Syukur Alhamdulillah buat pertama kalinya Ramadhan hari ke-2 si Rayyan yang nak masuk 7 tahun bulan Ogos nanti sudah boleh puasa penuh. Ramadhan hari pertama tantrum bergaduh dengan Abby di laman luar mengomel-ngomel masuk rumah kata nak minum air juga, walaupun ditegah oleh Tukang Kebun yang sedang sibuk pindahkan kerja pending anak-anak limau kasturi ke bekas berasingan. Atas stubbornness dan alasan katanya Abby yang buat Rayyan marah dia tekad minum air juga. Adalah tu berebut sesuatu. Tukang Kebun kata budak tak puasa petang nanti bila Papa balik kerja tak boleh ikut ronda-ronda naik motor dalam kampung tengok pilihan kuih muih kecuali Abby. As usual katanya nak sedapkan hati sendiri, Papa tak sempat baliklah tak jalan-jalan juga tengoklah katanya kepada Abang Ilhan dan Adik Abby. Maka Rayyan seorang sahaja tak dibawa ronda-ronda oleh Papa, duduk senyap-senyap temankan Tukang Kebun di dapur sediakan juadah berbuka puasa without any protest.
Setelah selesai dalam tengahari pada Ramadhan ke-3 tahun ini menyusun dan memindahkan anak-anak pokok limau kasturi yang lama dah dipindahkan ke bekas berasingan awal tahun ini di tempat redup ke kawasan menerima cahaya matahari penuh. Tukang Kebun ajak Ilhan temankan ke bahagian belakang kebun sekali untuk kutip kelapa dan petik limau kasturi di situ. Biasanya pokok-pokok limau kasturi di situ rajin berbuah tak putus-putus dan kami selalu lupa nak pergi tuai yang di sebelah sana yang di penghujung kebun. Ada beberapa biji kelapa tua yang baru jatuh ke tanah. Banyak buah limau kasturi yang dah kuning masak sangat jatuh berguguran di atas tanah.
~ 3 biji kelapa tua RM5.00 ~
~ 1 biji kelapa kukur RM2.00 ~
Ramadhan ke-2 tahun ini, Tukang Kebun ambil off masak. Lagipun rasanya ini sahaja antara masa yang dapat bawa anak-anak merasa suasana bazaar Ramadhan. Yang berpuasa si Ilhan dan Rayyan tak berapa biasa ke bazaar Ramadhan sebab tahun lepas pun jarang sekali kami pergi. Tengok dari gaya mereka lebih terpesona tengok air minuman yang pelbagai ada daripada makanan. Semasa kami sedang menunggu giliran dilayan nak ambil lauk, Tukang Kebun perhatikan si Ilhan tolong belikan Rayyan air tembikai segelas untuk bawa balik berbuka puasa dengan duit upah Rayyan terima menolong kemaskan kebun cuti sekolah minggu pertama. Tak sempat Tukang Kebun nak belanja hulurkan duit. Si Ilhan Mikhail pula terpesona dengan warna air sirap bandung cincau, belikan je lah sekadar nak bagi merasa dan ambil hati anak yang banyak membantu masa cuti sekolah ini ringankan beban. Syukur Alhamdulillah lagipun mereka bukan anak-anak yang suka meminta dibelikan sesuatu, kalau Tukang Kebun tak bagi duit dahulu nanti dia bayar sendiri dengan duitnya.
Asyik terperap di rumah, bila keluar dari kebun barulah dapat ilham nak buat apa dengan rezeki buah limau kasturi yang tak putus-putus dari kebun dalam bulan Ramadhan ini. Melayan telatah anak-anak tengok aneka pilihan minuman yang ada, untuk berbuka puasa Ramadhan ke-3 ini buatlah jus limau kasturi asam boi. Ada pelbagai cara nak buat jus limau asam boi ini bila google. Untuk mudah memandangkan Tukang Kebun dah rancang nak buat jus limau asam boi, teh limau kapas dan pengat nangka jadinya buat air gula terus untuk ketiga-tiga menu tersebut. Sambil menunggu air gula siap larut dan mendidih mana buah limau kasturi yang saiz besar hujungnya Tukang Kebun potong sikit. Kemudian sumbat buah limau kasturi tersebut dengan asam boi dan disusun dalam bekas koleh. Yang saiz kecil buah limau kasturi diperah ambil jusnya masuk ke dalam bekas koleh.
Apabila dah sedia air gulanya masih panas-panas, Tukang Kebun masukkan bahagian air gula yang agak-agak diperlukan ke dalam koleh yang ada perahan jus limau kasturi dan buah limau kasturi yang disumbat asam boi. Biarkan sebentar dalam koleh dan penutupnya. Kemudian baru Tukang Kebun alihkan ke dalam jug dan top up air. Bila nak minum sediakan banyak air batu dan dituang dalam gelas. Puasnya minum jus limau kasturi asam boi buatan sendiri. Nikmat sungguh.
Tukang Kebun sekarang ini dari tahun lepas merancang tengah buat stok anak-anak pokok kasturi untuk kebun baru kemudian nanti atau di tepi sepanjang tembok kemudian nanti. Ataupun proses trial grafting citrus kemudian hari. Jika ada yang berminat nak dapatkan anak pokok limau kasturi dari semaian biji benih boleh juga kami bekalkan.
~ 1 bekas limau kasturi RM5.00 ~
Selepas balik dari terawih malam ke-3, dearest husband ada belah sebiji nangka yang dah semerbak baunya masak. Besar-besar ulas buahnya. Bolehlah buat snacking Abby yang tak puasa sebelah siang. Lalu dapatlah buat masak pengat nangka dan kongsi juga bersama jiran-jiran.
Syukur Alhamdulillah puas hati masak pengat nangka apabila hasil dari kebun sendiri bahannya seperti ulas nangka, daun pandan dan santan.
~ 1 biji nangka muda RM5.00.
8 ulasan:
sedapnya nengok jus limau asam boi akak tuh...
aduhla... minum lak time skrg yg ptgnya panas mmg layan...
bdk2 mmg lbh suka n terpikat ngn air.. sbb depa kalau buka telan air je dulu baru mkn
Assalamualaikum Kak Diana,
selamat berpuasa buat kakak & family, semoga segala amalan kita di bulan yg mulia ini diberkati Allah SWT. sedapnya tengok air limau kasturi dgn asam boi tu kak, masam2 manis & sejuk, sedap dibuat penghilang dahaga dikala berbuka, segar hihi...dlu zaman kanak2 Julie mkn mcm tu ja, limau kasturi dgn asam boi, nyum2 masam2 rasanya.
Rayyan baru nak bertatih berpuasa, biarlah jgn paksa sangat. Kakak tak sampai hati tengok anak kecik lapar tau entahlah... dulu anak kakak puasa ikut suka mereka. Kakak tak pernah paksa tapi kalau solat memang kakak paksa. Nanti dia tahu sendiri..
Air limau kasturi kena asam boi kalau tempat kakak ni ada jual satu plastik RM2/-.
Dugaan betul.. tengok jus limau asam boi sgt mengujakan.. sumber vitamin c.. sejukkan tekak dimusim panas ni...bsemlm akak beli ais lemon dgn pudina..
Alamak diana....tgk jus asam boi mmg kecur dibuatnya hehehe...
apa-apa pun tahniah rayyan..
Syoknya...tak tahan tengok pengat nangka tu..Untung ada kebun!
affan pun byk ngelat heheh tapi dia minum je...
Salam Bahagia Dana,
Dekat Sabah ni musim perayaan dekat Kota Kinabalu macam lebih arah panas kering.
Sesuai dengan jus limau asam boi ni sebab lagi banyak ais lagi rasa kick.
Waalaikumsalam Julie.
Iya masa zaman dulu cucuk asam boi dengan limau kasturi hisap-hisap makan gitu.
Sekarang dibuat minuman yang menyegarkan.
Salam Bahagia Kak Zakie.
Minggu pertama sebab asyik bermain cuti sekolah memang sukar sikit jadi cepat haus Rayyan hehehe...dah makin lama dah biasa dan tak susah pula mohon menunggunya.
Salam Bahagia Kak Mar.
Sekarang dah kalau tak puasa boleh minum puas-puas.
Salam Bahagia @na.
Syukur Alhamdulillah banyak jugalah harinya puasa penuh si Rayyan pertama kali.
Salam Bahagia Kak Mala.
Syukur Alhamdulillah musim nangka rancak bulan ini juga.
Salam Bahagia Kak Suzie.
Hehehe biasalah anak-anak lelaki ni bila main lasak tak ingat sedang berpuasa, cepatlah hausnya.
Catat Ulasan