No F1 Hybrids / GMO seeds here. Only seeds from natural selection.

We are a bunch of passionate open-pollinated heirloom seed savers.

If you have heirloom seeds and worried it will be gone for future generation, we will be happy to add into our seed bank, grow and give it a comeback.

Save Heirloom Seeds for our children.

All of our plants are only feed with animal manure and compost. No synthetic fertiliser or chemicals used.

Be kind to our environment as we are sharing with other living things created by God.

Our ancestors live a healthy life without artificially man-made poison. Big NO to pesticide.

Plants on our kebun are organically grown, only kisses by us, rain and other living things.

Any form of gardening patience is the virtue.

Ahad, 17 Mac 2019

Glamping Pulau Libaran

 Gambar terperap lagi di archives dah lebih dari setengah tahun untuk kenangan percutian bersama keluarga ke Sandakan, Pulau Libaran pada musim cuti sekolah bulan Ogos 2019. Bila tengok gambar pertama ni baru perasan kali ini angle berbeza pula Pulau Berhala ditinggalkan oleh bot berbanding dengan trip pertama kali ke Sandakan bersama-sama anak-anak ke Abai, Kinabatangan (related posting klik sini) pada tahun 2016. 

 Rupa-rupanya dah genap 3 tahun sejak kali terakhir lawatan ke Sandakan. Abby pun rambut dah tak kerinting macam dulu dan abang-abang pun makin memanjang. Anak-anak ni pun nampak dah membiasakan diri naik bot buat macam rumah sendiri ja.
 Jika sampai awal di Sandakan Yatch Club lebih baiklah sebelum tengahari supaya air tak surut sangat lagi sebab bot besar dah tak lepas nak lalu sampai dekat ke pantai. Area bandar Sandakan jem masa kami ke Sandakan Yatch club sampai kenderaan darat pun kena tukar sekali. Sebab kami parking kereta di area Sepilok kemudian tour agent yang bawa ke marina. Kemudian dah nak dekat Pulau Libaran pun tukar bot supaya tak kuyuplah dan memudahkan membawa barang. Tapi kami pun tak berapa kisah sebenarnya, lagi-lagi anak-anak tu dah tak sabar nak main air.
 Tempat yang cetek berjalanlah kami meredah air laut ke pantai. Ada pekerja-pekerja yang membantu angkat barang-barang. Tak sabar masing-masing nak letak barang kemudian bermain dengan air.
Banyak juga ketulan serpihan batu-batu karang kalau berkaki ayam sakit jugalah rasa tapak kaki. Rayyan kebelakangan dah mula banyak benda menarik minat dia. Tak sangka bila surut betapa ceteknya air sampai arah pulau paling dekat dengan Pulau Libaran ni boleh kami berjalan kaki sahaja lebih dari setengah jarak antara keduanya.
 Ini pengalaman kami bercuti penginapan style glamping. Mula-mula Tukang Kebun tak perasan pun ingat macam biasa tidur dalam khemah. Kebetulan adik perempuan yang second last check kata eh ini style glamping lah. Kakak dia blur mula-mula, first time dengar perkataan "glamping"? Mende glamping tu???? Kenalah si adik tolong google kan tunjuk gambar. Masa tu kami bersama-sama saja-saja pergi MATTA Fair lepas kerja tengok pakej yang menarik. 
 Mula-mula tu adik perempuan ragu-ragu nak ambil ke tak pakej 2 hari 1 malam di Pulau Libaran ni. Bila nampak bukan camping biasa tapi style "GLAMPING" barulah tak ragu-ragu nak booking. Untuk yang macam Tukang Kebun ketinggalan dengan trend sekarang, "GLAMPING" tidur dalam khemah tapi dalamnya ada perabot lebih selesalah dari pasang khemah tidur dalam sleeping beg. Khemah pun dah pasang siapkan, dan di dalamnya ada katil, side table, kipas dan lain-lain.
 Jika hujan turun pun impak titisan hujan tu impak takdelah kuat dapat secara langsung sebab masih diteduhkan dengan netting hitam yang juga mengurangkan kepanasan bagi shading. Nasib kami sangat baik masa kami datang tiada pelancong lain sebagai tetamu kecuali kami sekeluarga. So macam kita dapat our own private beach. Kami sekeluarga 6 adults and 3 children. Dibagi juga kami extra 1 khemah kalau nak pakai, sebab 1 khemah ada 2 katil. 
 Tandas style berkongsi tapi bersih dan cantik interiornya lupa ambil gambar dalam tandas. Wanita dan lelaki pisah guna wing yang berbeza. Syukur Alhamdulillah semasa kami di sini cuaca sangatlah baik.
 Harga MATTA fair untuk pakej Pulau Libaran ini 2 hari 3 malam termasuk transfer transportation Sepilok ke Sandakan Yatch club, bot transfer, lunch, tea break, dinner, breakfast RM320. Kalau check harga pakej online dengan pelbagai tour operators banyak diskaun jugalah untuk harga special MATTA fair. Tapi tak pastilah MATTA fair March 2019 PWTC ada ke tidak dan harga up atau tidak. Sebab masa offer ni direct dengan tour operatornya bukan banyak orang tengah. Hujung minggu ni ada MATTA Fair di PWTC bolehlah tengok pakej-pakej menarik ke Sandakan. Pakej Pulau Libaran enquiry boleh email ke (sales@nasalislarvatustours.com, Malvin - 016-845-8455). Boleh gabungkan dengan trip ke Kinabatangan.
 Selepas isi perut dengan hidangan tengahari disediakan, mulalah kami cuba bergerak ke arah pulau yang macam boleh berjalan kaki sahaja tanpa berenang masa air surut. Tapi masing-masing pun seronok tengok hidupan laut yang macam-macam nampak di kala air cetek. 
 Rasa macm tak jauh pulau tu tapi tak sampai-sampai rasanya. Akhirnya dah pukul 4 petang terpaksa kami putus asa patah balik sebab guide ada aktivity lain yang rancang untuk kami. Pertama kali dengan air cetek ni jumpa macam-macam jenis hidupan liar laut yang jarang dapat dilihat di pantai-pantai lain. Pantai Libaran ini amat kaya dengan biodiversiti hidupan liar. Tiram pun ada. Termasuklah pelbagai jenis ketam dijumpai dan dikutip oleh budak-budak ni. Yang paling Tukang Kebun terpegun ialah saiz ketam biru pun boleh jumpa besar-besar lebih tapak tangan Abby. Sedangkan zaman masa Tukang Kebun kecil pergi mandi pantai mana-mana cuma jumpa yang halus-halus je.
  Memandangkan betapa pantasnya masa berlalu, tak lama lagi pun bulan Ramadhan akan tiba. Sesiapa yang ingin bersiap sedia bahan untuk masak rendang yang letak daun puding belacan. Bolehlah mula bela pokoknya di rumah, supaya dapat kutip fresh untuk bahan masakan nanti.

Info lanjut Pokok Pudang Belacan (klik sini).

~ 1 pot pokok puding belancan RM6 (boleh dipos) ~

Jika daun sahaja, 10 helai RM1.00 .
Biji benih ini selalu in demand juga untuk sayur buah spaghetti squash.
Back in stock but limited stock.
First payment, first confirm order.
1 original pek dalam anggaran sekurang-kurangnya 15 biji benih spaghetti squash RM22.

Maklumat lanjut Spaghetti Squash (klik sini).



4 ulasan:

meintheswim berkata...

Tak pernah dengar pasal glamping sebelum ini. Nampak comfortable.
Pantai Sandakan seperti diceritakan sangat menarik berbanding ditempat saya dimana pantai nya tak ada apa sangat cuma ketam ketam dan siput kecil saja.

Nasa Mulia berkata...

Ok juga budget glamping tu, pernah cari sebelum ini pakej di pulau2 penyu di sandakan tu mmg mahal...

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Aunty meintheswim,

Selesa aunty glamping ni sebab tidur atas katil hehehe...walaupun berkhemah.
Area kalau pulau berdekatan Sandakan ni memang rich marine resources. Saiz shellfish pun besar-besar sebab tak overexploited.

TukangKebun berkata...

Salam Bahagia Sis Nasa Mulia,

Ya yang pakej glamping ni boleh kira murahlah.
Sebab kalau pulau2 yang penyu lain pun paling murah RM500 perpax harganya.