Semalam Syukur Alhamdulillah ada rezeki masa nak turun ke pasar basah pekan Tuaran untuk membeli stok protein. Sudah 2 minggu lebih kami tak berpeluang beli daging protein hanya habiskan stok yang ada dalam peti beku atau makanan kering. Kebetulan semasa di pasar ikan Tuaran ada satu tempat menjual sejenis siput. Stok hidupan laut bercangkerang sekarang masa musim PKPB jarang-jarang ada. Pertama kali kami nampak jualan jenis siput ini. Lepas tu untuk memudahkan pembeli, penjual dah siap potongkan hujungnya untuk mudah makan. Harganya hanya RM10 sekilogram. Mula-mula kami beli 1 kg je, pastu baru teringat ada kemungkinan adik-adik juga balik lawat mama papa sebab hari cuti kerja belilah 1 kilogram lagi.
Dah alang-alang turun ke pekan, Tukang Kebun ingat nak carikan basikal untuk Abby supaya dah mula cuti sekolah ni bolehlah dia belajar naik basikal pusing-pusing dalam laman luar rumah. Semasa beli bawang merah and the geng, Tukang Kebun tanyalah penjual kaum adam kalau ada kedai basikal berdekatan. Rupanya ada 2 kedai basikal mengapit kedai hypermarket 99. Singgah kedai pertama tengok basikalnya, tiada cash cukup jadi kami kata takpe kami fikir-fikir dahulu nak kena keluar duit dulu. Kemudian ada lagi satu kedai basikal selang 1 kedai ketika menuju ke bank. Tukang Kebun tengok yang kedai di sini pula nampak ada design basikal dia yang nampak lebih tahan lebih banyak logam aloi dari yang sebelah sana kebanyakannya parts plastik. Lagipun yang di kedai ini siap boleh ada pembonceng duduk di belakang dan raga di depan sesuai untuk budak perempuan. Dah berkenan jadi Tukang Kebun kata kami kena keluarkan duit dulu. Tauke kata takpe kalau pandai transfer duit online pun boleh tak perlu cash. Kami pun terus ok je lah lagi mudah, tauke pun terus tunjuk no akaun bank dia. Tauke pun tunjuk 7 Eleven berdekatan, tengok sana sekarang mau keluar duit pun kena beratur panjang kan. Siap transfer duit online, kedengaran bunyi notification dalam poket Tauke menunjukkan duit dah berjaya transfer. Lantas Tauke angkat basikal dan pasang mana yang perlu serta kasi rapi parts basikal. Video di atas kenangan Abby dapat basikal pertamanya.
Abby dapat basikal terus yang jenis 2 tayar. Sementara papa Abby ajar Abby naik basikal, Rayyan teman Tukang Kebun cari bahan untuk masak lemak cili api. Semasa nak ambil daun kunyit baru perasan yang pokok kunyit sedang berbunga mekar. Bunga kunyit ni pun sedap buat makan ulam. Sekejap sahaja Abby dapat control naik basikal sendiri. Siap dah lewat petang nak parking basikal, nak cuci dulu. Kali ni Tukang Kebun masak lemak cili api, gunakan perahan jus limau telur buaya sebab asam kepingnya tak terasa masam dia.
Seronok juga ramai-ramai kumpul makan malam bersama menikmati lauk siput masak lemak cili api. Tukang Kebun tak tahu nama jenis siput ini. Jika ada yang tahu mengenai siput ini, mohon kongsi pengetahuan. Kerana bentuknya Tukang Kebun teringat kepada character popular anak-anak perempuan zaman sekarang macam tanduk binatang mitos unicorn tu, panggil jelah siput spiral unicorn. Jenis siput ni macam kemungkinan antara laut dan bakau. Berlainan dari siput sedut dari sawah atau sungai, jenis siput ini tidak berlendir sangat. Mula-mula yang anak Tukang Kebun fussy eater abang Ilhan tak nak cuba, lepas dipujuk cuba terus suka. Agaknya tengok adiknya si Rayyan berselera semacam tambah banyak kali cedok lauk siput masak lemak cili api ni siap ada mangkuk sendiri. Rayyan sebelum masak siput ni pun dari balik pasar asyik tanya je, mama beli siput apa ni? nak masak apa ni? Yang seorang ni pula jenis suka mencuba benda baru.
18 ulasan:
oh my, i don't think i can eat this food haha
how a taste? hmm..
Baru saya tahu siput spiral unicorn ni boleh makan. Tak pernah tahu isinya macam mana. Biasa nampak tepi pantai dah kosong.
Ramai cakap bunga kunyit ni sedap dibuat ulam tapi belum pernah nampak lagi bunga kunyit in real. so tak dapat rasa lagi bunga kunyit buat ulam.
Tak pernah lg shida masak dan makan siput ni kak..rare betul ^_^
selalu tgk siput sedut je. pertama kali nampak ni.
tak pernah makan siput jenis ni..menarik gak..
Akak tak tahu nama siput tu, TukangKebun, dan akak tak pernah makan. Bunga pokok kunyit dah lama tak nampak. Dulu selalu juga buat ulam sama sambal belacan. :)
Salam Bahagia Mas Intan Sudibjo,
An acquired taste?
Salam Bahagia Sis Azhafizah,
Macam isi siput sedut biasa di jual cuma dia tak berlendir sangat. Tekstur pun kurang kenyal.InsyaAllah ada rezeki Fiza nak rasa ulam Bunga kunyit.
Salam Bahagia Sis Shida,
InsyaAllah nanti ada rezeki mencuba. Kak pun pertama kali jenis siput macam ni.
Salam Bahagia Sis Azian,
Kami pun first time nampak siput ni dijual jadi teruja nak cuba.
Salam Bahagia Sis Nohas,
Jika peminat seafood mesti suka.
Salam Bahagia Kak iamaSlowRunner,
Kalau suka makan siput sedut mesti suka siput ni juga.
Abby dah ok ke naik basikat? kalau byk kali jatuh, kesian dia :(
bikin mengidam ba ni..aduyaii :(
Adeh, mesti sedap ni kan....lama sdh saya x mkn siput. Bertahun2 lamanya....
Baru pertama kali tengok siput unicorn ni. Siput mentarang tu tahulah saya :)
Tepat sungguh TK beri nama kat siput tu :)
Panjangkan saiz siput unicorn ini.
Memang ada nama siput ini dalam bahasa tempatan, tapi Kak Amie pun lupa.
Catat Ulasan