Syukur Alhamdulillah dapat jugalah merasa jejak bumi Dubrovnik walaupun hanya beberapa jam sahaja. Tujuan utama melawat Dubrovnik adalah untuk melawat bahagian bandar lamanya yang pada zaman dahulunya antara kubu pertahanan yang kebal amat sukar untuk ditakluki yang mengadap Laut Adriatic.
Cantik sungguh pemandangan Laut Adriatic sungguh kebiruan warna air lautnya tidak dapat lensa camera ambil rakaman warna yang sebenarnya. Dari kubu Lovrijenac (St. Lawrence Fortress) di gambar No. 1 boleh kita nikmati pemandangan dalam kota lama Tembok Dubrovnik seperti gambar no. 2 di atas.
Sebelum ke arah kubu Lovrijenac elok masuk ke gerbang pintu utama (Pila Gate) untuk membeli ticket pass yang boleh masuk semua tempat dari beli satu persatu tiket di setiap tempat yang perlu ada ticket pass untuk masuk. Sebab kalau nak naik masuk kubu Lovrijenac kena bayar tiket masuk. Lebih jimat kalau beli ticket pass yang all entry dari satu persatu tiket masuk.
Tempat nak beli tiket all entry pass berdekatan dengan tempat di atas ni nama tempat Big Onofrio's fountain. Sungguh ramai pelancong melawat Walls of Dubrovnik ni walaupun bukan peak season. Tembok Dubrovnik ini adalah tempat yang termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage sejak tahun 1979 lagi.
Tambahan pula popularity Tembok Dubrovnik ini makin meningkat sejak menjadi tempat lokasi pengambaran cerita Games of Thorn. Bukan sahaja movie produce dari negara Barat atau Hollywood yang pernah menggunakan Tembok Dubrovnik sebagai tempat lokasi pengambaran tetapi movie Bollywood yang Shah Rukh Han berlakon pun pernah.
Selain dari pergi tempat kawasan tembok yang tinggi untuk menikmati pemandangan laut dan kota lama ini, boleh juga naik lif gondola mendaki bukit sebelah kota lama ni.
Seronok juga cuci mata menyusur ikut keliling tembok tepi mengelilingi kota lama ni yang bersebelahan laut.
Sesiapa yang nak rasa menginap di dalam kota lama ini juga boleh, ada banyak rumah rehat. Banyak juga kucing berjalan-jalan atas tembok.
Menarik juga di celah-celah ruang masih ada lagi pili air zaman bentuk dulu-dulu di dinding. Juga ada beberapa tempat yang ada dusun buah-buahan.
Semasa Tukang Kebun ziarah kawasan ni pokok-pokok buah-buahan banyak jenis juga sedang sarat berbuah macam buah delima, anggur dan citrus.
Bila habis pusing dari satu sudut ke satu sudut nak ke belah tembok keliling menghadap bukit pula, terkejut tiba-tiba tersembul pula kawasan pelabuhan kecil ni dekat kubu Revelin.
Area dekat marina ni banyak cafe makanan berbanding kawasan lain rasanya.
Kagum juga tengok macam mana susunan bangunan dan jalan planning kota ni zaman dulu.
Di bawah ini gambar diambil menghadap jalan utama kota lama Tembok Dubrovnik iaitu Stradun. Ini sahajalah yang sempat dapat beli ole-ole dalam 6 jam je masa yang ada dapat luangkan di Dubrovnik ni. Nak ulang alik jalan kaki dari terminal bas ke kota lama tembok Dubrovnik ni pun ada memakai masa nak dekat 2 jam sebab jumlah jarak perjalanan lebih 5km ulang alik sambil menikmati pemandangan (related posting klik sini). Kemudian jalan pun naik turun bukit. Lebih 12km jugalah ada jumlah jarak berjalan beberapa jam dalam Dubrovnik ni.
Gardeners yang berminat nak cuba tanam sayur Zucchini tahun ini ada stok ya. Biasanya pokok Zucchini lebih cepat berbuah dari pokok labu dan tak ambil ruang macam pokok labu menjalar. Bunga Zucchini pun boleh masak makan juga buat goreng tepung. Ada 2 jenis biji benih Zucchini.
~ Zuchini Black Jack 1 pek RM3.00 dengan anggaran 7 biji benih ~~ Zuchini Striped dengan masih dalam keadaan original pack dia seperti gambar di atas dengan anggaran lebih 50 biji benih 1pek RM12.00 ~
Hujung minggu ni pagi Sabtu dan Ahad (16&17hb Mac 2019) antara pukul 9:00am~10:00am InsyaAllah boleh self-collect di depan Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh (please confirm before self-collect).
4 ulasan:
mmg cantik lah kak, kota lama tuh aduhai... sgt menarik, di kelilingi lak ngn laut luas yg membiru tuh
nampak umah2 kt sana rapat2 je ye, tp cantik tak mcm kita tgk umah setinggan kt sini...
kalau tgk mcm pegi mana2 kt situ jn kaki je... tgk pd struktur bangunan n rumah kt situ
jauh perjalanan luas pemandangan ...
Sangat hebat landscape dan seascape kota lama ni. Sungguh cantik.
Salam Bahagia Dana,
Walaupun rapat-rapat gak rumahnya tapi bersih juga lah nampak takde sampah dibuang merata-rata.
Biru betul warna lautnya tu tak jemu rasa tengok.
Salam Bahagia BroRi,
Syukur Alhamdulillah ada rezeki masa dan kesihatan kali ni berpeluang tengok tempat orang.
Salam Bahagia Aunty meintheswim,
Kekadang terpegun juga zaman dulu dah ada town planning yang bagus seperti ini. Nampak teratur.
Catat Ulasan