.
    
  Setelah hampir 2 tahun, sedikit demi sedikit kami tambahkan bilangan pokok nenas dengan bekalan beberapa pokok induk asal dari kebun sendiri. Syukur Alhamdulillah sudah nampak hasil-hasil yang menambahkan semangat untuk menambahkan keluasan kebun mini nenas lagi. Tukang Kebun pun tak sangka mulai bulan Mei 2016 ini, kami sudah boleh juga menawarkan buah 100% organik Nenas Madu Sabah segar yang berlebihan kepada gardeners lain yang ingin merasanya. InsyaAllah yang berminat, ada limited fresh supply dari kebun untuk self-collect buah nenas madu Sabah hujung minggu ini. Harga promosi perkenalan buah nenas madu Sabah untuk bulan Mei 2016 ini, 1 biji RM5.00 .

  Bulan Mei ini juga musim buah pisang di Kebun Bahagia Bersama ada beberapa jenis sedang proses meranum di tandan. Antara jenis buah pisang yang available untuk self-collect hujung minggu ini atau pos ialah:

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 ~
~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 ~

 Pisang kadau ini bila masak berwarna kuning. Ianya adik beradik dengan pisang raja udang (pisang yang warna merah). Rasa lemak manisnya pun mirip dengan buah pisang raja udang.
  Dalam bulan Mei 2016 ini, ada juga beberapa jenis citrus yang dapat dituai juga. Antaranya seperti buah lemon tahiti. Contoh bilangan buah lemon tahiti dalam sekilo lebih adalah seperti gambar di atas. Pokok lemon tahiti yang grafted ada ready stock (1pot RM25).

Info lanjut Tahiti Lemon boleh refer ke posting lepas (klik sini).

  Yang berminat untuk dapatkan pek fresh citrus mixed dari Kebun Bahagia Bersama 1 kilogram RM6.
   Angin kuat betul bila musim El-Nina ini datang tiba-tiba sampai sedahan pokok nangka yang sarat dengan buah nangka muda boleh patah.

~ 1 biji nangka muda segar RM5.00 ~
~ 1 biji nangka yang meranum RM20.00 ~
   Dari adik beradik ciku, buah kuning telur juga sedang meranum di Kebun Bahagia Bersama boleh self-collect atau dipos.

~ 1 kilogram buah kuning telur/canistel RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~

Antara yang available juga dari Kebun Bahagia Bersama ialah :

~ 1 ikat sayur batang ubi keladi RM1.00 ~
~1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 ~
~1 ikat pucuk muda ubi kayu RM1.00 ~



~ Setengah plastik buah Ceri Barbados RM2.00~
~ 3 biji pinang masak RM2.00 ~
~5 biji buah pinang muda RM2.00 ~
~3 biji kelapa parut RM5.00 ~
~ 1 beg tanah bakar RM5.00 ~

Ada kebarangkalian Hujung bulan Mei dan Awal bulan Jun ada bekalan segar ubi kayu semula dari Kebun Bahagia Bersama (kami buka reservation untuk self-collect atau pos pada minggu tersebut).
~ 1kilogram fresh 100% organic ubi kayu RM2.00 ~

Self-Collect day minggu ini:

~ 21st/22nd Mei 2015 Saturday/Sunday Morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).
  Tidak ketinggalan juga di Kingfisher, Sabah, Big Boss pun last weekend ada tuai juga setandan pisang iaitu jenis yang pisang abu/pisang Sabah. Siap ada juga bahagian pisang yang dibahagikan untuk anak-anak mutiara dan kampung campur yang Tukang Kebun belikan untuknya (related posting klik sini).
  Walaupun anak-anak ayam ini belum dapat dibebaskan lagi tetapi makanannya lumayan. Setiap hari dapat makan buah betik organik dari kebun kecil Big Boss. Menjadi-jadi buah betik Big Boss walaupun beberapa bulan Kota Kinabalu menghadapi musim kemarau kering. Selang satu hari buahnya kena dipetik yang hampir sudah masak sebelum dinoda oleh tupai atau burung. Patutlah cepat gemuk dan membesar anak-anak ayam belaan Big Boss ini. Tukang Kebun pula asyik tanya sempat ke kita nak sembelih untuk Raya tak lama lagi ni hehehe....

  Take care of your soil well and they will feed you forever. Make friends rather than enemies. You must learn to share with visible living creatures or only can be seen under the microscope. Be respectful to all living things. Understand them rather than pointing fingers. Don't be greedy or you destroy the balance in your growing space. In gardening, patience is the virtue. Don't forget that nature is one of the best teachers and we are forever her students. If you listen to her well, you will surely be richly rewarded.


  Selamat Hari Guru.

Rabu, 11 Mei 2016

Unggas Suka Nangka Masak

  Syukur Alhamdulillah antara rezeki di kebun yang tidak putus-putus mengisi perut unggas di Kebun Bahagia Bersama juga ialah buah nangka. Memang buah ini kalau tak termakan patut juga kami kongsikan dengan unggas, sebab mereka yang tolong bajakan dengan kerap. Tempat unggas berteduh dan korek-korek tanah di keliling pokok sambil mencari ulat. Buah nangka bila Tukang Kebun tersemak semula photo archives, terjumpa pula gambar baru nak membesar dan sudah nak masak seperti deretan Gambar No. 1 di atas. Nak dekat masuk 3 bulan juga menunggu. Telah siap dibungkus Ahad lepas, untuk pastikan tupai tak tebuk dahulu. Sebiji nangka yang kebarangkalian dah elok dituai hujung minggu ini dah kena booking. Jika yang berminat ada lagi dalam proses juga sedang mula nak meranum (boleh booking dulu, dah nak ready akan kami contact). Buah nangka besar gitu 1 tingkat dalam peti ais pun boleh penuh bila dikeluarkan ulasnya.

~ 1 biji buah nangka yang meranum RM20.00 (100% Organically grown).
~ 1 biji buah nangka muda RM5.00 .

Juga buah segar available hujung minggu ini adalah buah pisang nangka organik yang 1 sisir RM5.00.

~ 5 biji pinang muda RM2 ~
~3 biji pinang masak RM2~
~ 1 kilogram buah kuning telor/canistel RM5.00 ~
  Buah nangka masak ini memang kegemaran unggas Kebun Bahagia Bersama. Lebih-lebih lagi anak angkat angsa Tukang Kebun si Momo. Meluru-luru Momo datang dekat kalau bau nangka yang dah ditebuk tupai dah masak dipotong jatuh ke tanah. Mulalah Momo buat gaya dan muka manja minta dibelah-belah buah nangka supaya mudah ia makan.
  Tidak ketinggalan juga semua anak-anak ayam mutiara kelahiran Kebun Bahagia Bersama juga pasti pernah merasa makan buah nangka masak. Saiz kanak-kanak dan remaja riang yang duduk di kandang juga akan diagih-agihkan supaya mereka makan makanan seimbang fresh food juga dan bukan dibesarkan hanya dengan process food. Buah-buah yang dah busuk berulat ada ulat dalamnya jadi protein jugakan kepada unggas. 
  Sekarang ini untuk jenis ayam mutiara yang dewasa ada 6 ekor bebas meronda-ronda di Kebun Bahagia Bersama. Kebelakangan ini hanya nampak 5 ekor (gambar No.2 ), jadi tak pasti sama ada  seekor ajal dah sampai atau seekor betina bergilir-gilir seperti dulu duduk mengeram di tempat yang susah nak cari (related posting klik sini). Big Boss dan Tuan Tanah bila balik ke Sungai Buloh pun seronok tengok bilangan ayam-ayam mutiara yang lebih banyak dari dahulu.

  Cuma ada satu je masalah dengan ayam mutiara yang kelahiran berlainan batch ini. Nampaknya ada sikap territorial dan seniority complex. Semasa pertama kali kami lepaskan batch pertama ayam-ayam mutiara lepas mereka dah agak nak dewasa, banyak yang mati dan cuma yang tinggal hanya betina dan 2 jantan veteran asal dahulu berada di kebun. Pemerhatian macam saiz yang lebih besar dahulu satu persatu mati (bukan dengan cara kalau predator musang yang buat), yang tinggal cuma saiz kecil macam betina je survive. Detik hati macam perangai territorial jantan ayam mutiara ni kalau campur geng lain. Jantan ini jadi more possessive bila dah musim bertelurnya dah dekat.
  Alkisah bulan lepas, batch kedua yang masih terpaksa duduk dalam kandang 5 terkeluar seekor semasa diberi makan. Beberapa hari kemudian ditemui mati seperti di atas. Jadi rasanya betullah sangkaan kami yang dah lama dalam dilemma nak bebaskan batch 2 ni terpendam sampai sekarang. Terasa kalau kami lepaskan memang jantan senior di luar itu akan kerjakan jantan junior. 

  Itupun hari tu ayam-ayam mutiara batch 1 buat perangai, dikerjakan anak ayam dalam sangkar seperti gambar atas. Sebelum suami tukang kebun keluar sekejap beli makanan ayam, dah nampak batch 1 ayam mutiara ini macam berlegar-legar pusing sangkar anak ayam (acting innocence) yang diberikan main-main dengan rumput. Lepas balik ternampak tradegi di atas. Ayam mutiara yang good tactician ni punya kerja ini, pandai pura-pura kat depan, takde je mulalah. Ayam mutiara if they have good team members, memang boleh kerjakan ular juga. Nampak mood mereka agak aggresive sekarang, so hopefully musim bertelur jadi harapnya muncullah seekor itu nanti.

  Memandangkan yang duduk dalam kandang 5 pun bulan depan dah hampir masuk alam dewasa. Kemudian, kami tak dapat bebaskan mereka lagi memandangkan batch 2 ini juga back up batch 1 yang bebas di luar jika jadi apa-apa macam kes musang meroyan (related posting klik sini). Betina memang nak simpankan, tapi takut jantan berperang pula bila dah mula musim nak bertelur nanti. Jadi kami fikir-fikir jika ada extra akan kami jadi bekalan daging segar ayam mutiara nak maintain harmoni rumahtangga ayam mutiara kandang 5. Ada very limited livestock, jadi kami cuma akan bekalkan pada Sabtu/Ahad minggu pertama bulan June (self-collect sahaja). Yang memang teringin kena minta simpankan awal-awal.

~ 1 ekor ayam mutiara dewasa RM80 (matang dah lebih 5 bulan) <live/proses>~
  Harga anak ayam mutiara seekor memang lebih mahal dari anak ayam kampung. Sebagai contoh, di sebuah petshop tempat biasa kami beli stok petfood, awal tahun ini harga sepasang ayam mutiara toddler macam gambar di atas belum sebulan RM55. Kemudian, ada juga Tukang Kebun bila sepasang ayam mutiara di Tamu Sabah macam saiz anak ayam mutiara di Sabah untuk Big Boss RM70. Kemudian tanya ayam mutiara besar macam gambar bawah di Tamu Gaya, Tauke kata RM150seekor.
   Bulan Mei 2016 ini, untuk livestock ayam kampung dah fully reserved. Jika ada rezeki, InsyaAllah bulan June depan ada livestock semula kalau membesar bagaikan juara dengan cepat. Hujung minggu ini yang batch boiboiboi (related posting klik sini) dah fully reserved.

  Antara fresh goodies available hujung minggu ini:

~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.
~ 1 ikat pucuk assam gelugor RM1.
~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.

 Limau minggu ini pesanan ditutup sebab dah ada booking.
  Antara pokok buah-buahan yang sedang rancak berbuah sekarang juga adalah buah ceri barbados seperti gambar di atas. Jika ada rezeki kalau makhluk Allah lain tak jamu dulu sebelum hujung minggu yang berminat boleh juga masukkan dalam wish list. Setengah plastik bungkus makanan saiz sederhana diisi dengan buah organik ceri barbados RM2.00 (Self-collect sahaja).


Self-Collect This Week:


14th/15th May 2016 Saturday/Sunday morning between 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras/Sungai Buloh/Saujana Utama Guthrie Corridor Highway).

Rabu, 10 Februari 2016

Instant kebun mini pisang nangka dan nenas

  Sempena musim Tahun Baru Cina ini, Kebun Bahagia Bersama buat promosi bekalan anak-anak sulur pisang nangka sehingga penghujung bulan ini (29hb Februari 2016). 

~ 3 sulur anak pokok pisang nangka RM20 (jimat RM10.00)~

  Buah-buah pisang nangka segar juga available sepanjang musim Tahun Baru Cina ini bagi yang berminat. Bolehlah buat berbalang-balang kerepek pisang bagi yang berminat. Atau kuih moden sekarang banana cheese ke.

~ 1 sisir segar buah pisang nangka RM5.00 .

Self-Collect Schedule Minggu ini:

~ Sabtu/Ahad pagi 13/14hb Februari 2016 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

  Syukur Alhamdulillah petang Tahun Baru Cina hari pertama, kami suami isteri berkesempatan mengemas rumpunan pokok-pokok pisang nangka di sekeliling kebun belakang Kebun Bahagia Bersama. Sambil-sambil dearest suami kemaskan rumpunan stok sulur-sulur pisang nangka di Petak Bonglai Hantu, diambil juga sulur-sulur nenas madu Sabah yang dah besar-besar seperti gambar di bawah (related posting klik sini). Sementara itu, Tukang Kebun pula kemaskan daun-daun yang dah kering atau tua dicantas di deretan pokok-pokok pisang nangka seperti gambar No. 2 di atas. 
  Gambar No. 4 di bawah setelah dikemaskan daun-daun mana yang tercapai. Syukur Alhamdulillah seperti yang dibulatkan kuning ada juga pokok pisang nangka dah mula berbuah. Deretan pisang-pisang nangka ini bila Tukang Kebun check nota kami, ditanam pindahkan bulan Mei 2015 (related posting klik sini). Jika ada rezeki InsyaAllah tahun ini berbuahlah mereka. Pokok-pokok pisang dan kelapa gading di sini tak pernah kami baja. Diorang bergantung kepada reputan-reputan bahan organik macam daun-daun sebagai baja mereka. Sekali-kala dapat kut baja dari ayam dan itik yang mencari makanan. Syukur Alhamdulillah bibit kelapa gading yang ditanam Disember 2014 lalu pun sudah meninggi juga (related posting klik sini).

~ 1 bibit kelapa gading RM7.00 ~
  Setelah selesai korek keluar anak-anak pokok pisang nangka yang dah tinggi dari Petak Bonglai Hitam, dearest husband mulakan projek membuka kebun mini pisang nangka di antara pokok ciku yang telah diberi hard-pruning (related posting klik sini) dan pokok pulasan. Setelah dikemaskan kawasan ini, makin cerah bolehlah jadikan kawasan ini lebih produktif dengan menambahkan kepelbagaian hasil dari tumbuhan.
  Sementara dearest husband tanam pokok-pokok pisang nangka di kawasan ini, Tukang Kebun pula menanam sulur-sulur nenas madu Sabah. Jadi petang Tahun Baru Cina pertama dapatlah kami buka mini kebun pisang nangka dan nenas madu Sabah yang instant seperti gambar No. 6 di bawah.
  Selain dari kawasan seperti gambar No. 5 dan No. 6 di atas, dearest husband juga menanam deretan pokok-pokok pisang nangka seperti gambar No. 7 di bawah. Yang deretan pisang nangka di sini asal dari rumpunan sebelah sangkar besar tempat itik telur tidur malam-malam. Rumpunan pisang nangka di situ dah bertahun-tahun tumbuh, jadi praktis crop rotation untuk mencegah penyakit jika dibiarkan lama di suatu tempat. Elok juga dipindah-pindahkan pokok pisang untuk menjaga kesihatan tanah. Boleh tanam tumbuhan lain di situ kemudian.
  Kemudian Tukang Kebun ada juga buat kebun mini nenas di keliling pokok jati dan tidak ketinggalan juga menambah beberapa pokok di kawasan seperti gambar No. 8 di bawah. Syukur Alhamdulillah dapat jugalah tunaikan niat nak tambahkan pokok-pokok pisang nangka dan nenas di Kebun Bahagia Bersama dalam beberapa jam.
  Sempena Tahun Baru Cina ini, kami juga akan buka promosi sulur-sulur nanas madu Sabah sehingga penghujung bulan ini ( 29hb Februari 2016).

~ 3 sulur anak pokok nanas madu Sabah RM10.00 (jimat RM5.00).
  Syukur Alhamdulillah minggu ini dapat juga kami tuai buah nangka dari kebun.

Jumaat, 6 November 2015

Borneo Red BeeHive Ginger

  Antara herba yang duduk di sudut belakang Kebun Bahagia Bersama yang Tukang Kebun bawa balik dari lawatan pertama ke Tamu Donggongan beberapa tahun lalu ialah Lempoyang hitam ataupun dikenali juga sebagai Bonglai Hitam/Bunglai Hantu (Zingiber ottensii Valeton). Walaupun sekali imbas kelihatan seperti pokok lempoyang (Zingiber zerumbet) yang banyak digunakan untuk kesihatan wanita, pokok Lempoyang hitam yang matang lebih besar dari jenis pokok herba lempoyang yang lebih dikenali. Pokok Lempoyang hitam ini tumbuh lebih besar dari Tukang Kebun. Nampak besar macam pokok lengkuas tetapi batangnya berwarna kemerah-merahan terutamanya di bahagian pangkal pokok yang matang.

  Mengimbas kembali semasa temu dengan Lempoyang Hitam dengan Orang Tengah di Tamu Donggongon, Tukang Kebun baru sibuk selesai pajak halia bara. Ternampak Lempoyang Hitam ini yang mula-mula Tukang Kebun hairan rizom nya besar macam halia tua. Ingatkan halia masak yang biasa tetapi Middleman kata itu bukan halia biasa untuk buat bersama dengan masakan tu, tapi kunyit merah jambu herba ubat. Bila sniff sniff memang bau aromanya lebih lain. Macam ada bau kunyit, tapi lebih kuat.
  Jika dilihat warna isinya yang sangat matang, terkejut Tukang Kebun tengok rizom sebesar halia/lengkuas tetapi isinya merah jambu atau keungguan pekat. Yang di bawah ini isi rizom muda masih nampak ada keungguan warnanya. Yang matang lebih pekat warnanya. Camera did not managed to pick up the right colouring of the rhizome flesh.
   Pokok Lempoyang Hitam dilaporkan berasal dari kawasan Asia Tenggara, berlainan dari kisah asal usul lempoyang yang asalnya dikatakan dari negara India. Di negara barat dalam lingkungan cuaca tropika, ini adalah pokok adik beradik halia yang exotic ramai gemar buat pokok hiasan. Kerana kadang kala mengeluarkan tangkai dari tanah ada rupa bentuk sarang lebah berwarna merah, hence 'beehive' ginger.
  Jika tidak biasa lihat sekali imbas mirip macam bunga lempoyang. Tetapi bunga Lempoyang Hitam lebih mekar lama dari bunga lempoyang. Salah satu sebab ianya juga diminati sebagai pokok hiasan walaupun mempunyai nilai herba yang berguna. Biasa juga kelihatan ada gardeners yang susun pokok kantan sebagai hiasan, boleh juga selang seli dengan pokok 'Borneo Red BeeHive Ginger' ini juga pasti nampak lebih menarik dan meriah. Makin matang usia kantung BeeHive Ginger ini akan lebih nampak kemerahan gelap. Nama trend baru untuk Red BeeHive Ginger juga sekarang dilabelkan sebagai 'Cocoa Delight'.

  Kenapa Tukang Kebun selalu maklumkan juga sekiranya tahu mana asal usul tumbuhan diambil untuk tanam di Kebun Bahagia Bersama? Walaupun species sama contohnya species Zingiber ottenssi Valeton tetapi ada variant dari composisi kimia yang terkandung di dalamnya bergantung kepada lokasi yang diambil. Sebagai contoh, bila Tukang Kebun buat pembacaan mengenai Lempoyang Hitam rupa-rupanya analysis perbandingan dengan Lempoyang Hitam yang tumbuh di Sabah ada kelainan dengan yang sample diambil dari Johor (Sirat et al 1994, Sri Nurestri Abd. Malek et al 2005).


 Untuk rujukan yang berminat untuk menambah koleksi adik-beradik halia, yang mula dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama mulai hari ini ialah Bonglai/Lempoyang Hitam yang asalnya dari Sabah (Borneo Red BeeHive Ginger). Kebun Bahagia Bersama akan bekalkan secara fresh division dari induk pokok bonglai hitam yang rizomnya ada mata tunas. Jimat sikit kos penghantaran tak perlu pakai tanah.

~ 1 set Borneo Red BeeHive Ginger rhizome division for RM25 ~


   Secara traditional semasa wanita berpantang di belah utara mak bidan gunakan bonglai hitam akar dan daunnya ditumbuk dan dilumur / tuam (poultice) di badan. Tidak banyak kajian dilakukan lagi mengenai bonglai hitam cuma baru diketahui bahawa mempunyai nilai anti-oksida dan anti-cancer yang tinggi. Sekiranya ada gardeners mempunyai pengetahuan yang dapat dikongsikan bersama mengenai jenis adik-beradik halia yang berasal dari tanahair sendiri ini dialu-alukan.
  Antara projek masa cuti Awal Muharram lalu ialah memindahkan beberapa pembahagian rumpun induk Bonglai Hitam ke sudut ini di celah ruang-ruang kosong antara pokok pisang. Pokok Bonglai Hitam boleh hidup di kawasan yang menerima kurang cahaya matahari/partial sunlight/filtered light begitu juga full-sun.
  Pokok bonglai juga ada beberapa jenis panggilannya, tapi yang pastinya bonglai hitam (Zingiber ottensii) rizomnya tak berjalur-jalur seperti species bonglai (Zingiber cassumanar) yang dipamerkan di MAHA 2014.
 Antara projek semasa hari cuti Awal Muharram lalu juga ialah potong pokok nangka yang di sebelah kolam dah tinggi sungguh. Rasanya dipotong sehingga tinggal 1/3 dari ketinggian asal. Pokok rambutan di sebelahnya pun dipotong. Cerah sudah dunia di situ.
  Pokok nangka ini tinggi sangat, buahnya banyak tapi dekat bahagian belah atas tak terambil selalunya. Tak tahu kenapa tupai suka-suka hati sangat buat lubang dekat buah-buahnya. Tukang Kebun pun tak pernah merasa buah nangka dari pokok ini. Baik potong buat rendah je, hati pun tak sakit. Jika ada rezeki berbuah nanti dah ada banyak cahaya di dahan yang renek, bolehlah merasa agaknya.
  Antara hasil tuaian pada Awal Muharram untuk dapur kami.
 Awal Muharram buat masak lemak rebung cili api.