Rezeki glamping pertama kali di Pulau Libaran (related posting klik sini), tiada pelancong lain selain dari kami sekeluarga menginap di sini. Apabila sedang menikmati makan malam, papa Abby ingatkan Happy Wedding Anniversary kita ni yang ke-12, kebetulan papa bawa ke resort macam private island ni. Tukang kebun pula yang lupa hahaha....kebetulan pula pergi Pulau Libaran ni jatuh pada hari wedding anniversary pula.
Bila selesai makan, kami diberikan tontonan pelancongan dahulu, sementara menunggu aktiviti lepaskan anak penyu ke laut.
Masa kami pergi tak banyak bilangan telur penyu yang menetas. Ini pun anak penyu yang dah beberapa hari menetas disimpan dahulu untuk aktiviti pelancong malam-malam lepaskan ke laut lah.
Dari penerangan diberikan, penyu ni gunakan cahaya bulan sebagai guide arahnya. Ini digunakan pencahayaan bulan palsu iaitu lampu suluh bila dilepaskan ke laut supaya anak penyu menuju ke arah laut yang lebih dalam.
Jika ada rezeki ibu penyu mendarat di pantai untuk bertelur, nanti guide akan panggil pelancong-pelancong untuk pergi tengok. Sementara menunggu rezeki nak tengok penyu bertelur dan belum penat mengantuk anak-anak layan diri main gali pasirlah, kutip umang-umang dan macam-macam. Cuma ibu manusia yang melayan perasaan di kerusi rehat sambil menengok diorang pun jadi terlelap entah berapa lama sampai nenek panggil masuk tidur kat khemah masing-masing sedap kena buai angin laut. Bila tengok bekas tadahan pasu plastik di atas ini yang Rayyan kutip bawa balik dari Pulau Libaran ini sampai sekarang masih nampak baru bila dicuci kat sini. Punya lah tahan bahan buatan plastiknya tapi sayang dibuang begitu sampai jauh berenang terdampar kat Pulau Libaran ini. Jadi tempat main Rayyan kalau nak angkat benda-benda yang kecil simpanannya.
Tiada rezeki kami nak tengok ibu penyu bertelur tiada yang naik pada malam itu. Tapi bila tengok langit pun macam dah agak takde naik kut sebab awan mendung, bulan pun tak nampak. Awal-awal pagi bangun tengok semua masih tidur, papa dan mama Abby ambil kesempatan dating jalan-jalan tepi pantai menikmati pemandangan persisiran pantai dan matahari terbit. Dingin juga pagi-pagi kat sini terasa kena pakai windbreaker nipis.
Banyak betul plastik-plastik hanyut ke pulau Libaran ini memang boleh buat beberapa pondok berdindingkan botol plastik (related posting klik sini).
Masa sebelum lepaskan anak penyu ke laut kami dibawa ke sini untuk diberikan penerangan pasal penetasan telur oleh local guide asal Pulau Libaran ini.
Selepas ibu penyu bertelur di pantai, keesokkan harinya telur-telur tersebut akan dipindahkan ke sini untuk elakkan dari ancaman predatorlah yang akan makan atau kacau seperti biawak atau anjing. Sarang telur penyu baru ini akan dilabel dan direkod tarikhnya.
Menikmati ketenangan dan keindahan matahari terbit di pantai bersama papa Abby sebelum anak-anak bangun nak kena layan diorang pula kan.
Banyak juga anak-anak pokok bakau nak naik semula di persisiran pantai ini. Bila tengok pokok bakau di tengah air laut bolehlah agak-agak yang airnya tak berapa dalam kan.
Disebabkan dalam pukul 10 kami dah kena mula ready hantar semula ke mainland. Tak sempat nak buat aktiviti canoe. Anak-anak pun sebab dah tau air tak berapa dalam pun teringin nak cuba canoe. Cuma masa tak mengizinkan.
Rasa tak puas kalau tidur semalam. Kalau dua malam macam-macam juga boleh explore lagi. Tukang Kebun pun sekarang kalau pergi sesuatu tempat apatah lagi yang jaraknya jauh prefer kalau boleh plan tidur 2 malam baru puas. Belum tentu ada peluang nak ke sini lagi kan. Kalau boleh memang nak menikmati puas-puas dan abadi dalam memori kenangan.
Kami di Sandakan sebenarnya 4 hari 3 malam. Sebelum ke Pulau Libaran ini ada aktiviti lain nanti jika ada rezeki masa akan cuba dikongsikan.
Sekarang ada stok semula kacang buncis yang kulit berwarna kuning jika berminat nak cuba tanam.
Info jenis kacang buncis yellow pencil pod (klik sini).
~ Anggaran 10 biji benih kacang buncis yellow pod RM3 ~
3 ulasan:
Tempat yang menarik. Suka gambar gambar pemandangan laut semasa matahari terbit.
p
Aktiviti wajib tengok matahari terbit semasa duduk di pulau.
Catat Ulasan