No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Keladi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keladi. Papar semua catatan

Sabtu, 27 Februari 2016

Slashing the Drunken Sailor

  Awal tahun 2016 kawasan ini memang semerbak baunya dari pokok bunga akar dani yang dah merimbun semula melilit pagar dan pokok-pokok tinggi sekelilingnya.  Walhal baru sahaja bulan November lepas Tukang Kebun dan Ilhan Mikhail berdua kemaskan dan slash drunken sailor/akar dani hingga ke pangkal pokoknya. Boleh banding kehilangan bayang pokok akar dani ini setelah dikemaskan November lepas di posting sebelum ini (klik sini).
  Cuti panjang tahun baru Cina lepas, Tukang Kebun ambil kesempatan kemaskan akar dani ini sebab dah menyebabkan banyak pokok terlindung dari cahaya matahari. Sebagai contoh sebab pokoknya aktif melilit pagar jadi pokok-pokok ubi kayu tanam di petak 1 yang tinggi pun boleh tak nampak bayang. Sekarang bolehlah lebh banyak pokok ubi kayu tersebut menerima cahaya matahari. Berapa je tinggal dahan pokok akar dani tersebut setelah ditebang boleh diperhatikan di gambar No.2 di atas dan zoom dekat gambar No. 3 di bawah.
  Pokok akar dani yang dah selesa di rumahnya biasa sangat lasak. Walaupun dah dipotong kontot begitu nanti datang musim hujan naiklah pucuk baru semula. Pokok akar dani ini kami tak pernah siram sepanjang tahun. Akar dani amat sukakan kawasan yang penerimaan cahaya matahari yang sangat banyak. Jika pokok akar dani ditanam di atas tanah dan bukan di pasu sebenarnya lebih mudah penjagaannya sebab tak perlukan belaian yang banyak. Biasanya kalau sudah dipindahkan ke tanah setelah 6bulan ianya sudah tidak memerlukan siraman yang kerap berbanding dengan hidup dalam pasu. Tanam dalam pasu juga boleh jika tiada ruangan tanah.

~ 1 bekas anak pokok akar dani/drunken sailor RM8.00 ~

  Dalam Gambar No. 2 di atas ada pokok limau kapas yang tak putus-putus berbuah sepanjang tahun. Syukur Alhamdulillah. Pokok limau kapas ini mudah dibela dan berbuah di cuaca Tanah Rendah tanahair ku.

~ 1 pokok limau kapas grafted RM15 ~

atau 1kilogram buah limau mixed RM6.00 (boleh dipos atau self-collect).

  Self-Collect Schedule Minggu depan:

~ 5th/6th March 2016 Saturday/Sunday Morning from 10:30AM~11:00AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras, Sungai Buloh Guthrie Corridor Highway).

   Antara fresh-goodies yang available:

~ 1 set 5 batang ubi keladi RM1.00 (dari rimbunan gambar di atas baja kompos organik).
~ 1 set buah pinang muda RM2.00 ( dari pokok pinang tengah gambar di atas).
~ 1 ikat pucuk ubi kayu RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk daun katak puru/ nam nam RM1.00 .
~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .
~ 10 biji telur itik RM7.00 .
 Antara sebab perlu slash pokok akar dani tersebut sebab dah terlampau mabuk sampai dah menutup pokok-pokok bunga orkid jenis 'Trumpet Player's Schomburgkia yang Tukang Kebun ikat pada pokok kemboja tahun lepas. Syukur Alhamdulillah nampak dah banyak akar-akar baru tumbuh mencengkam batang pokok kemboja tersebut seperti gambar No. 6 di atas dan No. 7 di bawah. Bayangkan yang gambar No. 7 di bawah ini tenggelam langsung dalam rimbunan daun pokok akar dani tersebut yang boleh dibandingkan semula posisinya di gambar No. 1 dan No. 5 di atas. Syukur Alhamdulillah masa Tukang Kebun pindahkan dulu dah nampak kecut batangnya sebab musim kering dan tak siram dan sekarang dah gemuk semula batangnya serta tumbuh keluar akar-akar baru.
  Jenis pokok bunga orkid Trumpet Player's Schomburgkia ini memang antara orkid jenis tahan panas. Maklumat lanjut mengenai jenis orkid ini boleh lawat di posting sebelum ini (klik sini). Biasanya untuk jenis orkid ini kami bekalkan 1 pokok RM15. Sehingga 31 March 2016 boleh dapatkan 2 pokok bunga orkid Trumpet Player's Schomburgkia dengan harga RM20 (Jimat RM10).
  Hasil dari memangkas pokok kemboja bali kuning putih picotee yang wangi bunganya ini November lalu, maka sudah lebih bercabang-cabanglah dahan pokok-pokok kemboja ini. Dengan banyak dahan baru maka lebih banyaklah tangkai-tangkai bunga yang akan dihasilkan. Lebih wangilah kawasan ini kan. Kalau dengan akar dani dan pokok kemboja jenis ini berbunga serentak memang wangilah laluan ini. 

  Promosi sehingga 31hb March 2016 sahaja bermula dari hari ini, jika yang berminat untuk mendapatkan pokok kemboja bali kuning putih picotee instant yang sudah berakar (tinggal balik nak tanam je). Boleh tanam dalam tanah atau pasu. Syaratnya kena self-collect sebab saiz dah terlalu tinggi untuk dipos. Masa nak self-collect lebih baik inform kenderaan jenis apa yang akan dibawa senang kami nak budget saiz.

Gambaran bunganya boleh rujuk posting site ini (klik sini).

Yang sudah ketinggian anggaran 50cm pokoknya RM25.00.

Yang sudah ketinggian anggaran 1 meter pokoknya RM40.00 .

Selagi stok masih ada.


Isnin, 25 Januari 2016

First-Time Hen Mothers

  Syukur Alhamdulillah seronoknya minggu lepas, menimang anak-anak ayam secara pengeraman semula jadi. Tidak kami rancang pun. Tetapi bila cuti-cuti lama, telur ayam kampung dibiarkan tidak dikutip. Maka ibu-ibu ayam yang bertelur jadi teruja nak eram telur-telur mereka sendiri while the Tukang Kebun is away that time. Disebabkan mereka adalah penghuni-penghuni tetap di Kebun Bahagia Bersama, hari ini Tukang Kebun perkenalkan ibu-ibu yang selama ini telah menghasilkan telur-telur ayam kampung dan anak-anak ayam telah dibekalkan kepada pelanggan-pelanggan Kebun Bahagia Bersama. They deserved some recognition lah kan. So please allow us to introduce the first time mothers.
   
  Gambar No. 1 adalah si ibu ayam kami panggil 'Sally'. Kenapa panggil 'Sally' sebab dia ini macam kacukan ayam "selasih" ciri-cirinya. Sally ini sama batch dengan ayam jantan si Shiro. Rasanya kebarangkalian ini adalah musim kedua ianya bertelur. She is born in April 2015 (related posting klik sini). Lebih kurang umurnya 9bulan dah. Kalau anak ayam lahir warna hitam atau paruh hitam atau kaki hitam keluar dari incubator kami biasanya suspect anak si Sally kut. Anak musim pertama Sally yang eram keluar dari incubator pun ketara bermulanya dengan batch Batman (related posting klik sini). Sebab kebanyakkan anak ayam dalam batch Batman pertama kali kami timang corak macam kacuk ayam selasih. Syukur Alhamdulillah musim kedua si Sally bertelur dan eram sendiri telurnya berjaya jugalah menetas 6 ekor anak ayam. Musim kedua bertelur kali ini si Sally mengeram di Kandang C.
  Kemudian mari kami perkenalkan ibu ayam yang berjaya menetaskan 8 ekor anak ayam juga minggu lepas yang nama manjanya si 'Ratu'. Terkejut juga Tukang Kebun si Ratu ni ada 8 ekor anak sebab dari segi saiz badan, dialah paling kecil dan slim. So terfikirlah juga macam manalah Ratu ini boleh sumbat 8 butir telur bawah dia sebagai heater. Yang lain betina matang hampir 2 kali ganda saiz dari dia, Kiranya dialah ayam penelur kami yang paling kecil. Kalau yang pernah order telur ayam kampung dari kami, jika nampak ada saiz yang kecil-kecil macam saiz ayam mutiara punya telur tu, si ratu punya telurlah tu.

  Rasanya kali ini adalah musim keempat kut si Ratu bertelur dan kali ini dia bertelur dan eram di Kandang 1. Biasanya si Ratu bertelur di Kandang 2. Pernah juga dia tolong eramkan telur setengah jalan di Kandang 2. Kemudian Tukang Kebun ambil dan eram dalam incubator sebab masa itu tak yakin dia pandai nak habiskan masa eramnya. Lagipun masa tu ayam dan itik lain asyik kacau tempat dia mengeram membuatkan telur pecah-pecah je. Menjadi juga si Ratu tolong eramkan permulaan telur itik seekor menjadi begitu juga dengan telur-telur ayam lain.
   Si Ratu lahir bulan February 2015 (related posting klik sini). Anak ratu yang awal-awal ianya belajar bertelur baru masuk alam dewasa pun dah besar dah berlegar-legar di Kebun Bahagia Bersama. Sebagai contoh, gambar no. 3 di atas ialah si 'Cayenne' ayam jantan remaja yang ibunya si 'Ratu'. Si 'Cayenne' ini adalah antara ayam yang Tukang Kebun masih simpan dari batch 'Merdeka' (related posting klik sini). 

  Untuk self-collect hujung minggu ini kami rehat seketika dari bekalkan daging ayam kampung segar dari Kebun Bahagia Bersama ya. Akan mula dibekalkan semula ketika musim cuti panjang Tahun Baru Cina. Selang seminggu je berhenti kejap nak kasi stok ayam sekarang membesar dahulu sebab yang tinggal untuk dibekalkan semua masih bawah 1 kilogram.




  Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang self-collect ayam kampung dari Kebun Bahagia Bersama hujung minggu lepas dah habis stock ayam kampung batch 'pearl' (related posting klik sini) disembelih.

   Bulan January ini Syukur Alhamdulillah stok kelapa tua banyak di Kebun Bahagia Bersama. Terima kasih banyak-banyak kepada kawan husband tolong kaitkan dari pokok semasa kami bercuti. Syukur Alhamdulillah lepas dah siap kukur 50 biji kelapa untuk Makcik Z dari Kampung Baru Kuala Lumpur untuk stok January dan simpan lagi 50 biji kelapa untuk dikukur bulan depan untuk Makcik Z lagi masih ada berlebihan bagi yang berminat juga untuk membuat pesanan kelapa tua yang telah dikukur dari Kebun Bahagia Bersama. 

~ 3 biji kelapa tua sudah dikukur RM5.00 .

  Self-Collect Schedule This Week:

~ 30hb Januari 2016 Sabtu pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

~ 31hb Januari 2016 Ahad pagi antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

  Terima kasih banyak-banyak Makcik Z selalu beri peluang kepada kami, menunggu sampai 50 biji kelapa dapat dikumpul hampir setiap bulan. Kadangkala terpaksa kami tanggguh-tangguh sebab tak terkejar nak kumpulkan ikut peredaran permintaan semasa.

  Tanah bakar juga InsyaAllah available. Saiz 1 beg lebih kurang seperti gambar No. 4 di atas ya sebelah longgokan kelapa tua yang guni-guni tu.

~ 1 beg tanah bakar RM5.00 .
    Gambar No. 5 di atas pula ialah contoh saiz ayam kampung yang biasa kami bekalkan anggaran plus minus RM15 seekor. Sebagai contoh untuk pesanan 2 ekor ayam, seekor beratnya 0.9kg, manakala lagi seekor lebih kurang 1.2kg. Jadi puratanya dapatlah juga seekor dalam 1kilogram. Moga minggu Tahun Baru Cina akan datang ini sudah boleh kami bekalkan batch batman seperti selitan gambar No. 5 di atas. 
  Ingat tak lagi Tukang Kebun mengomel-ngomel pasal ibu ayam mutiara hilang (related posting klik sini), dah jumpa pun duduk dalam semak bergilir-gilir mengeram telur dan keluar makan. Syukur Alhamdulillah mereka tak depressed sangat kehilangan pasangan masing-masing dan duduk menyorok sahaja. Anak-anak ayam mutiara batch bujang seperti gambar NO. 6 di atas pun dah membesar dengan baik dan telah dipindahkan hujung minggu lepas di kandang E.
  Gambar No. 7 di atas pun siapa boleh cari kelibat ayam mutiara betina seekor keluar mencari makanan dari  sarangnya? Ayam jantan paling veteran di Kebun Bahagia Bersama si Kaka bersama-sama harem-nya.
  Siapa sangka keladi yang ditanam bergotong-royong kemaskan tapak tersebut dengan Ilhan Mikhail bulan November lalu (related posting klik sini), dah subur merimbun boleh tuai buat sayur. Pokok bunga akar dani yang kena hard-pruning sampai tak nampak bayang November lalu juga sudah merimbun dan menghasilkan gugusan bunga yang wangi. Pokok keladi itu lepas ditanam, kami tak baja pun cuma sebelum ditanam bibitnya dialaskan gembur dengan tanah kompos sahaja. Mulai minggu lepas pesanan-pesanan sayur batang keladi kami tuai dari petak tersebut.

~ 1 set sayur batang keladi RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk muda assam gelugor RM1.00 .
~ 1 ikat pucuk muda ubi kayu RM1.00 .
  Antara buah-buahan segar yang kemungkinan juga available untuk self-collect hujung minggu ini ialah:

~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 .
~ 1 kilogram buah canistel/kuning telor RM5.00 .
~ 1 kilogram buah limau mixed RM6.00 .
~ 5 biji buah katak puru/ nam nam RM2.00 .
  Minggu ini juga masih available jenis buah pisang kadau (related posting klik sini). Yang dibekalkan masih segar lagi ya sebab atas pokok lagi belum dituai. Bila nak self-collect atau dipos baru akan dituai.

~ 1 sisir buah pisang kadau RM5.00 ~
  Gambar-gambar buah pisang hari ini cuma hiasan gambaran sahaja, yang ini gambar tandan dituai sebelum kami cuti panjang lalu. Buah pisang nangka untuk self-collect hujung minggu ini juga bakal dituai fresh. Bila nak dekat self-collect baru dituai. Sebab kadang-kadang ada pelanggan suka buah pisang nangka yang segar supaya masih sesuai lagi untuk dibuat kerepek pisang.

~ 1 sisir buah pisang nangka RM5.00 .

~ 1 sulur anak pokok pisang nangka RM10.00 .
  Amboi-amboi mentang-mentanglah kami cuti lama. Si Panther ni pun tunggu hari juga jadi first-time mother nanti.

  Terima kasih banyak-banyak membaca celoteh panjang Tukang Kebun ini. Kenapa kami cuba explain in details about our harvest is that one of our concept ialah pelanggan kami tahu bagaimana dan dari mana hasil mereka diperolehi. You know what you eat came from.

Rabu, 13 Januari 2016

Sayur Batang Keladi

  Hampir dah masuk nak pertengahan bulan January awal tahun ini pasti terutamanya ada ibubapa yang baru masukkan anak-anak ke sekolah dah mula rasa ketat sikit kewangan. Ialah zaman sekarang keperluan dan belanja nak hantar anak-anak ke sekolah makin meningkat. Dalam setahun sahaja harga barangan sudah naik berapa peratus. Untuk forecast tahun 2016 ini pun will still be tough economically, bilangan yang dibuang kerja sahaja teramat banyak untuk tahun 2015. Apatah lagi ada juga menteri yang suruh zaman orang Malaysia sekarang ini ada pekerjaan lebih dari 1 untuk mencari sumber pendapatan. No more quality time with family???

  Memandangkan kita semua bekerja untuk mencari rezeki antara salah satu sebab nak mengisi perut tanggungan kita, Apa kata untuk tahun 2016, salah satu pekerjaan kita 'Weekend Gardener'. Yang bestnya self-employed, takde Boss nak bising-bising, takde nak kena punch in or punch out time kerja. Dress-code bebas, apa yang kita selesa untuk berkebun. Sekurang-kurangnya kita masih lagi boleh beriadah dengan berkebun bersama anak-anak. InsyaAllah kalau rezeki murah adalah hasil-hasil nak isi perut kita ni. Cut cost pergi gym, work-out dalam kebun. InsyaAllah kalau ada hasil lebihan boleh juga jadi pendapatan sampingan bekalkan di kedai runcit berdekatan rumah.

  Hmmm....tiada ruang cukup untuk berkebun?

  There is another option boleh guerilla gardening.

  Tanam yang simple-simple, jenis tumbuhan yang lasak. Bila bandaran terpotong pun ianya akan mudah hidup kembali. Sebagai contoh kalau kita lihat di kawasan perumahan, kawasan yang berhampiran parit biasanya banyak tidak digunakan untuk apa-apa pun. Seperti pokok keladi amat sesuai ditanam kerana apabila ada ubinya, jika terpotong pun tangkai daunnya akan naik semula. Kalau tak de masa nak siram pun, jika ada ubi bila hujan naik semula pucuk-pucuk baru.

  Sedangkan Big Boss yang punyai berekar tanah pun masih buat guerilla gardening. Yalah usia dah meningkat nak kerjakan kawasan luas pun tak sekuat dahulu, nak pergi berkebun dekat tanah sendiri pun bukan dekat. Nak ke kebun memandu pun sudah berjam. Maka option buat jelah guerilla gardening berdekatan rumah. Gambar No. 2 di atas adalah contoh patch ubi keladi guerilla gardening Big Boss di KingFisher sebelah luar rumah sebelah parit. Parit itu kalau musim hujan naik tinggi gak tu. Tapi kalau pokok keladi boleh sesuaikan diri dengan pertukaran air pasang surut parit tu. Baja pun free.
  Sebab teringin nak makan asam pedas batang keladi lagi semasa di KingFisher, tanyalah Big Boss mana satu koleksi keladinya boleh tuai batangnya buat sayur. Big Boss suruh ambil luar pagar tu ada patch batang keladi. Huh? Ada keladi ke dekat bawah parit tu? Ada mak tanam kat situ, pergilah tengok. Betul memang ada macam gambar No.2 , kalau orang lalu ingatkan keladi liar je agaknya. Mak kata sebab ini jenis keladi yang batang biasa buat sayur.

  Kalaulah kita kerja makan gaji tengah nak sempit-sempit tunggu gaji masuk ada pokok keladi ini memang menyelamatkan. Yalah nak buatnya jika bahan hampir semua dah ada dekat pantry dapur dan kebun berapa sahaja kosnya kan. Resepi boleh cari link dalam related posting sebelum ini (klik sini). Makan dengan nasi panas dan ikan masin pun dah cukup menyelerakan. Anak-anak Tukang Kebun tak pandai makan sayur batang keladi lagi jadi diorang suka meratah ikan masin je. Tapi kalau dah biasa dihidangkan walaupun tak makan lama-lama terbuka hati juga tu (tengah training tak boleh pampered sangat). Nanti jadi lauk nostalgia bila teringat Tukang Kebun dah tak ada nanti, mengubat rindu jadi teringin. Tak sampailah RM10~RM15 belanja bila masak untuk makan 4 orang dengan juadah nasi putih, ikan masin dan asam pedas batang keladi.

  Lagipun salah satu sebab Tukang Kebun suka masak asam pedas batang keladi kerana tahan lama. Masak banyak boleh simpan dalam peti ais bahagi-bahagikan dan panaskan kemudian dalam seminggu tu. Balik dari hari bekerja, takdelah pening nak sedia banyak lauk-lauk lagi. Panaskan apa yang ada dan tambahlah 1 lauk lagi ke gitu.

  Sebab tuaian Big Boss di KingFisher lumayan sangat petola, hampir setiap hari kami makan sayur petola Big Boss yang tanam. Manis makan sayur petola yang baru sahaja dipetik dan dimasak. Terima Kasih Mak (bukan complain ya). Itu yang nak bertukar selera dengan sayur batang keladi pula sekali kala hehehe....Betik pun berbuah sakan.

  Di Pasaraya 'S' tahun lepas di Sungai Buloh, Tukang Kebun perhatikan dalam seikat ada 3 batang keladi harganya RM2.

  Di tempat berdekatan kawan-kawan berapa pula harganya?

   Mencelah iklan kejap....

  Kebun Bahagia Bersama pula bekalkan batang sayur keladi seikat ada lebih kurang 3~5 batang keladi harganya RM1.
   100% Organic.
    Batang keladi pun harvest sampai ke tangan pemesan kurang dari 2 jam.
    Biasanya untuk pesanan sayur batang keladi kami tuai pada hari self-collect, fresh out from Kebun Bahagia Bersama.

~ 1 ikat batang keladi RM1.00 ~
   Kebetulan pula hari ini ingatan kita seiring pula dengan Sis Rozana dari Saujana Utama menghantar  gambar hasil sebelum dan selepas batang ubi keladi mawarnya dituai buat masak gulai lemak dengan tempoyak. Tumpang bahagia tengok keladi mawar yang dipesan tahun lepas oleh sis Rozana sudah pun dapat rasa hasilnya. Terima kasih juga berkongsi cerita. Tukang Kebun pun belum cuba lagi masak batang keladi dari jenis ubi keladi mawar dan Sis Rozana pun sudah mencuba. Lain kali Tukang Kebun juga nak mencuba buat masak lemak tempoyak batang keladi dengan rencah ikan bilis juga. Buat style masakan orang negeri pulak lah ya, dah belah Tuan Tanah pun orang negeri.

  Iklan mencelah lagi.....

~ 5 anak sulur keladi mawar RM5.00 (moist bare-rooted) ~
  
  Masa berjalan tumpang lalu kebun sepupu Tukang Kebun nak ke bendang padi huma (related posting klik sini), kelihatan anak-anak pokok keladi ditanam dalam lubang yang dalam. Bagus juga tanam macam ini masa musim kemarau, tanah-tanah di sekeliling pokok dalam lubang itu boleh juga ada cooling effect kepada tumbuhan. Tambahan pula bila pokok dah mula ubi membesar dah tak susah nak timbus tanah dekat ubi yang membesar tersebut. 
  
  Pokok tomato pun sesuai ditanam seperti ini apabila cuaca sangat panas dan kering. Malah ada juga negara-negara yang cuaca panas extreme ketika musim panas mengamalkan berkebun seperti ini. Di mana pokok di tanam dalam lubang-lubang yang dalam untuk mengelakkan matahari yang terlampau terik boleh membakar keseluruhan daun-daun pokok. Sebab makin dalam tanahnya , sebenarnya makin kurang panas boleh dikatakan ada cooling effect. Itu sebab cacing kalau musim panas mereka makin duduk dalam-dalam tanah.
  Pokok-pokok keladi bagus dijadikan tanaman sampingan tukang-tukang kebun. Di kala kekurangan hasil tuaian dek kemarau yang bakal berpanjangan dijangka sepanjang tahun 2016 ini, pokok keladi juga adalah hasil tanaman sampingan yang bagus di kebun terutamanya bagi 'Weekend Gardeners'. Sekurang-kurangnya ubi keladi ini sifatnya amat forgiving tak perlu nak disiram kerap sangat. Kat tepi longkong ubi keladi hidup pun bahagia sangat. Manalah tau kemarau panjang sangat nanti water supply pun tak cukupkan terutamanya kawasan perumahan kena catu-catu.

Ahad, 13 Disember 2015

Pucuk daun untuk ulam-ulaman

    Tahun 2015 sudah nak ke penghujung sudah mendekati Tahun 2016. Kebun Bahagia Bersama ingin mengucapkan infinity terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta mendidik kami untuk lebih bermotivasi memikirkan hasil-hasil organik yang boleh dibekalkan dari kebun kami. Untuk tahun 2015 ini dimasukkan dalam senarai bagi hasil pucuk daun yang biasa dibuat ulam-ulaman yang ada dibekalkan dari Kebun Bahagia Bersama adalah seperti daun pucuk assam gelugor, pucuk ubi kayu dan pucuk gajus.

  Kadangkala bila ada banyak pokok volunteer ulam raja, masa self-collect day adalah juga dicuit pucuknya untuk diselitkan dalam pesanan-pesanan yang diterima. InsyaAllah tahun depan akan kami juga mula membekalkan pucuk daun buah katak puru/nam nam pula. Pucuk daun buah katak puru yang berwarna kemerahan itu bagus untuk mereka yang menghadapi masalah lawas membuang air.
  Kalau ikut ranking untuk 3 jenis pucuk-pucuk daun yang popular ikut demand pesanan terima dari Kebun Bahagia Bersama adalah seperti berikut :

(1) Pucuk muda assam gelugor
(2) Pucuk ubi kayu
(3) Pucuk gajus

   Tapi macam tak adillah pula nak buat ranking lagi sebab yang pucuk ubi kayu dan pucuk gajus pun masih ahli baru dimulakan dalam hasil segar bekalan Kebun Bahagia Bersama. Setiap seikat jenis pucuk-pucuk tersebut dibekalkan dengan harga RM1.00 . Cuma yang pucuk muda assam gelugor sahaja boleh dipos, pucuk-pucuk lain nak kena self-collect.

  Yang pucuk muda assam gelugor bukan newcomer sebab pernah beberapa kali kami selitkan dalam Pasar Online Kebun Bahagia Bersama awal-awal dahulu. Dengan kenakalan Tukang Kebun juga menyelit pucuk muda assam gelugor kepada mereka yang belum pernah rasa nikmat khasiat pucuk muda assam gelugor ini, Syukur Alhamdulillah ramai juga yang addicted dengan rasa pucuk muda assam gelugor bagi peminat rasa makanan masam-masam ni. Macam perancangan tahun 2016 nak kena tambah lagi 1~2 pokok assam gelugor dalam kebun.
   Hasil kutipan utama pucuk gajus bekalan dari Kebun Bahagia Bersama dituai dari pokok gajus seperti gambar No. 3 di atas. Pokok gajus ini bersebelahan dengan pokok kelapa yang buahnya berbentuk bujur seperti bola rugbi.

Self-Collect Day Schedule minggu depan :

~ Pagi Sabtu 19hb Disember 2015 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway)

~ Pagi Ahad 20hb Disember 2015 antara pukul 10:30AM~11:00AM di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (berdekatan exit Paya Jaras Guthrie Corridor Highway).

  Memandangkan esok Isnin Selangor cuti peristiwa, maka penghantaran tertunda ke hari Isninlah ya.
Antara fresh organic goodies dari Kebun Bahagia Bersama juga InsyaAllah available untuk self-collect juga ialah seperti:

~ Buah Ciku sekilogram RM4.00 .
~ Buah Canistel/kuning telor sekilogram RM5.00 .
~ Buah Limau Mixed 500gram RM3.00 .
~ Buah Rambutan Merah 1 kilogram RM2.00.
~ Buah Rambutan Gading/Kuning 1 kilogram RM2.00 .
~ Buah Katak Puru/ Nam Nam 5 biji RM2.00 .
~ Buah Nangka Muda 1 biji RM3.00 .
~ Isi kelapa parut 3 biji RM5.00 .
~ Telur Itik 1 biji 70sen.

  Selain dari pilihan pucuk-pucuk daun yang ditambahkan dalam senarai bekalan fresh goodies Kebun Bahagia Bersama dalam tahun 2015 ini, kami juga berkesempatan untuk mula membekalkan batang ubi keladi muda sebagai sayur.

~ 1 ikat sayur batang keladi RM1.00 ~

  Info sayur batang keladi boleh baca di posting sebelum ini (klik sini). 

  Terima kasih banyak-banyak di atas sokongan yang tidak pernah jemu diberikan di kebun kecil kami ini.

Selasa, 17 November 2015

Asam Pedas Batang Keladi

  Selepas meronda-ronda di kebun belakang buat kerja apa yang priority sebelum hujan, teringat ada 2 pokok keladi yang sudah menceroboh tumbuh di Petak E dari Petak F. Jauh sulur keladi itu menyelit ke dalam tanah nak melompat tembok batu. Pokoknya pun lebih besar dari yang asal tinggal dari Petak F. Sambil-sambil berehat di bawah canopy pokok asam jawa, teringat pula kali ini nak cuba jenis keladi ini gunakan batangnya pula. Bila Sis Diana Rashid komen dalam posting lalu sebut pasal asam pedas timbul idea nak mencuba dengan batang keladi jenis ini.  Jenis keladi bahan experiment memasak kali ini sama dengan yang di posting minggu lepas (related posting klik sini). 
  Tukang Kebun bolehlah kira dengan jari berapa kali pernah makan batang keladi. Yang paling dalam ingatan ialah masak asam pedas yang pernah dicuba di Johor bertahun-tahun dulu. Itu bab makan batang keladi, masak batang keladi lagilah tak pernah seumur hidup ini. Lalu double confirm dengan Kak Fatima dari Rawang dulu cara penyediaan batang ubi ini. Nasib baik Kak Fatima ingatkan letak asam keping sekali semasa celur hingga empok batangnya. Sementara ada rasa adventure dalam memasak ni, dengan bantuan Pak Cik google maka taiplah 'Asam Pedas Batang Keladi' sementara tunggu batang keladinya empok.
  Antara 1st page yang keluar adalah resepi dari Bonda Puan Nur di Cetusan Rasa. Bila check bahan dan step-by-step yang dikongsikan oleh Puan Nur, nampak masa preparation singkat dan mudah untuk beginners. Maka Tukang Kebun pun masaklah Hari Ahad lalu dalam Sejarah my first Asam Pedas Batang Keladi. Syukur Alhamdulillah menjadi. Makan dengan nasi panas pun menjadi-jadi. Jenis keladi ini memang sedap gunakan bahagian batangnya untuk dimakan buat gulai dan langsung tak gatal. Rasanya ini sudah menjadi antara lauk kegemaran Tukang Kebun dan dearest Husband. Kalau lepas berkebun masak lauk ini, mesti naik selera, nak sedia pun tak leceh dan tak ambil masa.
  Kemudian lauk sampingan ikan masin, pucuk ubi kayu yang sudah dicelur dan sambal tempoyak. Terima Kasih banyak-banyak kepada Dr. Norlaili dari Saujana Utama berikan hadiah tempoyak dari Kedah. Makin membesarlah Tukang Kebun terima banyak kasih sayang. Ibu yang mengandung duduk di kawasan Saujana Utama boleh juga bersalin atau buat check-up di Klinik Dr. Norlaili di Saujana Utama yang sebaris dengan kedai Ayamas. Bolehlah sama-sama kongsi gardening tips dengan Dr. Norlaili yang juga suka berkebun dan baking. Tempoyak campur dengan cili yang telah ditumbuk bertambah lagi selera makan.
  Contoh jenis ubi keladi yang dikisahkah hari ini seperti gambar di atas. Tukang Kebun nak tegur dekat Kebun Bahagia Bersama members yang lain jika buang dalam tong kompos, jangan buang dengan plastik sekali. Boleh buat sendiri tong kompos dengan pakai tong sampah hitam di atas. Potong bahagian bawahnya. Tebuk-tebuk banyak lubang keliling dinding bekas tersebut untuk pengudaraan yang baik. Tak perlu letak penutup pun tidak apa jika risau ada mahkluk yang buat rumah di dalamnya. Mudah nak pindah-pindahkan tong komposnya dalam kebun bila dah ada kompos yang siap digunakan untuk patch tersebut, nak buat batch kompos baru letak di penjuru lain pula.
  Selepas digembur-gemburkan fresh compost boleh lihat perbezaan warnanya dengan tanah sedia ada. Ada juga nak menolong gembur tanah ambil kesempatan cari cacing ialah ayam kampung jantan putih si Shiro. Dah berapa kali terkatuk si Shiro dengan cangkul asyik menyibuk je bila Tukang Kebun menggali di kebun belakang.
  Sebelum menanam sulur-sulur keladi dari Petak E semula Jumaat lepas. Tukang Kebun mengemas rumpai di kawasan ini dengan pangkas pokok kemboja Bali separuh dari saiznya hampir botak dah tak berapa ada daun. Nak kasi cerah kawasan ini. Terima Kasih dekat Ilhan Mikhail sebelum pergi Sekolah Kebangsaan Jumaat lepas menolong Tukang Kebun angkat hasil-hasil pangkasan ke tempat bakar. Ngomel-ngomel jugalah katanya berat tapi dibuatnya juga bersama sehingga selesai sebelum Zohor.
  Kesimpulannya yang Tukang Kebun buat kali ini lepas experiment dengan pokok keladi jenis ini ialah, rasa-rasanya nilai pokok ubi ini lebih ditanam untuk kegunaan batang keladinya yang sedap dan tak gatal. Ubinya pula tak boleh dipakai terus sebab gatal kena rebus dengan air dahulu. Ubi yang muda-muda Tukang Kebun lepas rebus sehingga empok, kemudian masak dalam masak lemak putih tak de gatal. Tapi hairan semalam rebus dulu ubinya hingga empok, kemudian ingat nak buat keladi goreng. Malangnya bila lepas digoreng, ubi ni rasa gatal. Sayang sungguh rasa sebab warna ubi ini cantik bila direbus isinya putih bertukar kepada keungguan atau merah jambu. Jadi ubi keladi jenis ini Tukang Kebun tanam lebih kepada untuk batangnya. Lain kali boleh experiment ubinya buat kuih atau cara masakan lain pula. Ais Krim Keladi?
  Sebagai catatan ubi keladi ini dalam Kebun Bahagia Bersama sekarang tumbuh di sebelah luar Petak F dan di sebelah luar Petak 1.
  
   Sebab Tukang Kebun dah buat penyelidikan dalam dapur untuk ubi keladi jenis ini, maka bolehlah jadi bekalan Pasar Kebun Bahagia Bersama untuk fresh produce bahagian batangnya.

~ 1 ikat batang keladi jenis ini RM1.00 ~
Tested by Tukang Kebun.
   Ahad lepas malam pula dearest husband manjakan isteri dengan masakan Jepun pula dengan apa bahan yang ada. Nasi campur dengan rebung, sup miso dan ikan mackeral masak dengan miso.

  Shiawase desu.....

Khamis, 12 November 2015

Masak lemak putih pucuk ubi Kayu dan ubi Keladi

  Sedikit demi sedikit baru selesai mengemaskan Petak F. Kebiasaannya dalam sehari sudah boleh menghabiskan 2 petak. Kerana sibuk dengan urusan lain, curi-curi masa sahaja mengemaskannya. Setelah seminggu projek merumput di situ baru selesai sebab off and on sahaja merumput. Sambil merumput hasilnya diberikan kepada yang akan datang untuk bekalan daging ayam kampung batch 'Shiro Offspring'.
  Di dalam Petak F ini dahulu ada rasanya Big Boss pernah tanam keladi. Jadi banyak sulur-sulur anaknya tumbuh sendiri dan membesar tanpa dipindahkan. Jadi sambil merumput bahagian ada sulur keladi Tukang Kebun cabut dan yang mana ada ubinya bolehlah jadi bekalan untuk dapur.

  Pokok keladi yang tumbuh di sini jenis yang batangnya hijau besar. Isinya pula berwarna putih dengan ada keliling kulitnya berwarna merah jambu terang.
  Sebab Tukang Kebun tak kenal ini jenis ubi keladi apa. Jadi lebih elok direbus dahulu ubinya sebelum dicampur dengan masakan lain. Tips dari arwah nenek pesan ke Big Boss kalau ubi keladi tak nak menjadi gatal masa kita memegangnya, kupas kulitnya biar masa dalam keadaan kering. Kalau kita cuci ubinya lepas cuci dalam keadaan basah, kalau jenis ubi keladi gatal atau kulit kita sensitif akan menyebabkan gatal. Kekadang ada interaksi ubi keladi dengan air bila mereka basah ikut jenis menyebabkan kulit rasa pedih gatal.

  Jika Tukang Kebun sibuk biasanya lepas tuai tak cuci pun, biar sahaja kering tanahnya dalam bekas dan ketuk-ketuk tanah buang bila dah kering. Lagipun sendiri tahu tanah dari kebun sendiri dalam petak tu tak kotor. Lagipun najis besar pun kita cuci dengan tanah dulu kan baru bilas dengan air beberapa kali. Bila dah kupas kulitnya baru dicuci elok-elok. 

  Gardeners lain ada tips cara mudah nak kupas kulit ubi keladi? Mohon kongsi bersama.
   Kali ini kami masak lemak putih rencah ikan bilis bersama ubi keladi dan pucuk ubi kayu makan bersama sambal tempoyak dengan nasi panas masa makan malam menyelerakan.  Patutlah berat badan Tukang Kebun sekarang paling berat lepas lama tak beranak direkodkan dalam medical check up semalam. Terlebih makan dengan musim buah-buahan dan musim hujan yang menyekat banyak pergerakkan. Dah macam bear nak get ready musim hibernasi hehehe....
  Juga available hujung minggu ini untuk self-collect:

~ Daun Pucuk Muda Ubi Kayu seikat RM1.
~ Daun Pucuk Assam Gelugor seikat RM1.
~ Telur Itik sebutir 70sen.
~ Isi Kelapa Kukur 3 biji RM5.
  Jika yang berminat untuk menanam pokok ubi kayu untuk pucuk mudanya yang kaya dengan unsur untuk kuatkan tulang badan juga boleh dapatkan keratannya dari Kebun Bahagia Bersama.

More info untuk khasiat pucuk muda daun ubi kayu (klik sini).

~ 7 keratan ubi kayu Manihot RM5.

  Kemungkinan juga available isi saiz baby ubi keladi juga available hujung minggu ini untuk yang berminat for self-collect.

~ Ubi keladi sekilogram RM5 ~

Rabu, 30 September 2015

Kari Daging dan Ubi Keladi

  Hujung minggu lepas 2 hari Sabtu dan Ahad kami sibukkan diri mengemas salah satu sudut Kebun Bahagia Bersama yang lama sudah tidak diusahakan kawasan yang ada dengan lebih productive lagi. Salah satu faktor ianya tidak diusahakan kerana pokok-pokok di keliling sudah meninggi jadi bertambah gelap. Maka pada hari Sabtu memang kami cerahkan kawasan tersebut dah terang-benderang semula apabila pokok-pokok besar telah diberikan hard-pruning. Kemudian hari Ahad sambung kemas-kemas lagi dengan menanam pelbagai jenis tanaman makanan untuk meningkatkan productivity dan kepelbagaian hasil akan datang di kawasan tersebut. Antaranya kami juga menanam beberapa anak pokok pisang. Sebagai contoh, gambar di bawah adalah sulur pisang nangka  yang baru dipindahkan bersebelahan petak keladi yang dah lama dilupakan.
  Punyalah selalu tak endahkan kawasan ini, bila pandang banyak kali pokok-pokok keladi yang terabai ini, barulah Tukang Kebun sedar yang ini jenis variety lain dari jenis-jenis keladi yang ada tumbuh di Kebun Bahagia Bersama. Yang mula-mula menarik perhatian Tukang Kebun tengok banyak kali bila melihat batang pokoknya adalah berwarna keputihan bukan hijau biasa pada pokok keladi yang biasa dibuat makan. Batangnya memang amat berwarna ke arah putih, dan ada warna macam merah jambu pada batang yang berumur berdekatan dengan tangkai leher daun. Belek-belek lagi urat daun belah bawah berwarna putih, manakala urat daun belah atas berwarna hijau kebiru-biruan. Pokoknya pun jenis bukan besar. Lantas cuba cari kalau ada ubi yang belum kena santap dengan PETS di belakang sebab lama tak hiraukan pokok-pokok keladi ini takut dah lama ubinya jadi habuan PETS.
  Nasib ada juga ubi yang saiz sederhana tak kena santap dulu, bila dipotong nampaknya isi berwarna creamy white. Kemudian Tukang Kebun cuba rebus bersama-sama dengan ubi keladi mawar nak tengok perbezaannya. Setelah direbus hingga hampir empuk ubinya, kelihatan jenis ubi keladi berbatang putih ini ada sebahagian isinya bertukar seperti warna keunggu-ungguan. Berlainan dengan texture ubi keladi mawar, ubi tersebut kurang berkanji dan tidak melekit-lekit berbanding dengan ubi keladi mawar. Rasa firm macam ubi kentang.
  Kebetulan untuk dinner semalam target nak masak daging lembu, lepas tu ubi kentang takde pula jika nak buat kari daging. Maka terfikir nak buat experiment gantikan stok ubi keladi yang ada di dapur dengan ubi kentang dalam masakan kari daging. Untuk keselamatan, Tukang Kebun rebuslah dulu ubi keladi tersebut sehingga dah agak empok untuk ditambahkan dalam kuah kari yang akan dimasak kemudian. Siap rebus tukar air 2 kali, in case, tapi tak gatal pun masa kupas kulitnya. Bila dah direbus ubi keladi batang putih ini, nampak isinya macam firm seperti ubi kentang. Memang lepas masak kari daging dan ubi keladi ini, kalau Tukang Kebun tak cakap, dearest husband pun kata dia ingat rasa macam ubi kentang. Rasanya tak berkanji lemak atau tidak melekit macam jenis-jenis tertentu ubi keladi. Syukur Alhamdulillah menjadi juga experiment ini, lain kali kalau tuai ubi keladi jenis ini boleh je substitute sebagai ubi kentang untuk lauk-lauk bergulai macam kari.

  Sebenarnya bila refresh kembali memory Tukang Kebun, rasa-rasanya ubi keladi yang Tukang Kebun tanam di sudut berhampiran bawah pokok kelapa ini ialah yang bibitnya Tukang Kebun bawa balik pertengahan tahun 2013. Kalau tak silap Big Boss suruh tanam bawa balik, masa kami ke Tamu rasanya penjual kata jenis keladi ini batangnya biasa dibuat untuk makan juga. Untuk mengelakkan kekeliruan dengan ubi keladi jenis lain, antara sebab Tukang Kebun tanam di sudut tersebut. Dah tanam, lama terabai.
  Sambil-sambil mengemas sudut ini adalah juga reward yang dapat seperti mangga jenis epal. Walaupun kulitnya tak cantik, isinya masih cantik dan sedap masam manis yang dah masak sikit.
  Kalau kawan-kawan tahu agak-agak ini jenis keladi apa, bolehlah mohon berkongsi ilmu dengan kami. Pokok ubi keladi jenis boleh makan dalam dunia ini pun ada lebih 200 jenis memang jenuh gak nak check setiap characteristic ubi keladi ini.

Kebarangkalian esok pagi jika ada gardeners yang nak self-collect di Shah Alam, mungkin boleh. Yang berminat nak self-collect esok pagi di Shah Alam boleh email Tukang Kebun (kebunkmg@gmail.com) sebelum pukul 5 petang ni ya.