No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.
Memaparkan catatan dengan label Mentega. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mentega. Papar semua catatan

Isnin, 11 Disember 2017

Borneon Gibbon

 Semasa menginap di Tabin WildLife Resort dalam daerah Lahad Datu setiap hari lepas sarapan atau masa makan tengahari dihiburkan dengan lawatan dari sekumpulan primate liar yang jenis spesies Borneo Gibbon. Tak perlu nak pergi jauh-jauh jalan, mereka pasti singgah di pokok ini selagi pokok ini menghasilkan buah untuk santapan mereka.
 Pokok kegemaran persinggahan mereka ini pun dekat sahaja dengan bilik resepsi tetamu. Dekat sebelah sahaja dengan tempat simpan kasut boot panjang atau tempat air paip cuci lumpur (related posting klik sini). Syukur Alhamdulillah dengan rezeki kesihatan yang diberikan dapat kami sekeluarga melancong kerap dalam Sabah ini pelbagai tempat. Oleh itu, Tukang Kebun sedari betapa banyak jenis spesies monyet dalam Pulau Borneo ini sahaja. Malah masa kami melawat Sungai Kinabatangan di situ pun lebih dari 5 spesis liar kami berkesempatan melihat dari kaca mata sendiri (related posted klik sini). Selama ini lihat di depan kaca TV sahaja. Masa di Sungai Kinabatangan kami tak terserempak pula dengan spesis Gibbon ini. Syukur Alhamdulillah berkesempatan melihat beberapa kali gelagat mereka di Tabin ini.
 Macam-macam posing juga mereka berikan. Gibbon yang di Tabin ini pun tak buas perangainya. Tiada dia datang dekat-dekat walaupun kelihatan selesa berada berdekatan dengan Homo Sapien. Kelihatan harmoni perhubungannya dengan Homo Sapien.
 Sebab Homo Sapien di sini tak kacau sumber makanan asli diorang kut. Tapi pandai kedekut juga tu. Hairan melihat apasal pokok ni bergerak-gerak macam ribut walaupun cuaca tenang lepas kami selesai makan tengahari. Tinggal tunggu bersiap untuk dihantar balik ke Lapangan Terbang Lahad Datu di mana kami tinggalkan kereta. Rupa-rupanya tak mau berkongsi buah-buah yang ranum di pokok tersebut dengan si tupai. Puaslah mereka cuba menghalau si tupai besar ni yang nak bahagian buahnya juga. Territorial juga si Gibbon ni bila bab makan-makan ni.
 Si Gibbon mencapai buah yang masak. Bukannya tak banyak pun buah yang ranum atas pokok tu. Macam perangai Homo Sapien juga ada ni susah nak berkongsi-kongsi. Selepas luggage selesai dimasukkan dalam van, kami pun bergerak menuju ke airport dalam hampir pukul 2. Perjalanan dari Tabin WildLife Resort ke Lapangan Terbang Lahad Datu ambil masa dalam sejam juga. Jadi dalam pukul 3 lebih juga kami mula bertolak ke Kota Kinabalu dari Lapangan Terbang Lahad Datu.
 Dah nak hampir kawasan Ranau dah dekat nak senja bila nampak kelibat si Kinabalu. Kasihan dekat pemandu je masa ni dah rasa ngantuk. Ingat nak menginap je kat area Poring tapi sebab peak season tengok macam penuh je accomodation berhampiran Poring. Jadi terpaksalah pemandu gagah memandu sampai ke Kota Kinabalu. Nasib baik cuaca tak hujan lebat, kalau tak seksa juga nak limpas area Kundasang yang boleh berkabus.
  Yang tidak berkesempatan untuk self-collect atau buat pesanan buah kuning telur atau ada tempat panggil buah mentega, hujung minggu ini InsyaAllah self-collect day ada semula dan barang-barang mula dipos minggu depan juga semula setelah kami ambil cuti lama.

Self-Collect Available Day: 

16th/17th December 2017 Saturday/Sunday Morning between 10:00AM~10:30AM in front of Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (near exit Paya Jaras of Guthrie Corridor Highway).

Gambar di atas ini kudup bunga buah mentega, kecil je kekadang tak perasan pun bunganya kembang. Walaupun ada beberapa kudup bunga berdekatan pada satu tangkai, biasanya sebiji sahaja buah yang membesar dari satu tangkai. Bunganya kecil tapi menghasilkan buah yang saiz besar standard mangga jenis harummanis. Itu yang selalu ramai keliru tengok buah mentega ini, ingatkan buah manga.
 Kebiasaannya buah mentega yang memang dah betul-betul ranum, jika dibiarkan ianya akan secara semulajadi kulit buahnya merekah sendiri macam gambar di bawah. Kulit buahnya terlerai sendiri dari isinya. Kalau tak sempat makan boleh je simpan dalam peti ais dalam keadaan begini.

~ 1 kilogram buah mentega RM5.00 ~
 Lama takde di rumah ni jika musim buah tak risau sangat dengan PETS yang bebas berkeliaran di belakang, banyak buah dah terlebih masak jatuh-jatuh dari pokok. Sebagai contoh buah mentega yang jatuh dari pokok seperti gambar di bawah. Habis dah kena patuk-patuk isinya. Moga bila balik rumah ini, masih ada pelbagai jenis buah-buahan yang ada lagi untuk gardeners rasa.
 InsyaAllah berbanding dengan Self-Collect lepas kami estimate hujung minggu ini lebih banyak pilihan buah-buahan organically grown. Sebagai Contoh:

~ 1 Sisir Pisang Nangka RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah pulasan RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah duku langsat RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah limau telur buaya RM6.00~
~ 1 kilogram buah limau mixed RM5.00 ~
~ 1 kilogram buah ciku RM4.00 ~
~ 7 biji buah kelapa tua RM10.00 ~
Jika Ulam-Ulaman 1 ikat RM1.00 :

~ Daun Pucuk Assam Gelugor
~ Daun Pucuk Ubi Pulut
~Daun Kadok
~ Daun Pandan Wangi

Ahad, 20 September 2015

Minggu Musim Kapas dan Kuning Telor

  Catatan hujung minggu Tukang Kebun untuk minggu ini sebelum berehat tidur. Yang nyata minggu ini adalah musim buah kuning telur dan juga kapas di Kebun Bahagia Bersama.
  Untuk dibuat contoh gambar-gambar tuaian buah kuning telur atau canistel yang dituai hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad) adalah dari hasil 1 pokok sahaja. Lumayankan buah yang dihasilkan dari 1 pokok yang sama. Masih ada banyak lagi di atas pokok tengah nak ranum. Untung tanam pokok canistel tak perlu banyak penjagaan dan menghasilkan banyak buah. Yang berminat nak menanam pokok canistel/kuning telor boleh dapatkan juga anak pokok dari Kebun Bahagia Bersama (1pot RM15.00).
   Hujung minggu ini juga gali keluar bawang-bawang berlian dari tanah untuk pesanan yang telah diterima. Kebelakangan ini asyik lupa nak tuai terung telunjuk sehingga banyak dah masak keemasan atas pokok.
  Ada juga buah-buah jambu batu yang dapat dikutip dari 2 pokok yang berlainan jenis. Sebab buah membesar secara organik ada ulat di dalamnya satu fenomena yang tidak asing lagi. Limau kapas buah jadi berpasir-pasir sebab yang duduk di atas tanah sambil membesar kerana kuasa gravity dan dicakar-cakar oleh ayam.
   Rasanya bulan ini ada ayam-ayam betina yang baru matang sedang belajar bertelur. Bertelur merata dan saiz pun kecik semacam. Tukang Kebun rasa kesan jerebu kali ini dekat Kebun Bahagia Bersama ialah dekat ayam dan itik kurang menghasilkan telur. Saiz telur ayam gajah pun tak sebesar macam biasa. Hujung minggu depan yang bercadang self-collect  goodies dari Kebun Bahagia Bersama juga boleh booking fresh duck eggs (sebutir 70sen).
  Sabtu baru-baru ini selesaikan hajat yang terbantut akibat kena sengat tebuan masa Hari Malaysia. Tukang Kebun nak sangat pindahkan anak-anak pokok pisang bantan di tempat yang dah dikemaskan hujung minggu sebelum itu, terpaksalah dearest husband layan dulu permintaan itu before jadi more grumpy. Sambil-sambil itu juga pindahkan anak-anak pokok pisang seperti pisang nangka dan pisang abu yang dah tinggi saiz kira selamat dari dimakan oleh angsa ke tempat yang lapang. Mood jadi bertambah baik bila tengok makin banyak tersusun pokok-pokok pisang dalam kebun. Lepas layan permintaan isteri bolehlah selesaikan pesanan nak masukkan tanah bakar dalam guni-guni makanan ayam.
  Kemudian isteri pula layan hajat si suami nak pindahkan batch yang kami panggil 'ayam pantang' yang hampir berumur 2 bulan ke kandang lebih besar. Luas lebih 2 kali ganda dari kandang sebelum itu. Biar banyak space mereka nak bergerak-gerak exercise dan membesar lagi. Belum boleh lepas saiz ni, takut senang biawak dan kucing boleh makan lagi dengan mudah.
  Dalam batch 'ayam pantang' ini ada ayam kampung, ayam botak dan ayam selasih kacuk. Panggil batch 'ayam pantang' sebab memang yang bakal nak berpantang lepas bersalin anak pertama bulan depan punya booking order. Sekarang ini kalau sambil-sambil merumput dekat belakang rasa rajinlah sikit sebab boleh kasi makan dekat 'ayam pantang' ini juga hasil merumput. Laju je habis daun-daun mereka ratah dan lebih sihat pemakanannya.
  Sekarang kalau kukur kelapa memang paling seronok anak-anak ayamlah. Memang bekas saki baki isi kelapa yang tinggal dekat tempurung untuk habuan mereka. Gambar bawah anak ayam gajah antara 1st born Kebun Bahagia Bersama bulan lepas lahir dengan pertolongan incubator seronok dapat makan. Rasanya batch yang lahir bulan Ogos tahun ini for our easy reference nak panggil 'ayam merdeka'. Batch 'ayam merdeka' malam ini first night tidur di luar rumah dengan kelambu. Nak biasakan tunggu besar sikit nanti pindahkan ke kandang sebelah 'ayam pantang'.
  Yang ini pula sangkar anak-anak ayam lahir bulan September umur semua kurang 10 hari. Tukang kebun saja cuba kasi testing bagi diorang bekas tempurung yang sudah isi dikukur ada baki, wah bukan main seronok lagi patuk-patuk isi makan. Yang berminat untuk dapatkan ayam kampung sudah diproses segar bela di Kebun Bahagia Bersama seekor RM25.
 Pesanan-pesanan yang diterima untuk pengeposan 21hbSeptember2015 dah selamat Tukang Kebun packing, InsyaAllah awal pagi esok akan dipos. Kami masih buka Pasar Online Kebun Bahagia Bersama untuk minggu seterusnya (28hbSeptember2015) bagi yang masih berminat. InsyaAllah antara goodies yang available untuk minggu seterusnya adalah seperti buah kuning telur dan lain-lain fresh harvest of the day. Untuk kawasan Semenanjung Malaysia sahaja, 1pek fresh harvest Kebun Bahagia Bersama yang berat hampir 2kilogram termasuk kos penghantaran Pos Laju Malaysia RM21.



Ahad, 21 Jun 2015

Frozen Vegetarian Milk

  Syukur Alhamdulillah pada puasa hari kedua Ramadhan Kebun Bahagia Bersama Team Members mendapat ilham untuk mencuba buat susu kacang soya dengan campuran daun pandan dan bunga telang bagi berbuka puasa. Ilhan kata nak belajar buat susu kacang soya, jadi antara gap balik sekolah agama dan menunggu masa ke sekolah kebangsaan kami buat sama-sama. Menjadikan susu kacang soya ini akan memberikan 3 khasiat dari rebusan bahan utama kacang soya, bunga telang dan daun pandan. Baru-baru ini tinjauan harga kacang soya organik di Jusco AEON ialan RM4.15 untuk 300gram. 
  Sabtu lepas selepas selesai urusan self-collect goodies dari Kebun Bahagia Bersama kami singgah ke The Store, Sungai Buloh nak bayar bill elektrik sekali di pejabat pos. Terkejut tengok harga pasaran sekotak susu brand Dutch Lady RM7.10 GST inclusive. Kanak-kanak riang ini biasanya kalau sehari sekotak pun boleh habis lagi-lagi kalau yang jenis ada perisa chocolate tu. Takpelah Abby ambil sekotak je hari ini. Tunggu ada promosi. Kita beli kacang soya. Mama buatkan Abby air special susu frozen lagi ya. InsyaAllah esok puasa Ramadhan hari kelima tahun ini sambil Mama teman Abby lunch sorang-sorang, kita buat susu frozen lagi.
  Kalaulah perempuan Dutch boleh buat pelbagai perisa dan warna, perempuan Malaysia pun boleh kan. Setakat ini perempuan Dutch tak terbuat pun lagi warna susu dari bahan semulajadi biru (no artificial coloring), siap warna hampir serupa dengan tema Disney Frozen tu. Syukur Alhamdulillah si Ilhan memang selalu jadi assistant Mama petik bunga-bunga telang lepas sekolah agama. Esok mata yoroshiku ne Ilhan.
   Buat Susu Frozen ini pun senang je, gabungan basic buat sirap biru telang dan susu kacang soya.  Lebih kurang step-by-step yang Tukang Kebun tunjukkan semasa buat Air Kacang Soya Pandan (related posting klik sini). Kali ini tak perlu blend pandan sekali dengan biji kacang soya. Cuma mula-mula masukkan daun pandan yang diracik-racik dan bunga-bunga telang yang telah dibasuh ke dalam periuk. Kemudian bila blender biji kacang soya dengan air, air yang diperah masukkan sahaja ke dalam periuk dan dipanaskan bersama daun-daun pandan dan bunga-bunga telang. Lama-kelamaan air kacang soya akan bertukar kepada warna tema frozen. Quantity bunga telang akan menentukan kepekatan warna kebiruan susu.
  Bila dah mendidih nak masak baru masukkan gula ikut citarasa. Lepas dah suam-suam susunya hendaklah ditapis bila dipindahkan ke bekas minuman. InsyaAllah kanak-kanak akan riang excited tengok susu kacang soya warna frozen pertama kalinya. Syukur Alhamdulillah anak-anak Tukang Kebun memang excited sangat, itu yang dilabel terus panggil Susu Frozen. "Mama boleh buat susu frozen" hai~ tersengih-sengihlah Tukang Kebun rasa puas hati experiment di dapur kali ini dapat memikat hati keluarga. Untung buat susu kacang soya sendiri ini budget memang saving banyak. Dengan 300gram berat kacang soya boleh dapatkan 3 kotak susu Dutch Lady yang saiz besar tu. Campur belanja Susu Kacang Soya, gula, gas dapur, dan air yang digunakan mungkin round total RM5. Kalau 3 kotak susu Dutch Lady RM21.30. Jadi Mama dapat jimat duit pocket Papa RM16.30 . Dah daun pandan dan bunga telang percuma picking dari kebun.
  Bahagianya hati pada 2 Ramadhan tahun ini, bunga pink lotus pun tersengih-sengih sampai hari ini puasa keempat ia kembang mekar sepenuh-penuhnya di frontyard.
   Tukang Kebun nak sambung cerita untuk puasa Ramadhan hari ke-empat pula tahun ini. Hari ini dapatlah juga menuai sebiji nangka yang dah masak dari pokok. Walaupun saiz buahnya besar macam bola sepak je, bolehlah dapat sebesen ulas isi nangkanya. Sambil-sambil Tukang Kebun sedia goodies untuk penghantaran esok, dearest hubby temankan sambil keluarkan isi-isi nangka di bawah kanopi pokok assam jawa. Si Abby dan Rayyan yang tak puasa mengisi perut dengan isi nangka jelah hari ini. Rayyan patutnya belajar berpuasa hari ini tapi kantoi bila Tukang Kebun masuk dapur hantar tuaian upih ini nampak dia sedang pegang gelas minum.
  Selain dari sedia air teh limau kapas untuk berbuka hari ini, Tukang  Kebun buat jus canistel campur kurma dengan susu pekat.
  Inspirasi yang diberikan oleh Awin dari Petak Hijau awal tahun ini. Biasanya Tukang Kebun tak rasa lapar tetapi lebih rasa dahaga nak minum jelah dulu. Jadi kiranya macam berbuka dengan kurma dahululah bila minum jus ini.
  Sambil Tukang Kebun sediakan air minuman untuk berbuka, Dearest hubby pula buat projek telur itik masin. Hari ini 18 biji telur masin dibuat untuk stok dapur Kebun Bahagia Bersama. Lepas ini selain dari telur itik segar, bolehlah Kebun Bahagia Bersama bekalkan telur masin juga.
  Hari ini Tukang Kebun selitkan wedges ubi kayu yang telah digoreng dengan ayam masak merah, kanak-kanak riang kata sedap Mama boleh je gantikan ubi kentang dengan ubi kayu.
  Semalam kumpul stok kelapa tua yang baru, dah habis stok sebelum ini digunakan untuk diberikan kepada ternakan. Yang berminat juga boleh dapatkan stok kelapa tua yang baru dari Kebun Bahagia Bersama dengan harga Raya special 5 biji for RM2.
  Sambil Tukang Kebun masak petang tadi, Dearest Hubby sediakan stok 4 biji santan untuk Tukang Kebun guna masak minggu ini simpan dalam freezer.
   Ada juga kami tuai buah-buah kuning telor dan ciku. Sambil tunggu azan Maghrib, Ilhan dan papa gosok buah ciku dengan sabut kelapa untuk peram. Dari minggu ini Tukang Kebun perhatikan ada 3~4 ekor ayam bertelur dekat tempat yang sama tapi tak mengeram jadi yang dah lebih 2 hari punya boleh ambil simpan stok di dapur.
  Terima Kasih banyak-banyak dekat Sis Ju , Gardener di Kebun Kecil Ajer, sudi mencuba cadangan Tukang Kebun buat kacang soya pandan. Beri motivation hari ini nak curi masa prepare posting Kacang Susu Frozen pula. Terima Kasih beri cadangan hampas kacang soya juga boleh dibuat campuran bahan nugget ayam. Nak kena cuba ni bila sembelih ayam daging organik dari kebun sendiri. Thank you Dear.


Sabtu, 21 Mac 2015

Kek Kukus buah Kuning Telor

   Hari Sabtu ini buat kesimpulan tuaian pada pertengahan bulan Mac minggu ni. Cuaca pun panas dan kering minggu ini rasa malas nak keluar rumah lama-lama. Antara tuaian ialah sayur raja, kapas, ginseng jawa, kacang kelisa dan terung pipit yang tak putus-putus bulan ini.
  Minggu ini pun ada yang memesan ubi bemban untuk ikhtiar mengubati kulit anak. Dah macam pembekal natural supplement dan ubat pula Kebun Bahagia Bersama. Katanya cari satu kampung dah tak de ubi bemban ni macam dah pupus. Ubi bemban ni tukang kebun korek dari saki baki Petak 2 dan pokok yang dah matang dari Petak A. Kemudian tukang kebun tanam semula di Petak A dan Petak B.
 Minggu ini pun nampaknya pokok-pokok asparagus rajin keluarkan pucuk baru dari tanah. Adik-beradik citrus seperti limau kapas, lemon Tahiti dan lemon telur buaya pun adalah juga hasil yang diberi.
 Tangkapan ikan guppy si Ilhan untuk diberikan kepada 18 ekor anak-anak itik telur di Sangkar E. Lumayan betul sumber natural protein mereka untuk cepat membesar.
 Minggu yang panas-panas ini dah mula nampaknya season baru buah kuning telor/canistel/mentega nak bermula. Jadi tukang kebun buka semula Pre-Orders Pasar Online Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama minggu ini ikut giliran batch per batch sementara ada musimnya. Sebenarnya ada dah yang reserved dari bulan lepas nak kena tunggu giliran.

~ Pre-Orders Pasar Online Buah Kuning Telor Kebun Bahagia Bersama ~

1 kilogram buah Kuning Telor campur dengan hasil segar lain ikut minggu pos dengan jumlah berat keseluruhan goodies hampir 2 kilogram RM7.00 . Shipping cost dalam Semenanjung Malaysia RM13 gunakan prepaid small box Pos Laju Malaysia. Jadi jumlah 1 pek ialah RM20.00 . Boleh buat pesanan dengan email (kebunkmg@gmail.com).
  Minggu ini ada cara baru nak nikmati buah kuning telor yang budak suka makan suam-suam ialah Kek Kukus buah Kuning Telor tanpa gunakan kuning telor (egg yolk) ya. 100% vegetarian food without eggs. Budak-budak sekarang kalau dibuat lepat pula tak pandai nak membuka daun pisang. Nak buat Kek Kukus Kuning Telor pun mudah tak leceh cuma isi buah kuning telor, gula merah, santan pekat, sedikit gandum dan secubit garam blend pekat semua. Tuang dalam bekas dan kukus sehingga pejal. Makan suam-suam dengan teh panas menambah-nambah.
  Dear Kak Hanizah dekat Setapak, Kuala Lumpur kata ada cuba buat pie dengan isi buah kuning telor pun sedap.

Khamis, 22 Januari 2015

Kelisa ingat dah mati

 Setakat ini belum ada rezeki buah durian runtuh di Kebun Bahagia Bersama. Tetapi rezeki buah canistel (kuning telor) runtuh adalah sudah menjadi perkara biasa di Kebun Bahagia Bersama. Dari minggu lepas boleh dikatakan setiap hari buah canistel ranum jatuh masak sendiri tinggal cepat-cepat pergi kutip sahaja. 
  Buah Ciku pun banyak sudah mula masak minggu ini. Big Boss (yang menanam) ada kutip bawa balik ciku yang dah mula masak balik ke Sabah, dia sendiri tak pernah merasa. Tuan Tanah yang suka makan buah ciku komen musim kali ini manis buahnya. Mana taknya banyak kesan gigitan buah ciku kena makan di bawah pokoknya. Memandangkan rezeki buah canistel yang nampak masak masih berterusan minggu ini, maka untuk slot minggu depan Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama untuk penghantaran 26hb Januari 2015 dibuka lagi. 1 pek Pasar Online Canistel Kebun Bahagia Bersama yang muatan hampir 2 kilogram sudah termasuk kos penghantaran dalam Semenanjung Malaysia ialah RM20. Buah Canistel akan diisi beratnya lebih 1 kilogram, jika ada rezeki buah-buahan lain (jika ada masa dan bergantung kepada cuaca) akan diisi hingga kandungan nak dekat hampir 2 kilogram.

~ Pasar Online Kebun Bahagia Bersama ~
1 pek RM20 muatan hampir 2 kilogram sudah termasuk kos penghantaran Pos Laju Malaysia.
 Kelapa-kelapa tua pun banyak stok di Kebun Bahagia Bersama boleh buat santan dan sabutnya diracik-racik boleh digunakan sebagai mulching atau tutup tanah dari kena gali oleh binatang kesayangan. Tempurung kelapa tu pula boleh buat bekas semaian. Sabut kelapa pun boleh buat untuk tempat gantung orkid. Banyak stok kelapa tua sehingga kalau mood rajin setiap hari belah purata 10 biji kelapa tua untuk snack food PETS di belakang tu.

~ Kelapa Tua ~
50 biji bekalan kelapa tua RM20.00 (Self-Collect Sahaja).

  Lepas projek menebas-nebas di belakang backyard dapat jugalah hilangkan dahaga dengan air kelapa muda. Dapatlah juga Big Boss dan Tuan Tanah merasa air kelapa yang mereka tanam di backyard beberapa tahun dahulu. Minggu ini air kelapa rasa manis kembali sebab panas dan kering.
 Disebabkan cuaca dalam 2 minggu ini panas dan kering, buah fig yang sedang membesar pun manis rasanya. Thank you to Bob and Sean dapatlah mama tukang kebun rasa for the first time fresh fig  dari cutting from South Australia ni. Ada juga kenangan dari South Australia. Dalam beberapa hari ini satu persatu buah fig ranum.
  Bulan January ini seolah-olah keadaan cuaca menggembirakan si Kacang Kelisa. Sampai merata tempat yang ditanam dah mati semuanya hidup kembali. Sampai tukang kebun yang menyemai benihnya pun boleh lupa asyik terfikir-fikir, bila lak aku semai kacang kelisa ni. Seperti kisah minggu lepas (klik sini).
 Semalam tiba-tiba tukang kebun mendongak ke atas tengok rumah yang sedang dibina di sebelah tembok takut ada pekerja binaan di situ sungguh tukang kebun tak selesa kalau ada mata-mata yang mengekori activity tukang kebun. Sebab rasanya mereka sedang berehat lunch time. Tiba-tiba barulah tukang kebun perasan banyaknya kacang-kacang kelisa yang dah besar bergayutan atas pokok mangga. Rupa-rupanya benih kelisa yang ditanam dari tahun 2013 tak pernah menghasilkan buah, sekejap pokoknya ada sekejap tidak dari Petak A naik begitu subur memanjat pokok mangga dan mulberry sekelip mata macam main silap mata. Padahal batang yang menyusur memanjat di Petak A langsung tiada daun macam batang mati je nampaknya.
  Kalaulah benda warna hijau naik meninggi tak perasan sebab jarang mendongak tinggi ke atas. Yang perasan kalau bersinar-sinar macam bunga matahari yang ada beberapa pokoknya sedang kembang di Petak 1 minggu ini perkongsian dari Kak Mala 'My Green Eye's'.
 Rasa-rasanya minggu ini memang sesuai untuk menyemai kacang kelisa di Lembah Klang untuk gardeners yang ingin mencuba nasib. Kacang Kelisa ini bila pokoknya pernah tumbuh hidup subur walaupun tak pernah berbuah ianya sebenarnya membentuk ubi dalam tanah. Bila pokoknya kering kita ingat dah mati tetapi nanti bila hujan kerap bertandang, tunas-tunas baru akan keluar dari tanah selagi ada ubinya tersimpan dalam tanah. Jadi kalau rasa fed up masa mengemas kacang kelisa jangan dicabut pokoknya begitu sahaja. Pangkas sahaja pangkalnya kemas bersih-bersih kawasan tersebut tapi biarkan sahaja ubinya tidak diusik dalam tanah. InsyaAllah jika ada rezeki nanti diberikan pokok baru yang akan hasilkan makanan bila kita takde masa dan kebun terbiar je macam tukang kebun selalu buat. Kacang kelisa di Petak A tu tahun 2013 tukang kebun semai terbiar je, hidup mati hidup mati hidup kembali akhirnya lumayan juga hasil yang diberikan walaupun dari 1 pokok. Catatan tukang kebun, kacang kelisa di Petak 2 dan Petak 6 pun patutlah muncul kembali pokoknya bulan ini.