No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Rabu, 1 Jun 2016

Sulur Pisang Mas


  Syukur Alhamdulillah mulai bulan Jun 2016 ini ada stok terhad sulur pisang mas batang merah semula setelah dipagarkan untuk elak dari angsa dan itik yang suka makan sulur pisang.

Info mengenai pisang mas batang merah boleh rujuk di laman posting sebelum ini (klik sini).

  Ada saiz yang boleh dipos untuk minggu depan.

  Jika yang berdekatan boleh self-collect, tinggi sikitlah jika diambil.

~ 1 sulur pisang mas batang merah moist bare-rooted RM10.00 ~

 Self-Collect Schedule This Week:

~ 2nd/3rd/4th/5th/6th June 2014 Thursday/Friday/Saturday/Sunday/Morning between 10:30PM~11:00PM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras/Saujana Utama/Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).

 Syukur Alhamdulillah separuh dari sulur pisang mas yang ada, Tukang Kebun dah pindahkan ke tempat yang lebih banyak penerimaan cahaya matahari setelah pokok-pokok dikeliling dicantas. Sebelum dipindahkan tak pula dikacau daun-daun sulur pisang mas ini. Bila dipindahkan baru semua jenis Avian dibela di belakang ini sibuk-sibuk nak patuk-patuk makan daunnya. Nasib baiklah sulur pisang mas yang baru dipindahkan boleh juga dibuang beberapa pelepah daunnya. Tengoklah 2 ekor betina ayam belanda ini bekerjasama menghabiskan daun-daun pisang yang tercapai.


 Sedang Tukang Kebun sibuk mencerahkan kawasan ini dengan kerja merenekkan beberapa pokok. Kedengaran pula bunyi macam anak tikus. Terkejut pula tengok ayam jantan si Tarzan ini membawa lari anak tikus ke bawah pokok ciku. Macam kucing pula ayam jantan ini pandai tangkap tikus.
  Sekarang ini kelapa-kelapa tua di Kebun Bahagia Bersama bukan sahaja menjadi simpanan atau kegunaan di Sungai Buloh. Tetapi stok kelapa yang sudah siap dikukur juga kami bawa balik ke Kingfisher, Kota Kinabalu dengan membekukannya terlebih dahulu. Syukur Alhamdulillah bila sampai ke Kingfisher masih dalam keadaan beku lagi isi kelapa kukur yang dibawa terbang dari Sungai Buloh. Jadi tak perlulah Big Boss nak keluar ke kedai beli santan atau nak kukur sendiri dengan kelapa tua yang dibawa balik dari kampungnya Kiulu. Ini pun dah dipesan untuk bawa balik isi kukur kelapa bagi juadah raya masa kami beraya di Kingfisher nanti.
  Yang berminat untuk mendapatkan isi kelapa tua yang sudah siap dikukur minggu ini dibekalkan dengan harga 3 biji isi kelapa kukur RM5. Mulai puasa Ramadhan minggu depan 1 kelapa isi kukur RM2.00 .

  Minggu ini ada juga stok kelapa yang baru sahaja isinya tua dan keras sesuai untuk digandingkan bersama kuih muih bagi yang berminat seperti di bawah dengan harga 3 biji RM5 (belum kukur).
  Antara buah-buahan segar lain yang available untuk self-collect minggu ini dari Kebun Bahagia Bersama ialah:

~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 .
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 .
~ 1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .
~ 1 buah nangka muda RM5.00 .
~ 5 biji buah pinang muda RM2.00 .
~ 1kilogram ubi kayu RM2.00 .

8 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Bijak ayam tu tangkap tikus:)
Idea baik bekukan dulu kelapa kukur itu so bila tiba destinasi masih elok lagi keadaannya.

Warisan Petani berkata...

Cantik buah pisang emas tu.

Bunda_nora berkata...

Sebut buah ciku rasa nyer dah lama tak makan...sedapnyer lahai kalu betul2 masak ranum...manis...

||alis|| berkata...

teringinnya ciku. dulu duduk melaka rasa mcm jauh nak merasa singgah ke kebun bahagia. skrg duduk di KL dan mertua di Kepong pon masih tak sempat2 nak ziarah.. dah bagitau suami pasal kebun bahagia. seronok jugak dia dengar. mertua pon jenis mkan ayam kampung takmahu ayam bandar, dan rajin juga bercucuk tanam.. semoga kita dpt berjumpa 1 hari nnti ya kak Diana. inshaAllah. :)

||alis|| berkata...

lupa nak komen lagi 1, cantiknya rambut anak dara akak si abby tu :D

norhidana berkata...

elok2 je pisang emas tuh...
nsb lah dana takde tanah utk berkebun... kalu tak mcm2 tingin nk tanam

Normala Saad berkata...

Kak pun selalu bekukan kelapa mesin kat rumah. Senang, bila nak pakai rendam air panas ja. Santan kotak kak tak pandai pula guna..rasa macam masak tak menjadi. Tengok org lain buat OK je...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia KakZakie.

Ya kasi sejukkan dulu atau bekukan terlebih dahulu sebelum bergerak ke destinasi bagi segaran.

Salam Bahagia Encik Mazlan.

Syukur Alhamdulillah belum sempat kena rembat dengan monyet atau tupai menggigit.

Salam Bahagia Bunda_Nora.

Syukur Alhamdulillah bulan puasa ini dah mula masak buahnya.
Banyak dah kena makan dengan makhluk Allah lain atas pokok.

Salam Bahagia Alis.

InsyaAllah suatu hari nanti diberikan rezeki masa untuk merasa hasil dari Kebun Bahagia Bersama.
Rambut natural. Tapi lama nak tunggu rambutnya panjang.
Rasanya bila dah potong tak kerinting macam tu lagi.

Salam Bahagia Dana.

InsyaAllah suatu hari nanti.

Salam Bahagia Kak Mala.

Ya kan tak perlu banyak kali kerja. Jimat masa tinggal nak perah sahaja.
Lemaknya rasa lain pakai yang natural dan dalam kotak atau serbukkan.