No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Selasa, 1 Disember 2020

Nature Lodge Kinabatangan, Kampung Bilit

Percutian 3 hari 2 malam pada bulan Ogos 2018 di Nature Lodge Kinabatangan, Syukur Alhamdulillah dapat bawa kedua ibubapa kami sekali berjalan-jalan di Sandakan bersama-sama 2 adik perempuan Tukang Kebun. Cuma adik lelaki Tukang Kebun seorang sahaja yang tak ikut bersama sebab nanti tiada siapa nak bagi binatang belaan mak di rumah makan. Pakej percutian ini Tukang Kebun dan adik dapat di Tourism Festival di Sabah Suria. Kebetulan semasa itu di bawah agen pelancongan yang sama iaitu Nasalis Lavartus Tour Sdn Bhd punya booth ada juga pakej percutian ala glamping di Pulau Libaran (Posting Berkaitan- Baca Klik Sini). Kami booking kedua trip ini serentak boleh dapat potongan diskaun lagi. Kami atur pergi Nature Lodge Kinabatangan dahulu, kemudian kami akan dibawa untuk menaiki bot ke Pulau Libaran. Di bawah Nasalis Lavartus Tour Sdn Bhd ini mereka ada penginapan lodge dekat dengan kawasan Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre. Kami parking kereta di lodge mereka di Sepilok sana, kemudian dibawa menaiki van ke Kampung Bilit, Kinabatangan yang dalam sejam lebih juga perjalanannya. Sekurang-kurangnya yang memandu kereta dari Kota Kinabalu ke Sepilok-Sandakan bolehlah sama-sama kami enjoy pemandangan keliling.
Pakej percutian di Nature Lodge Kinabatangan ini dah termasuk makan jadi dah tak perlu fikir, tunggu waktu makan sahaja. Chef juga adalah dari kalangan orang tempatan dan Tukang Kebun salute puji tengok passion dia. Macam style chef proffesional di luar negara yang ambil berat masakan dia memenuhi selera pelanggan atau tidak. Bila dah selesai penyediaan masakan di dapur, chef akan berdiri di luar dapur sambil perhatikan pelancong-pelancong menikmati juadahnya. Kalau dia rasa ada tak kena, dia akan personally tanya. Kalau masakan air tangan Sabah ni kan tak pedas memang kalau seperti papa Tukang Kebun yang pure orang Negeri Sembilan rasa macam makan tak puaslah kalau level tahap pedas dia. Lepas tu makan kan style buffet bukan ala-carte. Jadi chef ambil initiatif setiap waktu makan dia akan buat sendiri sediakan sambal belacan pedas atau sambal kicap pedas untuk papa Tukang Kebun. Barulah selera sungguh pula papa Tukang Kebun ni makan, sambil kami ni menumpang sekali sambal dia hahaha.....makin seronok chef melayan keluarga kami ni. Sehinggakan anak-anak pun waktu breakfast kekadang chef sedia khas breakfast kids menu hidang dalam piring bawa kat anak-anak. Bila receptionist suruh isi borang kepuasan hati servis diorang, memang kami bagi excellent 5 star untuk chef diorang dan guide.
Malam pertama sedang menikmati makan malam, tiba-tiba Rayyan yang sambil menghisap jari tengok kawasan sekeliling panggil Tukang Kebun. Mama, mama ada kucing lah kat bawah ni. Oh ada kucing kat lodge ni bela ke. Bukan mama, kucing ni nampak lain betul lah mama. Berapa kali Rayyan panggil Tukang Kebun tengok, tapi lengah-lengah je sebab ingat domestic cat kan. Aik rupanya yang tak blink blink curiga tengok Tukang Kebun tu bukan kucing tapi musang lah (Malayan Civet). Musang ni masih muda remaja lagi ni nampak baby face dan size nya. Chef pun kata ya rajin musang keluar malam datang dekat area restoran menagih simpati share makan. Dah anak-anak ni tahu dia datang, tiap malam di situlah anak-anak rajin kasi makan lebihan mereka. Di restoran ni pun tempat basuh tangan atas dinding sinki ada gecko liar besar lengan suka melepak.
Malam pertama kami buat aktiviti kebudayaan dahulu sebelum dibawa night jungle trekking. Semasa kami bercuti di sini penuh semua bilik penginapan dan semua pelancong antarabangsa kecuali kami sahaja pelancong tempatan.
Di tengah tu guide kami sepanjang percutian di sini dari etnik Orang Sungai, tak berapa ingat rasanya adik ni nama Saiful kut. Malam kebudayaan ni adik guide ajar tarian pocho pocho dan sumazau dekat 4 Sumandak dari Peranchis serta kami jugalah. Itu Tukang Kebun kata hebat guide kami ni serba serbi boleh buat, multi-talented. Aktiviti ini dilakukan supaya satu persatu kumpulan akan bergerak untuk aktiviti night jungle trekking dan elak dari bertembung dengan kumpulan lain.
Night jungle trekking menarik juga boleh melihat cara haiwan berehat pada waktu malam atau yang aktif pada waktu malam. Katak ni steady je bertenggek atas tunas pokok yang daunnya belum keluar lagi.
Boleh nampak juga kala jengking merayap di waktu malam. Pada malam kedua kami dibawa ke lokasi di canopy walk yang ada populasi sejenis kulat yang - glow in the dark.
Selain dari beberapa aktiviti bot trip, kami juga dibawa jungle trekking pada waktu siang di sekitar Nature Lodge Kinabatangan. Jika musim hujan kawasan agak berlecak dan kasut getah boot tinggi disediakan untuk pelancong. 
Semasa jungle trekking, guide akan perkenalkan tumbuhan-tumbuhan yang ada nilai perubatan digunakan oleh orang tempatan. Sebagai contoh sejenis adik beradik halia di atas ini antara ingat ingat lupa rasanya oleh Tukang Kebun dahulu digunakan untuk cuci rambut. Di kawasan Bilit ini Tukang Kebun perhatikan banyak jenis halia ini sedang mula musim bunganya ketika kami melawat sana. Kalau di kawasan Abai masa kami lawat pertengahan September jenis kumpulan adik beradik halia lain yang berbunga (Posting Berkaitan- Baca Klik Sini). Mungkin lain kawasan di dalam Kinabatangan itu sendiri distribusi jenis-jenis pokok halia juga berbeza.
Begitu juga tanaman herba di atas sedang musim bunga yang berwarna kuning. Bila buat posting ini barulah terjawab masa di kebun Mak di Teratak Kiulu Lodge bulan lepas meriah pokok di atas ini berbunga dan Tukang Kebun tertanya-tanya ni pokok apa ni jarang nampak orang jadi hiasan atau di nursery. Rupa-rupanya anak-anak pokok yang mak bawa balik dari Bilit rupanya sambil jungle trekking tak tahan tengok, lebih-lebih lagi kalau guide kata ada nilai perubatan. Generasi muda ambil-ambil gambar sebagai kenangan, mak biasanya ada souvenir tanaman dibawa balik dari tempat yang dia lawat dibuat kenangan hidup di tamannya.
Mula-mula kami ni adik beradik risau jugalah nak bawa papa jungle trekking takut tak larat. Sekali dia laju tinggalkan kami ke hadapan seronok berborak dengan adik guide, curious macam-macam tanya. Anak-anak dan cucu-cucu mama papa jauh kena tinggalkan kat belakang. Yalah kami ni sibuk berhenti ambil gambar lah, belek-belek lah apa yang menarik perhatian. Takpelah biasanya kalau ikut hierachy komuniti serigala pun yang senior warga emas jalan di depan, tengah-tengah generasi muda dan yang alpha duduk di belakang sekali.
Pokok buah di atas dikatakan jenis bila dah ranum banyak binatang mammalia seperti rusa dan gajah tertarik suka makan. Masa kami berada di situ buahnya belum masak masih hijau. Rasanya guide ada sebut nama buah ni dalam Inggeris ada perkataan Elephant fruit something la (Elephant Apple?).
Jika yang rajin nak jalan sendiri masa waktu aktiviti bebas ada juga canopy walk bertiti sambung dengan Nature Lodge Kinabatangan untuk elakkan dari tersesat. Lintah di sini pun species dia berlainan sikit berbanding dengan tempat lain. Biasanya suka dengan darah muda atau jenis darah sihat kurang toksik. Ada juga pemangsa lintah masa jungle trekking waktu siang. Yang jungle trekking waktu siang hari kedua ada juga Sumandak Peranchis tak jadi ikut lagi sebab takut pacat. Nasib baik Sumandak Sabah semua dah lali dengan pacat ni, anggap sahajalah cuci darah sambil derma darah.

Banyak tempat-tempat menarik di kawasan Sandakan yang boleh dilawati dan menghabiskan masa. Di sini Tukang Kebun kongsikan link pengalaman personnel kami bercuti di Sandakan jika ada yang nak buat plan Jalan Jalan Sandakan.

WALAI PENYU CONSERVATION CENTRE - PULAU LIBARAN (KLIK SINI)
NATURE LODGE KINABATANGAN, KG BILIT (KLIK SINI)
KINABATANGAN WETLANDS RESORT, ABAI (KLIK SINI)
BORNEON SUN BEAR CONSERVATION CENTRE (KLIK SINI)
PUSAT PEMULIHAN ORANG UTAN (KLIK SINI)
GUA GAMANTONG (KLIK SINI)

Dalam priority bucket list Tukang Kebun sekarang area Sandakan ialah Pulau Lankayan dan Sukau, Kinabatangan. Jika ada pembaca yang pernah melawat boleh juga kongsi pengalaman dengan kami attach link di komen ya.

18 ulasan:

Puan Hazel berkata...

Seronoknya dapat bercuti dgn keluarga esp parents. Pokok yg berbunga kuning mak TK ambil tu apa, namanya ye? Seakan-akan pokok lemba (kami panggil). Ada buah, tersangat manis rasanya.

Amie berkata...

Bestkan dapat teroka alam semulajadi dengan anak-anak. Banyak pengetahuan baru mereka peroleh. Kak Amie pernah ke Sukau. Ada perkataan Bilit juga di situ. Tak tahulah kalau Tukang Kebun dah ke sana. Di sini Kak Amie sertakan bloglink ke Sukau untuk dikongsi.
https://salamisimon1.blogspot.com/2016/05/bermalam-di-myne-resort-suasana-santai.html

Eza boom boom berkata...

Bestnya bercuti di tempat yang kaya dengan kehijauan alam. Indahnya ciptaan Allah! InsyaAllah one day Eza akan berkesempatan pergi sini jugak nanti.

Eza follow sini tau. Jemput melawat blog Eza. Salam kenalan.

Azhafizah MN berkata...

Menarik tempat ni close to nature. Sangat teringin nak jalan di titi sambil menikmati view dalam hutan.Tapi ada pacat, seram juga nak menyelusuri sepanjang titi dan trail. Night jungle trekking tu kedengaran menarik tapi saya surrender lah kot sbb seram juga kalau terserempak katak tu saya jadi geli lain macam. Dah mula terbayangkan kalau di terbang kat kita. Tapi menarik juga tu dapat tengok kulat yang glow in the dark. Ada guide lebih berani sikit lah mungkin, ada orang berpengalaman tahu selok belok alam flora dan fauna. Pengalaman yang best bawa parents merasai bersama :)

hasliynda umairah beauty berkata...

bilalah agaknya dapat
pergi sana

menarik

Shida Radzuan berkata...

Menarik tau percutian kak TK semua mesra dengan alam..seronok shida tgk..satu hari shida pun nk bercuti mcm ni kak TK :)

Atie Zieya berkata...

klu dekat sabah, lintah dan pacat adalah benda yg sama?

nohas berkata...

ooo..orang nogori...bagus layanan chef...jinak2 haiwan yg dtg ke lodge ni..gecko tu mcmana rupa parasnya?

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Puan Hazel,

Nampak macam pokok lemba tapi tak yakin. Tak sempat makan buahnya binatang2 ambil sebab kat atas tanah je.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak Amie,

Terima kasih share pengalaman Kak Amie di Sukau. Cantik tempat ya. Syukur Alhamdulillah berkesempatan bawa anak-anak sekali.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Eza boom boom,

Terima kasih singgah lawat. InsyaAllah akan ke blog Eza.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Azhafizah,

Kulat glow in the darker tu menarik Fiza tapi Kak tak kesempatan nak share gambar nya. Kurang skill ambil shoot lensa tak sesuai hehehe.... Naik bot tu best Fiza.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis hasliyanda umairah beauty.

InsyaAllah suatu hari ada rezeki ke Kinabatangan.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Shida,

Hati tenang bila cuti tengok nature ni kita ingat rezeki yang dianugerahkan dan syukur kepada yang Maha esa.
Naik bot ni best juga rilek tak perlu bergerak, biar bot je gerak hehehe

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Atie,

Lain2 juga. Cuma Kak ni tak reti nak beza kan. Belasah je nama hehehe yang tau hisap darah.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nohas,

Gecko adik beradik cicak rumah tu. Cuma besar lagi.
Cicak tokeng.

Nur berkata...

Bagusnya TukangKebun berjalan bawa orang tua sekali. Sementara parents masih ada, habiskan masa kualiti dengan dia orang. Kalau book dengan travel agency senang juga kan, sebab ada guide. Seronok akak tengok gambar semua, cuma takut lintah saje. :D

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Kak iamaSlowRunner,

Benar Kak selagi ada orang tua elok habiskan kualiti time dengan mereka. Cuma susah nak pujuk tinggal kan rumah beberapa hari risau dengan pets diorang di rumah.